Sunday, December 10

Menteri Bodoh...!

Ada sesiapa tahu cam mana rasanya berada dalam keadaan konfius campur geram selama dua hari? Itu yang aku alami semenjak hari Jumaat petang sehingga hari ni, tahap geram dan konfius aku sudah mencapai tahap maksimum. Tidak pernah aku emotional macam ni masa tulis blog. Kenapa?...wait.

Aku ni seorang yang patriotic sikit, aku ada dua bendera Malaysia dalam kereta aku, aku boleh sakit jantung masa menonton Koo Kien Kiet and Tan Boon Heong semalam walaupun mereka leading dari awal (tahniah..!), dan aku tidak suka dengan negara (dan mungkin juga rakyat) Singapore. So, aku rasa anda semua boleh agak la, betapa kritikalnya tahap patriotism aku, kan?

Aku ingin bercerita pasal GIIFA 2006. Bagi yang tidak tahu, benda tu stand for Global International Indian Film Academy. Don’t get me wrong, aku memang suka menonton hindi movie, minat aku pun banyak didorong oleh kecantikan actress Bollywood, tidak lebih dari itu. Aku Cuma geram dan konfius how on earth they managed to tie up with BAKTI (persatuan isteri-isteri menteri) and expecially Datuk Seri Rosmah Mansor dan Kementerian Pelancongan Malaysia dan disebakan itu they got all kind of attention from our government including Pak Lah and Najib for that stupid award ceremony. Just imagine, Najib and all the minister turun padang and play soccer with Bollywood star on Friday evening. That event still can be register on my head la, since benda itu for charity and mereka berjaya mengumpul around lapan ratus ribu ringgit untuk tabung kebajikan BAKTI. But last night, Malaysian Prime Minister, orang nombor satu dalam Malaysia, pergi menonton tarian dan lenggokan artis-artis Bollywood di Stadium Putra, dengan alasan menyampaikan anugerah. Pak Lah, Najib, Rais Yatim dan beberapa menteri lagi datang untuk menonton anugerah tersebut. Siapa diantara mereka hadir di Festival Filem Malaysia 2006? Datuk Rais Yatim sahaja rasanya. Beralasankan untuk mempromosi Visit Malaysia Year 2007 tidak cukup aku rasa untuk anugerah filem India itu mendapat perhatian sebegitu tinggi dari kerajaan Malaysia.

Aku memang tidak faham dengan pemimpin kita ni, mereka bersungguh suruh kita majukan negara, hargai hasil tempatan, percaya dengan karya bangsa kita. Filem kita wajah kita konon. Tapi mereka sendiri dengan tiada rasa bersalah menyusukan anak monyet di hutan, sedangkan membiarkan anak sendiri kelaparan. Bodoh betul..!

P/S: Tahniah pada Cicak Man berjaya mencatitkan diri dalam sejarah, kutipan first day terbanyak, RM350,000.00.

6 comments:

Hareez Haiqal ™ said...

kalo taksukerw sngt ngan mnteri² kat malaysia nih DIPERSILAKAN..........
GO OUT......
SYUH² YOU NOT ALLOWED TO STAY AT HERE...

Anonymous said...

Bro..gua tabik sama kau. Apa yang kau cakap tu memang betul...

Anonymous said...

Manusia ni hebat trletak pada akal.
Menteri tu tak tau nak letak akal tu kat mana? kat kepala otak ke atau kepala lutut!!?

Anonymous said...

ai..
cam kurang hajar je ayat haiqal08..
jgn jadi bodoh..
sebagai rakyat..
kita ada hak untuk membetulkan
pa yang tak betul dalam kepimpinan negara..
ni mesti UMNO jati
jelas siot nampak..haha..
jangan jadi pak turut..
soh jilat taik pun jilat..
tak betul pun cakap betul..

Anonymous said...

mr haikal jgn membiarkan kepala lutot anda berfikir melampaui akal anda..kalo anda tidak sukakan demokrasi and sikap keterbukaan minda anda yg sepatutnya tidak layak berada di negara malaysia ini..

Ir.Izumi
012-3006730
plz call me u're disagree with my word..24/7/30/365..i willing to answer all u're stupid question..TQ

Mr. Right said...

Guys, please do not simply display phone number here. Aku tak nak nanti ada orang marah aku sebab dia ke kacau. Aku juga yang kena cari dan delete komen tu balik.

Cheers!

Total Pageviews

. page counter