Thursday, December 21

Penunggang Bodoh..!

Statistik kemalangan di bawah aku ambil dari website Polis Diraja Malaysia. Every year motobikers adalah golongan yang paling ramai terlibat dalam road accident. Mereka juga adalah golongan yang paling ramai mati diatas jalan raya.


Aku rasa aku tengok lebih banyak motor accident berbanding dengan kucing, maksudnya memang penunggang motor kita lebih bodoh dari kucing lah. aku tak faham kenapa mereka ini terlalu bodoh sampai mengabaikan pelbagai undang-undang jalanraya. Statistik tu dah jelas menunjukkan mereka adalah golongan paling malang antara semua pengguna jalan raya. Gambar di bawah aku ambil pagi tadi di federal highway menuju ke tol batu tiga. Dua orang penunggang bangang yang sesuka hati mengabaikan laluan motosikal yang disediakan kerajaan. semua orang sibuk membantu golongan pengguna motosikal untuk mengurangkan kadar kemalangan mereka, tapi dua ekor manusia bodoh ni dengan tidak rasa bersalah bermain di celah-celah kenderaan lain. Memang betul-betul BODOH..! Aku rasa sampai tua mereka akan kekal membawa motor dan tidak akan mampu nak beli kenderaan lain.

6 comments:

Unknown said...

Fendi aper kata lepas ni ko tunjuk ler plk manusia bodoh yang membawa keter .. br adil ..hoho ... pandangan dari seorang penunggang moto pulak ..

Anonymous said...

Dood!ko takle ckp penunggang tu bodoh! dia jln kat situ sbb jalan moto tgh repair..under construction..cube think positive!!

Mr. Right said...

Nasa,
Mmg byk driver bodoh kat M'sia.. kalau aku dpt snap pic aku post sini..k..

Badboy,
Tolong buka sikit mata.. tengok gambar tu sekali lagi.. nampak tak tulisan putih 'Bijak'? Kalau tgh construction, kenapa 2 biji motor tu bleh lalu..? Penunggang bodoh mcm ni pun ada org nak support ke?

Anonymous said...

bro.. ko penah lalu laluan motor tu tak? berlubang besar merata2.. moto aku slalu panit lalu laluan kat federal tuh.
org bawak kete pun penah bawak dilaluan sehala kan..??
apesal org moto plg byk eksiden..??dan mati..?? sebab kedagang kete langgat moto pun die tak tau yg die dah langgar org..
no offence.. anyway ini pendapat ko..

Shahriza Mahmud said...

Memang betul..Awak betul 100%. Pernah saya drive kat lane kanan tapi tak leh laju..Sebab apa? Sebab ada mamat tunggang motor makan angin kat lane kanan sekali.. Nak tak nak,saya kena hormat dia..:) Biar dia buat bodoh..saya potong kiri. Dia buat donno je.. Sakit hati tapi kalau ada kereta laju yg lain kat belakang, tentu dia tak bagi 'chan'kat mamat sekor ni..alamat dia yang sakit nanti..

Ini pula kisah penunggang malang..My brother in law patah kaki kanan di dua tulang kakinya seminggu Ramadhan lalu... Dia balik kerja jam 6am. Bawa slow sesangat dan dok kiri sekali. Ada 2 lagi motor saing ngan dia. Dia orang di jalan utama dari Shah Alam menuju Sg.Buluh. Sampai satu simpang tiga, tetiba sebuah kancil dari arah Sg.Buluh selamber corner masuk kanan tanpa berhenti dan tanpa bagi signal!

Melambung-lambung lah motorsikal yg dari jalan lurus ni. Budak bawa kancil tu boleh turun dan tengok mangsa2 yg tergolek dan cuma boleh kata,"Sorry bang, saya tak sengaja..". Kaki my brother in law dah terkulai,sapa nak jawab? Sampai sekarang bertongkat dan my sister pula tengah sarat masa kemalangan. Alhamdulillah baru melahirkan anak lelaki tapi kesian my brother dengan kaki terhencot-hencot nak uruskan isteri...

Mr. Right said...

Thanks for the long comment Shah. Memang driver kat Malaysia mostly bodoh tahap cipan. Tak kira motor atau keta. Aku sendiri kadang-kadang jadi bodoh juga, ikutkan kata pepatah 'masuk kandang kambing mengembek...' :)

Total Pageviews

. page counter