Monday, December 11

Malaysia vs Indonesia



Temubual wartawan Malaysia dengan artis Indon yang datang sini:

Apa komen kamu terhadap pemisar-pemisar di Malaysia yang kagum dengan lakonan kamu dalam filem Ada Apa Dengan Cinta?”

Jawapan dari artis Malaysia terhadap soalan wartawan Indon di Indonesia:

“Saya sunguh terharu peminat disini bisa menerima saya dan dan muzik saya”

Mungkin cuma perkataan kamu, pemisar dan bisa sahaja yang membezakan dengan Bahasa Melayu, tapi lazimnya kedua-ayat ayat diatas akan diutarakan dengan lenggok dan intonasi Bahasa Indonesia. Aku harap anda semua faham apa yang aku cuba sampaikan disini.

Aku tidak ingin melibatkan diri dalam membincangkan kabanjiran artis Indon di negara kita. Because aku akui memang pemuzik mereka lebih baik dari kita, this just because mereka ada market yang lebih besar dan ini memberi more space and money untuk karyawan disana mengembangkan kreativiti mereka. Atau mungkin juga pemuzik berbakat dari Malaysia gagal mendapat sokongan dari peminat atau promoter di Malaysia sendiri. Cerita monyet di hutan dapat susu dan anak sendiri minum air kosong lagi ke? Ntah….

Filem pula, aku tidak pernah menonton filem Indon di pawagam, cuma beberapa VCD sahaja, so, aku rasa not much different between filem kita dengan mereka walaupun mungkin 10 tahun lepas industri filem Indonesia di kuasai oleh filem-filem berunsur lucah, aku tidak mahu cerita lebih pasal itu…hahahaha. Just pergi ke mana-mana kedai cd dan cari filem Indon era 90 an, you guys will understand.

Berbalik kepada dua contoh perbualan antara wartawan dan artis diatas, aku nak menyatakan ketidak puasan hati aku terhadap artis kita dan juga wartawan kita yang aku rasa kurang cerdik. Mengapa mereka perlu menukar cara bertutur dari intonasi sehinggalah menukar beberapa perkataan hanya untuk membuatkan orang lain mudah faham? Aku tidak lah fanatik bahasa sehingga tidak sedap hati dengar winning speech Sharifah Amani atau mengagungkan bahasa sendiri seperti orang Jepun. Aku cuba menyelami kepala otak artis dan wartawan itu, tapi gagal memikir alasan-alasan logik. Artis Indon akan berbicara in English or simply Bahasa Indonesia walau dimana mereka, pernah dengar artis Indon cakap perkataan penat, tidak boleh atau sangat? tentunya capek, enggak bisa atau bangat....Sekarang siapa yang salah? Orang kita atau orang Indonesia?

  1. Adakah orang kita ini terlalu baik hati dan enggan membuatkan orang lain penat befikir sehinggakan orang kita akan berusaha sebaik boleh untuk bertutur dalam bahasa orang lain?
  2. Adakah wartawan kita terlalu menghormati artis Indonesia sehinggakan bahasa mereka pun dirasakan lebih baik berbanding Bahasa Melayu?
  3. Adakah artis kita terlalu terdesak ingin mengambil hati peminat Indonesia sehinggakan membodek mereka dengan cuba berbahasa Indonesia?

Mungkin ada beberapa alasan lain yang aku tidak mampu fikirkan. Tapi what ever alasan sekali pun, aku tetap merasakan artis dan wartawan kita yang berbahasa Indonesia ketika berdepan dengan wartawan atau peminat sana sebagai, sedikit kurang cerdik atau dalam bahasa kurang ajarnya…bodoh..! Confident la sikit dengan bahasa ibunda sendiri......ok



P/S: Wahid dan Farah Fauzana semalam dengan selamber cakap bahasa melayu pasar dengan pelakon Bawang Putih Bawang Merah, Cool…!


Untuk komen Malaysia vs Indonesia di Suzuki Cup 2010 final.... Click Sini: Malaysia vs Indonesia

28 comments:

Anonymous said...

paling best kata2 sinis Awie bila ditanya 'apakah takde pelapis bagi kumpulan rock di malaysia ni?'

dengan sinis Awie menjawab "ada, tu Radja tu, pelapis la tu"...

dah bohsan dengan kebanjiran lagu2 dari Indonesia...

Anonymous said...

Kita mmg dah takde rockers muda, Kristal je la kot.

Mr. Right said...

Haiya, aku cerita pasal orang kita bertutur bahasa indon. Bukan pasal artis indon di sini. Ermmm...

Anonymous said...

muzik indonesia is the best...!

Anonymous said...

indonesia is more creative than malaysia...!

Anonymous said...

Halo,
Aku dari indon (kenapa ya di malay disebut begitu).
Before, sorry banget ya aku ga begitu ngerti bahasa malay.
Aku rasa ga da yang salah jika malay pakai bhs indon atau sebaliknya. Itu justru makin memperkaya bhs melayu.
Btw, aku salut dengan malay yg masih menggunakan bhs melayu mereka dengan baik. Sedangkan di indon, bhs indonesia yg baik dan benar hampir tidak dipakai lagi. Hanya dipakai dalam bhs formal saja.
Peace....

Mr. Right said...

ano,
yup, I have to agree on that.

hhhh,
Not to say more creative la. Main reason simply bcos Indons have bigger market to appreciate their music compare to malaysia.

ano,
Ohh... really? Aku ingat bahasa indonesia lebih popular dari english di sana.

Anonymous said...

Hi Mr. Right,

Nice to read your post concerning Indonesian language's influence to Malaysian community.

Bahasa Indonesia adalah bahasa persatuan, artinya melalui bahasa Indonesia, kami warga Indonesia bisa saling berinteraksi dengan baik satu sama lain mengingat negara ini sangat beragam dalam segala hal. Ada sekitar 400 bahasa lokal yang digunakan di seluruh daerah di Indonesia. Ini dikenal dengan istilah Bahasa Daerah. Namun jika Anda bisa berbahasa Indonesia, maka niscaya Anda akan diterima di mana pun di seluruh wilayah negara ini.

Salam,
www.ungkes.blogspot.com

Anonymous said...

Aku bangga bahasa Indonesia lebih terdengar bagus di ucapkan daripada bahasa Malaysia yang oldish!

Anonymous said...

Bahasa Malaysia is so corny...

Mr. Right said...

ungke,
Jika tak salah aku 'ungke' dalam Bahasa Melayu bermaksud monkey, rite? :).

BTW, thanks for the info.

ano,
Oldish? Wat the hell is that mean?

ano,
Yeah.. right... Indon told us corny... Hahaha...

malon malas said...

Yang pasti sih orang indonesia lbk kreatif drpd org malon. film-2 dan lagu-2nya lbh berkualiti... Cb liat lagu-2 malon yg terkesan "monoton" dan terkesan asal teriak dan jerit-2..
So wajar aja kalo siapaun suka film dan lagu dr indonesia...
saya malah sedih saat bbrp seniman malon mencoba memboikot lagu-2 indonesia krn kalah saing.. yah selera mah tdk bisa dipaksa.. biarkan mereka menyukai lagu yg bagus walo dr mana datangnya.. iya gak bro??
semoga ini bs jadi buat malon agar punya creativity..peace

Anonymous said...

yang membuatkan org2 malaysia suka lagu indon tu sbb lagu2 indon mengkhayalkan..bila khayal..timbul la perkara2 tidak elok..maksiat n sebagainyaaa....itu semua tidak elokkkk....

korang semua ni dah tersalah tafsir nih...Mr. Right memperkatakan tentang bahasa ..korang cakap pasal artis lak..aduiii...tak paham bahasa ke ape korang semua nih?

Anonymous said...

Kepada "Anonymous Yg Sebelumnya",

Saya orang Malaysia, saya dapati sekarang terlalu ramai orang Malaysia yang tak lagi guna Bahasa Malaysia dengan baik.

Jadi, saya rasa tanggapan awak kononnya penggunaan bahasa kebangsaan di Malaysia lebih baik daripada di Indonesia adalah sangat tak tepat.

Tengoklah di mana-mana saja di Malaysia,ramai orang Malaysia yang terlalu suka "cakap rojak"(campur aduk English dengan B.Malaysia).

Analisis dan kajian menunjukkan penekanan English di Malaysia atau pengajaran ilmu-ilmu(subjek2) di Malaysia hampir 100% dlm English menyebabkan kian ramai yang "rojak" bahasanya.

Ini bermakna tiada bezanya penggunaan Bahasa Indonesia dengan Bahasa Malaysia.

Anonymous said...

Saya orang Melayu dan saya sedih melihat keadaan sekarang di mana masyarakat kita sanngup mengubah perkataan Bahasa Melayu ke perkataan Indonesia.Lebih ketara sekali di dalam lagu2 sekarang.Ketika artis kita menyanyi mereka mengunyah lirik kononnya seperti artis Indonesia.Kita sepatutnya ada identiti sendiri.Rakyat pun satu, terlalu agungkan karya
Indonesia.Oleh itu artis kita meniru mereka kerana mengikut kehendak pasaran.Kerajaan sepatutnya menyekat kebanjiran karya2 dari seberang yang kini keterlaluan sehingga masyarakat kita lupa identiti sendiri.Biarlah mereka berbangga dengan karya2 mereka.Kita pun ada bidang2 lain yg lebih baik dari mereka.Bukan hanya bidang hiburan.Bayangkan mereka hanya mengenali Siti Nurhaliza sahaja.Kita kenal begitu ramai artis mereka.Tak malu ke??!
Saya ada mengenali beberapa rakan dari Indonesia dan saya sendiri bercakap loghat mereka serba sedikit.Bukan saya sengaja,tapi realitinya mereka tidak akan faham kata2 saya jika saya bercakap Bahasa Melayu sepenuhnya.Jika anda dengar betul2,mereka juga cuba bercakap dalam Bahasa Melayu dengan harapan kita akan memahami mereka.Jika mereka menggunakan loghat Indonesia sepenuhnya kita tidak akan faham.So its a win-win situation.

Anonymous said...

Indonesia pasaran mereka besar.Artis and production mereka lebih banyak sumber kewangan.Jadi mereka boleh lebih kreatif.Rakyat mereka pula ramai.Oleh itu ramailah bakat.Mungkin kita kurang bakat kerana rakyat kita sedikit.Artis kita kurang menonjol kerana kurangnya sumber kewangan tapi kita memang ada bakat.
Sebenarnya saya kurang meminati mainstream.Bagi saya kurang kreatif tak kira la Malaysia atau Indonesia.Jadi Indonesia pun tak perlu la berbangga sangat.Muzik mainstream anda yang saya dengar semua sama.Bosan!!Malaysia pula hanya pertaruhkan suara sahaja.Mana instrumen??Setiap artis wanita,lelaki,band2 sama muziknya.Jadi jika muzik anda semua lebih kurang,lebih baik saya pilih salah seorang sahaja.Sepatutnya anda pelbagaikan muzik.Bukan pop dan balada jer!!!Banyak lagi variasi spt jazz,blues,hip hop,rap,metal,rock,punk dan mcm2 lagi.Ini komen ikhlas...

Malaysia memang best dari indon said...

aku dengar lagu2 indon bukannye best pun.sume lagu sama jer... bahasa indon pelik lah..macam bahasa zaman2 kuno. nasib baik bahasa malaysia best. lebih moden.lebih menarik . lebih halus dan bersopan.bahasa indon, kasar dan mcm takde tamadun jer.

ANAK MALAYSIA said...

punca utama radio malaysia dan rakyat sendiri !! kita sebagai rakyats etakat buat forum "lagu indon lagi best dari malaysia ,etc " tak kemana jugak kalau korang sendiri download jer lagu2 artis malaysia .. cube beli album artis2 kita ,baru lah industri maju ..ni tak kalau indon punya lagu bikan main lagi request kat radio ... pergi mampos orang malaysia yang macam tu ! GO TO HELL !

Kaz said...

Numpang komen sikit, buleh tak? o iya saya dari Indonesia, tepatnya daerah Jambi, Sumatera. Saya teringat, waktu kecil dulu sekitar tahun 90-an, daerah kami dan mungkin di banyak daerah Indonesia dibanjiri lagi-lagu Malaysia hingga awal tahun 2000-an. Bahkan di pertengahan tahun 2000-an pon lagu Malaysia masih popular. Tak caya? Saya mengaku, saya dan kawan2 yang ketika menginjak remaja, banyak request lagu ke radio, dan mostly lagu itu adalah lagu2 Malaysia. Tak ada masalah bagi kami waktu itu. saya ingat betul waktu itu, kaset2 pakcik saya semuanya kaset Malaysia, dimana-mana lagu2 yang diputar juga Malaysia. Pergi ke pasar, di kedai kaset yang diputar pasti lagu Malaysia. Pergi minum di warung kopi pun tak sulit mendengar lagu2 Malaysia diputarkan. Tak ada kesah bagi kami waktu itu dengan banyaknya lagu Malaysia. Bahkan film yang diinsprirasikan dari lagu "Isabella"-nya Search pun difilemkan, di tahun 90-an film ini laris sangat! So, kalau kini lagi Indonesia yang membanjiri Malaysia, korang harus kena bijak sikit la..., ambil yang baek dan buang yang buruk dsari lagu2 yang ade...! ya, kan??

Anonymous said...

bahasa menunjukkan bangsa, bangsa yang besar tercermin dari bahasanya. Bahasa yang besar tercermin dari jumlah petuturnya. Kami bersyukur memiliki bahasa yg mudah dicerna dan difahami. Malaysia tidak usah malu kalo mau pakai b.indonesia karena B. Indonesia memang ditujukan untuk mempersatukan nusantara.

Anonymous said...

soal bahas x jd masalah,yg jd masalah kefahaman individu masing-masing. Kita guna bahasa asasnya sama cuma loghatnya yg berbeza,soal pengaruh bahasa pula memang bahasa indonesia lebih berpengaru berbanding bahasa malaysia disebabkan pengaruh penggunaan sesuatu bahasa. Pertuturan bahasa indonesia lebih biasa digunakan kerana jumlah penutur bahasa mereka lebih bny dripd bahasa kita,so x hairanla kn?

Malaysia vs Indonesia Live said...

this time Malaysia will meet with Indonesia in the AFF Suzuki Cup. soon the cold war will start between Malaysia vs Indonesia

Anonymous said...

@Malaysia vs Indonesia Live: Soon? The war has began since 2007!

Anonymous said...

Biasa dong lu! W org indonesia juga tersinggung kali... Emang kayak bahasa lu aja gitu yang bener. Ada juga bahasa lu tuh yang jadul, liat sekarang orang Australia, bahasa Indonesia masuk daftar list bahasa asia yang anak-anak sekolahnya wajib belajar diAustralia, termasuk Jepang, Mandarin. Di Eropa pun bahasa Indonesia itu wajib juga dibeberapa sekolah termasuk Ptancis,German,Belanda. So, orang tua gua juga pernah tinggal di Belanda. Lihat aja emang ada bahasa Melayu masuk daftar wajib pelajaran anak anak di Australia sama Eropa! GAK ADA, kalau ada pun JARANG! Inget tuh, jangan ngatain bahasa orang, kalau gak mau dikatain!

Anonymous said...

Assalamualaikum

saya bingung, anda mengajak rakyat malaysia untuk bangga berbahasa melayu (malaysia) tapi anda sendiri memakai kata2 bahasa inggris. hmmmmmm.....

Anonymous said...

Gue dari indonesia..dlu gue minat juga ko sinetron,filem n lagu indon tp skrg semuanya sex filem yg artis indonesia bikin..muak gue nengok..artis mlaysia banyaknya ttup aurat ngak lebih..lebih sopan..bukannya gue ngak nyokong ngara gue sndiri tp d fikirin aja la..bhasa indonesia d mana aja org tau tp kalu hanya tau bhasa sndiri ngak tau speaking juga truk

Unknown said...

Bahasa menunjukkan Bangsa..

Anonymous said...

Bahasa Malay lebih kasar dibandingkan Bahasa Indonesia. Aku pun gak berani putar Lagu Exist - Mencari Alasan di depan budak-budak, karena liriknya terdapat kata-kata yang tidak pantas, seperti :
"Hasratmu" = "Keinginan untuk making love" (Dalam Bahasa Indonesia)
Kata-kata bahasa Malay banyak juga yang sangat kasar dan menjijikan, seperti :
1. "Budak" = "Manusia yang terkena kerja paksa" (dalam Bahasa Indonesia)
2. "Pasukan tak berguna" = "Pasukan bodoh yang tidak ada manfaatnya" (Dalam Bahasa Indonesia) padahal arti sebenarnya dalam Bahasa Indonesia "Purnawirawan Militer".
3."Doktor sakit jiwa". = "Seorang dokter yang menderita penyakit jiwa/gila. (Dalam Bahasa Indonesia. Arti sebenarnya dalam Bahasa Indonesia "Rumah sakit jiwa"

Total Pageviews

. page counter