Macam biasa, paragraph atas tu simply a space for to whining about my job. Tak menarik mana pun, but believe me, lepas tulis tu aku rasa sedikit lega. Tak tahu kenapa, tapi memang rasa relief sikit. So, I have no other intention tulis paragraph tu, aku tulis untuk melegakan diri aku sendiri, ok?... Enough about my work…
Dah jarang-jarang aku buat posting sebegini (komen beberapa isu semasa dalam satu posting). Sekarang ni kalau short comment pasal current issue aku selalu post di blog main-main (http://short-talk.blogspot.com) atau simply membebel di ’status’ di Facebook. Tapi since dah lama tak update blog ini, aku bercadang nak komen beberapa isu semasa disini. Lagipun secara jujurnya aku mengaku posting Ida Nerina Lumpuh di Short Talk received hundreds of visitor from search engine, so aku taknak disturb the system dengan urgently change the latest posting. Mana nak cari blogger jujur macam aku ni… Hahaha…
Ok, jom join aku discuss pasal isu-isu semasa…
Super League Turns Semi-Pro
Due to current economy situation and few other considerations, FAM will change Malaysia Football League format to Semi Professional status. Although it is definitely a backward move and looks really weird, FAM should stick with their decision. What the purpose of having so called Professional League while almost all elements of the league still unprofessional. The management, the playing field, quality of the game, supporter’s attitude, everything not much differs from 80s or 90s if not worse…the only big different will be star player salary. If they refuse to adjust the lifestyle, they should venture playing in other league such as S-League (Singapore), Thai Premiere League, V-League (Vietnam) or Liga Indonesia. South America countries, French and now Spain starts to enjoy international success after their players playing abroad.
PAS-UMNO Talks
The facts that PAS allies with DAP and UMNO still dalam Barisan Nasional membuatkan it is IMPOSSIBLE for them to works together and forming Kerajaan Perpaduan. Their political friends will not allow them even to have any sort of discussion. So, for me it is a stupid move by both PAS and UMNO leaders to announce their intention to meet up. Both parties, if they really want to help Malays and Muslim they should continue berdiskusi secara senyap. Bukannya rahsia parti-parti lain berasaskan kaum pun selalu berbincang untuk protect their race. So, kenapa perlu diwar-warkan dalam media. Come to my knowledge, sebelum ini pun PAS dan UMNO memang ada berbincang from time to time, so they should terusnya sebegitu. Kenapa perlu bincang secara terang dan promote konon-konon nak buat Kerajaan Perpaduan yang sememangnya tak mungkin dicapai. Maybe, just a big maybe here… PAS and UMNO want to tell their counterparts in Pakatan Rakyat dan BN that they have an option. PAS and UMNO just want to tease their mates and let them aware that both PAS and UMNO realize there is a possibility. In others words, they just want everybody know who is the big boss of current politic scene in Malaysia. Cool kan?
Ban Sister In Islam (SIS)
Isu sensitive…still related dengan PAS, sebab delegasi PAS pada muktamar agong yang came out with this idea. Aku tak berani nak komen pasal siapa sponsor pertubuhan Sisters in Islam ini. Kononnya SIS ditaja oleh pertubuhan antarabangsa Konrad Adenauer Foundation yang mempromosikan konsep liberalisma dan pluralisma dalam beragama. So, SIS adalah satu komponen dalam usaha sistematik peringkat antarabangsa untuk menjatuhkan Islam (sound familiar, kan?), adakah ini tuduhan yang terlalu berat? Takpe… biarkan lah. Cuma kalau diperhatikan selalunya komen-komen SIS terhadap sesuatu isu memang pelik dan lari dari lunas Islam. Contohnya, pengurus program SIS Masjaliza Hamzah berpendapatan tidak adil kerajaan denda pesalah muslim minum arak sebab itu adalah dosa peribadi. Merujuk kepada kes 2 orang kena sebat dan denda RM5000 di Kuantan. Apa kelulusan Masjaliza nak questioned hukuman yang diendorse oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Kenapa Masjaliza tak kecoh pasal kerajaan hukum pesalah trafik, since dalam Quran tak pun mention kita kena pakai topi keledar atau tak boleh potong line double. Senang cerita aku memang sokong kalau kerajaan nak ban pertubuhan SIS. Pertubuhan berlandaskan Islam sepatutnya diuruskan oleh mereka yang benar-benar mahir dan berkelulusan. Bukannya anak orang kenamaan, isteri ahli politik, lectures dan golongan profesional lain. Somehow, some where…pandangan dan komen mereka boleh memudaratkan masyarakat.
Babi Sampai Malaysia
Ada yang bergurau pasal H1N1 dengan samakan penyakit tersebut dengan penyakit politik dalam UMNO. H1N1 bermaksud Hishamudin 1 dan Najib 1, referring to splitting in UMNO into 2 teams. Seriously, wabak tersebut dah sampai Malaysia, aku lagi takut sebab dah sampai Subang dan Petaling Jaya. Damn… next few days mesti akan sampai Shah Alam. Aku sebenarnya confuse pasal demam selsema ini, virus ni membawa maut ke? Kalau terkena confirm mati ke? Aduhai… kalau betul-betul serious sebegitu kenapa kerajaan tak all-out kuarantin semua yang terkena? Takkan kerajaan still nak main sorok-sorok info. Konon-konon taknak bagi rakyat panic. Aku lihat di RTM je keluar iklan suruh kita pentingkan kebersihan diri… cuci tangan, pakai penutup muka, dan beberapa nasihat lain. Kat media-media lain senyap je, macam tak penting je…
Ampunkan Bekas Pemimpin Parti Komunis Malaya
Kecoh sekejap hari tu bila ada cadangan ingin membenarkan bekas pemimpin PKM balik ke tanah air. Banyak blog-blog yang direka khas untuk menyokong mereka. Kemuncaknya sehingga Anwar Ibrahim menyatakan sokongan. Dasarnya argument mereka yang menyokong adalah kerana pemimpin PKM ini sebenarnya membantu untuk memerdekakan Malaysia. Tentangan mereka kepada tentera Jepun, tentera Inggeris dan penjajah-penjajah lain tidak boleh diabaikan terus. Pihak yang membantah pula simply tidak boleh lupakan kekejaman komunis membunuh tentera dan anggota polis kita. Pada aku mereka memang tidak boleh dibenarkan masuk kembali ke Malaysia. Memang mereka menyumbang semasa menentang penjajah, tapi sebenarnya mereka juga adalah pihak yang ingin menjajah kita dengan ideology komunisme yang mereka bawa. Oleh kerana inilah Rundingan Baling gagal… sebab kerajaan tidak mahu iktiraf PKM sebagai sebuah parti politik. Jadi kita patut hormati pejuang dan ahli keluarga mereka yang pernah menentang PKM. Serta kita patut jadikan ini sebagai iktibar kepada sebarang bentuk penjajahan yang lain. Aku komen base on surface punya pemahaman, mungkin kajian lebih detail bagi conclusion lain.
Cristiano Ronaldo Price Tag
Nobody knows the exact price. Many believe Real Madrid bayar around £80 million to snatch him from konon-kononya richest football club in the world, Man. Utd aka Mangkuk. Gila… seriously gila. From wiki page, kos pembinaan KLCC not more than RM300 million per tower. So, kalau Cristiano Ronaldo datang Malaysia, dia boleh berdiri sebelah KLCC dan claim dia sama mahal dengan keseluruhan bangunan tersebut. That’s just show how big the gap of our sport industry compare to theirs dan secara keseluruhannya tunjukkan ekonomi kita yang memang ciput berbanding mereka. Kita perlukan investment daripada syarikat terkaya yang kita ada untuk labur that amount of money, sedangkan mereka hanya perlukan seorang presiden persatuan sukan yang ambitious.
Ok lah kan, start with sport news ending pun berita sukan. Tengah-tengah ada beberapa cerita serious….
Chow... nak sambung kerja.