Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, November 25

Keep Off Grass

Tahu tak ini sign apa?


Itu adalah signboard amaran supaya orang tidak pijak rumput dan seterusnya merosakkan rumput carpet yang cantik disana.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Yeah... right....!

Satu lagi gambar yang boleh dikategorikan sebagai 'only in Malaysia'. Sebab memang tabiat orang kita sahaja yang tidak suka ikut peraturan-peraturan picisan sebegini.

Hehehe....aku takde idea dan takde masa nak tulis posting. Gambar tu wife aku snap masa kami pergi tengok A1 race last Sunday.

Kalau ada yang perasan, aku add widget baru kat sebelah kanan tu. Aku menjemput kawan-kawan kat sini chat YM dengan aku. Kalau aku boring-boring kat office boleh lah ajak berborak. Ramai member-member YM aku sekarang busy kumpul duit, takde masa nak berchatting. Harapnya ada member-member kat sini yang sudi berchatting dengan aku menggunakan Yahoo Messenger. Sorry, aku tak reti guna lain-lain chatting platform.




Kalau nampak aku 'online' jangan segan-segan untuk tegur aku. Kalau rasa malas nak click benda tu, boleh add aku manually, ini I.D aku: xxxxdoodxxxx (at) yahoo . com


P/S: Poll kat sebelah tu dah cecah 100++ responses, esok atau lusa aku akan create poll baru. So, sesiapa yang belum participate cepat-cepat lah ambil bahagian.

Friday, June 6

Petrol Hike Joke

To light thing up aku nak paparkan lawak jenaka / kutukan sinis yang aku gathered either through email, sms, blog hopping or terhasil daripada kepala otak aku sendiri…Lawak-lawak yang agak berkualiti lah, bukan sekadar copy and paste cartoon orang putih.

Enjoy….

SMS aku terima just hours after the announcement made by Pak Lah…

Perhatian, kepada sesiapa yg kenderaan mereka masih terlekat sticker BN (stock PRU 12), sila berhati2 apabila anda ke station minyak, anda juga DILARANG sama skali memakai t-shirt lambang dacing apabila pergi ke station stesyen minyak untuk mengelakkan dipukul oleh org ramai – ikhlas dari saudara se UMNO anda


Illustration from Saharil Conteng

Click for bigger view and read the wording.


Caricature from Liyin Design

She drew this before the petrol price hike, but still aku rasa sesuai…


Ini aku fikir sendiri…
Kenapa petrol price increase by 40%?

Refer to result of 12th general election:

Total seat (parliament and state): 727

Total contested seat: 716, BN won 10 uncontested and PAS won 1.

Opposition won: 275 + 2 independent, 279.

So, at 279 places people rejected BN contestant.

279 are approximately 38.99% out of contested seat. And since pakcik-pakcik dalam kerajaan BN tak pandai kira banyak decimal points, they just round the figure to 40%.

Election result base on info from SPR website.


But seriously, for me the funniest joke among all is these two statements.

Tan Sri Mohd. Hassan Marican told media during the special briefing on Petronas’ contribution to the country this….

Petronas will go bust within 10 years if all its profits are handed to the Government to continue subsidising fuel…. Petronas has played a major role by giving back a substantial amount of its profits to the Government...

More at TheStar


Contradictory with what Dr. Mahathir (Petronas advisor) wrote in his blog….

Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported. Three years ago the selling price of crude was about USD30 per barrel. Today it is USD130 – an increase of USD100. There is hardly any increase in the production cost so that the extra USD100 can be considered as pure profit. Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (twenty seven billion Ringgit). But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all of which belong to the Government.

I quote directly from his blog….

Soooo funny right. CEO and advisor of Petronas beri info yang tak sekata…

Ok lah… chow…

Selamat berhujung minggu didalam rumah…

Wednesday, June 4

Harga Petrol Naik... Harga Barang Turun

Updated: 5:45 pm

More at NST page...

More news from Utusan - Harga Petrol Naik

From theStar - Petrol to Cost RM2.70

Selalu kita dengar harga barang naik. Macam-macam reason lah, alasan paling common adalah harga bahan api naik jadi transportation cost pun meningkat then harga barang perlu naik. But, still ada barang-barang yang harganya turun compare to let say, few years back. I not try to be funny or sarcastically kutuk anybody by saying harga diri pemimpin semakin murah, tubuh bohsia boleh dibeli dengan sepinggan nasi ayam or nilai nyawa mat rempit yang semakin tidak hargai oleh mereka sendiri. Aku nak cakap pasal barang-barang betul. Seriously, masih ada barang yang susut nilai berbanding dulu.


1. Internet Service.
Since aku involve dalam business ini, aku pasti sememangnya harga untuk melayari internet sekarang semakin murah. Kalau kita lihat masa mula-mula business cyber cafĂ© bertapak, pengusaha mengenakan bayaran RM 3.00 – RM 4.00 per hour. But currently the rate dah turun kepada RM 1.50 to RM 2.00 sahaja. Even some restaurant provides free wireless internet service to their customer. I am not talking about Starbuck or Coffeebean, even mamak stall pun create their own Hotspot. For those that live in big city, we can even surf internet for free from our house by tapping into someone unauthenticated wireless network. Bigger scale pun, price for international bandwidth is lower compare to 10 years ago.



2. Pirate CD.

Dulu even pirate copy of VCD will cost us around RM 6.00 to RM 7.00 per piece and for DVD the price around 10 ringgit. Although various government agencies try to seize the operation but the business are growing even bigger, this resulting the decrease of price. Sekarang satu VCD movie hanya RM 5.00 max, DVD copy pun dijual dengan harga RM 7.00 or RM 20.00 for 3 pieces. Kalau kita pergi ke mana-mana ‘digital mall’ macam Lowyat, PJ Digi Mall or even Shah Alam’s Plaza Alam Sentral we can easily find any kind of software that sold at the lowest price ever. Business owner knew with better broadband service in Malaysia, user can simply download all the application form Net. So, they have no other choice but to reduce the price tremendously.


3. Mobile phone.

Handphone adalah antara barang yang paling cepat turun harga. Model yang bernilai ribu-ribu
ringgit last few months dan turun kepada ratusan ringgit sahaja. Aku masih ingat Nokia 3210 baru keluar, first mobile phone without extended antenna. Antenna built-in. Fuh, masa tu harga RM 1,200. Bukannya lama sangat, lebih kurang 8 tahun lepas. But currently model tu dah tidak ada dalam pasaran, kalau ada pun harganya cuma puluhan ringgit sahaja. Imagine, within 8 years the price reduce 95%. Ok, maybe 3210 not the best example lah, since dalam telecommunication industry 8 years consider very long dah. But, just simply take any other mobile phone, few months after the launching the price will reduce at least 10% - 20%, right?


4. Flight Ticket.

Everybody must agree with me on this la. Dulu masa di university rakan-rakan dari Borneo susah hati nak balik kampong. At least kena ada seribu ringggit for two ways ticket. Kalau ada season discount pun still tujuh atau lapan ratus ringgit. But, when Mr. Tony Fernandes came into the picture the whole scenario changed. With the price war between AirAsia and MAS, now we can expect the price will be reducing more and more. Although the safety issue memang menjadi concern, but hopefully government will take enough measurement to handle that. For us, we just enjoy the cheap traveling cost.


5. Dan lain-lain.

Banyak lagi product yang mostly originates from countries like China, Korea or Thailand penetrates our market in recent years made a certain impact. House whole product like detergent, plastic products, cloths, football jersey or even baby diapers. All those product aku rasa harganya semakin murah berbanding masa aku kecil-kecil dulu.


Aku rasa ada banyak lagi barang yang harganya semakin murah compare to before. So, allow me to become look-at-positive-side kinda man and advise you guys to smile because there are still good news for us walaupun harga petrol akan di’adjust’ tidak lama lagi. Relax, walau apa pun berlaku barang-barang yang aku listkan diatas akan still turun harga. It just our own lifestyle we need to wisely balance with our income. Jangan la gaji RM 2,000.00 tapi nak pakai kereta CC besar atau makan di kedai mamak 24-7. Ubah cara hidup kita, sacrifice few luxury but useless expenses, built and follow our priority list. Jangan jadi manusia lemah yang dikuasai oleh keadaan, kita sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran yang sepatutnya menguasai situasi, bukan sebalik.

On 2nd thought, damn Barisan Nasional leaders. Kepala otak tak boleh guna, ada ke patut minta tolong civil servant berfikir atasi masalah negara. They or to be exact majority of them chose you since they hope you has better brains than them to help them reduce thier problem. Not the other way round. Stupid….!

Fuh… Lega….. Sekarang baru aku boleh sambung kerja office dengan hati yang gembira.

Thursday, March 27

Malaysian Silent Racism

Notice: Sensitive issue. Pandai-pandailah fahamkan dan jangan tinggalkan komen bodoh.

Suka atau tidak Malaysian is one damn racist country. All of us regardless our races, kita memang racist.

Semua orang enjoy mamak food, pembinaan masjid disebelah church, we celebrate pelbagai cuti perayaan, masing-masing ada kawan baik dari berlainan bangsa. All these do not prove that Malaysia is racist free country. Itu semua hanya perkara-perkara picisan. Trivia fact, sesuatu yang tidak penting. Pada hakikatnya kita memang racist.

Here my arguments.

Working Environment
How many times we saw employment ads by Chinese company stated they want fluent speaking Chinese language workers? All the time. Those who manage to sneak in and work for Chinese boss will also realize they have different salary scheme for Chinese and other races. That’s in corporate world, how about in government sector pula. Ohh… there are almost no non-Malays employees dalam kerajaan. Kalau ada pun berapa kerat sangat. Jangan nak tipu lah, pergi mana-mana bangunan kerajaan, boleh dibilang dengan jari jumlah pekerja bukan Melayu.


Entertainment Industry
Malays will always support Malays artist. Period. Ada la 2-3 muka penyanyi bukan Melayu yang berjaya curi-curi masuk, tapi sekali lagi boleh dibilang dengan jari. Biar aku cuba kira. Vince AF, Jaclyn Victor MI, Poetic Ammo, Francesca Peter itu sahaja. Aku tahu, even Sathia pun ada album, tapi aku bercakap pasal artis bukan Melayu yang popular dan berjaya menawan hati orang Melayu, tak ramai. Orang Melayu sukar nak terima penyanyi bukan Melayu. And how many non-Malay watch Malaysia made film? Kenapa? Sebab kita racist.


Business
Difficult or almost impossible for Malay to get good price from Chinese supplier and vise versa. No, that not myth or rumors. Itu memang true fact.Why? Because all of us racist.


Politic
Dengan still wujudnya parti berdasarkan kaum di Malaysia that a concrete prove that Malaysian memang racist. MIC will always fight for Indian community as MCA for Chinese and UMNO for Malays. Boleh ke Chinese nak masuk UMNO? Kenapa tidak boleh? Sebab kita semua racist.


News Headlines

Cuba baca laporan berita utama. Contoh:

“Chinese Guy Found Death”

“3 Exco Dari Bangsa Cina”

“Lelaki Melayu di Tangkap Membunuh Isteri”

Ok… that’s not the exact headlines, aku malas nak cari. But you guys mesti setuju dengan aku tajuk berita sebegitu pernah dilihat. Apa kaitannya lelaki yang dijumpai mati tu dengan bangsa dia? Kenapa bangsa exco tu yang diberi perhatian? Dan ada beza ke lelaki yang bunuh isteri tu kalau dia bukan Melayu? Nampak tak? Jangan salahkan wartawan, kerana itu kehendak public, pembaca, kita semua. Kita suka membaca berita pasal bangsa kita atau kegagalan bangsa lain. Betul tak? Kenapa? Sebab kita semua racist.


Sports
Mungkin tidak digembar-gemburkan sangat macam di negara luar, tapi sesiapa yang pernah pergi stadium bolasepak mesti pernah dengar macam mana orang Melayu kita kutuk player bola bangsa India. Aku yang bukan orang India pun pedih telinga dengar. Bigger picture pula, kita boleh lihat masih banyak lagi sukan di Malaysia yang dibahagikan secara tidak sengaja mengikut bangsa. Tidak ramai player Chinese dalam bolasepak, berapa kerat je Melayu masuk acara renang, sepaktakraw masih lagi hampir 100% dikuasai oleh Melayu sama macam basketball monopolize by Chinese selepas Sathiyaseelan bersara.


Government Campaign
Kerajaan dan NGO sibuk suruh kita bersatu padu. Lupakan perbezaan, fikirkan kesamaan. Jutaan ringgit dihabiskan supaya kita semua tidak bergaduh sesama bangsa. Kenapa? Kenapa perlu semua kempen ini? Sebab kerajaan dan NGO ini tahu kita semua racist dan perlu dibetulkan.


Ok… maybe sesetengah cerita diatas tidak 100% cause by racism. Mungkin ada factor-faktor lain yang menyumbang. Tetapi aku pasti kita rakyat Malaysia sememangnya racist. Cuma kita tidak berani mengaku dan masih bangga dengan keharmonian kita semua berbilang bangsa, kononnya.

Takpe lah, asal tiada kes bunuh-bunuh dan semua orang masih boleh hidup aman jom teruskan sifat racist senyap kita.

Cheers.


Sunday, March 9

Ha..ha..ha...ha..hahahaha....!!

Harapan aku untuk PRU 12 tercapai.... alhamdullillah.....!





Next few days akan dipenuhi dengan posting kutukan terhadap Barisan Loser... Hahahahaha... Today aku nak menikmati keseronokan bergelar penyokong parti pembangkang. Macam tak percaya je melihat Seloka dalam posting sebelum ini menjadi kenyataan. Hahahahah....

P/S: M.U kalah dan Liverpool menang semalam... what a night...!

Wednesday, December 19

Sediakan Parang, Kapak, Pedang…

Kpd smua umat islam d msia, sediakn parang, kapak, pedang. Akn brlaku 1 prkara pnting. Kta smua kna sdia utk…
-
-
-
-
-

Sembelih Lembu, kerbau, unta..

Slmt Hari Rya Aidiladha

Sebahagian daripada SMS aku terima semalam…Siot je, aku ingat one of those ‘warning sms’ create by paranoid racist Malaysian.

Cuti lagi…

Start hari ini mungkin dah ramai yang bercuti. Aku sendiri start cuti hari ini sehingga lepas Hari Natal baru aku start semula kerja. Walaupun tidak semeriah Raya Puasa tapi kita semua umat Islam still bercuti, dan bangsa-bangsa lain pun akan menangguk dengan turut bergembira dengan cuti dari bekerja, salah satu keindahan hidup di Malaysia.

Ramai beritahu aku sambutan Hari Raya Haji di pantai timur lebih meriah compare to other states, but dengan ujian banjir dari Allah mungkin sambutan tahun ini akan kurang meriah.

Untuk melegakan hati, mungkin rakyat pantai timur boleh anggap mereka beruntung kerana Allah ‘ingat’ mereka. Aku pun selalu fikir sebegitu bila hadapi masalah, honestly aku memang rasa sedikit lega lepas fikir macam tu. Since sememangnya kita tidak mahu Allah ‘lupakan’ kita, walaupun kita tahu ianya mustahil. Tapi kadang-kadang aku memang seronok bila diuji. Aku rasa rapat dengan Allah. (Cukup la kot, nanti ada yang panggil aku ustaz…Hahahhaa…)

Baca page wiki ini jika nak tahu maksud Hari Raya Haji.
http://id.wikipedia.org/wiki/Idul_Adha

Bahasa Indons, but still boleh faham.

Sempena cuti dan berkat hari baik ramai juga orang akan berkahwin atau bertunang pada musim cuti Raya Haji. Salah seorangnya kawan baik aku, Lobo. Aku pernah cerita bagaimana mamat ni tolong aku dulu. Dua orang budak office aku juga rancang untuk bertunang pada hari raya ke 3. Aku nak ambil kesempatan ucap selamat bertunang kepada mereka dan semoga berjaya menempuh alam pertunangan dengan jayanya. Ada beberapa sahabat pula akan berkahwin, Aca from Sekolah Bainun and Fodi from SERATAS. Selamat pengantin baru aku ucapkan. All the best!

Most probably aku tidak update blog sampai Krismas. Unless aku ada free time di kampong dan rajin tunggu dial up 1515. So, lebih baik aku wish juga Merry Christmas kepada mereka yang sambut.


Kepada umat Islam lain…


Selamat Hari Raya Aidiladha


… dan kepada semua orang..


Selamat bercuti ...lagi


Sepatutnya title posting ni "Aku Ucapkan...". Takpe lah.

Pesanan terakhir, kepada sesiapa yang driving masa cuti ini, tolong baca posting ini: Kempen Keselamatan Jalanraya. Walaupun dah pernah baca, baca lah sekali lagi.

Tuesday, December 18

Beza Pantun Dan Syair

Last Saturday aku tengok Sehati Berdansa. Damn funny. Melihat barisan peserta celebrity berusaha demi kebajikan memang menarik. Mungkin derma mereka tidak seberapa jika base on mingguan, cuma beberapa ribu. Tapi hakikatnya mereka memberikan publisiti kepada badan-badan kebajikan yang terlibat, kini kita at least ada idea dimana nak salurkan derma jika ada rezeki. Insyaallah....

Cuma ada satu perkara lain yang turut menarik perhatian aku. Tema hari itu adalah tarian traditional Melayu dan country music. Jadi sebelum panggil barisan peserta menarikan tarian tradisi Melayu, host rancangan, Linda dan boyfriend dia akan bacakan serangkap pantun. Aku terkejut kerana pada aku mereka tidak lansung menyampai PANTUN. Apa yang mereka baca adalah syair. Tidak mungkin penulis skrip Astro tidak tahu membezakan Syair dan Pantun.


Jadi, izinkan aku memberi sedikit ilmu subject Bahasa Melayu kepada rakan-rakan semua dan harapnya ada individu dari panel penulis skrip Astro terbaca blog aku ini.

Ini pantun:
Anak Ayam Berlari-lari,
Anak Ikan Berenang-renang,
Bukan Aku nak Menonjol diri,
Jangan Pula Ada yang Berang.

1st rule of pantun, suku kata mesti antara 8-12. More or less, akan menyusahkan si pembaca. Then, hujung kata mesti sama bunyi dalam urutan:

………A
………B
……....A
………B

Inilah beza Pantun dan Syair, walaupun jumlah suku katanya sama atau lebih sedikit. Tapi aturan sama bunyi adalah:

………A
………A
………A
………A

Ini contoh Syair:
Tersebutlah Kisah Satu Cerita,
Di Sebuah Negeri Penuh Derita,
Nasib Rakyat Tidak Dibela,
Hanya Mengenyangkan Perut Mereka.

Nampak? Semua ayat berakhir dengan sebutan A...Syair dibaca seperti menyanyi. Tidak semestinya A… boleh juga apa-apa bunyi asalkan hujungnya bunyi hampir sama. Jadi, pada malam Sehati Berdansa hampir semua ‘pantun’ yang dibacakan oleh Linda dan Fahrin adalah berbentuk Syair dimana semua ayatnya berakhir dengan bunyi yang sama.

Jika ada sesiapa melihat pantun lama yang tersusun A-A-A-A, maksudnya pantun tersebut adalah serangkap ‘lagu’ dalam sebuah Syair yang panjang.

Info tambahan, Syair dan Pantun yang bagus bukan sahaja hujungnya sama, tetapi dibahagian tengah juga mesti sama.

Pantun:
…A…..B
…C…..D
…A…..B
…C…..D

Contoh:
Anak Ayam Berlari-lari,
Anak Ikan Berenang-renang,
Sungguh Geram Rasa Dihati,
Tidak Makan Nasihat Orang.

Nampak? ayAM… gerAM dan iKAN dan maKAN.

Contoh pantun popular:
Pulau Pandan Jauh Ketengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan Dikandung Tanah,
Budi yang Baik Dikenang Juga.

Syair:

....A…..B
…A…..B
…A…..B
…A…..B

Contoh (susah ni):

Harga Barang Selalu meningkat,
Rasa Nak Berang Sukar Disekat,
Bukan Senang Menjadi Rakyat,
Salah Canang Tangan Diikat.

(Memang sukar nak 'lagukan' syair yang guna perkataan moden)

Sekadar memberi contoh pantun dan syair 4 baris, ada pantun dan syair yang hanya 2 baris atau 6, 8, 10 baris. Ok… cukup pelajaran kita hari ni. Again, aku nak ingatkan jangan pula adik-adik jawap soalan exam base purely on this article. Aku tidak check dengan buku teks masa tulis posting ini.

P/S: Aku memang suka pakai pembayang pantun, anak ayam, anak itik, anak ikan, anak katak… Hahahhahahha….

Saturday, November 10

Kita Dirogol

Mungkin tajuk aku tu terlalu dramatic. Sengaja, untuk tipu search engine dan sememangnya itulah pendapat aku.

Kalau kebebasan dan keadilan dianggap sebahagian dari maruah diri kita, sememangnya hari ini kita seumpama dirogol. Pertama kali dalam hidup aku melihat roadblock ditengah-tengah highway. Baru sebentar tadi aku lalu 2 roadblock di federal highway. Satu selepas toll Batu Tiga, Shah Alam dan satu lagi di Petaling Jaya. Member-member office aku kata di Damansara, Puchong, Sungai Buluh semunya ada roadblock dari tengah malam tadi. Kemungkinan besar di Selayang, Gombak dan kesemuanya pintu masuk ke KL juga ada sekatan jalan raya. Ini semua angkara kerajaan nak halang berlansungnya perhimpunan 100 ribu rakyat anjuran BERSIH.


Kenapa
Pak Lah, UMNO, Polis, Kerajaan Barisan Nasional paranoid sangat?


Kenapa parti komponen BN tidak sertai BERSIH? Mereka tidak mahu pilihanraya yang tulus dan bersih ke? Bukankah itu motif perjuangan BERSIH?


Aaarrrgggh… aku memang tidak faham…hasilnya aku nak dating dengan girlfriend pun susah, nak survey site aku di Bukit Jalil kan jadi sukar, nak bergerak kesana-kesini semuanya jem. Bodoh…bangang…..stupid!

Tunggu dan lihat sahajalah laporan yang totally akan berbeza dari media arus perdana dan saluran media alternative nanti. Kalau nak elakkan pening kepala untuk kaji which one yang betul, lebih baik buat tak tahu saja dan biarkan diri kita terus dinodai, dorogol dan dihina.

Pilihlah sendiri.


Update (tgh hari):

Confirm, KL dah kelam kabut. Roadblock semua tempat. Helicopter terbang macam burung. Website BERSIH down...


Macam sial....! Penakut, bacul, kanak-kanak pra sekolah....!

Harap takde gaduh-gaduh, takde pertumpahan darah. Aku nak balik, dating dengan awek lagi best.

Monday, September 10

Aku Komen Bajet 2008

Mungkin nak ambil berkat hari Jumaat, tiap tahun bajet mesti dibentangkan selepas sembahyang Jumaat. Aku pada asalnya tidak berniat untuk komen pasal perbentangan bajet 2008. Its simply not my cake, not my cup of tea, bukan selera aku. But, aku still baca serba sedikit pasal cadangan bajet oleh Pak Lah. Then, I found this interesting picture dalam surat khabar percuma: Sinar Harian. They published this a day after the bajet. Cool kan, penuh symbolic and lucu.


I not really concern about budget 2008 since aku percaya semestinya apa yang Pak Lah baca dari buku yang diberikan kepada dia last Friday will try to satisfy everybody. With general election in mind, surely government will try their best to make public happy. Months before last Friday opposition parties and NGOs predict it will be ‘voters friendly’ budget. So, aku malas nak peningkan kepala mengkaji each and single details, aku just assume Pak Lah and the gang already crack their brains out to write the best proposal. Lagipun, cukai rokok tak increase, apa lagi aku nak complain. Hahahaha…

Few plus points yang aku terbaca adalah; pendidikan percuma (tiada yuran dan beri free buku teks), kenaikan kadar biasiswa, skim bantuan pembelian rumah, pengeluaran KWSP bulanan, elaun bulanan kepada golongan OKU, bantuan kepada warga emas, peruntukan untuk memajukan pengangkutan awam dan banyak lagi. Semuanya bernilai jutaan ringgit, ratus juta.

Some might say, banyak negara sudah memberi kemudahan sebegini kepada rakyat mereka. So, Malaysia lambat dan lembab. Hasilnya, they not satisfy with bajet 2008. Oi.. stupid, its better late than never lah. For me, kalau idea dan cadangan itu bernas, bagus, majority pihak happy, tidak perlu lah nak cari point untuk kutuk juga. Just shut our mouth up and nikmati segala kemudahan yang bakal diberikan.

Aku tidak baca pasal perniagaan, percambahan ekonomi, pengurangan cukai, pengecualian cukai, peruntukan ratusan juta untuk pelbagai sector. Aku tak berminat nak kaji, sebab tidak kena mengena dengan aku. Mungkin belum kena mengena, 10, 20 tahun lagi mungkin aku akan cari benda-benda sebegini. Aku terdengar juga cakap-cakap mengatakan private sector as always, berada dipihak yang rugi. Betul kot, lantak lah. Aku tidak ada mood nak mengkaji dan mengutuk.

Aku ada terbaca comparison perbelanjaan menyambut kemerdekaan dengan peruntukan untuk sesetengah sector. Dalam dewan rakyat last week Kekkwa inform Malaysia spend RM 67.7 juta untuk sambutan ambang Merdeka. Banyak, memang banyak… Membazir? Aku sedikit setuju. Tapi kalau in return, kita dapat menonjolkan image yang hebat kepada orang luar, boleh meningkat jati diri rakyat, boleh mengurangkan racist, boleh meningkatkan perpaduan. Aku tak kisah. Cuma diharapkan angka tersebut 100% disalurkan ke channel yang sepatutnya. Harapnya that RM 67.7 mil are properly spent. Tidak seperti laporan Sunday Star semalam. Kalau duit 67.7 juta itu terlalu banyak portionnya yang disalurkan ke perut-perut boroi pemimpin-pemimpin BN yang bususk, then baru aku rasa nak pecahkan perut mereka. Yang menariknya, laporan audit tersebut tidak dijadikan berita utama oleh media arus perdana berbahasa Melayu.

Berita Sunday Star, here. Utusan pula cover that story here. Bayangkan ini baru cerita screwdriver dan buku. Sudah ratusan ribu wang rakyat terang-terangan di curi, dirompak, disonglap, digunakan untuk memuaskan nafsu manusia-manusia bangsat. Jangan bayangkan berapa nilai wang yang dilacurkan bila kita bercerita pasal pembinaan bangunan, pembangunan hartanah, pemberian permit. Takut aku bila aku tiba-tiba jadi rajin dan ambil tahu semua benda-benda ini.

Dari cerita bajet 2008, masuk cerita perbelanjaan ambang merdeka dan terus ke laporan Ketua Audit Negara. Sebelum aku melalut jauh, better stop here. Aku pun tidak berminat nak memaki dan mengutuk lebih-lebih hari ini. Simpan lain hari.

Berapa banyak peruntukan untuk apa-apa sekalipun yang penting ianya disalurkan ke jalan yang betul. Bukan ke poket manusia-manusia bangsat. Full stop.


Thursday, September 6

Polis Bodoh…!

Some internet marketing gurus said blogger must wisely pick their posting's title to catch reader attention. Nahh… aku ikut cakap mereka. Cukup sensasi aku rasa tajuk entry kali ini. Yes, aku nak cerita pasal kebodohan polis kita, to be specific, police traffic.

Masa aku balik kampong last weekend (Merdeka), as always aku gunakan jalan bawah, jalan dalam, jalan lama… what ever term to indicate I not using North-South Highway. Aku tak guna highway sebab aku tak mahu bayar toll, tak mahu tersekat dalam traffic jam tengah-tengah hutan especially dekat dengan Sungai Buluh. Jam tengah highway, macam sial… dah la bayar tol then sangkut dalam jam, bengong betul. Tapi bukan itu aku nak cerita, aku nak cakap pasal perjalanan aku hari tu. Berhadapan dengan 4 kumpulan police-police bangang, ok…to be fair aku kurangkan ke 3 sahaja.

Kenapa aku kata mereka bodoh?

Roadblock…!

Sekatan Jalanraya…!

– Bodoh dan bodoh…

Aku tak marah mereka menjalankan tugas, usaha murni mereka sanggup bekerja di ambang Merdeka. Sanggup berpeluh ditengah malam memastikan keselamatan pengguna jalanraya. Terima kasih… kamsia…

BUT, cara mereka menjalankan tugas sedikit bodoh. Imagine, aku kena lalu 4 sekatan police. Dah rasa macam zaman darurat. Meru, Kuala Selangor, Sungai Besar dan Teluk Intan. Somewhere there… mungkin tak tepat, tapi area sana lah. For those yang tak familiar with road there, most of the road adalah jalan raya berkembar for each side. Maksudnya ada 4 lane, each way 2 lanes la. Syok, boleh bawa laju….But all the roadblocks, except at Teluk Intan they block one lane and jadikan jalanraya satu lane sahaja sebelah. Mungkin aku sampai di Teluk Intan dah lewat, so police disana dah lepak-lepak tepi jalan dengan kon-kon mereka. Tapi yang lain semunya bersemangat menutup jalan dan ‘membogelkan’ kenderaan yang lalu. Hasilnya… jem beberapa kilometers. Stupid…stupid…. Mengapa tidak buka kedua-dua lane dan letak anggota di tepi dan tengah jalan, traffic akan still slow moving but the jam will not sampai beberapa kilometers. Ini tidak, mereka tutup outer lanes, dan mereka ramai-ramai duduk ditengah jalan. Tengok gambar bawah. Bengong.

Aku sempat turunkan cermin dan tanya polic tu:

“Bang… jem la belakang, kenapa tak buka 2 lane bang?”

Jawapan sadis dari dia;

“Ntah… tunjuk lesen dengan I.C”

Sial….

Aku juga tidak faham mengapa mereka perlu buat sekatan jalan raya masa lalulintas super busy? Everytime balik raya juga aku akan lalui pengalaman yang sama. Jika nak pastikan kenderaan bawa perlahan, mematuhi peraturan, tidak memandu laju… Bukankah lebih baik jika mereka terpacak ramai-ramai tepi jalan dan hanya tahan kereta yang kurang ajar. Tidak perlu buat SEKATAN jalanraya. Tidak perlu BLOCK traffic. Bodoh…!

Kesan melaluli jam yang disebabkan oleh tindakan polis-polis bangang tersangat pedih, geram dan rasa nak belasah orang. Hasilnya, few meters lepas polis tu beri laluan kenderaan akan memecut selaju mungkin. Melepaskan geram ke kaki yang menekan pedal minyak dan seterusnya ke tayar yang akan menyalurkan momentum amarah ke permukaan jalan berturap. Jika nasib tidak baik atau skill kurang, geram mereka akan turut terlepas ke tiang letrik, parit kiri kanan jalan atau lebih teruk ‘terlepas’ ke kenderaan lain. See, semuanya salah polis yang buat sekatan jalanraya yang mengakibatkan kesesakan melampau yang menaikkan rasa marah pemandu yang melepaskannya rasa marah tersebut ke cara pemanduan mereka. Polis bersalah… si bodoh yang bersalah.

Bestnya rasa dapat idea kutuk police. Ahahahaaha…. Rasa puas. Don’t know what this call, but surely mengutuk polis boleh dikategorikan sebagai sejenis theraphy. Macam aroma therapy or thermal therapy. Boleh menenangkan jiwa. Hahahaha...Tak percaya, try lah.


Tuesday, July 3

Danone Cup 2007

Notice: Sukan lagi. Sorry kalau tak minat

Aku tak tahu la orang lain, tapi aku follow result pasukan Malaysia dalam Danone Cup dengan penuh minat. Kepada yang tak pernah dengar apa Danone Cup tu, dan malas nak click link yang aku buat, secara mudahnya Danone Cup ada ‘Little Football World Cup’. Kira Piala Dunia untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Ia adalah anjuran Danone Group (yes, the biscuit) dengan kerjasama France Football Federation dan dapat pengiktirafan FIFA.

Aku kagum gila dengan pencapaian wakil kita (pasukan bawah 12 tahun negeri Pulau Pinang). They finish at number 17th from 40 participation country. Aku bukanlah manusia yang cepat berpuas hati, sebab mungkin ada yang cakap “nombor 17 dah seronok?”.
Cuba tengok pencapaian mereka.

“Secara keseluruhan, sepanjang tiga hari kejohanan, pemain-pemain kecil negara memenangi lima, seri dua dan hanya kalah sekali iaitu kepada England, menjadikan mereka sebagai pasukan kedua terbaik di kalangan negara Asia di belakang Jepun
.” – dari Utusan today.

Memang system kejohanan pelik sikit la, our boys cuma kalah sekali tapi dapat nombor 17. Tapi bukan tu aku nak cakap, mereka berjaya kalahkan negara-negara eropah macam
Poland and Ireland yang sering kita bangga-banggakan youth development nya. Kita juga kalahkan wakil Afrika, Cameroon, yang konon-konon mempunyai fizikal yang lebih sasa. Kita juga berjaya mengikat pasukan latin yang ada skill tinggi seperti Argentina.

Ini semua membuktikan pemain bolasepak kita berbakat, cuma bila usia meningkat, kemahiran, ketahanan dan segala-galanya tidak meningkat seperti pemain dari negara lain.


Masuk remaja, kenal motor, kenal awek, kenal kawan-kawan bodoh… mereka jadi bangang. Bila dah dewasa, start kenal kereta, kenal duit, kenal dunia… mereka menjadi semakin bodoh.


Salah siapa?


Aku suka salahkan FAM.

Tapi hakikatnya salah semua orang. Bila budak-budak tu meningkat dewasa sahaja, ibu bapa akan suruh utamakan pelajaran. Sebab tradisinya mereka kena masuk university supaya boleh dapat ijazah dan akhirnya dapat kerja dengan gaji mahal. Tak ramai ibu bapa percaya kalau anak mereka main bola boleh jadi kaya. So, aku setuju dengan sesetengah pandangan yang university jadi tempat lambakan bakat sukan kita yang dipaksa kesana kerana desakan masyarakat.

Aku stop sini, kalau bincang benda ini sampai kematu jari aku menaip pun takkan dapat solution.

Monday, July 2

Jangan Jadi Sahabat Syaitan

Notice: Quickie, aku banyak kerja hari ini.

Arwah abah aku memang pantang kalau aku membazir. Dari kecil lagi aku dididik supaya menghargai rezeki.


Tapi semalam masa aku makan di kedai makan aku sakit hati tengok family bodoh yang dengan tanpa rasa bersalah membiarkan nasi dan lauk tidak habis dimakan. Mungkin family aku bukan dalam golongan yang berada seperti family semalam, jadi arwah abah aku begitu teliti dalam hal ini. Kalau kami makan di kedai makan, dia akan pastikan kami memilih sendiri jumlah nasi, sejenis lauk dan sedikit sayur. Dan kami diajar untuk bertanggungjawap terhadap pilihan yang kami buat. Kalau dari budak lagi diajar supaya menghargai walau sebutir nasi, aku rasa sampai dewasa kita tidak akan dengan sesuka hati membiarkan makanan terbuang. Sebab itu sampai sekarang aku akan pastikan makanan yang aku ambil habis dimakan. Kalau aku rasa kenyang, aku ambil sedikit, jika tidak cukup aku tanpa rasa malu akan bangun dan minta tambah nasi. Aku rela bangun 10 kali untuk tambah daripada ambil banyak dan akhirnya tidak habis.

Orang kita sekarang take everything for granted dan terlalu yakin rezeki yang tuhan bagi tidak akan akan ditarik semula dari tangan mereka. Complain pasal harga barang naik, harga makanan naik, toll rate naik, sedangkan anak-anak dibiarkan membuang rezeki kedalam tong sampah…Bodoh betul…!


Spam emails of the day:
admin@sogoinvest.com
rayw.cruz@yahoo.es
ststreet@purinmail.com

Related to here: Spammer Suck...!

Friday, June 29

Perompak Kita Bodoh

Aku dah lupa bila, but around last week or last two weeks, aku tertengok rancangan 999. Yes, tertengok, pada yang kurang mahir bahasa Melayu/Malaysia maksudnya aku tidak sengaja tengok. Aku cakap macam tu sebab aku rasa 999 adalah salah satu rancangan bodoh dari TV3. Not interested to elaborate more on that topic, bodoh-bodod pun aku dapat satu info berguna dari sana. Ermmm… kita boleh belajar something dari mana-mana, even dari perhatikan orang gila di station bas. Right?

While they interviewing some high rank police officer, aku dapat satu info menarik.


These 3 elements mesti ada to invent a crime case.
  1. Peluang untuk orang jahat bertindak. (Opportunity)
  2. Kemahuan dari pihak orang jahat untuk buat jenayah. (Intention)
  3. Keupayaan dari segi kelengkapan dan pengetahuan dari orang jahat untuk laksanakan jenayah. (Ability)

Basically, maksudnya if we manage to reduce any of this 3 factors, kita boleh kurangkan kadar jenayah. Damn true.

So, aku personally rasa kerajaan Malaysia, police atau masyarakat kita sendiri berjaya kurangkan factor nombor 3 tu dengan jayanya. Sebab aku rasa penjenayah kita rata-ratanya memang bangang…!

Ingat kes Botak Chin? Kalimutu?

Semuanya mati kena tembak police selepas gerakan memburu dijalankan dengan intensive dan sedikit tipu helah dari police with newspaper assistant.

Recent weeks also prove penjenayah kita sedikit kurang ilmu dan hampir tiada otak. Atau lebih adil dikatakan kurang creative. Ada ke patut asyik ‘serang’ ATM machine.


27 June – Maybank, Subang Jaya

14 June – CIMB, The Summit

7 June – RHB, Sri Damansara

6 June – Hong Leong Bank, Kepong

Aku dah malas nak search lagi, maybe there are more than 4 cases dalam bulan ini.

Come on, in one whole month 4 similar cases within Klang Valley sahaja. The best thing is, only the 1st attempt sahaja yang membuahkan hasil. Lagi tiga tu semuanya gagal. (Some news feed reported all 4 failed, some said yang di Kepong tu berjaya larikan duiit, nevermind, even 25% still consider gagal dalam exam). Yang 7 June tu lagi menarik, perompak tu siap curi lorry dulu, then planning nak gunakan lorry tu to pull the ATM machine, but security guard datang sergah mereka then they flew away dan tinggalkan lorry disana. Hahahahha…. Badut sarkas.

To all robber and theft around Malaysia, seriously deep in my heart I believe you guys can do much better than that… Remember, Malaysia Boleh…! dan teruskan usaha kearah perombak yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Bodoh…! Pergi berniaga nasi lemak, keropok lekor atau air kelapa campur gula tepi jalan lagi senang la dari pecah ATM machine. Untung-untung sambil niaga tu boleh dapat awek yang comel-comel, perempuan sekarang suka businessman.

Friday, June 22

Betapa Melayukah Anda?

Masa study dulu aku ada seorang rakan (Lobo, bukan nama sebenar, hahaha…) yang suka beli majalah Remaja. Aku pun tak faham kenapa every month dia mesti beli. Aku rasa sebagai remaja lelaki agak pelik bila beli majalah tu. Tapi bila time boring, kami yang lain pakat-pakat baca juga. Salah satu segment menarik dalam majalah tu yang aku rasa dalam majalah-majalah lain pun ada adalah ruangan ‘survey’. Jawap soalan objective (A,B,C,D) then lepas habis ada markah.

Jadi sekarang aku nak try buat benda yang sama, tapi isu agak menarik sikit la. Bukan isu-isu bodoh macam, ‘Anda Kenal Pasangan Anda?’ atau ‘Anda Berpuas Hati Dengan Pencapaian Dalam Hidup’. Aku nak buat khas untuk orang-orang Melayu yang aku rasa majority rakan-rakan sini adalah Melayu.

Betapa Melayukah Anda?

Sila jawap soalan-soalan di bawah then, lihat markah di hujung article ini. Interesting?

(Aku rasa kalau guna browser I.E, numbering akan lari sikit. So, better use Firefox)


  1. Kenapa anda tidak masuk mana-mana MLM?

A) Tak nak untungkan orang atas (upline).

B) Dah serik dengan MLM sebelum ini.

C) Malas nak cari orang bawah (downline).

D) Rasanya memang takkan untung masuk MLM.


  1. Ada idea untuk mulakan perniagaan, tapi tak mula pun.

A) Takut muflis.

B) Takde modal.

C) Kawan-kawan, sedara mara tak sokong.

D) Dah selesa dengan pendapatan sekarang.


  1. Bila masa paling sesuai untuk shopping?

A) Year End Sale.

B) Musim perayaan.

C) Lepas dapat gaji.

D) Bila barang keperluan dah habis.


  1. Anda ada duit dalam bank RM 10,000.00, member nak pinjam RM 5,000.00.

A) Terus bagi kalau dah kenal dia lebih 10 tahun.

B) Bagi, jika alasan kukuh.

C) Bagi, tapi minta cagaran (kereta, barang kemas, etc).

D) Bagi, tapi ada surat perjanjian berserta bunga.


  1. Ada 5 adik beradik tinggal di Kuala Lumpur.

A) Jumpa kat kampong time raya.

B) Sekali sekala buat gathering.

C) Setiap minggu jumpa untuk makan-makan.

D) Tinggal sebumbung.


  1. Kawan karib kahwin, anda dapat jemputan.

A) Fikir nak share kereta dengan siapa.

B) Suka, tak sabar nak pergi.

C) Terus fikir nak beli hadiah apa.

D) Susah hati sebab kena bagi angpau.


  1. Boss bagi promotion, naik gaji RM 1,000.00.

A) Tak sabar nak cerita kat ibu bapa atau isteri/suami.

B) Terus call kawan-kawan, girlfriend/boyfriend.

C) Belikan diri sendiri hadiah.

D) Ajak kawan-kawan pergi ‘minum’.


  1. Nak beli rumah di Klang Valley.

A) Cari area Batang Berjuntai, Rawang, Meru atau Kota Komuning.

B) Check KWSP dulu untuk bayar down payment.

C) Cari condominium area PJ, Bangsar, atau Puchong.

D) Pulau Ketam, sebab dekat dengan sedara mara.


  1. Kereta rosak.

A) Cukup bulan baru repair.

B) Repair pakai credit card.

C) Hantar bengkel, pinjam kereta mechanic untuk pergi kerja.

D) Call mechanic suruh datang ambil kat rumah.


  1. Bila habis buat survey ni.

A) Cari idea nak kutuk.

B) Rasa nak gelak sebab Mr.Right syok sendiri.

C) Fikir sekejap, then senyum.

D) Tak ambil peduli.



Cukup lah 10 soalan aku rasa. Follow this rating to mark yourself.

Banyak jawapan A:

Kau memang sah anak jati Melayu.


Banyak jawapan B :

Melayu yang kerja atau berkawan dengan bangsa lain.


Banyak jawapan C:

Kau kacukan, mix.


Banyak jawapan D:

Kau Chinese or maybe Indian.


Kalau jumlah sama, maksudnya kau belum ada identity. Hahahaha…


P/S: Tak perlulah nak kaji bersungguh, aku tak fikir sangat pun masa tulis ni. Anggap gurau-gurau sudah la.

Total Pageviews

. page counter