Jika ditakdirkan aku ada adik perempuan, yang aku rasa akan dinamakan Nurul Ain oleh orang tua aku, salah satu syarat penting untuk jadi buah hati adik aku adalah mempunyai kereta sendiri. Aku tidak akan membenarkan adik aku membonceng motosikal mana-mana lelaki. Bukan aku berlagak atau inginkan adik ipar yang kaya. Aku cuma tidak boleh terima adik perempuan aku memeluk lelaki lain tambahan pula dihadapan khalayak ramai. Pada aku, gadis yang membonceng lelaki bukan muhrim sedikit murah berbanding mereka yang dating naik kereta atau menaiki kenderaan awam. Bayangkan, sebenarnya mereka melakukan perkara sumbang (berpelukan) di atas jalan raya. Sememangnya pembonceng perlu memeluk atau sekurang-kurangnya memaut bahu penunggang. Aku benar-benar benci melihat anak gadis memeluk pinggang teruna masa di traffic light. Kalau boleh, aku nak syorkan kerajaan menggubal undang-undang melarang perkara ini dari berlaku. Satu lagi reason aku mahu adik aku bercinta dengan lelaki yang mempunyai kereta adalah selalunya mereka yang berkereta sudah mempunyai kewangan yang kukuh, aku ulang… selalunya. Dan jika lelaki itu sudah boleh memandu kereta, semestinya adik aku juga sudah berumur hampir dua puluhan, aku percaya dia sudah matang untuk menilai baik buruk tindakan dia. Aku juga sedar maksiat lebih mudah dilakukan dalam kereta, tapi itu different issue, paling tidakpun at least tidak di tengah-tengah jalan dan seolah-olah bangga dengan adegan maksiat mereka, mintalah dijauhkan. Jika dia tidak mampu atau memilih untuk tidak berkereta, dia mestilah sanggup dating dengan menggunakan kenderaan awam seperti bas, komuter, LRT atau teksi. Aku rasa inilah cara terbaik kerana hampir mustahil mereka boleh menjadi sebahagian daripada statistik remaja rosak akhlak.
Kepada yang ada adik atau anak perempuan, tolong lah… aku merayu…tolonglah jaga dia sebaik mungkin. Aku tidak tahu lah orang lain, tapi berita pasal gadis mengandung atau kena tangkap basah sudah semakin hampir dengan aku. Maksud aku, aku ada kenal perempuan yang mengalami pengalaman ini, malahan bukan seorang sepupu aku sendiri menjadi mangsa kepada kemodenan yang dicorakkan oleh mereka sendiri.
P/S: Aku betul-betul sakit hati melihat aksi Hafiz Hashim semalam. Mendahului Lee Hyun
1 comment:
I kenal adik & kakak ipar hafiz hashim..hehehe!!
Post a Comment