Monday, June 11

Aku Benci Caller Ringtone

Aku bukan jenis manusia yang benci dengan benda-benda yang orang lain suka. Walaupun aku tak follow Akademi Fantasia, tapi aku tidak pula menyampah dengan Mawi. Lagu-lagu dia pun banyak yang aku rasakan sedap untuk didengar. Bila dia menang beberapa anugerah kat Planet Muzik last week, aku pun tumpang bangga.

TAPI, aku tak boleh terima kegilaan orang ramai sekarang terhadap caller ringtone. Pada aku ianya salah satu inovasi yang benar-benar bodoh. Kalau remaja atau budak sekolah yang minat benda ni aku boleh terima lagi, tapi kadangkala taraf executive atau manager pun sibuk pakai caller ringtone pelik-pelik. Lagu-lagu yang tak sedap, suara Apek Senario atau bunyi katak, baby dan macam-macam lagi yang menyakitkan telinga.

Pada aku bunyi “tut…tut…” adalah bunyi yang paling sesuai dan tidak perlu diubah. Aku tidak telefon seseorang untuk menunggu dia angkat telefon dan rasa terhibur dengan caller ringtone. Aku call dia dengan harapan dia segera angkat telefon dan jawap panggilan aku. Kononnya kalau panggilan aku lambat dijawap aku boleh terhibur dengan bunyi-bunyi pelik tu. Mungkin pada sesetengah orang suara Apek jerit-jerit tu satu hiburan yang boleh mencuit hati, tapi pada aku ia sekadar menambah sakit hati sambil menunggu si mangkok tu nak angkat telefon. Lagipun aku tidak mempunyai pilihan untuk tidak mendengar caller ringtone. Setahu aku tidak ada apa-apa button yang aku boleh tekan untuk mendengar ringtone traditional. Sepatutnya kena ada la. Ini tidak,aku cuma boleh jauhkan telinga aku dari telefon untuk melegakan sedikit hati. Bodoh betul…

Bila aku dapat tahu nak set kan bunyi tu dikenalan bayaran, aku lebih terkejut. Ramai manusia bangang sanggup bayar beberapa ringgit sebulan untuk dapatkan service ini. Patutlah syarikat telco semakin hari semakin kaya.

Betul lah pepatah orang tua-tua;

Rambut sama hitam…

Hati lain-lain…

12 comments:

Helena said...

Helena menyampah dengan ringtone bapok cakap lucah tu....

Mr. Right said...

Helena,
Memang ada mcm2... menyakitkan hati je...

Penulis Biasa said...

haha!! aku pun nyampah gak org yg gune caller ringtone ni.. kekadang tu bukan ape, takle nak budget, tau2 dah masuk voice mail..dah kena cas pulak tu..kalo guna ringtone tradisional at least aku boleh budget bape kali ringtone kalo tak angkat aku letak je la...

Anonymous said...

dood, kadang2 adults tu tak tau pun caller ringtone kat hp dorg. their children yg set kan. but of coz, ada jugak yg guna caller ringtone tu atas kemahuan sendiri. yukh.

Mr. Right said...

Bad,
kadang-kadang lagu tu tak abis2. lagi nyakitkan hati.

Teek,
Ooooo... org lain boleh setkan ke. Ko pakai caller ringtone apa? Nanti aku nak try...

Fid said...

aku pun nyampah gakkk

Mek Rose said...

ala..masing2 nak kaut untung..besala..bisnez..

tapikan..tak semua yg ade caller ringtone ni sbb mmg suka.tapi ade yg saje2..nak abiskan kredit..

sbg contoh..akak aku yg kat kampung tu..dia kate buat caller ringtone sbb nak abiskan kredit..dia kate..kredit byk..buat call out pon jarang2..hmmm..mcm2..ekekekke

Mr. Right said...

Fid,
Bukan phone kau ada caller ringtone ke? Lagu jiwang apa ntah.. Dealova kot..

Bulat,
Ada jugak org yang tak abis credit ye. Suruh dia pakai postpaid then family plan la. Kumpul semua sedara mara bawah 1 account. With that takde la mambazir.

Anonymous said...

aku punya duit aku punya suka la!! hahahahah ... mr rite, ko sepatutnya berbesar hati sebab jarang ader org yg sanggup keluar duit semata2 nak menghiburkan kawan2 yg call ...

cam aku, 3 caller ringtones aku pasang ... akan select randomly ... sekadar nak menghabiskan duit setiap bulan potong rm 3 dan juga aku berbesar hati org yg call aku tu tak boring dengar bunyi "tut" "tut" ... hahahha ....

Mr. Right said...

Wah...wah..wah... mr. Lama tak masuk then terus tembak aku ye...kuang ajaq betoi...ahahhahaha...

mmg la duit ko, tapi telinga member-member yg menanah dengar lagu-lagu pilihan kau yg ntah apa2. .... ok lah, kalau lagu maybe kira ok lagi. Tapi kalau org jerit2 or bunyi katak, mmg sakit ati la...

Anonymous said...

setuju. aku dr dulu smpi skrg tk penah buat benda tak berpaedah tu. sakit ati dgr lagu2 masa call org. kadang2 tak berjawap pastu masuk voice mail. tak leh nak agak berapa kali tut...tut..

Mr. Right said...

Shah,
Lama tak nampak... bisness makin maju kot, tu yg busy.

Total Pageviews

. page counter