Monday, June 18

Sehari Di Pasir Salak

Last weekend aku balik kampong. Macam biasa sahaja nak jengok mak aku. Then, mak aku ajak pergi mesyuarat Koperasi Projek Felcra Seberang Perak. Aku pernah pergi dulu, memang boring gila. Tapi dah mak aku ajak, so terpaksalah pergi.

Arwah abah aku ada tinggalkan beberapa bidang tanah. Daripada terbiar, tanah tu diambil oleh Felcra dan dimajukan sebagai tapak pertanian. Every year mak aku dapat hasil daripada Felcra. Jadi, peserta-peserta program ini tubuhkan koperasi untuk menjaga kebajikan mereka dan memantau keuntungan. Kira kerjasama Felcra dan ahli-ahli peserta-peserta projek. Since, pendapatan dari benda ni tak banyak, so aku dan adik beradik yang lain malas nak ambil kisah sangat. Planningnya aku nak attend meeting tu, lepak-lepak dan collect RM50.00 (elaun kedatangan) then balik.

Rupa-rupanya, tahun ini mesyuarat di buat di Pasir Salak Resort. Wah… dah advanced orang kampong aku rupanya. Annual meeting koperasi pun buat kat resort. Sambil pakcik-makcik masuk dalam dewan untuk bermesyuarat, aku merayau-rayau kawasan peninggalan sejarah. Ramai jugak pelancong dari KL datang bermalam dia resort ini. Aku tengok couple pun ramai, ntah suami-isteri atau pakwe-makwe aku pun tak tahu.

Aku ada snap beberapa gambar, tapi since aku tengok di brochure ada website address then bila aku buka website tu memang updated dan cantik, tak perlulah aku upload gambar.

Kalau nak tahu details pasal resort ini click here:
Pasir Salak Resort

Then, pada sessi tengah hari aku rajinkan diri masuk dalam meeting. Aku rasa nak gelak and nak nangis. Sebab pakcik-makcik dalam dewan semuanya buat tak tahu dengan perbentangan oleh ahli lembaga koperasi. Bila perlukan persetujuan, mereka semua cakap “Setuju”.

Bila perlu pelantikan ahli lembaga atau ahli jawatankuasa yang baru, seorang wakil akan berdiri dan cakap

“Saya cadangkan ahli lama dilantik semula”.

Disambut dengan jeritan “Setuju”.

Then, seorang lagi wakil bangun “Saya cadangkan, cadangan ditutup”

Yang lain…”Setuju”.

Memang semua agenda dan usul diselesaikan macam ini.

Wah… cepat je mesyuarat selesai. Pada satu usul, wakil dari Felcra kena masuk campur. Sebab usul berkenaan budget yang ahli lembaga boleh gunakan untuk investment for next year. Peserta-peserta semua setuju ahli lembaga tentukan sendiri. Then, wakil Felcra bangun, memberitahu benda ini tak boleh serahkan pada ahli lembaga. Kena peserta-peserta tentukan had investment tu. Then, seorang pakcik bangun,

“Saya cadangkan hadnya..er..er…er.. RM 1 juta”

Peserta lain, gelak tapi jawap “Setuju”

Bila aku tengok dalam buku laporan, memang logic angka sejuta tu. Tahun lepas pun angka yang sama. Rupa-rupanya koperasi ni kaya. Ada berjuta duit. Patutlah ahli lembaga pakai kereta-kereta mewah, paling murah pun Perdana V6.

Tapi ikut cakap abang aku, dah rezeki mereka. Mak aku pun dapat tak banyak setiap tahun. So, biarkan lah.

Then, bila masa cabutan bertuah.

Punyalah malang, nombor-nombor berikut semua dapat hamper; 80, 280, 179, 181, 108….. boleh agak apa nombor aku? 180…! Tak dapat. Apa lah punya sial tangan aku.

Aku collect RM50.00 then cari mak aku yang sedang rancak bersembang dengan member-member lama. Kalau makcik-makcik start bersembang, memang susah nak potong.

Pukul 4 juga lah aku sampai rumah.

Itulah kisah aku… Sehari Di Pasir Salak

7 comments:

ONEXOX PREPAID JIMAT said...

Salam Dude...
Bagus rupanya hang.. betul2 balik tgk mak..bagus la camtu...
Sal meeting yg hang p tu....mmg lawak la kan... Apa2 aje la...
Tapi bab ahli lembaga pakai kereta mewah tu...mmg rezeki depa la... bila ehhh turn kita... pikir2 kan...
Wassalam..

Anonymous said...

Alhamdulillah la rezeki depa.

Mr. Right said...

Enjoylife,
Salam...Mat.

Bila nak start blogging? Kena la jenguk, dah tanggungjawap. Turn kita pakai kereta mewah? Taktau la, kalau dok penat merancang pun kalau tuhan tak bagi rezeki susah gak. Ada org bagitau aku, yg penting rezeki berkat, bukan sahaja halal, tapi berkat. InsyaAllah, dapat juga merasa dok dalam kereta mewah. All the best bro.

Shah,
Rezeki hasil kebijaksanaan.

ONEXOX PREPAID JIMAT said...

Hahahaha... Dok rancang2 and belum tau official date to launch. Hahaha...macam project besaq ja... tunggu la dlm seminggu 2 ni....

Anonymous said...

macam sial..dah takde idea ke?

Mr. Right said...

Enjoylife,
Wei, tajuk blog ko tak cun.

Sukun,
Tak pernah baca posting aku sebelum-sebelum ni ke?

Anonymous said...

rezki di maner maner...tu pun hasil kerja keras sampai besor anak2 baru dpt hidup senang..memang patut pun dorang hidup senang skarang..bukan yer masuk2 felda jer dpt pakai kereta mewah tu..so keep it up felda folk!!!!!..(tumpang bangga tgk bangsa sendiri maju)...

Total Pageviews

. page counter