Showing posts with label Caller Ringtone. Show all posts
Showing posts with label Caller Ringtone. Show all posts

Monday, June 11

Aku Benci Caller Ringtone

Aku bukan jenis manusia yang benci dengan benda-benda yang orang lain suka. Walaupun aku tak follow Akademi Fantasia, tapi aku tidak pula menyampah dengan Mawi. Lagu-lagu dia pun banyak yang aku rasakan sedap untuk didengar. Bila dia menang beberapa anugerah kat Planet Muzik last week, aku pun tumpang bangga.

TAPI, aku tak boleh terima kegilaan orang ramai sekarang terhadap caller ringtone. Pada aku ianya salah satu inovasi yang benar-benar bodoh. Kalau remaja atau budak sekolah yang minat benda ni aku boleh terima lagi, tapi kadangkala taraf executive atau manager pun sibuk pakai caller ringtone pelik-pelik. Lagu-lagu yang tak sedap, suara Apek Senario atau bunyi katak, baby dan macam-macam lagi yang menyakitkan telinga.

Pada aku bunyi “tut…tut…” adalah bunyi yang paling sesuai dan tidak perlu diubah. Aku tidak telefon seseorang untuk menunggu dia angkat telefon dan rasa terhibur dengan caller ringtone. Aku call dia dengan harapan dia segera angkat telefon dan jawap panggilan aku. Kononnya kalau panggilan aku lambat dijawap aku boleh terhibur dengan bunyi-bunyi pelik tu. Mungkin pada sesetengah orang suara Apek jerit-jerit tu satu hiburan yang boleh mencuit hati, tapi pada aku ia sekadar menambah sakit hati sambil menunggu si mangkok tu nak angkat telefon. Lagipun aku tidak mempunyai pilihan untuk tidak mendengar caller ringtone. Setahu aku tidak ada apa-apa button yang aku boleh tekan untuk mendengar ringtone traditional. Sepatutnya kena ada la. Ini tidak,aku cuma boleh jauhkan telinga aku dari telefon untuk melegakan sedikit hati. Bodoh betul…

Bila aku dapat tahu nak set kan bunyi tu dikenalan bayaran, aku lebih terkejut. Ramai manusia bangang sanggup bayar beberapa ringgit sebulan untuk dapatkan service ini. Patutlah syarikat telco semakin hari semakin kaya.

Betul lah pepatah orang tua-tua;

Rambut sama hitam…

Hati lain-lain…

Total Pageviews

. page counter