Tuesday, February 20

Pilihanraya Umum Semakin Hampir?

Notice: Quite a long entry, holiday mood.

Kepada rakan-rakan yang tidak minat aku jadikan Aku Betul…! Berbaur politik, sorry la, aku pun bukan suka sangat cerita politik, so I will try to minimize entry berkaitan politik. Cuma suddenly politik dah jadi isu semasa so, aku just join the boat.

Ramai percaya Pak Lah akan bubar parlimen tahun ini dan tidak akan menunggu 2009. Aku juga setuju dengan pendapat sebegitu kerana:

  1. Melalui semua saluran media milik kerajaan, kita boleh dengar cerita betapa ekonomi kita bertambah baik KONONNYA.
  2. Beberapa segment complaint dikurangkan dalam berita.
  3. Anwar Ibrahim makes a move dengan bergiat cergas dalam PKR, pastinya dia mempunyai rakan yang memberitahu beliau Pak Lah sudah hampir dalam ilham dalam kepala.
  4. Banjir besar yang melanda negara memberi platform untuk BN mendapat undi simpati, setelah mereka menghulurkan segala jenis bantuan kepada mangsa.
  5. Harga petroleum dunia semakin turun, ini memberi ruang untuk kerajaan menurunkan harga runcit petrol dan KONONNYA nasib rakyat terbela.

Let me try to list down all the issues that Opposition ada dalam pocket mereka sekarang:

  1. Toll naik, minyak naik, letrik naik…rakyat derita.
  2. Kapal layar, kapal terbang, mewahnya Pak Lah berbelanja.
  3. Khairy ‘nasihat’ Pak Lah dalam urusan ekonomi negara.
  4. Perjanjian konsesi toll…isu OSA, perlukah dirahsia?
  5. Rakyat berdemonstration, Polis diperkuda.
  6. Pejabat TPM terlibat dalam kes Atlantunya.
  7. Kita berlembut dengan Singapore, jambatan tidak jadi dibina.
  8. Mahathir sendiri tegur Pak Lah, nampak sangat ada yang tidak kena.

I don’t think there will be many changes after general election. For every general election, opposition parties manages to come out will all sort of issue and story to shoot BN. But at the end, BN yang akan dapat the last laugh selepas membaling beberapa butir ‘bom’.

For me, opposition parties should not concentrate too much on proofing how bad kerajaan Barisan Nasional. Instead, they should buktikan pada rakyat mereka mampu memimpin Malaysia lebih baik dari sekarang. Memang betul, used to be Mr. Clean now dah jadi Mr. Not-So-Clean, or worst ada yang cakap Mr.Clean dah jadi Mr. Bean. But, if orang lain berada diatas sana adakah dia akan kekal clean? Kalau PAS, PKR or DAP boleh yakinkan rakyat Malaysia they will not end up macam pemimpin-pemimpin BN, pastinya ramai generasi muda akan beralih angin. How to proof that? Kalau aku tahu, for sure aku dah masuk politik dan betanding dalam pilihanraya.

Cuma aku tahu apa yang mereka tidak patut buat untuk menipiskan keyakinan rakyat terhadap mereka. Mereka should not show how fragile they are. Just like Ezam yang melepaskan semua jawatan dalam PKR, Ezam sendiri menyatakan ada masalah dengan pucuk pimpinan parti. Just imagine, even nak uruskan satu parti politik kecil pun sudah bermasalah, how on earth they want to manage one whole nation or even one state? Untuk PAS pula, they should learn how to talk to media, sudah banyak kali beberapa isu mendapat komen yang berbeza dari beberapa pemimpin mereka. Kelantan juga kekal antara negeri termiskin di Malaysia walaupun menjadi syurga membeli belah dan antara destinasi pelancongan utama. Again, takut untuk aku membayangkan if mereka memimpin satu negara.

Aku juga harap Suruhajaya Pilihanraya Raya akan betul-betul menjadi badan berkecuali yang benar-benar bertanggungjawap memastikan pilihanraya berjalan adil-seadil, adilnya. Bukan menjadi lembu kepada kerajaan Barisan Nasional

Aku memang confius, takut and malas bila fikir pasal politik Malaysia. So, if there someone out there berperasaan seperti aku, my advice masa mengundi nanti, pilihlah berdasarkan peribadi calon dan bukannya parti. I believe Islam have a strict guideline how to choose leader between us. So, rajin-rajinkan mencari, dan ikutlah sebaik mungkin, remember what ever yang kita sokong, insyaAllah di akhirat nanti akan disoal.

So, after this aku akan slow sikit dalam menulis anything related to politic. I think I not qualified enough to give my opinion, just too weird, complex and scary.

6 comments:

Anonymous said...

Bagus juga pilihanraya tahun ni, dapat juga merasa duit tabung BN.

Mr Right,
jangan la kurangkan politik dalam blog engkau, tak best la.

Anonymous said...

Kenapa ganas sangat wajah Mr.Right kat bawah tu? Senyum la sikit.:) Saya setuju awak kurangkan cerita politik. Tak best pun, dah banyak sangat website anti-kerajaan kat luar sana.

Mr. Right said...

Sin Sikat,
Aku ada benda lain nak tulis, if politik je nanti member-member aku jemu.

Reen,
Aku memang semulajadi ganas, nak buat cam mana lagi...sori.

Anonymous said...

pas dh wat yg terbaik..

Unknown said...

why do u think kelate still negeri termiskin?

- adakah sbb negeri tu takde resource?
- adakah pengurusan negeri tu hampeh?
- adakah takde manpower yg berquality?

Yg aku nampak sbg warga negeri kelate ialah... terlalu byk tekanan dari pihak luar yg tidak memberi peluang kepada negeri kelate. Kenapa terenggau dapat royalti minyak sedangkan kelate tak dapat? berapa kali Tok Guru dok buat surat mintak royalti...? Berapa banyak projek nak buat tapi tak diluluskan...? berapa banyak pelabur asing yg datang nak buat projek, menteri besar berkenan, tapi ditakutkan & diugut oleh PM dan konco2nya...?

Yg mana semua ini membuatkan rakyat jadi susah.. bila rakyat jadi susah.. diorang menyalahkan kerajaan negeri.. pastu undi parti lain.. padahal rakyat taktahu yg diorang dianiaya oleh siapa....

okla cukup la setakat tuh. Apa yg aku bagitau ni, mungkin tak berasas bagi sesetgh org.. tapi bagi aku sendiri, aku dah tgk dengan mata aku, dah dengar dgn telinga aku.. nak percaya, percayalah, tak nak, sudah!

Mr. Right said...

Terang bulan,
Aku setuju dengan pendapat kau. Sememangnya k'jaan pusat kurang membantu k'jaan negeri. Baru2 ni pun tahun melawat m'sia 2007, Kelantan tak dapat budget. Memang melampau k'jaan BN.

Tapi aku turut merasakan kepimpinan PAS di Kelantan masih boleh diperbaiki.

Total Pageviews

. page counter