Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Tuesday, October 14

Aku Dah Jadi Suami Orang

Alhamdullillah…. Majlis perkahwinan aku di kedua-dua belah negeri berjalan lancar. Aku sekarang dah jadi suami orang. Fuh…! Macam tak percaya je. Sekarang bermulalah kehidupan aku berumah dan bertangga. Dimulakan dengan aktiviti mengisi rumah sewa dengan barang-barang keperluan. Memang niat aku, balance dari duit majlis perkahwinan baru nak beli kelengkapan rumah, kalau ada balance duit lepas beli barang-barang nanti, barulah aku pergi honeymoon. Tak nak kelam kabut, buat satu persatu. Aku bukan businessman, bukan anak hartawan. Duit pun masuk fix monthly. So, kena la berhati-hati.


Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada family aku dan family mertua yang bertungkus lumus menguruskan majlis aku. Mak, Mak mertua, abang, akak, abang-abang ipar, akak-akak ipar, biras, sepupu, mak saudara, pakcik saudara… dan semua yang sudi menghulurkan bantuan.


...Terima kasih…

Ribuan terima kasih kepada member-member yang datang dari jauh. Aku betul-betul terharu tengok member-member sanggup drive berjam-jam dan spend ratusan ringgit untuk memeriahkan majlis aku. Aku juga nak minta maaf on behave both families jika ada yang terkurang. Personally aku nak minta maaf kat member-member yang melepak lama di Teluk Intan sebab aku tak berkesempatan nak entertain korang semua. Sorry… betul-betul sorry. Tapi aku percaya korang pun happy dapat jumpa member-member lama, dah macam mini school reunion lah pula hari tu. Seronok aku tengok. Ada yang tak jumpa lebih 10 tahun…. Best…best.


...Thank you…

Kepada yang rajin call dan sms aku ucap selamat juga aku nak ucap terima kasih. Sampai tengah malam 4 Oktober 2008 (hari kahwin) pun ada yang sms, prihatin sungguh member-member aku.

Ok… enough bout my wedding. Nanti gambar dah ready aku akan upload beberapa keping kat sini. Kalau ada anak-anak dara, kaum-kaum ibu, atau jejaka-jejaka pelik yang minat nak tengok gambar wedding banyak-banyak, perhatikan blog isteri aku. Confirm dia akan upload banyak gambar nanti.

Before aku offline for 2 weeks, aku ada buat poll pasal perkahwinan. Macam biasa poll tu aku turunkan setelah dapat more than 100 responses.

So, here the result after 173 responses.


Kat sebelah tu ada poll baru. Soalan lebih santai… nothing to do with current event. Aku nak tanya pasal sukan. Kalau rajin silalah jawap.

Again… thank you very-very much to everybody that involve with my wedding. Last favor, tolong doakan rumah tangaa aku aman bahagia.

Thanks…

Thursday, September 18

Poll Result and New Poll - Kahwin

Seperti biasa, bila poll aku cecah more than 100 responses aku akan tamatkan dan ganti dengan poll baru. Poll yang lepas aku tanya pasal bulan Ramadhan dan Syawal. Actually aku surprise juga since just after one week poll tu dah received 100 responses, since aku busy aku biarkan ia running till today. If sesiapa interested, below adalah result setelah 142 orang menjawap.

Suka aku tengok ramai yang start puasa penuh sejak sekolah rendah lagi. But yang menariknya, aku ada member yang dari kecil jarang tinggal puasa tapi bila dah besor gajah ni cukup liat nak puasa sebab pengaruh kawan-kawan. Aku juga suka sebab ramai orang macam aku rupanya, wajib bersahur. Mungkin ramai yang nak dapat pahala sunat sahur, tapi aku the main reason sebab aku taknak jadi mayat bergerak disiang hari. Tapi last week aku lupa bangun sahur sehari, still ok lah. Cuma, macam aku mention sebelum ini, aku akan stay di surau dari sebelum zuhur sampai asar.Hahahha... ramai orang belasah je bajet masa pergi bazar ramadhan. Patutlah peniaga-peniaga ramai yang belasah je letak harga makanan.

Fuh... majority more than 70% prefer makan masakan ibu dan isteri. Bagus..bagus. Although aku tersilap sebab tak tanya 2nd choice. Tapi still ada yang prefer makanan bazar compare to even buffet hotel... pelik. Bajet raya pula ramai yang tak letak target, errmmm... tak plan pembelajaan ke? Hampeh....

Ok... itu poll lama, aku dah letak poll baru. Ini aku suka ni, belum pun aku post posting ini. Dah ada orang response poll tu. Poll tu pasal kahwin, since macam member-member kat sini semua tahu, Insyallah aku akan lansungkan perkahwinan lepas raya nanti. So, saja nak compare apa yang aku sedang lalui dengan mereka yang pernah kahwin atau tahu pasal perkahwinan base on pengalaman family atau kawan-kawan. Tolong share dengan aku. Aku tanya soalan-soalan basic pasal umur, bajet dan yang aku still considering... tempat honeymoon. So, help me out here.

Sikit pasal perkahwinan aku. Aku dah call member-member untuk minta alamat dan jemput ke kenduri aku. Satu group lagi aku akan jumpa weekend ini untuk berbuka puasa dan bagi kad. So, kalau sampai next week ada member aku yang belum dapat pangilan dari aku. Tolong contact aku, maki aku sebab terlupa pasal kau. Kalau tak pun, sms atau miscall aku, then bila aku call balik, korang diizinkan untuk marah aku. Then aku akan teruskan dengan rutin menjemput ke kenduri aku. Fair deal kan.... Bukan senang orang boleh marah dan maki aku depan-depan tau. Boss aku pun jarang-jarang dapat chance macam tu. Boleh la contact 0162266654 or my 012 number.

Ok... chow.

Friday, December 28

Jemputan Perkahwinan

Cuti sekolah hampir selesai, maka berakhirlah juga marathon majlis perkahwinan di seluruh Malaysia.
Picture from : http://thekadkahwin.fotopages.com/

Name it what ever you want; berkira, tak friendly, belagak bagus, kolot, kekampungan atau apa sahaja. Tetapi aku memang jenis yang berkira bila berkaitan dengan jemputan kahwin. With all the new communication technology nowadays people seem like to treat wedding invitation lightly. Ini reaksi aku terhadap jenis-jenis jemputan kahwin.


1. Hantar Email ke Yahoo Group.
Ramai bakal pengantin hantar jemputan melalui Yahoo or Google Group.

“Saya menjemput semua rakan-rakan ke majlis

perkahwinan saya dialamat bla…bla..bla.. attached map”

Confirm aku tidak akan pergi ke majlis dia, jika mood aku bagus aku akan reply email dia seperti ini:

“Congrats dude!”


2. Hantar Email.
Tidak jauh beza dengan hantar ke Group. Cuma mereka hantar individually.

“Dood, jemput datang kenduri aku..bla..bla..bla”

Jawapan aku pun tidak jauh berbeza,

“Jika tiada aral aku akan hadir…”

Kemungkinan besar aku tidak akan pergi, paling baik pun aku akan kirim hadiah kepada sesiapa yang pergi.


3. Short Message Service 1.
Sama seperti email, cuma lebih ringkas dan padat.

“Jmput ke knduri aku pada tarikh bla..bla..bla”

Most probably aku tidak akan reply sms dia, kalau ada masa aku call balik untuk ucap tahniah. Again, aku jarang pergi jemputan seperti ini, kiriman hadiah the best he/she will get from me.


4. Shot Message Service 2.
Ini antara cara terbaik.

“Aku bakal jadi raja sehari early nex year, pls

reply wif ur mail addy for me to mail u the card”

Dengan pantas aku akan reply.


5. Kirim Kad Sahaja.
Post or pass kepada pihak ketiga. Aku highly consider untuk pergi ke majlis dia but most probably with no hadiah.


6. Phone Call.
With or without kad, aku appreciate phone call untuk jemputan kahwin. Bertanya khabar beberapa minit then beritahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga. Kemudian menjemput aku. Lepas habis call dia akan sms alamat rumah dan tarikh. Jemputan sebegini, confirm aku akan pergi walaupun dihujung dunia provided dengan izin Allah lah.


7. Face to Face.
Datang cari rakan-rakan lama dan baru. Join tengok bola di mamak, pergi futsal, ajak lepak-lepak then surprise us all with invitation card. Without doubt aku akan pergi. Aku akan penuh semangat cuba ajak semua rakan-rakan pergi secara konvoi. Hadiah besar badan aku akan aku usahakan. Hahaha…

Aku sedar bakal pengantin busy untuk entertain semua rakan-rakan. Ada bermacam-macam perkara mereka perlu uruskan. Walaupun aku tiada pengalaman, tapi dari cerita rakan-rakan sememangnya ianya memang sukar untuk menjemput semua rakan-rakan dengan penuh ‘hormat’ seperti yang aku inginkan. But, for me kalau bakal pengantin tidak show any effort to invite aku, aku juga tidak akan bersungguh untuk pergi ke majlis dia.

Ingat, jika kita pergi ke majlis perkahwinan without proper and valid invitation from tuan rumah makanan kita makan itu consider haram.

Selamat berhujung minggu dan menghadiri majlis perkahwinan terakhir tahun ini (jika you guys dapat jemputan la)...


P/S: This entry nothing to do with my engagement, cuma banyak majlis jemputan kahwin aku terima membuatkan aku terfikir benda ini. :)

Thursday, June 7

Kahwin...Kahwin... Kahwin...

Notice: I try to write about wedding, but since aku sendiri belum kahwin. So, tak banyak aku boleh cerita.

Last 30 days, cerita kahwin memang menjadi topic hangat. Dimulakan dengan Raja Nazrin dan bakal disudahi dengan perkahwinan Pak Lah. In between these two top stories ada lagi beberapa cerita menarik pasal kahwin atau majlis perkahwinan…..


(24/05/07)
Seorang suri rumah didenda RM4,000 atau penjara 40 hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas mengaku salah mengahwini abang iparnya yang masih beristerikan kakak kandungnya, sejak 31 tahun lalu.” – Utusan

Komen Aku:
Apa ke bangangnya perempuan dan ‘suami’ dia. Apa yang mereka fikirkan? Aku suka kau, kau suka aku… jom kahwin. Buta agama ke buta undang-undang.


(25/05/07)
Dalam Dewan Negara;

“An increasing number of men are "buying" or looking for wives overseas…In the case of Chinese men, it had to do with their ego” - Family and Community Development Ministry parliamentary secretary Datuk Paduka Chew Mei Fun. Reported by NSTP

Komen Aku:
Errr…. I’m not Chinese. So, if they want to buy, steal, kidnap, import or export woman to become their wives. Ikut suka mereka lah. They got a lot of money to do so...


(31/05/07)
Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini diberitahu seorang lelaki berusia 54 tahun yang menghadapi tuduhan sebagai jurunikah palsu, tidak pernah ditauliah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebagai seorang jurunikah. - Utusan

Komen Aku:
Susah sangat ke procedure pernikahan yang ditetapkan oleh jabatan agama? Sehinggakan juru nikah palsu boleh cari makan. Jurunikah palsu itu pula, seriously sudah habis ke kerja di muka bumi in sampai sanggup menipu pernikahan orang? Tak faham..tak faham…


(06/06/07)
National shuttler Mohd Hafiz Hashim ended his bachelorhood when he married long-time sweetheart Nadzatul Shima Mohd Nazari here on Monday night. - TheStar

Komen Aku:
Aku memang kagum dengan Hafiz, maksud aku cara permainan beliau. Aku pernah tulis pasal beliau di sini; Badminton Entertainer. Tapi seperti semua orang tahu lepas kejayaan All England dan berehat sebentar kerana cedera, permainan dia jadi teruk. Dah macam budak baru belajar main badminton. Harap lepas kahwin akan bermula chapter baru dalam hidup dia dan disusuli dengan peningkatan dalam persembahan.


(04/06/07)
It was supposed to be a happy occasion for guests attending a wedding ceremony in Permas Jaya here but instead 20 of them ended up being injured when they were attacked by a group of men armed with parangs and steel rods.
- TheStar

&

(07/06/07)
Five people were killed and nine others injured when an enraged man fired at the crowd attending a wedding reception in a longhouse here Wednesday night. - Bernama

Komen Aku:
Apa gila…! Baik di semenanjung atau di Borneo, rakyat kita makin ganas. Hanya sedikit salah faham sampai tembak menembak, parang memarang. Malaysia dah makin ‘advance'.


The main reason aku tulis pasal kahwin ni bukan sebab nak highlight cerita-cerita pelik masyarakat kita berkenaan isu kahwin dalam minggu-minggu yang lepas. Aku cuma nak jadikan cerita-cerita itu sebagai intro. Tujuan utama adalah nak wish kawan baik aku yang akan melansungkan majlis perkahwinan esok (09/06/07). Dengan tak sengaja je tarikh kahwin dia akan dikenang dalam sejarah Malaysia.

So,

To:

Karat & Hani

…Selamat Pengantin Baru….


Aku tak dapat hadir sebab dapat jemputan ke Sri Perdana. Hahahaha…. On serious note, hope to meet a lot of old friends tomorrow.

Total Pageviews

. page counter