Salam Semua...
Tahun 1997 selepas mendapat result SPM, isi borang UPU, dapat tawaran masuk universiti.. aku menjejakkan kaki ke Bandaraya Shah Alam. Sebagai budak kampung, aku kenal Shah Alam masa itu hanyalah sebab ada grand prix motosikal dunia yang berlansung di litar lumba batu tiga.
Bila dah study ITM, selalu la juga aku tengok perlumbaan di Batu 3 Speedway tu. Cuma bukan race motor, tapi race kereta Saturday Night Fever, dengan DJ Ismahalil Hamzah selalu jadi commentator masa race. Sedih pula tengok lepas litar Sepang wujud, Litar Shah Alam dilupakan dan sekarang dah jadi kawasan perumahan.
Lepas tinggal di Kolej Cemara, Seksyen 18 kami dipindahkan ke Seksyen 6. Lepas tu, tinggal di rumah sewa dengan sahabat-sahabat satu class di seksyen 19 kemudian seksyen 17. Dah mula bekerja pindah ke kawasan perumahan sekarang di seksyen 16, sehingga lah kahwin dan dapat anak 3 tinggal di sini. Terlalu banyak peristiwa penting dalam hidup aku berlaku di Shah Alam.
1. Timba ilmu dan dapat sijil.
2. Kerja dan gaji pertama.
3. Kenal dan dating dengan wife sekarang.
4. Dapat cahaya mata (secara teknikal anak lahir di PPUM, KL tapi kira Shah Alam juga lah).
5. Menjalinkan persahabatan dengan ramai orang.
Dah dekat 20 tahun memang lah banyak sangat kenangan di Shah Alam. Daripada zaman remaja universiti sehinggalah dewasa (tua?). Banyak juga yang aku share di blog ini duluuu.... kejadian kat stadium, tengok bola, curi bendera, kisah zaman study, urusan kerja dan banyak sangat lah.
Kenalan facebook ramai yang perasan (tak kurang yang menyampah kot) sebab recent weeks timeline penuh dengan update pasal farewell aku. Sehingga lah semalam Farewell #8 majlis doa selamat di surau. "Macam pindah oversea je"... "Nak perhatian lah tu"... "kurang kasih sayang"... kutukan gurau daripada member. Hahaha..! mungkin betul kot. Cuma aku ni memanglah emotional orangnya... tapi reason utama adalah kerana aku sangat-sangat hargai persahabatan. Aku rasa aku rate jalinan persahabatan sama tinggi dengan jalinan persaudaraan.
TERIMA KASIH SEMUA SAHABAT...!
Ada yang datang beratus kilometer hanya untuk ucap selamat, ada yang bagi hadiah, ada yang belanja ribuan ringgit.. dan aku yakin semuanya mendoakan pernghijrahan aku ini mendapat keberkatan Allah SWT.
Compare di Kuantan dan Lembah Kelang, tentunya jumlah sahabat di Lembah Kelang lagi ramai, sebab tu emosi sikit nak pindah ni.
Minggu ini adalah minggu terakhir aku tinggal di Shah Alam. Minggu depan bermulalah chapter baru dalam hidup, berhijrah ke Bandar Kuantan beralasankan urusan kerja. Aku rasa masa, keadaan dan semuanya sangat sesuai untuk aku melakukan penghijrahan ini. Selain daripada ini merupakan peluang menaikkan karier (hopefullu come with RM, hahaha...) dan menambah pengalaman hidup penghijrahan ini juga sangat sesuai dengan 'cara hidup baru' dengan #Misi100kg
So, this weekend we will pack our bags and move to Kuantan....please wish us a very best of luck...!
SELAMAT TINGGAL SHAH ALAM...
ASSALUMA'LAIKUM KUANTAN...
No comments:
Post a Comment