Tuesday, July 3

Danone Cup 2007

Notice: Sukan lagi. Sorry kalau tak minat

Aku tak tahu la orang lain, tapi aku follow result pasukan Malaysia dalam Danone Cup dengan penuh minat. Kepada yang tak pernah dengar apa Danone Cup tu, dan malas nak click link yang aku buat, secara mudahnya Danone Cup ada ‘Little Football World Cup’. Kira Piala Dunia untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Ia adalah anjuran Danone Group (yes, the biscuit) dengan kerjasama France Football Federation dan dapat pengiktirafan FIFA.

Aku kagum gila dengan pencapaian wakil kita (pasukan bawah 12 tahun negeri Pulau Pinang). They finish at number 17th from 40 participation country. Aku bukanlah manusia yang cepat berpuas hati, sebab mungkin ada yang cakap “nombor 17 dah seronok?”.
Cuba tengok pencapaian mereka.

“Secara keseluruhan, sepanjang tiga hari kejohanan, pemain-pemain kecil negara memenangi lima, seri dua dan hanya kalah sekali iaitu kepada England, menjadikan mereka sebagai pasukan kedua terbaik di kalangan negara Asia di belakang Jepun
.” – dari Utusan today.

Memang system kejohanan pelik sikit la, our boys cuma kalah sekali tapi dapat nombor 17. Tapi bukan tu aku nak cakap, mereka berjaya kalahkan negara-negara eropah macam
Poland and Ireland yang sering kita bangga-banggakan youth development nya. Kita juga kalahkan wakil Afrika, Cameroon, yang konon-konon mempunyai fizikal yang lebih sasa. Kita juga berjaya mengikat pasukan latin yang ada skill tinggi seperti Argentina.

Ini semua membuktikan pemain bolasepak kita berbakat, cuma bila usia meningkat, kemahiran, ketahanan dan segala-galanya tidak meningkat seperti pemain dari negara lain.


Masuk remaja, kenal motor, kenal awek, kenal kawan-kawan bodoh… mereka jadi bangang. Bila dah dewasa, start kenal kereta, kenal duit, kenal dunia… mereka menjadi semakin bodoh.


Salah siapa?


Aku suka salahkan FAM.

Tapi hakikatnya salah semua orang. Bila budak-budak tu meningkat dewasa sahaja, ibu bapa akan suruh utamakan pelajaran. Sebab tradisinya mereka kena masuk university supaya boleh dapat ijazah dan akhirnya dapat kerja dengan gaji mahal. Tak ramai ibu bapa percaya kalau anak mereka main bola boleh jadi kaya. So, aku setuju dengan sesetengah pandangan yang university jadi tempat lambakan bakat sukan kita yang dipaksa kesana kerana desakan masyarakat.

Aku stop sini, kalau bincang benda ini sampai kematu jari aku menaip pun takkan dapat solution.

7 comments:

Anonymous said...

Aku setuju dengan kau. Waktu zaman kanak-kanak dan remaja(sebelum baligh) semangat bermain bola itu sangat tinggi pada mereka tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Di fikiran mereka hanyalah keseronokan permainan itu. Bila dah dewasa, banyak pulak nak kena pikir. Awek, kereta, motor...bla bla. Aku memang nak salahkan Fam juga. Bolasepak malaysia harus dikembalikan ke waktu semi pro dahulu dimana kebanyakan pemain ada kerja tetap dan mewakilli pasukan masing-masing menjadi satu kebanggaan yang besar buat mereka. Malaysia masih belum bersedia untuk pergi profesional. Dah nama pun profesional, mestilah keutamaannya duit. Tapi masalah bagi ahli sukan kat Malaysia ni, kebanyakan bila masuk bab duit, memang tak profesional. Apa pandangan kau dood?

Mr. Right said...

Edi,
Memang masalah mutu bola negara kita berkait-kait dengan macam2 cerita. Nak listkan satu persatu letih.

Apa maksud kau ahli sukan kita tak professional bab duit?

Anonymous said...

panjang lebar komen si edi nih..ko johan buat essay ke kat sekolah dulu edi?

Anonymous said...

edi beat me to it...

mmg rasanya bolasepak kat m'sia kena tukar balik to semi-pro (the time when i can name the first xi + reserve for Selangor squad, terer tak? heh heh), where they played football bukan kerana kerja..tapi sebagai outlet for fun and lepas tension. Rasanya pemain bola sepak negara tak ready utk tahap profesional. tu dpt gaji tak seberapa (compared to their own idols kat English League), campak awek skit, fame skit...dah mula jd hampeh and take things for granted.

Anonymous said...

dood,
maksud aku, walaupun dah banyak dapat ganjaran dan kemudahan, mereka still tak leh gi lagi. Macam bila dah bagi lagi ganjaran dan kemudahan..laaagi jadi tak ok.
Ambil contoh, pemain bola remaja Malaysia hantar berlatih kat luar negara, balik Malaysia pun sama saja.

Anonymous said...

wah bernas nya idea ko edi..
dengan ini aku mencadangkan edi sebagai setiausaha FAM yg baru(tepuk tgn ramai2 tanda setuju)

Mr. Right said...

Teek,
Takkan nak patah balik pergi ke semi pro. Mana ada top world class player sekarang yang still semi pro. Even Asian top player pun semuanya dah pro.

Edi,
Ooo... faham2. Yup, damn true. Nak gaji macam player oversea, tapi main cam budak kampung.

Sukun,
Ko apa hal? buat blog sendiri la wei. Takkan tak berani ambil risiko kot.

Total Pageviews

. page counter