
Aku kagum gila dengan pencapaian wakil kita (pasukan bawah 12 tahun negeri Pulau Pinang). They finish at number 17th from 40 participation country. Aku bukanlah manusia yang cepat berpuas hati, sebab mungkin ada yang cakap “nombor 17 dah seronok?”.
“Secara keseluruhan, sepanjang tiga hari kejohanan, pemain-pemain kecil negara memenangi lima, seri dua dan hanya kalah sekali iaitu kepada England, menjadikan mereka sebagai pasukan kedua terbaik di kalangan negara Asia di belakang Jepun.” – dari Utusan today.
Memang system kejohanan pelik sikit la, our boys cuma kalah sekali tapi dapat nombor 17. Tapi bukan tu aku nak cakap, mereka berjaya kalahkan negara-negara eropah macam
Ini semua membuktikan pemain bolasepak kita berbakat, cuma bila usia meningkat, kemahiran, ketahanan dan segala-galanya tidak meningkat seperti pemain dari negara lain.
Masuk remaja, kenal motor, kenal awek, kenal kawan-kawan bodoh… mereka jadi bangang. Bila dah dewasa, start kenal kereta, kenal duit, kenal dunia… mereka menjadi semakin bodoh.
Salah siapa?
Aku suka salahkan FAM.
Tapi hakikatnya salah semua orang. Bila budak-budak tu meningkat dewasa sahaja, ibu bapa akan suruh utamakan pelajaran. Sebab tradisinya mereka kena masuk university supaya boleh dapat ijazah dan akhirnya dapat kerja dengan gaji mahal. Tak ramai ibu bapa percaya kalau anak mereka main bola boleh jadi kaya. So, aku setuju dengan sesetengah pandangan yang university jadi tempat lambakan bakat sukan kita yang dipaksa kesana kerana desakan masyarakat.
Aku stop sini, kalau bincang benda ini sampai kematu jari aku menaip pun takkan dapat solution.