Tuesday, July 17

Orang Kampong Aku Yang Peka

Jarang-jarang cerita kampong aku masuk surat khabar. Tak salah aku dulu antara cerita yang membuatkan kampong aku glamer sekejap adalah:

  1. Jamal Abdillah menang Bintang RTM
  2. 2 kisah sedih juruterbang TUDM meninggal yang berasal dari kampong aku. Dan salah seorang dari mangsa adalah abang kepada kenalan rapat aku. Bercakap pasal nahas udara, kepada member Islam disini marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa pesawat nuri yang ditemui sebentar tadi. Abang aku pun dalam TUDM, pelbagai cerita menarik dia pernah beritahu aku, so maybe next time aku boleh merapu topik tersebut.

Dan hari ini sekali lagi ada berita dari kampong aku…


Pertikai Status Daging Brazil

TELUK INTAN: Orang ramai khususnya mereka yang beragama Islam mendakwa mulai bimbang dengan kemunculan berleluasa daging lembu import dari Argentina dan Brazil yang diragui status halalnya.

Ini kerana harga tulang, ekor, hati dan paru-paru lembu yang diimport dari dua negara itu jauh lebih murah berbanding produk yang diimport dari Australia dan New Zealand.

Harga ekor lembu yang diimport dari Australia dan New Zealand RM21.00 sekilogram berbanding RM13.00 dari Argentina dan Brazil manakala tulang pula berharga RM7.00 berbanding RM5.00, sementara hati dijual dengan harga RM7.50 berbanding RM5.00.

Perbezaan harga itu menjadi perbualan di kalangan peniaga dan pembeli kerana daging import dari Argentina dan Brazil dikatakan tidak memiliki pengesahan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kebimbangan itu disuarakan penduduk Kampung Bahagia, dekat sini, kerana tiada logo halal Jakim pada kotak daging import berkenaan.

Ketua Kampungnya, Tajol Hasnan Muhammad Rashid, berkata daging import dari Australia dan New Zealand mempunyai pengesahan halal Jakim berbanding daging import berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya membuat aduan ke beberapa agensi kerajaan berhubung keraguan status halal berkenaan, namun ia tidak diambil peduli pihak berkaitan.

“Sebagai penganut Islam, saya tidak akan berdiam diri selagi tidak mendapat lampu hijau dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana aduan kami ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Ipoh tidak mendapat sebarang reaksi.

“Sebagai agensi yang bertangungjawab terhadap hal ehwal pengguna, saya kecewa kerana sudah lebih sebulan membuat aduan, tetapi tiada sebarang jawapan daripada mereka,” katanya.

Tajol Hasnan berkata, beliau dan orang ramai yang mengetahui keadaan itu kini bimbang untuk makan di gerai atau restoran.

“Saya mahu pihak berkuasa menyiasat sama ada daging import dari kedua-dua negara terbabit dibawa masuk ke negara ini secara sah atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mah Siew Keong ketika dihubungi, berkata pihaknya memandang serius perkara berkenaan.

“Semua daging yang diimport dari luar negara perlu mendapat pengesahan terlebih dulu daripada jabatan berkenaan sebelum dipasarkan di negara ini. Perkara ini akan disiasat sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.

Copy and paste dari Harian Metro

Komen Aku:

  1. Orang kampong aku memang peka… syabas, orang Kampong Bahagia, Teluk Intan.
  2. Ketua kampong aku bagus, bukan duduk makan elaun free… (aku tak kenal dia pun, hahahhaha)
  3. But seriously, kerajaan perlulah lebih prihatin dalam mengawasi kemasukan produk makanan termasuk daging dari luar agar kita (umat Islam) semua terselamat. Last week, aku dapat forwarded email pasal daging babi dalam sos spaghetti Pregio, dan kita selalu diingatkan pasal minuman carbonate yang dicurigai kandungannya mungkin beralkohol.
  4. Kalau betul diragui halalnya produk daging dari sana, tidak perlulah import lagi. Lebih baik perbanyakkan import player bolasepak dari Brazil and Argentina daripada import produk daging mereka. Harap-harap player kita boleh belajar something dari mereka.

12 comments:

Anonymous said...

kaya org kampung ko ye, mkn daging import dari Brazil!

Anonymous said...

Ye ke prihatin? ntah2 Ketua Kampung tu nak bertanding in Election for the next session ..pastu dengan cara ni nak melobi hati penduduk..keh keh keh..jgn mare arr...

Mr. Right said...

Teek,
Kalau kaya tak beli la daging yang murah tu. Baik makan daging fresh...

Rose,
HAhaha.. mungkin jugak.

Anonymous said...

nama kampung ko kan Kg Karat Bahagia
kenapa tak guna nama penuh.
Lobo cakap ketua kampung ko nama R Muniandy.mana satu yg betul ni?

Mr. Right said...

Sukun,
"nama kampung ko kan Kg Karat Bahagia
kenapa tak guna nama penuh.
Lobo cakap ketua kampung ko nama R Muniandy.mana satu yg betul ni?"

1st sentence to soalan ke? Kalau soalan kena ada tanda soalan macam ayat ketiga kau.

knv said...

tapi aku tetap meluat kat jamal abdillah...

Anonymous said...

Kampung aku kat parit 18, Hutan Melintang..so am I eligible to be part of Teluk Intan's???
heheheheheheheheehehe

-Ipoh lads-

Anonymous said...

aku org pantai remis, perak(walaupun terlahir kat pahang). asal usul keturunan nelayan jd jarang mkn daging. makan ikan laut je. ikan sungai pun tak leh mkn. pantang keturunan. kalo mkn akan muntah blk.

Anonymous said...

anamiraa.dlm hidup kita ni jgn benci-benci,meluat-meluat
apa salah dia kat kau..
jamal-aku penghibur

knv said...

sukun,
aku benci dia pasai cakap berbelit! aku heran pasai apa rtm tak gam dia aje...patut dari dulu lagi tuh!

aku anti jamal ha ha ha ha

Mr. Right said...

anamira,
Jangan terlalu percaya laporan media.

Sukun,
Tak salah nak benci atau meluat dgn org. Cuma jgn melampau dah ler.

ipoh lads,
Yup.. boleh la, consider org Teluk Anson la jugak.

Shah,
Wahh... 1st time aku dengar pantang keturunan.

Anonymous said...

How you find ideas for articles, I am always lack of new ideas for articles. Some tips would be great

Total Pageviews

. page counter