Tuesday, July 31

Berikan Ruang Untuk Guru Men 'didik'

Click perkataan ‘more’ untuk pergi ke berita The Star. Ok… sebenarnya just click anywhere on the image.

Aku baru tahu rupa-rupanya guru kita tidak dibenarkan ‘sentuh’ pelajar. Piat telinga dan mencubit pun tidak boleh. Kalau aku tahu dah ramai cikgu kena saman dengan aku. Kalau setiap saman aku minta RM10, 000.00 sekarang aku mungkin dah jadi separuh jutawan. Dalam garis panduan yang mereka berikan cuma amaran, rotan, gantung atau buang sekolah. Disini (here) aku cerita pasal kecantikan proses buli disekolah. Aku rasa hukuman dan denda oleh guru-guru pun tak kurang indahnya.

Recent weeks kita dengar kisah guru besar tampar 20 pelajar (power tangan dia) dan pelajar perempuan kena rendam. Dapat mandi kolam malam-malam, dulu kami kira itu satu nikmat, bukan hukuman. Nampaknya kisah pelajar-pelajar perempuan tu ada happy ending.

Click kat muka cikgu tu untuk baca berita Utusan Malaysia

Aku rasa mungkin kementerian patut buat garis panduan yang lebih jelas. Mungkin lebih tegas. Tetapi yang paling penting jangan terlalu berkeras agar guru ikut garis panduan tersebut. Sebab aku rasa guru-guru lebih arif bagaimana nak handle pelajar-pelajar dia. Lain padang, lain belalangnya. Kalau budak yang ganas, sekadar amaran atau gurauan-gurauan rotan mereka akan ketawakan sahaja Aku masih ingat Penolong Kanan masa aku sekolah di Ipoh, tengok misai dia pun pelajar dah gerun. Mungkin ramai kata aku bergurau, tapi dia ada parut di muka, menurut cerita kesan torehan pisau masa dia bergaduh dengan pelajar di sekolah lama. Fuh…! Aku pernah kena belasah dengan dia hampir 15 minit. Tidak perlu aku ceritakan apa kesalahan aku, tapi seriously said, aku kena belasah. Dia tumbuk, tampar dan tolak aku ke dinding. Then, dia buka tingkap bilik dia agar pelajar form 4 dapat lihat apa yang berlaku. Masa tu aku form 3. Few classes stop dan tengok dengan penuh minat adegan macam dalam filem tu. Aku masih ingat kata-kata dia sepanjang dia belasah aku;

“Kalau awak rasa awak gangster, saya bapak gangster… kalau awak kurang ajar, saya boleh jadi 10 kali ganda kurang ajar dari awak… faham…!”

Dia asyik ulang ayat-ayat yang sama sambil tangan dia merasa nikmat menyentuh tubuh badan aku yang gebu (hahaha.. dah macam cerita lain pula).

Itu adalah pengalaman ngeri aku berhadapan dengan cikgu ganas. Aku tidak pernah berdendam, kalau aku jumpa dia sekarang mungkin aku akan cakap terima kasih dan ajak dia minum.

Memang ada macam-macam denda pelik yang wujud disekolah. Semua orang tahu, jadi aku harap garis panduan baru yang kementerian nak wujudkan tidak akan terlalu menyekat creativiti para guru kita. Sambil aku tulis article ni member aku beritahu, dia selalu kena denda cabut rumput kemuncup dan duri semalu di padang sekolah setiap kali dia kantoi merokok atau ponteng class. Hahahahaha… nasib baik aku tak pernah kena, kalau tak mahu kurus aku.

Aku sedar, kalau anak aku kena pukul dengan guru aku mungkin juga akan rasa tercabar. Apatah lagi kalau dari kaca mata aku, anak aku tersangatlah baiknya. But, for those parent… please give teachers a little bit more trust and respect. Arwah abah aku tidak pernah tampar aku, tapi aku ada dengar dia pesan kat warden asrama aku dulu;

“Kalau cikgu rasa dia nakal, cikgu denda je dia, pukul lah kalau perlu, jangan sampai masuk hospital sudah la. Saya manjakan dia sangat di rumah...”

Wahh… indah kan kata-kata arwah abah aku tu. Aku selalu anggap dia antara lelaki paling baik and paling pandai dalam dunia. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi… kan. Heheheh…

(Dah, aku nak menitiskan air mata bila teringat arwah abah aku…yes, aku memang jiwang bila tiba bab ni)

P/S: Aku tulis benda ini sebelum cerita Pelajar Cekik Guru dan Guru Cabul Pelajar keluar dalam paper and Buletin Utama.

3 comments:

Unknown said...

cikgu yang belasah ko tu rasip ker mat chong?? ok la cikgu "didik" budak2 tu... budak skarang dah jadi manja sangat.. kena skit dah ngadu... mak bapak dia pun sama, ingat anak dia baik sangat, tak sedar anak dia samseng

Mr. Right said...

Bukan. Ko tak kenal pun...

Anonymous said...

aku masa darjah 5 kena tampar 2 kali gn cikgu india, nama cikgu thanambal.

Tak penah aku berdendam, blk umah pun aku tak berani nak gadu kat abah sbb aku tau kalo gadu, aku akan kena lagi.

last2 cikgu tu jd kwn mak aku, mak aku keje kat katin sekolah. gege....

cikgu india tu penah masuk utusan sbb pandai baca jawi dan dia pengerusi kelab jawi kat sekolah aku.

itu india, ni org melayu kita sendiri ada yg tak pandai baca jawi. malu la wei...

Total Pageviews

. page counter