Monday, July 30

Malaysia Today vs Agenda Daily

Aku tidak arif dunia politik untuk bermain dengan spekulasi atau khabar angin. Sebelum ini pun tulisan aku lebih kepada kutukan bila aku rasa tidak betul. Tapi tulisan kali ini bukan cerita politik semata-mata. Ini lebih kepada subplot dalam satu kisah politik yang menarik. Macam filem Saving Private Ryan, kisah kecil dalam satu tragedi yang lebih besar.



Kepada mereka yang tinggal dalam gua sekalipun ada terdengar kisah Raja Petra kena soal siasat ekoran laporan polis Tan Sri Muhammad. Ada macam-macam subplot atau kisah-kisah kecil yang tercetus dari peristiwa ini. Antaranya, kisah kebodohan Tan Sri Muhammad berbahasa English, kisah dia kahwin lari, kisah KJ menyamakan blogger politik (aku tak termasuk kot) umpama monyet. Dan banyak lagi.

Aku nak sentuh subplot lain yang agak menarik dan sedikit lucu, tapi tak kurang seriusnya. Aku malas nak letak date, just imagine the whole event within one week. At least aku dah cukup baik untuk membuatkan korang semua tahu kisah ini dalam 2 minit bacaan.

(Again, kalau guna I.E numbering akan lari... Firefox please)

  1. Tan Sri Muhammad buat laporan polis terhadap webmaster Malaysia Today, kerana komen-komen dalam tulisan beliau yang menghina Agong dan Agama Islam.
  2. Raja Petra (webmaster Malaysia Today) membalas dengan menyatakan domain Malaysia Today berdaftar di luar negara dan servernya di luar negara, jadi website tersebut tidak termaktup dalam undang-undang Malaysia. (Dia tak sedar kot yang dia rakyat Malaysia dan dia menulis dari dalam negara)
  3. Agenda Daily (sebuah website berita pro-UMNO) mempersoalkan kedudukan Malaysia Today yang ‘above the Malaysian law’ kononnya.
  4. Raja Petra kutuk Agenda Daily dan mengatakan website tersebut dibiaya oleh UMNO. (Dulu Datuk Norza dan sekarang Khairy).
  5. Rosli Ismail (webmaster Agenda Daily) mencabar Raja Petra untuk membuktikan Khairy memberi RM200,000.00 kepada Agenda Daily (seperti didakwa oleh Raja Petra dalam tulisan mengutuk Agenda Daily)

Aku copy and paste cabaran Rosli Ismail;

“Tunjukkan tarikh, masa dan ketikanya wang RM200,000 itu masuk dan tercatat ke dalam akaun Agendadaily seperti yang saudara tulis tu….Kita sama-sama boleh berdiri depan Menara Berkembar KLCC....kalau saudara boleh buktikan kebenaran tuduhan itu....he....he....saya sanggup tunjukkan ‘keris’ saya depan saudara dan orang ramai di situ….Kalau tidak boleh buktikan....Pet, jawablah sendiri dengan ‘keris’ saudara tu.”

Muhahahahha…. 2 webmaster nak buat tiger show kat KLCC. Menarik kan? Politik Malaysia dah ada elemen tambahan untuk menarik minat rakyat jelata. Mungkin TV3 or Astro Ria boleh berebut untuk dapat hak penyiaran ‘pertunjukan’ tersebut.

Aku mungkin diantara beribu ‘peminat’ yang sedang menunggu jawapan Raja Petra. Aku bukan nak tengok sangat ‘keris’ mereka aku sendiri pun ada, rupa benda pun tidak jauh berbeza rasanya.

Cuma aku nak tahu, Raja Petra ini kaki temberang ke atau Rosli Ismail kaki kelentong?

P/S: Pergaduhan dua laman web tersebut tidak boleh disamakan dengan ‘gurauan kecil’ antara aku dengan Sharina dari Theboinq. Hahahahah....

7 comments:

Anonymous said...

Ha ha ha ha ha ha ha ha ..... ada ke nak lawan tunjuk 'keris'.... malunya..........

Anonymous said...

blajor tinggi2 u jer ke idea yg dorg dpt?.tunjuk keris separuh abad jer?..malaysia oh malaysia..

Anonymous said...

dua2 webmaster tu pun bengong.

Mr. Right said...

All,
Dan sesetengah pembaca mereka menaikkan taraf mereka sebagai HERO. Muahahhahaa... badut sarkas.

Anonymous said...

irregardless whther they are engineering grad or law or medical or medical, once they've entered politics and got themselves a title "politicians", they've become stupid..worst than kindergarten kids.Not all la, but majority.

and they keep on with their sandiwara despite some other parties have disclosed facts about them. tak tau malu punya org.

Mr. Right said...

Teek,
Ko sokong sapa?

All,
Raja Petra tak balas cabaran Rosli. Aku andaikan Raja Petra kaki kelentong dan pengecut. Full stop.

Anonymous said...

Wang yang mereka makan sara keluarga nampaknya macam wang rasuah tahi najis...kharkhrr...ptuihhh...semuanya pembodek tak bermaruah!!!

Total Pageviews

. page counter