Wednesday, March 14

Kenapa Tiada Best Student SPM 2006?

Lagi cerita pasal result SPM, terlalu menarik untuk diabaikan walaupun aku dah cover cerita result SPM banyak sangat, kan.

Roslan sms dalam blog dia ada cerita pasal benda ini. Aku jarang-jarang post entry yang sama dengan orang lain tapi yang ini aku terpaksa kongsi dengan kawan-kawan disini pula.

Kenapa semalam Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran mengumumkan tiada pelajar terbaik SPM 2006? Alasan dia, pencapaian mereka hampir sama. Walaupun hampir sama tentunya ada yang terbaik dikalangan yang terbaik kan?

Berita Penuh: Stepping Away From A-Obsession

Aku setuju dengan pandangan Roslan, sebab sebenarnya adalah… kerajaan pusat adalah golongan manusia keji, pendengki, busuk hati, ego, tidak boleh menerima kenyataan dan macam-macam lagi. Aku tahu, kadang kala aku sedikit over, but for this case I’m not paranoid or over reacted.

Sila baca laporan NST ini: Kelantan Top Scorer Want to Be a Doctor

Siti Fatimah Mukhtar, muncul sebagai pelajar terbaik bagi negeri Kelantan. Beliau memperolehi 17 1A dan 1 2A.

Kenapa susah sangat kerajaan nak umumkan dia pelajar terbaik?

Sebab dia bersekolah di Sekolah Agama Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu. Sekolah milih kerajaan negeri di bawah naungan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Perlu ke aku ulas lebih panjang?

Update (15/03/07):

Siti Fatimah dapat biasiswa RM 250,000.00 dari kerajaan negeri Kelantan untuk study medik at middle east. Bagus budak ini, sambil menyelam minum air. Insyallah dia akan mendalami ilmu perubatan dan keislaman.

Laporan penuh: Berita Harian

8 comments:

Anonymous said...

Mr Right,
Kau ni kadang-kadang terlalu berani buruk sangka terhadap orang lain. Aku tak fikir kementerian pelajaran tidak umum pelajar terbaik sebab alasan politik remeh yang kau berikan.

Sekian.

Anonymous said...

Aku setuju dengan Mr Right ... Apa taknya awek tu cakap salah satu faktor kejayaan dia ialah pi tiusyen anjuran Yayasan Islam Kelantan (BH). Senang cerita pi tiusyen yang Pas buat la.....

Anonymous said...

"political issue" ?????maybe...bagi yang panjang akal..

Mr. Right said...

Anonymous (letakla nama lain kali),
Memang benar, kadang kala aku cepat bersangka buruk. Tapi bukan kali ini. Dah jelas depan mata. Kau buta ke buat2 buta?

AC,
Yela. Awek tu terang2 dari family PAS. Sebab tu k'jaan takut sgt nak ketengahkan nama dia. Kalau budak Johor (yg majoritynya UMNO) belum official result keluar lagi dah umum kat paper.

Ramonez,
Panjang or pendek akal, still kena mengundi...hahaha. Dan memilih pemimpin itu adalah wajib bagi umat islam. So, panjang2kan lah akal tu ye...:)

Anonymous said...

update gak...
ilmu yg berkat datang dari wang yg berkat...insyaallah adik tu pasti berjaya kelak...

Anonymous said...

aku sokong ngan Incey Aku Betul!
mmg dah terang2 pasal politik kementerian tak brapa nak tonjolkan ttg budak ni..yela..skolah pon dah sah2 milik kerajaan kelantan..senang kate..PEMBANGKANG..
tapi tula..org kita terlalu prejudis..semuanya disebabkan oleh POLITIK..aku mmg tak paham..hmmmmmm....

Mr. Right said...

Ramonez,
Lambat update sebab pagi tadi pergi site. Then tgh hari lepas lunch laptop pulak problem. Rasa nak campak laptop kat luar biar kena hujan. Mungkin boleh ok. Hahahaha...

Anonymous said...

salam.
hihi I know this girl very wll.she deserved every reason to be proud of her 18A.We were in the same Tahfiz class near masjid muhammadi in Kota Bharu.depend,u wanna believe or not.Ya,since we got secondary education from the same school,I should say that there's so much bias of kerajaan pusat toward us.actually,not many people know that there's another girl from our school who took 21 subjects in SPM 06,i think she's the only on who took 21.but only got 17A.

Total Pageviews

. page counter