Friday, March 30

Kenapa Perokok Merokok?

Notice: I’m not promoting Nak campaign.

They are two main reasons why smoker should not continue they stupid habit, health and wealth. Semua orang dah tahu, right? Termasuk lah manusia bangang yang habiskan duit untuk membakar paru-paru sendiri. But, what actually drive them away from quitting the routine? Or shall I put it as, What Good About Smoking?

Addiction
For die hard smoker, it is damn difficult to stop smoking. Aku rasa, die hard smoker adalah perokok yang menghabiskan at least 20 batang rokok sehari. Perokok sebegini akan rasa tidak tenang, sakit urat, lengoh-lengoh, dan tentunya mengantuk yang teramat sangat apabila tidak merokok untuk beberapa jam. Sebab itulah ramai setuju nikmat menghisap rokok semasa berbuka puasa amat sukar dijelaskan dengan kata-kata, jika boleh pun mungkin melalui puisi-puisi indah yang berbunga-bunga.

Environment
Impossible to quit smoking kalau kerja site works or kerja dalam kilang. Maksudnya, tempat kerja yang dimonopoli oleh lelaki. Influence dari persekitaran membuatkan perokok rasa janggal jika tidak merokok. Juga mustahil untuk perokok melupakan rokoknya di tempat hiburan seperti disko, concert atau parti. Nightclub tidak akan lengkap tanpa kepulan asap-asap rokok yang ‘indah’ dan ‘harum’. Hisap rokok sambil bersuka-ria umpama makanan ditambah Ajinomoto yang banyak, sedap tapi tak baik.

Friends
Kawan adalah sahabat kepada rokok, kerana aku percaya semua perokok ‘dikenal’kan kepada rokok oleh kawan mereka. Jadi mustahil untuk melupakan rokok jika bertemu geng smoker yang lain. Also, smoking boleh mengeratkan silratulrahim atau membina tali persahabatan baru. Sound weird and stupid? Kalau tidak benar masakan ada orang yang menggantikan peribahasa tidor sebantal dengan “rokok sepuntung”. Then, imagine yourself berteduh dari hujan bawah jambatan. They are only two of you bawah jambatan itu. Maybe for ladies they can start the conversation by asking “Pergi mana?” or “Cantik handbag…siapa hadiahkan?” But for macho man, lebih sesuai jika dimulakan dengan “Bro, boleh pinjam lighter, Zippo gua masuk air…” Bila dah start share lighter, nak jual insurance, nak ajak masuk MLM or join Abfund pun boleh. Got it?

Mengisi Masa Lapang
I’m not talking about hobby, sebodoh-bodoh perokok pun they will not consider smoking as hobby. Aku maksudkan membuat sesuatu ketika bosan atau diantara aktiviti lain. For example, ½ time football match, went to toilet 5 minutes, find something to eat around 5 minutes, so extra 5 minutes lagi kalau tidak hisap rokok akan rasa boring yang teramat sangat. Tambahan pula if team kita kalah. (Yup, I know macam Perak kalah dengan Kedah, tak perlu mention dalam komen lagi, mangkuk…!)

Simbol
Dengan merokok juga perokok boleh projectkan image yang dia inginkan kepada orang lain. How you puff the smoke, cara pegang batang rokok, method to light up the cigarette, cara koyakkan pembalut kotak, even cara membuang ash or puntung pun boleh mengambarkan sifat, peribadi atau mood seseorang. Contohnya, kalau tengah marah atau takut perokok akan sedut asap yang banyak dengan cepatnya. Instead of bercakap, menyalakan sebatang rokok membuatkan orang boleh tahu mood dan keperibadian kita. Is that cool? And the main character yang smoker tonjolkan semasa merokok adalah kebodohan mereka. Hahahaha…

I think I be able to list down banyak lagi advantage about smoking yang menghalang usaha smoker untuk berhenti merokok. Tapi siapa yang aku cuba tipu, kan. Pusing, tolak, tarik, pukul sebelah mana sekalipun, tentunya menyahut seruan ‘Tak Nak’ oleh Pak Lah adalah jalan terbaik. So, berhentilah merokok…!


I don’t think they are any smoker here intent to quit smoking now but if you do, go ahead, there are a lot of tool in the Net that will help you with your noble effort.

P/S: Macam selalu pakar motivasi cakap, saya turut menasihati diri saya sendiri. Hahahahahha….!

19 comments:

Anonymous said...

AKu suka point ko pasal friends dan mengisi masa lapang ... memang tepat dan mampat ... hahahaa ...

Masa aku first join my current company ni (about 2 years ago), mmg tak tau cam ner nak absorb dengan environment baru.

Aku fresh grad, team members kebanyakan dah agak tua (35 ++), sebab aku masuk team yang buat support dengan menggunakan COBOL programming languange. Generasi aku dah tak kenal dah COBOL. Kitorang cuma kenal C, C++, .Net, JAva dan sebagainya. Tapi, sebab susah sangat nak dapat keje line tu, COBOL pun aku bedal jer la...

Peh sorang brader dalam team aku ni tegur aku, "ko isap rokok?". Aku cakap yer ... peh tu dia ajak aku isap rokok kat tangga. (port biasa kalo nak isap rokok kat opis!). Dari situ kenal plak ngan bebudak team lain yg muda sket (30 kira muda la) ...

Peh tu kenal plak ngan orang finance (senang tanya bila gaji masuk), kenal ngan org HR (senang nak tanya claim medical dah dapat belum) dan seterusnya ...

peh tu kalo lepak minum, kengkadang tu diorang borak topik yg agak bosan ... daripada duduk dengar cam orang bodoh, baik aku isap rokok ... huhuhhu ... dapat bayangkan tak, kalo duduk lepak kedai mamak sampai 2 jam, teh tarik dah abis, nak minum lagi perut dah kembung? apa nak buat? isap rokok bolehlah dikatakan mengisi masa lapang ...

seterusnya pasal pendapatan kerajaan. member aku dari sabah cakap, rokok seludup dunhill 14 kat sana boleh dapat RM 1.50. Harga rokok semasa adalah RM 5.30. Bayangkan tax gomen jer dah RM 3.80 sekotak. Andai kata 1 juta perokok berhenti merokok, kerajaan akan hilang RM 3.8 juta sehari ...

lepas tu, cam ner gomen nak dapat balik duit yg hilang tu? cara yg paling mudah, kurangkan subsidi minyak ... bila subsidi minyak kurang, harga barang naik ... bila harga barang naik, kos hidup meningkat. Kalo kita biasa minum teh tarik RM 1, mungkin akan jadik RM 1.50. Itu baru teh tarik, belum citer mee goreng mamak, telur separuh masak, roti banjir letak kuah kambing dan sebagainya ...

kesimpulan dari tulisan aku yg merapu di atas ... berterima kasihlah dengan perokok kerana memberi pendapatan kepada kerajaan untuk kemakmuran hidup kita bersama ....

Anonymous said...

Ima TAK NAK percaya dgn Mr. Right atau sahabat dia mr.

Isap rokok takde kebaikan lansung. Isap benda lain mungkin ada. Hehehe..:D, Kan Mr.Right..?

Anonymous said...

Erk ... aper citer hisap bende lain plak ni ... lain macam jer bunyinya ...

bahaya main isap2 ni ... dari hisap membawa ke syok ... kalo dah syok, lupa diri ... nanti jadilah bende2 yg x diingini ...

p/s : aku dah kawen ...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Fid said...

aku mmg tak merokok hahaa
dan aku mmg tak suka org merokok..lps tu kalau org tu perokok yg mmg takleh nak suruh stop merokok..aku biarkan aja dia kekal sebagai perokok..alaubagaimana pun aku amat benci dan menyumpah2 perokok2 yg merokok di kawasan public!
terutama bila anak aku ada bersama....paling tak suka..kalau korang nak tau apa aku sumpah....aku tak sumpah aku hanya minta Allah tunjukkan keburukkan merokok ni kat para perokok tersebut...
but worst case senerio aku sumpah dlm hati..'cilakok tul mamat ni harap2 mati terbakar!'

tp kalau ada peroko yg smoking depan aku time aku tgh hangin timur barat PMS ka apa ka..naya la...aku mmg akan sound...@sedara boleh pi merokok kat lain..ni kawasan org ramai tak elok merokok...saya ni berhak dapat udara tanpa asap rokok sebaiamana sedara yakin sedara berhak menyusahkan saya dgn asap rokok sedara...'
kalu si perokok tu ada perasaan dia akan belah kalau dia tak de perasaan dia lawan or buat tak tau
yg buat tak tau aku akan sound sampai dia tau
yang melawan.......aku lawan balik..but normally depa tak lawan sbb serius time tu aku kalau dia coba2 buat hal aku pelengkung nayaaaa...

sekian...
pesanan aku
jgn merokok depan aku.....

Anonymous said...

fid,

kalo time tu ko kat gerai mamak, aku isap rokok dan ko sound aku ... dengan selambanya aku cakap, kalo tak nak asap rokok, pi makan kat hotel non-smoking area ...

Anonymous said...

Oit MR..amboi2..ko ni mesti addict smoker ni..yela..marah nau bila org tak puas ati ngan perokok..apee yg korang dapat ngan isap okok tu..BALA dapat..DUIT pon abis..pelik2..heran2..

fid, org merokok ni mmg menyusahkan kite..dengan asap okok depa..kita yg tak merokok yg naya..hari2 hidu asap rokok dari perokok..tak isap rokok tapi dapat BALA..tak paseiiii ah!

org laki selalu cakap.."tak isap Okok..tak macho arrr"..ntah ape2..gamaknye..dah terlentang sakit kat spital lagi nampak macho kot..tu maksud depa kot..kalau dah sakit then mati terus takpe..ni tak..menyusahkan org je nak jaga dia..hahahahahah...muehehehhe..jgn MAREEEE Incey Aku Betul!....kui kui kui

Helena said...

masa Helena single dulu2, pada Helena orang lelaki yang hisap rokok tu macho sesangat.

Boy, was I wrong! hehe..... banyak benda lain yang buat orang lelaki teramatla macho.... betul tak?

Fid said...

mr
kalu ko sound aku mcm tu aku mmg bawa kes tu ke perundangan sepatutnya
sbb kalau ko nak claim hak ko meroko kat public aku juga ada hak aku tak nak sdut asap rokok yg sah2 terbukti amat bahaya dan memudaratkan...
maybe one day ko mungkin akan tersedar dgn 'kehebatan' ko sendiri wish u all the best la....

aku berdoa agar suatu hari nanti Allah bukakan pintu hati para perokok agar stop merokok....
mungkin kat dunia korang tak menyesal kat akhirat kelak...mmm..sure ada org akan tuntut hak mereka dr korang kat padang mahsyar..all the best!

Anonymous said...

fid,

seperti yg aku kata, tak nak asap rokok ko ader banyak pilihan. terpulang pada ko nak makan kat maner. Yg ko nak makan kat gerai pehal plak?

pi makan kat restoran yg berhawa dingin or hotel sebab sah2 dalam Peraturan 10 Akta Makanan 1983, salah satu tempat larangan merokok adalah di tempat makan berhawa dingin.

jadi kalo ko nak bawak masuk mahkamah pun, sah2 ko kalah!! kui kui kui ...

kalo cam tu aku pun nak bawak masuk mahkamah jugak la company MR RIght ni sebab buat kerja kat glenmarie, abis semua debu2 dan habuk2 berterbangan ... aku ada "hak" untuk tidak menyedut debu dan habuk tu ... hahahahah .... kelakar betul la ... dah tau situ ader habuk yg gi jugak buat aper .... hahahaha ... kelakar ... kelakar ...

Fid said...

hi mr
aku actually malas nak 'deal' ngan org mcm ko
btw just for ur information...aku tak mkn kat kedai mamak...aku ni masak sendiri..ko pergi la merokok kat kedai mamak tu...anf hopefully ko selesa la
what the stupid...mr right and his company je ko nak minta hak???company lain?
mcm company yg buat kerja yg paling koman pun ada gak faedahnya yg ko merokok tu apa faedahnya...
huh 1st time aku 'jumpa' perokok jenis ni..semoga Allah bg hidayah segera kat ko mr oiii...

btw..merokok di khalayak ramai pun salah...

tp nak salahkan perokok 100% pun takleh jg la sbb mamak tu pun cari mkn kahkahkah..

peliklah negara aku nih...nape erk kat kedai mamak tak de buat 2 area smoking n non smoking area?
setakat pengalaman aku dok luar malaysia...kedai cikai2 pun ada area merokok ngan larangan merokok..senang pelanggan buat pilihan....

mcm aku jumpa kwn2 aku yg merokok...mmg aku warning diaorg jgn merokok depan anak aku..but in case mereka nak juga merokok aku belah je....tak de hal punya...ngan kwn aku buleh compromi tp dgn perokok yg 'tak guna akal' jumpa kat akhirat kelak...all the best

Anonymous said...

Ouhh, tak makan kedai mamak rupanya mamat ni. So x de masalah la ... aku pun x smoking kat public area yg ader orang ramai ... cuma kat gerai and temapt2 yg dikhaskan utk smoking ... aku pun reti nak respect org jugak ...

pasal mr right and his company tu, aku kasi kiasan jer ... aper la tak berkembang otak ko ni amik direct aper yg aku cakap ... kata pernah dok oversea, mende cam ni pun ko tak dapat nak tafsir ... tak pe la, aku maafkan ko sebab tahap pemikiran ko tak sampai ketahap apa yg aku jangkakan ... kui kui kui ....

eh, kat sini pun ader jugak kawasan smoking and non-smoking aper. yg ko nak gi kedai mamak tu pesal plak. ko boleh gi italiannies, good evening bangkok, bakerzin or even A&W pun ader kawasan non-smoking.

tu aku cakap, dalam dunia ni kita ader banyak pilihan. mana ko nak pilih, terpulang pada ko. tapi ko tak boleh nak paksa orang lain untuk buat pilihan ...

moral of the story, jangan banyak salahkan orang lain bila sesuatu jadi pada diri ko ...

Penulis Biasa said...

mr,

aku malas nak campur awal2..aku nak tgk ko ni camne..aku rasa ko mmg rajin buat research tp malangnya ko tak research betul2 ape yg org ckp kat ko..cube ko buat balik research ape yg fid tulis.. sbb for me, fid tak penah salahkan org lain tapi dia just tuntut hak dia..bg ko mayb la 'hak' tp mmg dia berhak tuntut hak dia..

mmg betul ckp ko, dunia ni banyak pilihan tp kenapa kita selalu pilih benda yg salah walaupun org dah bg nasihat??? mayb bg ko pilihan ko always right ex: smoking.. sbb ko pun banyak buat research, mayb ur choice is right..

lepas tu ko tulis, "tu aku cakap, dalam dunia ni kita ader banyak pilihan. mana ko nak pilih, terpulang pada ko. tapi ko tak boleh nak paksa orang lain untuk buat pilihan ..." ahahaha!!ko memang hebat kalo bab putar belit..ko ckp tak boleh paksa org lain buat pilihan tp "Aku ingat, kita patut paksa dia isap rokok ... peh tu tgk dia boleh berenti ke tak ... hahahahha ..... " haha!!tu bukan paksaan ek?? ok, aku rasa la, ko mesti ckp like wat u said to fid, "pasal mr right and his company tu, aku kasi kiasan jer ... aper la tak berkembang otak ko ni amik direct aper yg aku cakap ..." haha.. so aku harap, ko belajar la menerima pendapat org walaupun ko rasa diri ko hebat..sbb org yg riak ni selalu menunjukkan kelemahan dia..

Anonymous said...

en badrul,

bersyukur aku, ko dah banyak belajar ... so, bila orang menulis, jangan amik direct ... cuba pk sket out of the box ...

mungkin ko tak sampai lagi, tapi aku tgk ader la bergerak sket walaupun gerakannya cam kura-kura ... hahahahahahahha ...

x per ... keep on the good progress ... eventho the progression is slow, but u're moving rite? hahahha ... bagus bagus ... aku suka ...

Fid said...

hi mr
aku memang tak faham 'pendirian' ko
however, aku just wanna tell u...
ko buat kiasan tu..bg aku sgt stupid!
selalunya org bg kiasan yg related and near to actual....

aku tak tau ko ni background pendidikan apa..and i don't know ko ni fahaman apa....namun aku tak de plak salahkan siapa2 dlm penyataan aku....

btw just wanna to give u a suggestion(suggestion ya)...ko better create ur own blog and express ur thinking/opinion there and see what people will say..ok....
dari situ maybe ko boleh belajar melihat dunia dalam perbagai sudut dan aspect....

ttg smoking area non smoking area tu..yess kalau kedai mahal2 mmg ada..but kedai biasa2 ni tak de
i'm talking about smoking area n non smoking area at any kedai mkn..fast food ka apa ka...pasar mlm lain laa.asap bakar satay lg power.....

ko kata aku tak setanding pemikiran ko..aku rasa ko yg tak setanding pemikiran aku....

haaa..aku tak ingat kat maba si bad comment ko kebudak2kan...mmg pun...aku bila baca komen ko aku nak tergelak pun ada....

to mr right...
wehh aku minta maaf wehh aku meh buat 'sampah' kat blog ko....

anyway thanks...

Penulis Biasa said...
This comment has been removed by the author.
Penulis Biasa said...

mr,

aku setuju ape yg fid ckp..baik ko buat blog pastu ko tulis la ape ko nak tulis sbb ko kan rajin buat research..semua yg tulis sure "fact"..ko pun otak ko gerak macam kuda..haha!!"geliga"..erkkk..atau lg best kalo aku sebut putar belit alam..

fid,

bg aku, org yg ckp dia buat kiasan sedangkan dia dah ckp something, org tu selalunye la, orang yg tak tetap pendirian..haha!! dia ibarat lalang yg mempunyai otak 'geliga' (ni aku pun guna ayat kiasan):p

fid, aku sokong ape yg ko tulis kat sini..

mr right,

sori ler aku pun terpaksa buat 'sampah' kat blog ko..just nak bg opinion kat org yg terlebih bijak..

Mr. Right said...

mr.,
Fid tu bukan mamat, dia pompuan. Setahu aku dia memang ganas and anti gila dgn smoker. And dia memang rajin masak utk hubby tersayang.

Fid,
Bila nak ajak aku pergi rumah untuk makan nasi ayam hang lagi? Aku tak pernah anggap komen kawan-kawan disini sebagai sampah.

Rose (Yang),
Amboi... bersungguh kutuk nampak, malam ni tidor luar... Hahahaha...

All,
Company aku tak buat kerja berdebu.

Fid and Bad,
Apa mr. nak cakap adalah, kalau tempat itu tidak digazetkan sebagai tempat larangan merokok dia akan merokok sesuka hati. If ada org sound, dia akan sound balik. Aku sedikit setuju dgn benda ini. Contoh yg dia bagi itu pun ok, dan kena dgn maksud apa yg dia nak sampaikan. Maksud dia, if org boleh marah smoker yg isap rokok di tempat yg k'jaan tak larang merokok, dia juga boleh marah construction company atau kilang2 yg keluarkan asap dan debu. Got it?

Aku bukan sokong mr., since aku juga smoker, so aku tiada pilihan lain. Hahahhaha...!

berhenti merokok said...

Lebih elok kalau berhenti je merokok..
Ada panduan untuk memperbaikinya..
Anda mampu mengubahnya

Total Pageviews

. page counter