Kali terakhir aku menonton konsert berbayar rasanya pada tahun 2000 di fun fair seksyen 15, Shah Alam. Sekarang tempat tu dah jadi office Toyota . Aku bayar RM 15.00 untuk menonton persembahan XPDC and Barongan.
Search yang menyambut ulang tahun ke 25 penubuhan mereka gagal mengadakan sebarang persembahan cukup besar yang boleh diiktiraf sebagai konsert tahun lalu. Beberapa kali merekacuba untuk memberi ‘hadiah’ kepada peminat mereka namun gagal.
Aku kurang faham apa sebenarnya yang berlaku. Ali Bakar dalam rancangan Fenomena Seni bersama Rosyam hari tu mengatakan ada ruang yang ditinggalkan oleh syarikat rokok yang lambat diisi oleh pihak lain dalam menaja konsert-konsert untuk artis tanahair. Aku rasa bukan masalah penajaan kurang tetapi lebihan tajaan yang membawa kepada kekurangan konsert diMalaysia . Terlalu banyak pihak mengaturkan persembahan percuma kepada peminat muzik di Malaysia . Jadi, mengapa peminat perlu membayar tiket, lebih baik mereka menunggu malam merdeka, malam tahun baru atau rombongan artis mempromosikan filem atau anugerah yang datang ke pusat membeli belah berdekatan mereka.
Amy Search pula berkeras mengatakan badan corporate memperkecil-kecilkan kedudukan Search dan artisMalaysia secara amnya dengan tidak berani menaja konsert solo mereka. Kalau dia benar-benar yakin Search mempunyai peminat setia yang ramai mengapa tidak Art Is At Work Sdn Bhd yang menganjurkan konsert sebegitu. Walaupun bayaran masuk akan menjadi lebih mahal, namun syarikat milik beliau itu pasti mendapat keuntungan kerana dia yakin Search boleh menarik puluhan ribu penonton. Tiket RM50.00 seorang, jika 50,000 orang datang, lebih dari dua juta boleh dikutip. Takkan tidak cukup untuk mengadakan pertujukan yang hebat? Itu tidak termasuk keuntungan dari sumber-sumber yang lain yang boleh difikirkan. Adakah beliau sendiri kurang yakin dan mengharapkan badan korparat memberi bantuan sekurang-kurangnya untuk menanggung kos promosi?
Ada juga yang mengatakan beberapa peraturan ketat dari kerajaan yang umpama tidak menggalakan konsert ‘rock’. Aku setuju dan setuju. Aku setuju sememangnya peraturan itu sedikit merencatkan perkembangan konsert pemuzik rock dan aku setuju ianya dikuatkuasakan. Walau sekuat mana mereka cuba menegaskan muzik rock tidak patut dikaitkan dengan keruntuhan akhlak dan aktiviti kurang sihat. Pemikir yang waras pasti tidak berani memisahkan ‘irama dan lagu’ itu kan . Contoh: Bila Rimau Minat Muzik. Tidak mungkin peminat yang menonton konsert rock berkelakuan sopan dan tidak melakukan perkara tidak senonoh. Mungkin pemuzik rock yang standard seperti Amy, Awie, Hattan, Nash tidak akan terang-terang mempromosikan aktiviti bermoral rendah, tapi peminat fanatik mereka rata-rata memang sedikit kurang ajar berbanding mereka yang minat muzik nasyid, kan .
Memang tidak adil menghukum pemuzik diatas kesalahan peminat mereka, namun bukan aku nak salahkan takdir tetapi sememangnya siapa kata dunia ini adil.
Aku rasa cukup lah bincang pasal isu kekurangan konsert di Malaysia. Ianya bukan sesuatu yang jelas memberi kekurangan kepada kita, dalam erti kata lain tiada baiknya pun jika konsert muzik diperbanyakkan. Apatah lagi konsert rock yang sukar dikawal. Walau setinggi mana tahap pemikiran rakyat sekarang, bila dalam konsert rock, mereka bertukar menjadi gila beralasankan ‘lepaskan tekanan (release tension)’.
Kalau betul-betul minat muzik mereka, pergilah beli album dan bukannya terus menyokong industri cetak rompak. Pemuzik juga perlu mencari medium yang lebih canggih untuk berkarya dan berhubung dengan peminat mereka.
Mungkin ada yang berkata, mengapa konsert artis luar banyak. Kumpulan Dewa umpamanya ada 3 konsert diMalaysia tahun lepas. Mungkin cerita ‘kera di hutan disusukan’ tak habis-habis lagi. Namun, walau kita kira konsert artis luar sekalipun, jumlahnya tidak sama serperti era 80an yang ada berpuluh-puluh konsert setahun. Dan sekali lagi, pada aku ianya bukanlah perkara yang merugikan pun.
Mungkin mudah untuk aku bercakap, sebab aku semamangnya bukan gila muzik. Pagi-pagi dalam perjalanan ke pejabat aku akan tukar-tukar dengar Era dan Fly FM sebab nak lari dari slot lagu. Aku lebih suka dengar DJ berceloteh dari dengar lagu yang belum tentu sedap ditelinga aku.
P/S: Panjang lebar aku tulis kat atas, namun nanti mungkin ada orang yang cuma komen kepelikan aku tukar saluran radio sebab nak dengar DJ bersembang.
Search yang menyambut ulang tahun ke 25 penubuhan mereka gagal mengadakan sebarang persembahan cukup besar yang boleh diiktiraf sebagai konsert tahun lalu. Beberapa kali mereka
Aku kurang faham apa sebenarnya yang berlaku. Ali Bakar dalam rancangan Fenomena Seni bersama Rosyam hari tu mengatakan ada ruang yang ditinggalkan oleh syarikat rokok yang lambat diisi oleh pihak lain dalam menaja konsert-konsert untuk artis tanahair. Aku rasa bukan masalah penajaan kurang tetapi lebihan tajaan yang membawa kepada kekurangan konsert di
Amy Search pula berkeras mengatakan badan corporate memperkecil-kecilkan kedudukan Search dan artis
Ada
Memang tidak adil menghukum pemuzik diatas kesalahan peminat mereka, namun bukan aku nak salahkan takdir tetapi sememangnya siapa kata dunia ini adil.
Aku rasa cukup lah bincang pasal isu kekurangan konsert di Malaysia. Ianya bukan sesuatu yang jelas memberi kekurangan kepada kita, dalam erti kata lain tiada baiknya pun jika konsert muzik diperbanyakkan. Apatah lagi konsert rock yang sukar dikawal. Walau setinggi mana tahap pemikiran rakyat sekarang, bila dalam konsert rock, mereka bertukar menjadi gila beralasankan ‘lepaskan tekanan (release tension)’.
Kalau betul-betul minat muzik mereka, pergilah beli album dan bukannya terus menyokong industri cetak rompak. Pemuzik juga perlu mencari medium yang lebih canggih untuk berkarya dan berhubung dengan peminat mereka.
Mungkin ada yang berkata, mengapa konsert artis luar banyak. Kumpulan Dewa umpamanya ada 3 konsert di
Mungkin mudah untuk aku bercakap, sebab aku semamangnya bukan gila muzik. Pagi-pagi dalam perjalanan ke pejabat aku akan tukar-tukar dengar Era dan Fly FM sebab nak lari dari slot lagu. Aku lebih suka dengar DJ berceloteh dari dengar lagu yang belum tentu sedap ditelinga aku.
P/S: Panjang lebar aku tulis kat atas, namun nanti mungkin ada orang yang cuma komen kepelikan aku tukar saluran radio sebab nak dengar DJ bersembang.
3 comments:
for what reason kita nk byk2 live concert?musykil aku with somebody yg nk nk sgt concert byk2 kt m'sia ni...yg kat pub & so on tu not good enough lagi?kerajaan dh jenuh nk kurangkn gejala yg bukan tapi kita still xnak amik iktibar...nothing happenin life without music...sometime celoteh dj lagi bagus dari dengar music yg ke udara....
haha!!ko ni,lain kali kalo tulis blog jgn la selitkan benda yg pelik
ex: "Panjang lebar aku tulis kat atas, namun nanti mungkin ada orang yang cuma komen kepelikan aku tukar saluran radio sebab nak dengar DJ bersembang."
secara logik nye org akan komen yg ko tulis tu..haha!!
betul tu, nape kalo nak buat kempen anti dadah ke mesti buat konsert rock??nape xpanggil kumpulan nasyid ke?? kalo ikut logik la, kumpulan rock ni pun macam dah identity kan something yg kurang elok la dgn diorg punye penampilan..
so konsert kononnye anti dadah ni mcm xde effect sebenarnye.. so xkesimpulannye xjd masalah kalo malaysia ni kekurangan konsert live..xde ape2 effect pun..
HAhahahha...
Ramonez,
Just curious...Siapa anda? Aku kenal kau ke?
Post a Comment