Showing posts with label ATM machine. Show all posts
Showing posts with label ATM machine. Show all posts

Friday, June 29

Perompak Kita Bodoh

Aku dah lupa bila, but around last week or last two weeks, aku tertengok rancangan 999. Yes, tertengok, pada yang kurang mahir bahasa Melayu/Malaysia maksudnya aku tidak sengaja tengok. Aku cakap macam tu sebab aku rasa 999 adalah salah satu rancangan bodoh dari TV3. Not interested to elaborate more on that topic, bodoh-bodod pun aku dapat satu info berguna dari sana. Ermmm… kita boleh belajar something dari mana-mana, even dari perhatikan orang gila di station bas. Right?

While they interviewing some high rank police officer, aku dapat satu info menarik.


These 3 elements mesti ada to invent a crime case.
  1. Peluang untuk orang jahat bertindak. (Opportunity)
  2. Kemahuan dari pihak orang jahat untuk buat jenayah. (Intention)
  3. Keupayaan dari segi kelengkapan dan pengetahuan dari orang jahat untuk laksanakan jenayah. (Ability)

Basically, maksudnya if we manage to reduce any of this 3 factors, kita boleh kurangkan kadar jenayah. Damn true.

So, aku personally rasa kerajaan Malaysia, police atau masyarakat kita sendiri berjaya kurangkan factor nombor 3 tu dengan jayanya. Sebab aku rasa penjenayah kita rata-ratanya memang bangang…!

Ingat kes Botak Chin? Kalimutu?

Semuanya mati kena tembak police selepas gerakan memburu dijalankan dengan intensive dan sedikit tipu helah dari police with newspaper assistant.

Recent weeks also prove penjenayah kita sedikit kurang ilmu dan hampir tiada otak. Atau lebih adil dikatakan kurang creative. Ada ke patut asyik ‘serang’ ATM machine.


27 June – Maybank, Subang Jaya

14 June – CIMB, The Summit

7 June – RHB, Sri Damansara

6 June – Hong Leong Bank, Kepong

Aku dah malas nak search lagi, maybe there are more than 4 cases dalam bulan ini.

Come on, in one whole month 4 similar cases within Klang Valley sahaja. The best thing is, only the 1st attempt sahaja yang membuahkan hasil. Lagi tiga tu semuanya gagal. (Some news feed reported all 4 failed, some said yang di Kepong tu berjaya larikan duiit, nevermind, even 25% still consider gagal dalam exam). Yang 7 June tu lagi menarik, perompak tu siap curi lorry dulu, then planning nak gunakan lorry tu to pull the ATM machine, but security guard datang sergah mereka then they flew away dan tinggalkan lorry disana. Hahahahha…. Badut sarkas.

To all robber and theft around Malaysia, seriously deep in my heart I believe you guys can do much better than that… Remember, Malaysia Boleh…! dan teruskan usaha kearah perombak yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Bodoh…! Pergi berniaga nasi lemak, keropok lekor atau air kelapa campur gula tepi jalan lagi senang la dari pecah ATM machine. Untung-untung sambil niaga tu boleh dapat awek yang comel-comel, perempuan sekarang suka businessman.

Total Pageviews

. page counter