Sedikit panjang dan meleret. Korang perlu familiar dengan dunia internet untuk faham sepenuhnya rungutan aku dibawah ini.
Read title betul-betul, most… bukan semua. Aku memang tidak faham dengan so-call businessman Melayu. Yes, aku nak kutuk perihal bangsa aku sendiri. Tidak perlulah lah ingatkan aku atau kecil hati dengan teguran aku.
- Aku tidak comfortable dengan online payment.
- Aku nak pastikan mereka tahu untuk relatekan domain tersebut dengan blogspot aku nanti. Tidak seperti akubetul.com yang memerlukan 2 minggu walaupun aku dah terangkan segala-galanya pada mereka.
1. Mesra Hosting
Aku call reseller mereka di PJ. Setelah tahu apa aku nak, dia jawap;
“Maaf encik, saya busy… Encik Affandi boleh beli domain secara online, tidak perlu jumpa saya untuk bayar, saya busy”
2. ECommenrceMastery
Ini syarikat milik ‘guru’ online business, team SaifulSham. Office mereka di Puchong. Ini pula jawapan dari sales girl yang angkat phone.
“Ohh… tiada siapa disini encik boleh jumpa, kalau sekadar nak beli domain belilah dia web kami. Kalau encik nak buat bayaran untuk hadiri bengkel kami datang la ke office”.
3. Mercumaya
Kawan aku rekemenkan syarikat ini. Aku call owner dia, dan ini butir perbualan kami.
Aku: Aku dapat no kau dari kawan, aku nak beli domain.
Dia: Ok… boleh beli di website aku.
Aku: Tapi aku nak guna hosting blogger… dan.
Dia: Takpe, beli domain dulu, kemudian beli url forwarder tambah RM5.
Aku: Tak, tak perlu url forwarder..sebab…
Dia: Perlu, sebab blogger cuma (bla..bla..bla, dia cakap benda yang aku dah tahu)..
Aku: Bukan macam tu…
Dia: Aku nak bercakap ke kau nak cakap ni?! Kau beli domain dulu lepas tu kau set la DNS sendiri.
Aku: Ok… (terus aku hang up)
4. Sempoi Hosting
Satu lagi syarikat hosting milik seorang usahawan internet terkenal di
Gambar diatas ada tulis sebegini:
Jika saudara tak percaya online payment.. saudara boleh membuat pembayaran secara bank-in, tetapi kalau saudara bertegas juga ingin membayar secara faca-to-face juga, boleh sahaja, saudara boleh datang ke kajang @ bangi. Boleh jumpa selama 1-2 minit untuk buat bayaran.. perjumpaan itu pula perlulah hanya atas urusan pembayaran sahaja.. segala urusan lain (sembang-sembang, minum-minum dll) tidak akan dilayan.
Aku sedar kau seorang usahawan yang busy, dalam inquiry email aku pun aku ada tulis jika busy tidak perlu jumpa.
Aku faham, mereka businessman, mereka bekerja berlandaskan keuntungan. Dan aku hanya ingin beli domain, yang mungkin memberi keuntungan beberapa ringgit kepada mereka. Tidak kah mereka terfikir aku mungkin akan beli hosting, minta servis bina laman web, atau apa-apa servis lain dari mereka in the future? For the record, aku ada bertanyakan kepada sebuah syarikat non-bumi, mereka menjemput aku pergi ke office mereka di Wisma Central, sebelah KLCC. Sama juga, aku sekadar nak buat payment beli domain. Walaupun aku tidak beli dari mereka, tapi aku keep in mind yang mereka appreciate aku dan kemungkinan besar aku akan dapatkan servis mereka kelak. Juga terdapat seorang, aku ulang… cuma seorang peniaga Melayu yang bersopan dengan aku dan jemput aku ke office dia di Bangi. InsyaAllah, aku akan pergi jika aku berminat.
Akhirnya, aku ‘gamble’ guna credit card dan dapatkan servis godaddy.com untuk beli domain tersebut. Aku berani pilih godaddy sebab ia direkemen by blogger.com, so aku confident setting DNS, CNAME semuanya automatic. Jangkaan aku tepat, godaddy.com hanya ambil masa 15 minit untuk kaitkan domain tersebut dengan blogspot baru aku. Impressive gila. Bayaran pula hanya USD10, cheaper than most Malaysian or to be exact bumiputera company.
Aku tidak nyatakan full address syarikat hosting yang sombong dengan aku. You guys boleh search nama tersebut untuk tahu. Jika mereka terjumpa blog aku ini, read following sentences carefully. Kau bangang…! Dan sorry jika terasa, anggaplah ini teguran membina.
P/S: Blog baru aku tu belum siap lagi, dah siap nanti aku akan war-warkan disini.