Friday, May 25

Pernah Contact Guru Lama?


Source: Bernama Poll


Mungkin cerita aku ini agak lambat, kerana hari guru di sambut pada 16 Mei setiap tahun. Tak kisah lah…

Aku cuma sedih bila melihat keputusan poll di Bernama.com. Daripada lebih seribu orang yang mengundi, 60% mengakui tidak pernah menghubungi guru sekolah mereka selepas habis zaman persekolahan. TIDAK PERNAH, NEVER….Sedih pun ada, terkejut pun ada. Apa la bangang sangat kita semua ni. Call kawan-kawan, girlfriend boleh habis beratus-ratus ringgit sebulan, itu belum kira manusia pelik yang sanggup undi untuk rancangan reality tv. Apa yang membuatkan kita tak hubungi mereka? Segan, lost contact? Malas? ... .mencari alasan memang mudah.

Patut la ramai cikgu yang tawar hati untuk menghambakan diri dalam bidang perguruan. Masyarakat kita memang tidak pandai membalas budi para guru rupanya. Masa zaman sekolah masing-masing kelam kabut hadiahkan cikgu kad, bunga, pen dan macam-macam lagi. Lepas habis sekolah, nak hubungi mereka pun kita tak sempat or sengaja tak nak.

Aku pun undi juga poll diatas, tapi aku pilih ‘Yes, I have’, sebab last year aku dengan kawan-kawan sekolah ada buat reunion di sekolah dan kami jemput bekas-bekas guru untuk beramah mesra. Boleh consider aku pernah contact la kan. Tapi itu sahaja lah, lepas malam tu aku pun dah ‘lupakan’ mereka. Untuk guru sekolah rendah, kadang-kadang aku ada TERjumpa di kampong, then aku say hello or bagi salam. Again, lepas tu aku tak hubungi mereka lagi.

Mungkin lepas ni aku kena rajin-rajinkan diri hubungi mereka. Confirm mereka akan happy. Or mungkin juga menyampah, sebab aku bukannya murid yang cemerlang yang mereka boleh banggakan. Hahahhaha…..

Kepada semua guru aku dulu atau para guru yang terjumpa blog aku ni. Aku nak ucapkan…

Teeerrrriiiiimaaaaa Kassssseeeehhhh… Cikgu..!

5 comments:

Unknown said...

Aku cikgu. Aku rasa kalau guru demand yang ex-student dia datang jumpa dia, cikgu tu is a good for nothing arsehole. Kita buat kerja and should not expect apa2, tapi kalau berjumpa atau terserempak dengan ex-student dia, deep in his heart the teacher do expect the student/s to acknowledge dia. Just a simple,'cikgu' will do. I don't expect them to come over take my hand and kiss it, just a simple acknowledgement. I can say values masih ada in this country, though fast eroding, sebab I have on many occasions met my ex-students and they do come over and acknowledge me. Some dah ada anak pun and they still remember me.

But the best thing ialah, it is those yang hardcore di sekolah lah yang most respectfull kepada guru bila dia jumpa bekas ckg dia. Yang buat tak tau pun ada but sadly mereka yang usually pandai di sek banyak ada dalam golongan ni. I don't know if this is a rule or an exception.

Mr. Right said...

Wah, like that aah.. Betul jugak, guru shuld not expect sumting in return. Happy to hear opinion from real cikgu.

Apeh said...

Hmm...
aku rindu kat Cikgu aku yang 4
org nih...
tapi dah lama terpisah..
ko buat aku sedih laaa...

teringat pulak kt diorang..

Mr. Right said...

kakipatah,
Rindu saja tak guna. Contact2 la.

Unknown said...

bbagi aku, yang selalunya ingat kat cikgu dia ialah pelajar yang hardcore sahaja tak kiralah mereka ni berjaya atau pun tidak skang ni... aku setuju yang berjaya dan sukses selalunya sombong dan akan memperlekehkan semula cikgunya.. aku huga cikgu dan pernah anak murid aku dulu yang dah kawin dan ada anak kata, kerjaya cikgu adalah untuk orang yang suka bercuti dan sibuk dengan perkara yang tak sepatutnya... tapi aku senyum je... tak kisah pun. yang penting sekali dia tak boleh nafikan yang kejayaan dia dulu atas sebab apa..dan siapa...

Total Pageviews

. page counter