Semalam aku ponteng kerja dan pergi repair kereta kat bengkel seksyen 25, Shah Alam. Semasa kereta aku sedang di uji (dah habis repair), tiba-tiba bengkel sebelah bumbungnya berasap. So, semua perkerja di bengkel bersebelahan kelam kabut sambar fire extinguisher dan mencari punca api. Tuan punya kereta-kereta pulak kelam kabut keluarkan kereta. Dan yang bestnya, aku cepat-cepat sambar handphone nak snap gambar. Hahahaha....
Rupa-rupanya heater untuk oven paintshop sebelah terbakar. Pekerja-pekerja kedai tu ambil masa tak sampai 1 minit untuk padamkan api.
2 minit sebelum, kedai-kedai atas ni penuh kereta. Sepantas kilat empunya kereta alihkan keluar. Ada yang tak sempat pasang break, ada yang tak de minyak hitam, macam-macam lagi... lucu pun ada rasanya.
5 comments:
Sib Baik Ler Api Tak Nyambor Kete Mr. Right..hahaha..
Katakan kereta gagal dikeluarkan dan terbakar sekali... owner boleh tuntut pampasan pada tokey kedai tu tak? Atau cuma boleh claim dari imsurans masing-masing?
Aku respect ketepatan gambar kau la walaupun ambik guna hp. Ingatkan DG Cam. Kau pakai hp jenis apa ha?
Bulat,
Hehehe.. a'ah, nasib baik.
AC,
Alaa.. hp office bagi. Nokia model apa ntah. Cap ayam je.
AC,
Aku rasa cuma boleh claim insurance.
pekebende la ko nih...orang dok kelam kabut ko plak seronot tgk...siap snap pics lg...hampehhhhh
Post a Comment