Monday, April 30

April Full

Including today, I work for almost every single day of April. The only day aku cuti adalah pada 3rd of April. That day although I still received few phone calls, I would consider as my only holiday of the whole month. Menarik kan hidup aku..? Hahahaha…

On the 3rd, aku tak datang kerja for 2 reasons. First, because I got minor problem with company’s management (my colleague knew about this), I kind of merajuk la. Hahaha… but most importantly aku apply leave to celebrate my girlfriend’s birthday. This special lady I believe deserve at least one whole day of my attention. Harap dia gembira hari tu, walaupun malam tu berakhir dengan sedikit tragedy. Aku bercium, I am talking about my car kissed someone else car, and I paid few hundred bucks to settle the issue.


Enough about 3rd of April, the rest of the month aku kerja. I’m not referring to normal working days, tetapi keseluruhan bulan. Sabtu, Ahad, public holiday or even hari aku on medical leave. Aku juga tidak bermaksud menjawap panggilan telephone, tetapi bekerja dalam erti kata sebenar, samaada di site, office or discussion dengan big boss kat kedai makan. Maybe some of my colleague akan menyampah dengan cerita aku ini, believe me, aku sendiri sedikit menyampah dengan kenyataan kononnya aku pekerja rajin. Bila di office, aku nampak relax, have fun, gelak-gelak dan umpama tiada kerja. But, without everybody notice kepala aku serabut dengan pelbagai masalah kerja (yang aku tidak mampu selesaikan secara individu). Dan bila weekend, terpaksa kerja sememangnya bukan pengalaman yang menyeronokkan. Actually, there are various reasons required me to work during weekend and public holiday.

  1. Special project (at site or buat paperwork kat office)
  2. Technical problem (fiber link problem)
  3. Meeting & discussion (with boss or consultant)

In our money minded society, tentunya ramai yang percaya aku terima bayaran yang setimpal dengan masa yang aku curahkan. But, percayalah gaji aku adalah below average gaji seorang jurutera. Tanggungjawap atau masa, dari sudut mana sekalipun aku tidak rasa gaji yang aku terima boleh dikira sebagai adil. I’m not comparing to jurutera syarikat lain, but even kalau aku bandingkan gaji aku dengan beberapa ‘tokoh’ pekerja di disini pun aku akan rasa nak nangis.

Dulu aku kutuk boss aku, aku juga pernah kutuk rakan sekerja aku dan sekarang aku whining about my work load. It seems like I need to activate my jobstreet account and start reading The Star on Saturday.

As I mention earlier, aku sendiri menyampah bila ada orang kata dia pekerja rajin and should get better pay. But, main reason aku post cerita ini adalah untuk mendapatkan idea what I should do? Aku selalu merungut pasal kerja dengan kenalan rapat, tetapi sekarang aku percaya I have to take some action.

  1. Bersabar and believe for the better future.
  2. Slowly look for new job.
  3. Discuss with pekerja aku dan rakan sekerja agar boleh mengurangkan masalah-masalah bangang yang selalu timbul.
  4. Confront with my big boss, throw everything to him and let him decide.
  5. Write resignation letter, campak kat muka boss and HR, then balik kampong. Lepas tu baru seriously look for new job.
  6. Continue kerja, but take everything lightly, boss marah pun lantak lah.

I believe these are the only option yang aku ada.

Perlukah aku baling dadu?

Sunday, April 29

How to Spell Ijok

Notice: Again, I know most of friends here bore when I post anything related to politic. But, aku tak pandai tipu diri sendiri and lupakan apa yang terkandung dalam fikiran aku sekarang. So, sorry and please lupakan apa yang aku nak tulis if betul-betul dah fed up. Ok.

Ramai blogger gunakan E-Joke to replace Ijok, maybe some of them believe what happen there is a laughable scenario, but for me aku rasa ianya serius dan menakutkan. Few friends invite me to join them at Ijok, most of them from BN. Since terikat dengan kerja dan malas nak memeningkan kepala aku choose to sit home and received tons of SMS updating me what happen there.

Aku malas nak ulas panjang since majority ramai orang dah tahu apa yang berlaku, but in short here the synopsis:

1. BN letak calon 'nobody' compare to PKR yang letak bekas tokoh corparat yang disegani.
2. PKR dengan bantuan semua geng dalam BA dedahkan segala kepincangan kerajaan bawah pimpinan BN. (ada yang betul, ada yang boleh dipersoal)
3. BN buktikan mereka berjaya menjadikan Malaysia maju dan berjanji akan membawa Ijok maju bersama, sambil taburkan segala jenis 'fast track' project.
4. BN gunakan segala saluran media sebagai senjata untuk tembak BA and Tan Sri Kahlid.
5. PKR melalui PAS menegaskan orang Islam wajib pilih pemimpin Islam. (politik perkauman mendapat nafas baru)
6. Segala jenis keganasan berlaku oleh kedua-dua pihak, blogger and saluran berita alternative just report acts by BN supporters and media arus perdana melakukan sebaliknya.



Here the outcome:
SMS I received from die hard Pemuda Umno,

"BN 5,884 PKR 4,034 Rosak 134 Majority 1,850. Tahniah & T.kasih kpd semua Wira2 Bangsa Jentera Pemuda BN Msia ! Sedia Gempur ! - DSHH, KJ & Exco PPUM"


Here my stink conclusion/opinion:

1. Minda orang Malaysia memang mudah untuk di manipulate.
2. Majority rakyat Malaysia penakut.
3. Barisan Nasional memang cukup kebal.
4. Demokrasi di Malaysia bolehlah di tanam di mana-mana tanah perkuburan.


Also come to my attention how difficult for us Malaysian to get solid true news related to politic in Malaysia. There are so many version of each and single event. Maybe thats the main reason why most of us just bore with politic story. RTM, Utusan, TV3, malah Bernama memang confirm bercerita pasal keburukan pembangkang. Dan saluran alternative seperti Malaysiakini, Malaysia-today or blog yang terkenal rata-rata akan menghentam kerajaan. Cerita dari mulut orang lagi la susah untuk kita percaya. So, what other option that we have? Aku malas nak fikir, bila aku akan mengundi nanti aku akan pilih berdasarkan calon, aku tidak akan consider what ever party he/she represent. Cerita-cerita sensasi pula aku akan tolak tepi. Adakah itu tindakan betul? lantak lah... Aku tidak peduli.

Best poster in Ijok also best picture of Ijok by-election

P/S: Sedang kita disuap dengan visual berita dari saluran media perdana, if sesiapa ada masa terluang please watch few interesting clip from Malaysiakini: here

Update (noon):

Utusan bloopers.

Sepatutnya mereka tulis Berakhirnya 'Keadilan' referring to Parti Keadilan Rakyat. But, uncle-uncle dalam Utusan dah nyanyok dan 'mengakui' keadilan di Malaysia telah berakhir. Hahahahha....

Thursday, April 26

Khir Toyol

Notice: Aku tahu tidak ramai minat politik di Aku Betul...! Tapi aku terlalu geram.



Siapa tengok rancangan Bersama Menteri di TV1 semalam?




Nampaknya Barisan Nasional
betul-betul terdesak di Ijok sehingga terpaksa menggunakan slot rancangan tersebut untuk memancing undi di sana. Bayangkan the whole program hanya concentrate kepada pilihanraya kecil di Ijok, sepatutnya perlulah bincang segala urusan dibawah pengurusan Menteri Besar Selangor itu. Sebab namapun rancangan Bersama Menteri. RTM betul-betul dah jadi lembu yang dicucuk hidung oleh Barisan Nasional.

Semalam juga Khir Toyo membuat kenyataan yang pada aku benar-benar bangang.

1. Tidak salah pengundi Islam mengundi orang bukan Islam.

Aku bukanya ustaz untuk menghukumkan haram atau halal memilih pemimpin bukan Islam. Cuma
dengan memberikan nas Al-Quran yang aku rasa tidak kena sangat dengan tajuk cerita, Khir dengan penuh konfident menyebarkan kepercayaan dia. Kalau aku tidak silap, rasanya potongan Al-Quran itu hanya mengatakan, kita perlu lah berlaku adil kepada orang bukan Islam yang menghormati agama Islam. Tidak ada lansung disentuh pasal pemilihan pemimpin. Adakah dia yang bangang atau dia cuba membangangkan orang lain?


2. Jika pembangkang menang di Ijok, pembangunan akan terbantut at least setahun.

Khir dengan tanpa rasa bersalah 'mengugut' pengundi Ijok dengan mengatakan kerajaan negeri dan pusat akan tidak memajukan Ijok jika Tan Sri Khalid dipilih. Menurut beliau, pembangunan dia Ijok hanya akan terlaksana jika calon MIC menang, dan jika pembangkang dipilih semuanya akan diberhentikan atau akan menemui jalan sukar sehinggalah Pilihanraya Umum yang dijangka tahun hadapan. Khir ni dah gila atau dia pura-pura gila untuk meraih undi simpati?


Aku rasa, jika pengundi Ijok atau sesiapa sahaja yang menyaksikan rancangan semalam pasti akan dapat melihat betapa desperate nya Menteri Besar Selangor ini untuk mendapat kepercayaan pengundi Ijok. Namun jika penonton yang berilmu, Khir bukan nya berjaya mengyakinkan penonton, malah hampir semua kenyataan beliau membuatkan kita lebih menyampah dan konfius. Pada aku personally, aku menjadi lebih konfius bagaimana manusia sebegini bangang boleh menjadi menteri besar.


Kepada rakyat Ijok, selamat mengundi dan buatlah pilihan bijak.

Tuesday, April 24

Cerita Kereta Tua


Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia:

“Kereta yang sudah berusia 15 tahun dilupuskan dan tidak dibenarkan berada di atas jalan raya di negara ini”


Naib Yang Dipertua Persatuan Pengguna Negeri Terengganu (PPNT), Othman Abdullah:

‘‘Jadi kalau dilupuskan, apakah penduduk di luar bandar yang tiada pendapatan stabil boleh membeli kereta atau institusi kewangan boleh meluluskan pinjaman kepada mereka,’’


Presiden Persatuan Pemilik Bengkel Kereta Malaysia (FAWOAM), Cho Chee Seng:

‘‘Jangan ikut seperti peraturan Singapura dan Jepun yang terlalu ketat tentang usia kereta. Kereta lama berusia lebih 20 tahun juga masih boleh digunakan dengan baik jika enjinnya dijaga dan diservis selalu,’’


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman:

‘‘Bayangkan seseorang itu baru ‘lega’ hutang pinjaman kereta selepas tujuh tahun membayar, dia terpaksa memohon pinjaman baru apabila keretanya mencecah usia 15 tahun, pastinya ini membebankan,’’


Presiden Persatuan Automatif Malaysia (AAM), Aishah Ahmad:

‘‘Fikirkan kewangan golongan yang tidak mampu untuk memiliki kereta baru dan bergantung sepenuhnya kepada kereta lama tersebut untuk mencari rezeki sehari-hari,’’

Aku:

Mungkin kerajaan patut galakkan orang ramai menukar kereta yang usang dengan memberikan insentive yang dirasakan perlu. Sememangnya kereta yang terlalu teruk tidak patut berada di atas jalan raya. Tapi kita dah ada PUSPAKOM, so sepatutnya isu ini tidak timbul.

Kereta arwah abah aku dah berusia 20 tahun but still lebih cantik dan selesa dari kereta aku sendiri. Hahahaha…

Friday, April 20

Petunjuk Ijok

Notice: Aku perasan tak ramai kawan disini minat cerita pasal politik, but I can’t resist throwing few things here regarding Ijok by election.

Aku cuma nak utarakan dua isu menarik yang aku rasa boleh dikongsi. Dua persoalan tersebut adalah, kenapa media massa macam TV3, Utusan, Berita Harian mesti sokong BN? Dan yang kedua adakah patut politik perkauman atau keagamaan di perbesar-besarkan?


It is an open secret that every time ada election all our mainstream media will support Barisan
Nasional. Why? I agree ini adalah isu basi yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Tapi aku betul-betul masih belum faham dan rasa pelik. Ramai akan cakap, orang bodoh pun tahu license dikeluarkan oleh kerajaan so, tentunya mereka sokong kerajaan. Some also said, key person dalam all media company are selected by government. Mungkin ini 2 alasan paling munasabah, tapi aku rasa ‘kuasa’ BN dalam media massa utama adalah bukti jelas penyalah gunaan kuasa. Sebagai pemberita tulen, they should report everything. Dalam media-media alternative semua cerita pasal gangster India (MIC) belasah orang di Machap, siap dengan gambar dan laporan polis. But I can’t find that story dalam Utusan or Harian Metro. Kenapa? I believe it is a real story then what make reporter takut nak siarkan? Aku kadang-kadang tak faham pengundi di Malaysia, penggunaan surat khabar dan TV oleh BN pada setiap pilihanraya memang nyata satu kesalahan etika. Mungkin pengundi-pengundi fikir ianya satu isu yang kecil dan tidak menggambarkan apa-apa. Kepada manusia-manusia bangang ini please read my next sentence properly. If penyelewengan terang-terangan sebegitu pun BN berani buat apatah lagi segala jenis penyelewengan lain. BN supporter might said, reporter that work for RTM, TV3 or Utusan adalah pemberita tulen since they only report valid and true story. So, anything came from opposition mouth tak betul, then they will not publish it lah. Aku rasa tak perlu lah aku ulas benda ini, aku tulis disini just to let everybody knew I realize this stupid idea. Conclusionnya, aku berpendapat tindakan BN memperkudakan semua media adalah satu penyelewengan terang-terangan dan menghina kita sebagai rakyat. Aku juga takut nak fikirkan apakah jenis penyelewengan yang mereka mampu lakukan yang diluar batas pengetahuan umum.

Another interesting issue that directly related to Ijok is race and religious politic. Again, this is
sensitive issue, so please comment wisely. Ijok has around 12 thousand voters, 51.04% Malays, 28.16% Indian and 20.59% Chinese. BN letakan calon India dan BA letakkan calon Melayu. Semalam Najib secara terang-terang tuduh BA menyokong politik perkauman kerana meletakkan calon Melayu, dan beliau yakin tindakan BN yang tidak tunduk kepada tekanan perkauman ini akan membuahkan hasil. Ada juga logiknya kata-kata Najib, since if all political parties follow percentage of voters to choose their candidate, there will be no Indian MP at all. Since even kubu kuat MIC, Sg Siput pun hanya lebih kurang 22% sahaja pengundi India. And come to my surprise that Ijok adalah DUN yang mempunyai peratusan pengundi India paling ramai. So, kalau semua parti ikut kaum, memang tak merasalah orang India untuk jadi wakil rakyat. Tentunya tidak adil, since who want to raise issue regarding Indian di Dewan Rakyat or Parlimen. So, I don’t think we should influence our support base on race or religious. But, as muslim adakah wajib kita memilih/mengundi calon beragama Islam?

Bijak pandai manusia akan cari buah fikiran untuk menghalalkan yang haram. Dan antara dalil yang aku pernah dengar adalah;

  1. Kita bukan undi orang bukan Islam, kita undi parti dan ianya masih ditunjangi oleh orang islam.
  2. Ada beberapa kisah Nabi Muhammad memilih ‘rakan pemimpin’ bukan Islam.
  3. How to answer if your boss bukan Islam, you should resign and only work for muslim boss?
  4. Which one to choose? Calon non-muslim yang kita yakin baik budi perkerti or calon Islam yang rosak akhlak?

Aku tak berani nak ulas panjang, since aku bukan ustaz, cuma harap renung-renungkan lah soalan itu secara mendalam dan jangan gunakan hukum akal terlalu berani.

Thursday, April 19

3 Stupidities in One Day

Yesterday aku ambil ½ day leave to repair my car. Sadly aku witness 3 kebodohan manusia yang membuatkan aku berfikir adakah rakyat Malaysia semakin bodoh or aku yang semakin pandai? Hahahha....

Stupidity #1. (EON Bank Officer)

Every month aku akan bayar credit card base on statement yang aku minta dari kakitangan bank. I will not wait for the posted statement since ia di addresskan ke kampong aku. So, every month I will ask the officer to print out the statement before aku check then bayar. I’ve been practice that for years, aku pergi to any EON Bank branch and minta statement then bayar. But yesterday, seorang pekerja bangang di EON Bank cawangan Section 9, Shah Alam telah mendatangkan masalah kepada aku. First he said he can’t print the statement. I need to go to their credit card HQ at KL and ask for it. I tried my best untuk tidak gelak dan politely said please check with your colleague since aku pernah dapat statement itu dari cawangan lain even dari cawangan ini. Dengan tidak puas hatinya dia tanya manager dan rakan sekerja yang lain. Then, he admit dia boleh keluarkan statement tu. Bila aku dah bayar, he stop me from bring the statement out because he said he should not print it out and pass to me. So, he afraid he will end up in trouble. Aku malas nak cakap banyak, aku koyak-kayakkan statement tu then campak dalam beberapa tong sampah yang ada dalam and luar bank. Dia tercengang sambil garu kepala. Dalam hati aku berkata… “macam ni punya bangang pun boleh kerja bank ke?”.


Stupidity #2 (Malaysian Olympic football team)
Any individual related to that team, aku classify sebagai bangang. Lawan Hong Kong pun boleh kalah? They manage to control the game and create few chances. Aku and few friends yang tonton perlawanan tu di Stadium MBPJ semalam memang sakit hati. So, I believe if not all, but there must be somebody yang betul-betul bangang yang menghasilkan kekalahan itu. Players, jurulatih, management or maybe kesemuanya sekali. Yang pasti bukan fans, since aku boleh lihat ramai juga yang memberi harapan kepada mereka. Ramai yang datang terus dari pejabat since mereka masih berkemeja dan kasut berkilat. Keluar RM10.00 dan disajikan dengan permainan taraf budak sekolah menengah, memang betul-betul bodoh…!


Stupidity #3 (Pasukan bola sepak Kedah)
Kedah lost to Perak 0-1 last night. I not saying mereka bodoh sebab kalah. Perak bukan lah pasukan belasahan yang boleh menjadikan Kedah sebagai bodoh jika kalah. Lagipun from the delayed telecast last night I would say, Kedah control the game and they deserve at least a point. Last night not the best performance from Perak. Aku cuma rasa player Kedah bangang base on two incidents. First, very last minute of the match, Perak’s striker Keita Mandju terjatuh (no fault) di hujung padang kawasan Kedah. I’m not sure he plays an acts or injured betul-betul. But Kedah’s goalkeeper ignores him and just took goal kick and continues with the game. When ball reached to Perak’s keeper hand then, he throws the ball out so referee boleh panggil paramedic masuk. There is a rule that say player tidak boleh tendang bola keluar hanya untuk memberi laluan kepada petugas perubatan merawat rakan atau lawan mereka. Hak mutlak hanyalah kepada pengadil perlawanan. Memang ada peraturan sebegitu, tetapi ianya hanyalah peraturan tambahan yang di keluarkan oleh England FA untuk perlawan bola sepak organize by them, EPL, FA Cup and League Cup. I don’t think FIFA, UEFA or even FAM applies same rules. Maybe player Kedah watch too much EPL game and follow that rule.

Ok, maybe I’m wrong, FIFA or FAM memang dah guna peraturan baru tersebut, but the 2nd incident memang menggambarkan kebodohan mereka. After Keita Mandju dapat treatment and continue main, Kedah sepatutnya sportingly ‘give’ the ball back to Perak. But tanpa rasa bersalah player Kedah teruskan serangan. Pada minit 80 something, pun sama, bila Ahmad Shahrul injured, player Perak kick the ball out to allow paramedic in. Then, player Kedah yang ambil throw in, straight away continue the game without pass back the ball toward player Perak. This is the first time aku tengok benda ni, pada aku betul-betul bodoh lah. Maybe Perak’s players berlakon injured untuk curi masa since they leading, but player Kedah should handle it professionally. I knows, Kedah try to defend their undefeated record for 23 straight games Imagine, in 2007 Kedah tidak pernah kalah. So, this young bunch of player eager to maintain the record sampai lupa semangat kesukanan. Maybe technical and tactically they good, tapi yang pasti mereka sedikit bodoh semalam.

Tuesday, April 17

Woman's Car



Notice:
Aku terima tulisan ini dari forwarded email. I failed to track down siapa penulis asal. She wrote very interesting issue that I believe worth to share with friends here. So, without change any single word (just rearrange few sentences), I post the whole writing here.


-------------------------------------------------------------

Assalamualaikum. ....

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta ronda polis, berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya, seorang polisi datang ke arah saya.

"Selamat Pagi, Cik Kak.."

"Errr selamat pagi"..jawab saya,

Dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata:

"Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?".

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"

"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".

"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih".

"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik". kata polisi itu lagi sebelum berlalu.

"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat.

Errrrrrrr... . betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya. Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!!

-------------------------------------------------------------

Aku sendiri pun menyampah dengan segala jenis patung, teddy bear atau bunga-bunga yang orang perempuan letak dalam kereta mereka. So, please get rid all those thing untuk menyenangkan mata aku and for your own safety.


Friday, April 13

Love Your Parent




I think Malaysian should feel shame with themselves since issue sebegini tidak patut sampai ke peringkat parlimen untuk dibincangkan. Takkan perihal menjaga ibubapa pun kerajaan perlu ‘ajar’ kita? Malu… betul-betul malu.

“Kerajaan disaran memotong gaji anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan warga emas dan pada masa sama, memberi insentif tertentu seperti potongan cukai kepada mereka yang sanggup menjaga orang tua sendiri.”
- Utusan


Aku tidak mahu kupas pasal sent parent to pusat jagaan warga emas, but I really want to talk pasal membalas jasa mereka kepada kita. Kenalan who close to me knew that I will visit my mom at least once a month. Even with my busy job, I will try to find time to balik kampong and spent quality time with her. Itupun aku masih rasa sedih, since for me that is far than enough. Aku rasa aku seperti anak yang gagal mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada mak aku.

For those yang still ada parents, I beg you to pour your love as much as you can. Cuba jadikan mendampingi mereka sebagai satu kewajipan dan keseronokan. For me, aku memang suka makan, so everytime aku balik kampong aku akan bayangkan betapa seronok membantu mak aku masak dan menikmati masakan kampong yang mak aku sediakan. The funny thing is, even rumah aku ada washing machine or kedai dobi pun bukannya mahal sangat, but I still simpan beberapa baju kotor untuk mak aku basuh. Kerana aku rasa my mom love to wash my clothes. Maybe itu cara dia untuk menzahirkan kasih sayang pada aku dan cara aku membuatkan dia rasa dihargai. Dari kecil sampai zaman study they help us financially, but bila dah kerja kita akan pinggirkan mereka since we have our own source of income. And for me, bawa balik baju kotor untuk dibasuh oleh mak aku ada cara aku untuk bermanja dengan dia. Hahahaha…

Maybe, pada sesetengah orang mengirim wang ke kampong cukup untuk membalas budi mereka. Untuk orang yang beranggapan sebegini, tolong datang depan aku supaya aku boleh tonjol kepala dia dengan tapak kaki. Memang wang ringgit mampu menggambarkan kasih sayang tapi ia tidak mampu membeli rasa cinta apatah lagi untuk mengubat rindu mereka kepada kita.

So, for those yang dari kampong and still ada ibubapa, tolong luangkan masa bersama mereka. It is true, sometimes perjalanan balik kampong melibatkan belanja yang agak besar. Minyak, tol, makan not to mention car maintenance, but believe me, duit kita boleh cari. Tapi kasih sayang ibu bapa, sampai mati pun kita tidak boleh jumpa di mana-mana. Lagipun, even kita tak guna duit tu untuk balik kampong, one day duit itu akan habis juga.

Maybe, kawan-kawan disini akan cakap, aku bertuah since my hometown just 2-3 hours drive from Shah Alam. Not like others yang maybe kena drive or naik bas setengah or even ada yang sepanjang hari. Or yang di oversea, mereka perlukan ribuan ringgit untuk menjenguk ibu bapa. I can’t find solution for your problem, but I just hope you will try your best. Kalau perokok tidak sanggup berhenti merokok agar dapat menyimpan duit supaya boleh melawat ibu bapa dikampung, pergi terjun bangunan since aku percaya tidak ada gunanya kau hidup dalam dunia ini. Aku cuma memberi contoh rokok, but I believe there are plenty of other activities yang sebenarnya kita beri kelebihan sebelum kebajikan ibubapa.

Losing my own father in front of my eyes di dalam wad hospital benar-benar buat aku insaf dalam perihal menjaga ibu bapa. Sampai saat ini aku masih menitiskan air mata setiap kali mengenangkan betapa ruginya aku tidak dapat membalas jasa arwah abah dalam membesarkan aku. Aku boleh bayangkan betapa gembiranya arwah abah aku jika aku bawa dia jalan-jalan di Kuala Lumpur, atau pergi makan-makan di tempat yang mewah sedikit. Since dari kecil aku masih ingat he will try his best to make me happy. Fact that I will never have opportunity untuk membalas budi itu membuatkan aku sangat-sangat sedih. Aku juga akan rasa sangat marah pada mereka yang ambil tidak endah dengan kebajikan ibu bapa mereka. So, I will try my best to make my mom happy selagi aku berkesempatan.

To my arwah abah. I love you so much. Haji Mohd Isa Bin Harun meninggalkan aku this month, 5 years ago. Al-fatihah…


Thursday, April 12

Tan Seng Giaw & Lim Kit Siang, Siapa Lebih Bodoh?


Notice: Sensitive issue, please comment intelligently.

Di Dewan Rakyat, 10 April 2007 semasa sesi penggulunggan perbahasan usul titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Jabatan Perdana Menteri.

Satu
“Saya meminta pengurusan masjid supaya tidak terlalu kuat ketika azan Subuh kerana mengganggu kanak-kanak dan mereka yang bekerja syif sedang tidur
,” - Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong)

Dua
Mengenai dakwaan Lim bahawa tolak ansur antara kaum di negara ini semakin merosot sejak mencapai kemerdekaan, Nazri (Datuk Nazri Aziz) menegaskan itu tafsiran salah hanya semata-mata kerana tiada pembabitan umat Islam dalam IFC.

Sumber: Harian Metro 11 April 2007

[Please read the whole news article, to find out latest news regarding (Majlis Antara Agama) IFC’s issue]

Pointless for us to find out the reason behind Harian Metro covered this story. Maybe related to 2 elections yang bakal tiba dalam masa tedekat. But these sorts of things yang make me think twice to support opposition parties dalam general election. Just imagine how stupid Dr Tan Seng Giaw to brought up that issue dalam Dewan Rakyat. Aku selalu kutuk menteri kita bodoh, rupa-rupanya pemimpin pembangkang mempunyai level bodoh yang lebih mengejutkan. What he expect will happen after he raised the azan issue? Dewan Rakyat will accept his complaint? Malaysia government will limit azan can only reach certain decibel of loudness? Aku malas nak kupas benda ni panjang-panjang, cukuplah sekadar kita tahu betapa bangangnya dia and takut aku nak imagine if dia menjadi menteri jika ditakdirkan DAP menang general election (walaupun ianya tidak mungkin berlaku).

Tan Seng Giaw sebenarnya mencelah ucapan Datuk Nazri untuk mengutarakan isu azan itu. Then, belum pun habis Datuk Nazri berucap, ketua pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pula mencelah berkaitan merosotnyanya tolak ansur antara kaum di negara ini sekarang. Oh my god, seriously aku tak faham bagaimana pemimpin sebodoh ini boleh wujud dalam Dewan Rakyat. Few minutes ago his friend complaint pasal laungan azan yang terlalu kuat then dia boleh tuduh orang Islam tidak bertolak ansur dalam beberapa isu keagamaan. Lim Kit Siang ni memang bodoh ke atau dia dah nyanyok?

Allow me to stop here, if not confirm I will throw all kind of nasty words toward these two opposition leaders yang betul-betul bangang.

Tuesday, April 10

Blogger Registration, so What?

Bloggers using locally hosted websites may be asked to register with the authorities, Deputy Energy, Water and Communications Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said.The Star

Aku memandang isu ini dari tiga sudut sahaja, nak kaji dari sudut-sudut lain nanti aku sendiri yang pening.


Sudut Yang Pertama
Sometimes I really confuse by the level of stupidity of our ministers. Adakah mereka beradu kebodohan sesama mereka? Seriously, did they really understand the meaning of blogger? Since few issues currently brought up by blogger and become national polemic they all freak out and demand for blog registration. What really they want from the registration? To monitor thousands (if not millions) web log? To create fear in blog world so, blogger will not expose all their wrong doing? Majority famous blogs in Malaysia are operates by blogger yang tidak berselindung dibawah nama pelik-pelik. They brave enough to show their face even ada yang post no i.c dan no telephone. If authority found their article broke any law or ethical value, legal action boleh dikenakan keatas mereka dengan mudah. Even if they did not display their names, I don’t think it is a rocket science project to track siapa mereka.


Sudut Yang Kedua
Tapi personally aku tidak nampak kesusahkan jika dipaksa mendaftar blog. Harap jangan lah sampai kena beratur di pejabat kerajaan atau isi borang berpuluh-puluh helai. Maybe online registration cukup la. If not, later there will be online marketer yang akan tulis e-book ‘Complete Guide to Register Your Blog’. Macam keluarkan duit dari Paypal, rasanya semua bijak pandai berebut nak jual e-book berkenaan itu. (sorry lari tajuk sikit). Then, aku terfikir if they start blog registration, how about medium berita dan perbincangan yang lain? Online forum, yahoogroup,
atau website peribadi macam friendster, myplace. Kalau nak diikutkan, semua tu perlu didaftarkan juga lah. Hahahaha.. jangan sampai, each and every email account pun kena register sudahlah. Kepada yang ada 10 email accounts, letih la nak isi borang. Aku rasa, kalau kerajaan benar-benar takut dengan kuasa blogger di Malaysia, and they ready to be bahan ketawa again internationally, they should study the system betul-betul dahulu. They must wisely differentiate the blog category. Semua kita tahu menteri sebenarnya risau dengan blog politic sahaja. So, aku boleh kira selamat la agaknya.

Dan yang menariknya, blog yang host di Malaysia sahaja yang diarahkan berdaftar. Berapa kerat lah agaknya blog yang ber domain sendiri dan hosting di Malaysia atau menggunakan platform percuma blog tempatan. Bangang betul lah menteri kita.


Sudut Yang Ketiga

Berikut adalah komen dari blogger-blogger terkenal Malaysia:

"This violates the Government's no-censorship policy with regards to the Internet," Ahirudin Attan of Rocky's Bru said.

Government really should ‘get real’… The move is just going to make Malaysia look ridiculous in the eyes of the world." - Marina Mahathir

Blogger Jeff Ooi wondered why the Government was pursuing this course of action.

Aku juga confuse kenapa blogger-blogger tu risau sangat if kerajaan asked them to register? Apa yang mereka cuba perjuangkan? Register je lah…dah terang-terang everybody knew which blog own by them.

Dari day one lagi aku tak suka blogger misteri; read Blogger Pengecut

Aku terfikir juga, better if government tidak wajibkan semua blog didaftar. Cuma blog yang terpilih sahaja, regardless hosting location atau domain blog tersebut. Meaning blogger itu akan dihubungi personally if authorities believe his/her blog reached level yang perlu didaftarkan. Maybe base on traffic or articles yang blogger tu post. Cuma tentu ramai yang gila glamer akan menipu dengan mengaku kerajaan dah minta blog dia didaftarkan. Hahahaha…

Monday, April 9

Penghayatan Lirik Amat Penting

Timbalan Menteri Pelajaran membayangkan hukuman kepada guru yang refuses to accept post at rural area.

Aku bukan nak kupas ketidakpuasan hati dengan cara samseng Noh Omar mengugut pendidik anak bangsa kita. Almost impossible for anybody to teach menteri yang ganas macam dia tu. Aku juga tidak mahu mengulas betapa bangangnya menteri kita yang berniat untuk memaksa guru mendidik pelajar. Aku rasa pendidikan bukan macam kerja lain yang boleh dipaksa-paksa. We discuss that matters some other time.

Aku cuma sedikit sedih membaca laporan sebegitu, kerana ini membayangkan terlalu sedikit jumlah guru yang benar-benar berniat untuk menjadi pendidik dalam erti kata sebenar-benarnya. Adakah semua guru di Malaysia kini cuma mengejar duit dan keselesaan semata-mata? Aku masih lagi dibesarkan dalam masyarakat yang menghormati guru kerana kemuliaan kerjaya tersebut. Arwah abah aku sanggup datang ke Taiping dari Teluk Intan semata-mata untuk mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang menampar aku sebab sedikit nakal di sekolah.

  1. Sudah tidak adakah lagi guru yang sanggup meredah sungai, berjalan kaki untuk memastikan anak bangsa dia mendapat ilmu?
  2. Teachers who willing to sacrifice his personal needs to make sure his/her student will not end up as uneducated human being, hanya wujud dalam khayalan aku ke?
  3. Kisah guru-guru hebat yang kita baca atau tonton dalam drama sudah tidak logic untuk dipraktikan?
  4. Penyakit ‘mata duitan’ ahli sukan dah berjangkit ke alam perguruan?

Alasan standard kepada masalah sebegini adalah menyalahkan keadaan dan peredaran zaman. Dulu masyarakat kita menyanjungi ilmu dan bukannya wang ringgit. Tapi sekarang, guru-guru lebih rela menghabiskan masa di bilik guru berniaga kain, gelang, multi level marketing, direct selling atau apa sahaja business dari menumpukan perhatian mendidik para pelajar. It is a fact that nowadays, money is everything. And we can’t blame teachers to find extra money to have a better life. Tetapi, kalau semua masalah kita salahkan keadaan dan peredaran zaman, sampai bila pun ianya tidak akan selesai. Samalah dengan menyalahkan takdir setiap kali banjir melanda atau tanah runtuh berlaku.

Most people nowadays believe guru adalah profession paling relax dan mempunyai banyak kelapangan untuk membuat business lain. Sememangnya kerjaya guru tidak seberat sesetangah kerjaya lain, tetapi itu hanyalah untuk guru-guru pemalas atau yang sudah berputus asa untuk mengajar. Cuba fikirkan kelas tambahan, rombongan, aktiviti co-curriculum, or some teacher volunteer becomes a hostel warden. Kalau dapat gaji double dari gaji aku sekarang pun aku belum pasti akan memilih kerjaya guru. Kerana pada aku ianya cukup berat dan aku yakin aku tidak mampu memikul tanggungjawap sebagai seorang pendidik.

Akak aku dan suaminya adalah guru, and they told me first 2 years of their teaching career, sememangnya mereka semangat untuk berusaha melahirkan pelajar cemerlang. But after that, slowly semangat itu hilang dan mereka kini menumpukan perhatian kepada pelbagai perniagaan dan dah mula involve dalam politik. Semangat mereka hilang ekoran dari layanan ibu bapa atau murid itu sendiri yang tidak menghormati usaha mereka. Kena maki dengan ibu bapa, kena conteng kereta, sehingga tahap mak aku pun kena marah sebab akak aku tegas mengajar anak murid dia. Kisah guru kena saman or kena tindakan sebab ‘sentuh’ murid pun dah biasa kita dengar.

So, sekarang dah jadi kisah ayam dengan telur. Masyarakat tidak hormati guru kerana mereka tidak bersungguh mendidik pelajar. Guru pula tidak bersemangat kerana tidak mendapat penghormatan dari masyarakat.

Panjang lebar aku merapu kat atas, aku cuma nak cakap kepada para guru, I just hope next time while they sing “Kami Guru Malaysia” sempena hari guru, lebihkan penghayatan lirik. Bak kata Ogy Ahmad Daud kepada student AF5, penghayatan lirik tu sangat-sangat penting. (lihat title posting ini)



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Sumber: http://www.moe.edu.my/hariguru/lagu_guruM.htm

Saturday, April 7

Badan dan Hati Sakit

Notice: Not very interesting posting, just aku nak lepaskan geram.

Ada rakan-rakan disini pernah rasa macam mana sakit badan dengan sakit hati dalam satu masa? Yesterday aku merasa pengalaman menarik itu.

Thursday aku dah start demam. Tapi aku still datang kerja since there are few important things to setelkan. Aku tinggalkan ubat dalam kereta walaupun disini; Employer & Employee, aku tulis kita perlu tunjukkan ubat kepada boss, it just that aku rasa aku dah malas nak membodek bos aku, tidak membawa kepada apa-apa keuntungan.


Then, Friday (yesterday) aku betul-betul demam, memang malas gila dan tak larat nak pergi office. But still aku pergi office sekejap untuk buat benda-benda penting dan lepas itu aku terus balik rumah selepas singgah klinik ambil ubat and medical certificate.

Here the beauty parts, before aku masuk clinic, colleague dari department lain call and remind me about our meeting at 10:30 am. I told him I can’t make it since I seriously down with fever. Dia macam tak puas hati then hang up. Then, less than 5 minutes, my boss call and ask why I refuse to go to that meeting.

“Not that I refuse, but I on my way to clinic now, I think useless for me to be there if I not in good shape”

Then he said;

“This is very important client, you should treat this as number 1 priority… bla..bla..bla..”

Aku replied;

“What you want me to do now? Forget about the clinic and go to meeting?”

He not gave any specific answer and terus hang up. Aku malas nak memeningkan kepala dengan benda-benda bangang then terus jumpa doctor.

Then, pukul 3 petang, again boss aku call and question why aku ada di office awal pagi then baru aku pergi clinic? (ada la si bangsat yang beritahu dia aku ada di office awal pagi) Aku terangkan kat boss yang bangang tu, aku terpaksa setelkan beberapa perkara then baru aku nak pergi clinic. Aku rasa dia patut bersyukur sebab dapat pekerja yang bertanggungjawap macam aku. But instead of be thankful, dia boleh question tindakan aku.

Dengan badan dan hati yang sakit, aku bangun telan beberapa ubat dan terus tidor.

So, nasihat aku kepada kawan-kawan disini yang dah mula jadi boss. Please janganlah jadi boss yang bangang macam boss aku. Be reasonable lah sikit, kalau staff kita sakit tidak perlulah kacau dia. Sometimes aku tak faham apa yang boss aku fikirkan;

  1. Dia ingat gaji yang dia berikan besar sangat sampai boleh jadikan pekerja dia lembu?
  2. Dia ingat semua orang workaholic macam dia dan akan bekerja 24-7?
  3. Dia ingat pekerja dia takut dengan dia dan akan ikut segala arahan tanpa sebarang soalan?
  4. Dia ingat pekerja dia bangang dan boleh di cucuk hidung sesuka hati?

Yang aku pasti… walau apa dia fikirkan, sememangnya dia manusia bangang. Dan aku rasa bukan aku seorang ada boss yang bangang, if not there will no site dedicated to them; www.mystupidboss.com... hahahaha.

To colleagues yang baca blog ini, kalau rasa nak beritahu our big boss pasal tulisan ini, go ahead. Mungkin kau boleh naik gaji.

Wednesday, April 4

Warna Kehidupan

Notice: Ini adalah posting ke-100 Aku Betul…!, so aku dah reach my century article. Thanks for the support guys…

Aku selalu bergurau dengan member-member, I told them; I see problems just like a very striking and beautiful colors. Masalah adalah warna-warna terang yang ‘memeriahkan’ corak kehidupan aku. Dengan beranggapan sebegitu aku dapat menerima segala masalah dengan hati yang tenang dan kadang-kala seronok since I know ‘lukisan’ hidup aku akan lebih cantik. Selain dari warna bosan macam putih, hitam atau kelabu, masalah aku gambarkan seperti warna merah, orange, kuning yang aku rasa lebih indah dan happening. Some friends even ask me “hari ini hidup kau kaler apa?” referring to any problem that I facing that day.

Itu adalah cara aku untuk ‘menipu’ diri sendiri agar tidak membuat tindakan bodoh bila berhadapan dengan masalah. I realize lain orang lain caranya;

  1. Bila hadapi masalah, mereka akan memikirkan nasib orang yang lebih malang untuk motivate diri sendiri.
  2. Mengingati sejarah lama while handling bigger and more challenging problems, supaya self confident akan meningkat.
  3. Forget the problem for awhile, and try to remember all the good memories yang berkaitan dengan masalah tersebut. Hopefully akan menaikan semangat untuk menghadapi masalah itu.
  4. Ingat motivation quote (crap words) by famous people like; “treat problem as opportunity” or “masalah akan mematangkan kita”… yeah right, hidup bukan serupa dengan buku motivasi.
  5. Without any motivation thought, concentrate with the problem and give 100% effort to reach the goal.

Ada bermacam-macam cara lagi yang kita sendiri guna tanpa perlu nasihat dari pakar motivasi atau kaunselor bertauliah. But for me, aku lebih suka idea lame dan kebudak-budakkan iaitu warna kehidupan.

So, currently hidup aku memang betul-betul meriah dengan pelbagai colour. And warna-warna terang dan panas dah menjadi majority. With that note, I would say there will be no ‘interesting’ update dalam Aku Betul…! for few days. Izinkan aku concentrate dengan masalah yang memeningkan kepala. Harap beberapa kawan lama dan kawan baru yang biasa lawati blog ini akan still support Aku Betul…! bila warna- warna kehidupan aku dan kembali normal… Hahahaha…

Monday, April 2

Brothers Rivalry

It is a fact that in any family, elder sister will close to younger brother and vise versa, elder brother akan lebih rapat dengan adik perempuan. But if both adik beradik same gender mempunyai jarak umur yang rapat, different story la. Selalunya mereka akan jadi ‘crime partner’ dan akan memeningkan kepala ibu bapa jika mereka memilih untuk menjadi anak yang nakal.

But bukan itu yang aku nak utarakan disini, aku nak cerita pasal why elder brother cannot get along with younger brother yang jarak umur sedikit jauh? Aku perhatikan disekeliling aku, sebagai contoh abang yang umur 30an tidak akan serasi dengan adik lelaki remaja. Memang ada yang baik dan akrab, tapi aku yakin majoritinya tidak. Also aku rasa adik beradik perempuan pun sama, tapi as Yasmin Ahmad cakap “I only told story that related to my life”.

Allow me to give my stink opinions regarding this issue. Let me try to list down few reasons that I assumed menjadi punca kepada masalah ini.

Abang tidak boleh terima adik dia dah besar.
Parent always facing this problem bila anak meningkat remaja, but so does elder brother. He can’t accept there will be another young man in the family that will ‘challenge’ his ‘authority’. Abang selalunya merasakan adik lelaki mereka akan kekal sebagai budak selama-lamanya. He will take charge any of his younger brother’s decision. When younger brother dah masuk alam remaja, and dah mula pandai berfikir he will start question all his brother’s instruction. Then, this will start the cold war, which will last forever, some cases sampai dah tua masih bermusuh.

Younger brother perasan besar.
Twisted sedikit dari idea atas, this time adik lelaki pula yang merasakan he too old and too smart to take any advise dari abang dia. Although his elder brother memberi tunjuk ajar yang betul, ego si adik akan cuba melawan any single idea dari abang dia. This will also end up sebagai pergaduhan yang berpanjangan.

Layanan ibu-bapa.
Walaupun ibu bapa majoritinya akan memberi kasih sayang yang sama rata kepada semua anak mereka, tapi sebagai manusia biasa kadang-kala mereka ada menunjukkan sikap pilih kasih terhadap ‘anak emas’. For some cases, ianya bukan kadang kala lagi, tetapi sememangnya selalu ibu bapa sedikit berat sebelah towards any one of their children. They have their own reason why they act macam itu, sometimes mereka lebihkan younger ones since yang besar tu dah pandai jaga diri sendiri. Atau mungkin ibu bapa concentrate kepada si abang, sebab dia bakal menjadi contoh kepada adik-adik. Bermacam-macam alasan lagi yang aku tidak mampu fikir sebab aku belum jadi bapa lagi. But what ever reason pun, this unhealthy scenario will also create spark dalam hubungan adik-beradik. Yang menariknya, kadang-kadang ibu bapa tidak pilih kasih pun, cuma anak-anak yang bangang merasakan sebegitu.

Iri hati/dengki
Iri hati akan muncul bila parents or people around this 2 brothers start comparing their achievements. Exam result, university, pekerjaan, percintaan, perkahwinan dan bermacam-macam lagi element yang akan menjadi perbandingan. Loser akan iri hati pada yang menang dan yang lebih berjaya pula akan mula besar kepala.

Peredaran zaman.
As we all knows, peredaran zaman membawa kepada perubahan cara hidup kita. Dengan kepantasan kehidupan kita sekarang, jarak umur 10 atau 20 tahun sememangnya membawa kepada perbezaan cara hidup yang ketara antara abang dan adik lelaki dia. For some brother he failed to understand this fact and still comparing his lifestyle with his younger brother. 10 years back mana ada futsal, cinta sms atau broadband internet. Ini semua antara perkara yang mempengaruhi kehiduapan harian remaja lelaki zaman sekarang. Different generation also have different idea regarding certain issue. Sometimes isu remeh pun boleh diperbalahkan. For silly example, si abang memarahi adik kerana memakai sport rim motor berjejari 3, kerana pada dia lebih banyak jejari lebih cantik, nampak compact dan stylo. Padahal, bagi si adik pula, semua rakan-rakan dia merasakan 3 jejari adalah paling cool and trendy.

Jawapan standard for any problem adalah kerjasama semua pihak. Meaning, adik dan abang itu sendiri perlu lebih bijak berfikir dan lebih bertolak ansur. Ibu bapa pula wajib memainkan peranan dalam mengimbangi conflict anak-anak mereka.

Aku tidak suka jawapan standard sebegitu, solution terbaik pada aku adalah kedua adik beradik perlu hidup dengan cara sendiri dan hanya berbincang bila kedua-duanya merasakan perlu. Or dalam versi kurang ajarnya, mereka berdua should shut their mouths up and concentrate with their own life…!

Total Pageviews

. page counter