Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Friday, February 13

Sessi Bodek Boss!

Sorry, aku busy tak sempat nak update blog. Ini pun posting pendek, aku nak bodek boss sekejap.

Last weekend aku bercuti di Langkawi. Aku sampai rumah dari Langkawi pada tengah malam 10 February. The next morning terus start kerja, pergi ke Kuantan. Stay for one night there, then sampai rumah malam semalam (12 February). Today akan terus ke Johor, tidor satu malam lagi dan akan pulang semula ke Shah Alam esok (14 February). Fuh! dah malam peserta Explorace pula rasanya. Mungkin ramai orang dah biasa berjalan sebegitu, tapi aku jarang. Tukar-tukar bag cepat-cepat then terus pergi next trip... penat siot.

Aku nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan congratulation to my boss sebab received Datukship semalam di Kuantan. Aku menjadi driver sekejap masa hantar dan ambil dia di istana. In between, aku siapkan proposal, melawat site dan contact partners. Damn... jauh siot ulang alik dari Pekan ke bandar Kuantan.

So, lepas ini mungkin aku kena panggil dia Dato' Robin Wong.

Its good to know goverment, in this case Sultan Pahang appreciate what we (aku, boss, dan semua pekerja syarikat) buat selama ini, sehingga boss dapat Datukship. At least we know we moving to right direction. Aku tahu boss aku dapat Datukship sebab sumbangan dalam industry broadband. So, next in line should be me lah, kan? Hahahahha.....

So, kepada partners, clients, member-member yang kenal aku dan boss aku, lepas ni korang kena panggil boss aku Dato'. Start from now boleh lah call atau sms ucap tahniah. Jangan lupa mention aku congrats him di blog ini. Untung-untung boleh naik gaji lagi.... lagi?

Again, congratulation to my boss for his Datukship.


P/S: Tolong... sesiapa tahu apa sebenarnya perbezaan Datuk dan Dato'. Aku pun tak sure boss aku terima Datuk or Dato'. Rasanya Dato'.


Saturday, January 31

Cubaan Menjadi Photoblogger: Aku vs Laut

Ada banyak gambar, kalau internet line korang hampeh... load slow, pergi bancuh air dulu. Cubaan aku menjadi seperti blogger-blogger kaum ibu atau blogger-blogger photoblog tegar yang akan post gambar dan komen gambar tersebut semenarik mungkin. Since wife aku beli camera masa PC Fair hari tu. Boleh lah aku join the club dan buat posting sebegitu. Hari sabtu, boring-boring kat office, nak membebel pun takde idea.

So, jom enjoy the pics guys. Time aku dengan wife pergi bercuti masa Chinese New Year yang baru lepas.


Lautan bergolara akan ditentang oleh aku.



Aku telah bersedia.... dengan hati yang penuh membara. Selat Melaka akan aku takluki.


Renangan pun bermula. Ombak besar tak aku hiraukan. Yang ada dalam kepala cuma destinasi yang ditujui. Focus...focus.


Penat... rehat kejap. Teruskan renangan.


Apahal bising-bising ni?


Pakcik dan budak-budak ni nyibuk apa kat sini?


Laa... dah berjam aku berenang. Tak bergerak pun?


Hahaha... aku berendam tepi pantai je. Aku tak reti berenang.


Lepas jadi photographer, wife aku tengok dari depan bilik chalet sambil geleng kepala.


Kat sana juga aku nampak pekerja resort ni. Dia kerja ratakan pasir pantai. 2 kali sehari. Bayangkan betapa penat dan boringnya kerja dia. So, stop complaining kalau rasa kerja kita boring.


Biasanya, kalau blog kaum-kaum ibu posting sebegini akan dapat beribu-ribu komen sebegini:

"Cantiknya chalet tu... kat mana? mahal tak?"

"Lawanya pantai, kalau anak-anak ai mesti sukeeee"

"Ehh, tak crowded, masa i pegi bercuti CNY ari tu pantai penuh... bla..bla.."

"Untungnya uols bleh pegi holiday, hubby i busy jee"

"Kesiannya pekerja tu, but kat ofis ai pun...bla..bla.."

Hahahaha.....

Seperti selalu, kalau aku posted posting cubaan buat lawak sebegini, aku akan bagi pesanan. Kalau korang tak gelak or at least senyum, ada something wrong dalam kepala otak. Pergi check doktor cepat-cepat.

Wednesday, September 24

Jemput ke Kenduri Aku

Fuh! 1st time dalam 2 bulan aku buat 2 posting dalam masa 2 hari. Ermm... so, sesiapa yang terlepas posting semalam pandai-pandai lah cari.

Aku rasa aku dah habis jemput semua rakan-rakan ke majlis kenduri aku lepas raya nanti. Majlis buka puasa tonight will be the last event.

So, sekarang aku nak jemput rakan-rakan disini pula. Seriously, aku bukan jemput sekadar melepaskan batuk ditangga. Aku memang seriously harap ada member-member online yang dengan penuh selamba datang ke kenduri aku nanti. Ini kad jemputan yang aku tujukan khas untuk korang semua.

Itu majlis di Terengganu. Pada 04 October 2008. Ini address penuh:

1510-H, Kg. Bukit Depu,
Jalan Pasir Panjang,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Kalau ada orang Kuala Terengganu or mereka yang beraya di Kuala Terengganu, boleh la datang. Kalau sesiapa yang tak de niat nak pergi Terengganu pun apa salahnya pergi, buat trip holiday ke Terengganu. Macam pernah aku war-warkan dulu, 2008 adalah Tahun Melawat Terengganu. Ada banyak aktiviti menarik. Pantai cantik, shopping batik, makan kepok lekor asli, ada macam-macam aktiviti kebudayaan, sukan air, sejarah.... tengok map kat bawah ni. Memang happening gila.



Bawah ni pula kat Teluk Intan.

Pada 11 October 2008. Majlis akan diadakan di hotel paling grand di Teluk Intan. Hotel yang tidak terkira bintangnya... Naik pening kepala aku kalau nak kira jumlah bintang hotel tu. Ini full address:

Hotel Angsoka,
No. 24, Jalan Changkat Jong,
36000, Teluk Intan, Perak

Ok, sebelum member-member buat apa-apa asumption, biar aku bagitahu dulu. Hotel tu bukanlah seperti hotel-hotel mewah kat KL ni. Hotel tu sekadar ada ruang makan dan tempat nak buat majlis sahaja. Click la nama hotel tu untuk pergi tengok website mereka. Wasatiah je rupa websitenya pun. Kenapa aku tak buat kat rumah? Tak buat kat dewan?. Seriously, kalau aku ada jawapan dah lama aku tulis. Semuanya aku serah kat family, ntah kenapa lah mereka pilih buat kat hotel tu. Aku sendiri tak faham. Member-member aku tengok nanti mesti pelik. sebab jarang-jrang rasanya aku buat decision pelik macam itu. Takpelah... kat mana pun majlisnya still makan, sanding, salam-salam.... ambil-ambil gambar.... balik. Sama je...Takpelah, banyak complaint pun nanti orang cakap aku tak reti bersyukur pula.

Kalau diTerengganu ada tahun melawat Tereangganu dan kerajaan negeri dan pihak swasta arrange macam-macam acara menarik. Di Teluk Intan yang hanya 2-3 jam drive dari Klang Valley ada salah satu keajaiban dunia. Macam Menara Pisa. Orang luar panggil Menara Condong, tapi kami orang Teluk Intan gelarkan menara tu as Jam Tinggi. Musim cuti ni boleh la bawa family korang witness keajaiban dunia ini sambil-sambil datang kenduri aku.

Menara Pisa and Menara Condong, Teluk Intan. No different, right?

Ok, joke aside. Mana-mana member aku yang aku terlupa jemput, terlepas pandang. Sila lah datang juga. Since jemputan kat blog ini merangkumi semua pihak. Tak kira member aku, member lama, member baru, stranger, online friends... semua sekali lah...Kalau tak cukup nasi nanti, aku belikan korang ayam KFC or aku jamu je kueh raya dengan air sirap.

Kalau sesiapa tak dapat datang, just doakan majlis aku berjalan lancar.

Terima kasih....Chow....

Tuesday, September 23

Nama-nama Menarik Member Aku

Last few weeks, aku busy distribute kad kahwin. Contacted member-member lama, call mereka, jemput ke kenduri aku, minta alamat, post kad. Benda-benda standard la. Aku gunakan juga time majlis berbuka puasa untuk edarkan kad.

Yang menariknya, macam juga geng-geng lain terutamanya lelaki, kita ada nama gelaran or nickname yang kita bagi kat kawan-kawan. Aku plan nak tulis nama betul dalam kad kahwin, nak nampak official lah sikit kononnya. Memang pecah kepala nak ingat semula nama betul mereka. Kalau nama Johari, kita panggil Joe or Kamaruddin panggil Din, takpe lah… At least dekat-dekat dengan nama betul. Ini tidak, nama pelik-pelik and not related to their real name at all. Reason behind their names pun kadang-kadang pelik dan… ermmm… menarik.

Let reveal some of the interesting names yang aku percaya will not offending any individual…. hopefully.


Li Tongkang

Seriously aku have no idea how on earth mamat ni dapat nickname sebegini unik. ‘Li’ adalah nama betul dia, Azli, but Tongkang… Aku mamang takde idea.


Pinky
Ni adalah nama gelaran pemilik bisnes photography Melati Puteh. Masa zaman sekolah dulu, member aku ni kurus melidi badan dia. So, member-member panggil dia Pinky sempena Pink Panther. Hahaha….


Chalok

Dia ni senior aku kat universiti dulu. Posting ini: Proton di Syiria, gambar-gambar tu semua Chalok yang bagi aku. Dia sedang kerja disana. Dia orang Melaka, so nickname dia Chalok. Punya lah tak creative super senior aku dulu.


Pohang

Sorang lagi senior aku dulu. Dia dapat nama Pohang sebab masa lecturer (or pegawai JPA) tanya student apa mereka tahu pasal Korea, member aku ni jawap Pohang Steelers. Referring to club bolesepak yang pernah datang Malaysia dulu. So, member-member terus panggil dia Pohang. As simple as that.


Ben

Talking about simple, this one totally opposite. Although nick dia sound simple, Ben. But wait till you hear the origin of that nick. Member sekolah aku ni nama dia Yuszaimee. I don’t know why, but he ask us to call him J. Dia cakap member-member sekolah lama dia panggil dia J. Since J sound too cool, we call him Jamban. But, we realize kejam sangat panggil dia macam tu. So, we stick with Ben, ending of jamBAN. Got it? Pelik kan? But that the story….


Lat Pau

Hahahha…. Memang lucu. Sorry, aku dah lupa nama betul member sekolah aku ni. Dia ada satu tahi lalat besar kat muka. So, kami panggil dia Lat masa masuk form 1. But, aku tak ingat bila, masa form 1 or form 2, masa study sejarah ada watak nama Lat Pau. Kapitan cina ke atau nama Chinese newspaper, tak ingat dah. Tapi yang pasti since then instead of simple Lat we call him Lat Pau.


Ana

Ini budak lelaki, bukan perempuan. Another interesting story. Nama betul member aku ini Hadi. Dia bekas pelajar sekolah agama. So, masa sessi kenalkan diri student baru, dia referkan diri dia as ‘ana’ instead of ‘saya’ masa atas stage. Sejak itu kami panggil dia Ana. One simple mistake, dia dah dapat nama gelaran.


Man Badang
Aku baru kenal member ni. Takde idea aku kenapa member panggil dia Man Badang. Maybe dia kuat kot… or… donno. Cuma yang pasti, dia memang kuat bekerja. Siang kerja di kilang, malam berniaga baju bundle pula di Klang. Fuh…!



Gagak
Ini nama member kepada member aku. Aku tak hantar kad kat dia pun. Cuma aku tertarik dengan nama dia. Dia benci dengan gagak, ironically friends call him Gagak. Ada ke patut? Menurut ceritanya dia dari kecil akan cuba bunuh burung gagak everytime ada peluang. Maybe dia benci dengan bunyi burung gagak or dengan rupa mereka yang hitam legam.

Ok… dah la kot. Before aku carried away dan tulis nama member-member lain yang lebih ‘menarik’ dan boleh buat mereka marah. Aku pun tak mahu membuatkan kehadiran ke kenduri aku berkurangan sebab posting ini. Better aku stop. Hopefully, names yang aku mention kat atas tak marah… kalau ada salah informasi tolong betulkan….

Aku percaya member-member kat sini pun surely ada nickname member yang pelik. Share la…

Chow….

Monday, June 9

Design Baru, Poll Baru, Aku Tetap Sama...

Notice: Posting santai, malas nak bebankan kepala….

Sebagai membuktikan yang aku ini baik hati, boleh terima pendapat orang lain dan tidak besar kepala, aku mengubah design blog ini. Aku memang malas nak buat sebab honestly aku memang tak pandai, so aku takut kalau-kalau everything hilang. Tapi since poll result menunjukkan ramai yang nak design blog ini diubah, aku pun ubah lah.

Tanpa banyak soal, tanpa banyak complaint, aku harap korang just accept design baru ini. Ramai-ramai cakap “Wah… cantiknya, kemas, tersusun, nampak professional”…. Aku pakai blogger template yang mamat Indonesia ini buat: http://www.isnaini.com/. Dah lama aku perhatikan blog template ini, bila aku tengok member aku pakai di http://kaizerz.blogspot.com/ bertambah suka aku dengan template tu. So, again, without much complaint I hope you guys boleh terima design baru ini. Penat aku copy and paste code tu.

Result lain dari poll tu…

Aku buat conclusion, ramai reader suka article padat berkaitan apa juga isu yang aku tulis sendiri. Ok, noted dan aku akan cuba tulis article banyak-banyak lepas ini.

Majority tidak kisah aku letakkan iklan diblog ini. Wah, ada juga yang minta no bank akaun aku. Kepada yang benci iklan-iklan disini, sorry la apa nak buat dah memang adat berblog sebegitu. Bak kata blogger kapitalis Melayu, Alang-alang Tulis Blog Biar Sampai Buat Duit….

So, sempena design baru ini. Aku ada buat poll baru. Boleh la tolong jawap kalau ada masa free.

Chow, aku nak tidor… mengantuk tengok bola.

P/S: Title posting macam tagline iklan. Hahahahaa....

Monday, May 5

Weekend with My Mum

Selepas beberapa hari this blog display serious stuff at latest posting, now aku nak berceloteh benda santai sekejap. Esok, lusa kita bincang benda serious semula.

Khamis (malam), Jumaat, Sabtu dan Ahad aku habiskan dengan mak aku di kampong. Main task sebenarnya adalah prepare my house for my big day October nanti. Sort like kick start the wedding preparation. Kemas bilik, beli perabot, booking catering, cari tempat nak buat majlis, bla…bla…bla…

Ada dua cerita lucu aku nak share dengan friend here. 1st masa kami pergi kedai nak beli wall paper, glue, tape that kind of stuff. Mak aku tunggu dalam kereta dan aku masuk dalam kedai. Sedang aku cari-cari barang-barang dalam list ditangan. Tiba-tiba aku nampak bat pingpong. Since semenjak dua menjak ni aku rajin main pingpong, jadi aku rasa nak beli bat baru satu. Aku belek-belek…tak sedar almost ½ hour. Suddenly aku dengar suara mak aku dari luar kedai…

Fandi…! Fandi….! Apa yang lama benor, apa kamu buat?

Satu kedai toleh kat mak aku dan terus cari sapa gerangan empunya nama Fandi. Aku terus pergi kaunter bayaran, cepat-cepat minta barang yang aku nak. Pembantu kedai pun kelam kabut tolong dapatkan semua barang yang aku nak dan aku potong queue untuk bayar. Aku senyum je keluar dari kedai dan terus pergi ke kereta. Dalam kereta aku teruskan senyum. Mak aku rasa bersalah sebab malukan aku, dia cover dengan cakap yang air cond kereta dia dah tak sejuk. Itu yang dia tak larat nak tunggu dalam kereta lama-lama. Tapi memang besar kemaluan aku masa tu, hari cuti, kedai tu memang penuh dengan customer.

2nd funny story masa nak pasang air cond dalam bilik. Installer tu janji nak datang evening, around 5-6 pm. Tiba-tiba pukul 6 dia call dan cakap akan sampai around 6:30. Tapi dah pukul 7 mereka belum lagi sampai. Aku call mereka semula dan mereka cakap mereka on the way. Sampai je dirumah aku dalam pukul 7:30 malam. Mak aku dah start membebel. Dia punya bebel dari dapur boleh dengar sampai dalam bilik yang nak pasang air cond ditingkat atas. 2 orang budak installer tu dah sakit telinga. Mereka terus call kawan mereka. Datanglah lagi 4 orang pembantu. Akhirnya ada 2 lori kecil dan satu van, 6 orang installer datang rumah aku nak pasang sebiji air cond. Hahaha… kerja yang sepatutnya 2 orang lakukan, jadi 6 orang sebab mereka tak tahan dengan bebelan mak aku. Dek kerana copper saluran gas yang lebih 6 kaki, aku terpaksa bayar RM30 charge tambahan. Tapi installer tu takut mak aku membebel, dia suruh aku datang kedai dia bila-bila untuk bayar. Hahahaha… Aku terfikir, memang power bebelan orang perempuan ni rupanya.

Ok chow… cuti sehari, berlambak kerja nak kena setelkan. Awal bulan lak tu, macam-macam document kena sign. Arrggh… malasnya. But spend few days dengan mak aku memang rasa best gila. You guys should try habiskan cuti melepak dengan parent. Relax dan santai je rasa. Next weekend aku tak berkesempatan nak balik kampung. So, aku wish je awal-awal.

P/S: Aku memang anak manja. Bongsu la katakan.

Monday, April 21

Aku Pergi Kursus Kahwin

Aku pergi kursus kahwin Sabtu dan Ahad lepas…

(Pergi kursus kahwin pun nak bagitau orang ke?)

Suka hati aku lah… daripada aku mengomel pasal Anugerah Planet Muzik yang dah jadi macam anugerah muzik Malaysia atau pasal Konsert AF yang dikhabarkan semakin hampeh, lebih baik aku cerita pasal kursus kahwin.

Pada mulanya aku ingat mesti lah info yang mereka akan beri semestinya boring dan ‘semuanya aku dah tahu’. Biasalah, aku memang selalunya over confident dengan tahap pengetahuan aku. Hahahhaa… Tapi lepas habis kursus, tergamam sekejap aku dengan ilmu yang mereka berikan. Sepanjang kursus, banyak kali juga aku cakap dalam hati…

“… Oooo… cam tu…”

“… A’ah… betul juga…”

“…. Alamak… baru aku tahu…”

“…. Ini boleh jadikan bahan untuk blog…”

Ok… honestly yang last tu aku baru terfikir pagi tadi. Tapi keseluruhannya memang bagus kursus kahwin anjuran JAIS tu.

Pejabat JAIS - Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam

Standard la semua yang attend muka toya je. Muka terpaksa. Orang JAIS tu siap pesan banyak kali jangan lah tension… ini majlis ilmu. Tapi Ustaz-ustaz yang bagi ceramah semua dah pengalaman luas dalam kursus kahwin, mereka tahu apa yang peserta suka. Lawak Lucah…! Member-member pun ramai yang dah pesan, lawak lucah kursus kahwin adalah antara yang paling best.

Dengan beralasankan ‘kongsi ilmu’ ustaz-ustaz tu betul-betul telah berjaya memecahkan perut para peserta. Aku yang pada asalnya control macho pun akhirnya gelak ngalahkan menonton sitcom kat TV. Sesetengah lawak memang betul-betul best, kalau masuk Raja Lawak boleh challenge Nabil lah. Memang ada lawak-lawak standard, tapi cara ustaz-ustaz tu bercerita nampak lucu gila….

Ok… leave the funny part aside. Kalau aku tulis lawak-lawak lucah tu kat sini pun akan nampak tak lucu, sebab gaya dan intonasi ustaz tu yang sebenarnya membuatkan semua peserta tak mengantuk. Aku nak cakap pasal benda serius.

Masa mereka edarkan attendant form untuk di sign oleh para peserta pada setiap sessi, ada sekali tu mereka teredar sekali dengan borang yang sepatutnya diisi oleh penceramah. Seolah-olah claim form la. Terkejut juga kami melihat allowance yang mereka dapat. Berbeza mengikut penceramah, but on average mereka dapat RM200 per hour. Fuh… boleh tahan banyak. Lebih kurang payment yang lecturer master dapat untuk ajar budak degree di university. Dasyat…dasyat. Aku juga diberitahu ada beberapa borang yang perlu DIBELI untuk urusan perkahwinan. Borang A, borang HIV, entah borang-borang apa lagi. Dalam file yang diberi percuma juga ada beberapa iklan yang diselitkan. Ada iklan pakej perkahwinan, ada iklan photography even ada iklan insurance nyawa. Wah…. rupa-rupanya urusan perkahwinan sudah menjadi satu business yang menguntungkan kepada pegawai-pegawai jabatan Agama Islam. Patut lah aku dengar jabatan agama berebut-rebut nak uruskan kursus kahwin. Yang aku pergi tu anjuran Unit Perundangan JAIS, dalam masa yang sama Jabatan Agama cawangan Shah Alam turut anjurkan di masjid negeri yang jaraknya cuma beberapa ratus meter dari banggunan JAIS yang aku pergi tu. Aku juga tahu di Bangsar ada kursus kahwin yang bayarannya lebih tinggi tapi kursus hanya satu hari. Tidak 2 hari seperti di Shah Alam. Bila aku search di Internet juga rupanya berlambak syarikat yang sediakan service kursus pra perkahwinan. Berbagai-bagai offer menarik mereka sediakan. Meriah...meriah...

Simple calculation, ustaz tu dapat lebih kurang RM200 per hour. Mereka beri ceramah 2 jam seorang. So, dapat RM400. Kalau sebulan ada 4 kali (assume sekali seminggu), mereka dapat RM1600 sebulan, tidak termasuk gaji bulanan mereka di jabatan Agama Islam. Itu juga tidak diambil kira kalau mereka memberi ceramah ke beberapa pusat dalam satu hari. Seperti yang salah seorang dari mereka sendiri cakap;

….maaflah jika suara saya kurang sekarang, pagi tadi baru lepas bagi ceramah di Putrajaya….petang ini ada lagi….

Mereka turut berikan evaluation form untuk setiap penceramah. So, peserta boleh berikan markah. Mungkin jika markah mereka tinggi, mereka akan dipanggil lagi untuk kursus-kursus di lain masa. Patutlah penceramah seolah-olah bersaing sesama mereka untuk menambat hati peserta dengan lawak lucah yang paling berkualiti.

Aku cuma dengki dengan side income para penceramah, walaupun aku sedar aku tidak patut dengki kerana mereka sememang deserve the money sebab ilmu agama mereka yang tinggi dan mereka sanggup habiskan hari cuti untuk berkerja. Aku juga terfikir, takpelah… daripada aku habiskan duit ke jalan tak tentu arah, lebih baik aku bagi kepada ustaz-ustaz itu yang turunkan ilmu sambil menghiburkan weekend aku. Aku cuma harap benda ini masih dalam kawalan dan tidak dikormersialkan sehingga lari daripada tujuan asal kursus kahwin. Iaitu menyediakan bakal suami dan isteri dengan ilmu alam rumah tangga, bukannya nak menguntungkan poket para pegawai jabatan Agama Islam...



Wednesday, April 16

Al-Fatihah Untuk Abah dan Pakcik Aku

Semalam memang hari yang cukup memenatkan buat aku.

Pagi-pagi aku bangun dan secara pantasnya aku rancang apa aku nak buat. Sedang aku kemas-kemas baju kotor untuk dihantar dobi, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari mak aku. Pakcik aku yang sudah beberapa minggu terlantar di hospital telah kembali ke rahmatullah.

Quick discussion through phone with my elder brother, end up aku kena balik kampong. Since abang aku outstation. At least salah seorang mesti balik mewakili adik beradik yang lain. Jadi aku pun hantar sms kepada boss, rakan pejabat dan anak buah. 3 jam kemudian aku berada di Teluk Intan. Menghadiri majlis pengkebumian sememangnya memilukan. Melihat wajah-wajah sedih, senyuman terpaksa yang terukir dan tangisan mereka yang sebak. Kita yang hadir tidak boleh buat lawak, tidak boleh cekak pinggang, masuk tangan dalam pocket even nak hisap rokok pun kena pergi jauh dari crowd dan sorok-sorok.

Sememangnya aku tidak boleh lari dari terkenang saat yang sama menimpa family aku 6 tahun lepas juga pada bulan April. Abah yang aku sayangi menyahut seruan Illahi. Semalam aku jumpa sepupu-sepupu aku dan peluk mereka sambil memberikan beberapa nasihat yang mungkin mereka dah jemu dengar. Mereka sempat memberitahu aku yang kubur ayah mereka akan berdekatan dengan kubur arwah abah aku. Kebetulan kosong selang beberapa petak.

Sambil aku membantu itu dan ini, jenazah dari rumah bawa ke masjid dan ke tanah pengkebumian, telefon office asyik berbunyi dek kerana beberapa urusan penting antara aku, anak buah, boss dan customer. Aku sedar aku tidak mempunyai pilihan untuk cuti 2 hari. Malam semalam, even sebelum kenduri arwah aku minta diri dan balik ke Shah Alam.

Aku tiada mood untuk berceloteh panjang. Harapnya rakan-rakan boleh tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah aku yang meninggalkan aku this month 6 years ago dan pakcik aku yang meninggal awal pagi semalam.

Kalau berkesempatan, kepada yang belum baca bolehlah lihat posting tahun lepas aku berkenaan: Love Your Parent

Wednesday, March 19

Laptop Baru Aku

Akhirnya aku beli laptop baru… hooreey…!

Ini rupa laptop baru aku.


Ini pula rupa laptop lama aku yang hilang dulu.

Hahahhaa…. Sama.

Aku pening memilih, ada macam-macam brand. Spoiled with choices. Malas nak peningkan kepala dan membuang masa, aku just pilih sama brand, same model, slightly lower price with few added features. Not bad la kan.

Memang ada macam-macam brand laptop dipasaran sekarang. Selain dari brand yang sudah famous macam HP, Compaq, Acer, Dell dan Fujitsu ada macam-macam brand yang pelik-pelik lagi. Aku ingat Toshiba dan Panasonics cuma buat mesin basuh dan peti sejuk je, rupanya laptop mereka pun popular juga. Tak kira lagi brand-brand cap ayam (aku rasa) macam BenQ, Ftec, Gateway dan macam-macam lagi. Aku yang buta I.T ni memang pening lah. Aku cuma nak Intel Core 2 Duo yang aku tak berapa faham pun apa maksudnya, then 2 Gig RAM sebab nak laju. Itu sahaja…pasal specification lain memang aku tak ambil peduli sangat sebab aku tak tahu.

So, hasilnya aku ambil semula Dell Vostro yang aku rasa kemas, tak berapa berat, simple dan yang penting tak mahal. Kalau diperhatikan betul-betul, laptop lama dan baru aku ada satu perbezaan yang jelas.


Yes, ada camera… so, lepas ni aku boleh berchatting dengan gadis-gadis cun sambil bangga menunjukkan wajah aku. Hahahaha… Ataupun bolehlah aku buat rakaman video peribadi depan laptop… Menarik…menarik. Seriously aku tidak sangat peduli pasal camera, tapi memandangkan officemate aku sedang membangunkan satu laman web yang cukup menarik, aku cari juga laptop with built-in camera. Website tu umpama youtube + blogspot. I can’t reveal more, but ianya bakal menjadi sesuatu yang gempak nanti. Guarantee…The fact that it is a local content site, pastinya ia akan menjadi pilihan rakyat Malaysia sebab ia akan menawarkan perkhidmatan macam YouTube dan blogspot tapi super duper fast. Sound interesting kan?

Terima kasih kepada tunang aku yang benarkan aku guna laptop dia sepanjang aku mencari laptop baru. Terima kasih juga kepada rakan sekerja yang memberi kerjasama semasa aku mengganggu computer mereka jika keadaan memerlukan.

Sekali sekala posting santai sebegini ok juga kan. Tak salah rasanya aku membebel pasal hal peribadi sikit. Walaupun aku ada idea nak komen pasal cabinet baru Malaysia, tapi aku takde mood nak berceloteh benda serious hari ni. At least Pak Lah 'mendengar' keluhan rakyat dengan membuang menteri-menteri yang penuh dengan kontroversi. Rata-rata ramai percaya ianya kabinet yang clean, except for Menteri Pertahanan dan beberapa portfolio lain, mungkin.

Friday, November 9

Courts Mangkuk

Badan aku still sakit-sakit sebab panjat bukit, or to be exact anak bukit untuk mandi air terjun semalam. 1 ½ hours mendaki aku dah rasa macam nak mati… Tetapi dapat melihat keindahan air terjun macam dalam poster, berendam macam badak air dan makan ayam bbq sambil dengan bunyi air memukul batu… indah. Walaupun aku surrender pada air terjun ke 5, instead of go all the way sampai ke 7, tapi aku rasa seronok juga. Close encounter with biawak… alone… shit… menakutkan. Maybe later aku akan cerita the whole story with some pictures. Not so adventuress la for kaki panjat gunung tapi untuk aku dah kira best gila. Hahaha.. 100+ kg dude panjat dan turun bukit for more than 1 hour,.. I deserve some respect, right? Hahahaa…

Wah, such a long intro… actually nak cerita pasal pengalaman aku dengan awek aku berurusan dengan Court Mammoth, Shah Alam few weeks back. Maybe, somehow we can compre with my experience with Malay web hosting business in my previous entry. Aku dah tulis posting ini lama, cuma hari ni baru sempat post. Lagipun hari ni penat, malas nak menulis.

Dalam bulan puasa awek aku nak beli TV baru. Lepas survey semua kedai dan promotion raya we decided to buy from Courts Mammoth. Lepas belek-belek, kami pilih untuk beli TV 29’ brand Haier.

Salesgirl to cakap Haier ni brand China paling bagus, but not as good as Panasonic, Sharp, Samsung…etc. Ok lah, for only RM500, 29’… plus 1 year warranty. Not bad la kan. Awek aku request that TV to be delivered after raya, since cuti raya panjang buat apa tinggalkan TV kat rumah sewa dia. As usual salesgirl tu cakap,

“No problem”.

Kami pun setelkan bayaran dan awek aku dah berangan nak pakai TV baru lepas raya.

Lepas cuti raya, few days, no news from Courts, they promise to give my girlfriend a call bila mereka dah ready. Everytime awek aku call they gave same answer,

“We will check… later we call back”.

Few days, mereka tak call balik pun. Bila aku dah fed up dan sampai giliran aku pula call, aku maki tu the max. Bila aku dengar pula masalah mereka aku jadi semakin marah.

“Sorry ya, TV tersebut dah habis stock… supplier tak hantar lagi, awak boleh redeem your money back”

Jawapan aku…selepas puas maki hamun.

“Kau tunggu sana, suruh manager kau tunggu, aku sampai lebih kurang pukul 8 malam… aku nak jumpa… (aku mention nama asst. managers dan manager mereka yang aku dapat dari website Courts)”

Sebelum sempat aku sampai rumah awek aku mereka dah call awek aku dan offer suruh ambil duit atau mereka offer TV lain. Then bila aku sampai diCourts mereka tawarkan TV Sharp seperti gambar dibawah.

Harga Sharp tu RM850. Aku tak buat muka gembira tapi accept offer mereka. Aku juga tidak marah-marah dan tak minta nak jumpa manager mereka just because awek aku dah pesan. Dia tak suka tengok aku mengamok.

Fikir-fikirkan semula, berbaloi juga rasanya. From RM500, Haier TV to RM850, Sharp TV. Tapi hati still sedikit sakit since dilayan macam sampah oleh Court Mammoth. Maybe jika aku tak mangamok through phone, tak mention nama manager dia dan buat seolah-olah kenal hierarchy management mereka, dia akan terus layan aku macam budak baru first time nak beli barang.

Tapi orang kita memang gila beli barang di Courts, sebab boleh hutang. Kan kita suka berhutang. Even ada yang mention to me Nabi Muhamad pun tinggalkan hutang banyak lepas baginda mangkat. Although semua dihalalkan, but still baginda memang berhutang. Seperti biasa, aku tak arif agama… not sure true or not la.

Selamat berhujung minggu dan hadiri majlis DeepaRaya. Walaupun Syawal dah habis still banyak open house this weekend.


Thursday, November 1

Aku Ingat Aku Power

Posting ini sememangnga 100% untuk sahabat karib aku sahaja dan mereka yang merasakan mereka sahabat aku. Kepada visitor-visitor biasa mungkin anda akan rasa boring dan menyampah. I totally understand why and I will not blame you guys for that. So, before proceed better scan through the whole article first and leave this posting immediately if you not consider yourself as my friend. Wah! sound so serious?. Yes.

Aku sentiasa rasa diri aku power dalam menyelesaikan masalah. Dalam merungkaikan sesuatu perkara. Sifat sebegitulah yang membawa kepada kewujudan blog Aku Betul…! ini. Aku rasa pendapat aku memang betul dan tepat, kerana aku bijak dan power. If you familiar with this blog or even if you just read my declaimer atas tu you can guest my attitude and style. Sememangnya aku seorang manusia yang confident dengan diri sendiri bila bercerita pasal masalah, memberi pendapat, idea, buah fikiran. Aku rasa sifat sebegini perlu untuk menjalani hidup, dalam alam pekerjaan, dalam bersocial… just not too confident dah lah, right?


Sekarang aku dah rasa macam tak power je. Macam nak kalah je. Selalunya aku menang. Tahu kenapa 3-4 previous posting aku suka post bahan lucu dan lawak? Aku sebenarnya nak hiburkan hati aku sendiri. Isu kematian adik angkasawan, isu politik, isu sukan, dan beberapa benda-benda serious lain aku letak tepi. Aku penat nak fikirkan. Aku malas nak minta otak aku kerja lebih masa.


Actually I also have no idea how to say this. No joke… I’m in serious trouble now. Not related to this blog or related dengan kerja. Just another part of my life really in dip shit. So far nobody knows about this problem, even my closest friend. Aku pun tidak berniat nak reveal everything here. Kalau kawan baik pun aku tak cerita, apa gila aku nak cerita kepada beberapa ratus strangers yang terjumpa blog aku setiap hari. Tulis posting sebegini pun aku kena fikir berpuluh kali, maybe aku akan menyesal lepas click button POST dibawah tu. Tapi aku try ikut cakap most motivator yang suruh share our problem with somebody to release some burdens. Kalau tak, mahu gila aku. Aku jarang-jarang ikut nasihat motivator, for me they just all bunch of craps yang mencuri duit orang bermasalah. Keji. But, this time I think it worth trying la. Malu sikit pun tak pe. Asalkan hati aku lega sikit.


No, as I mention earlier, I will not tell the whole story even a hint pun aku tak berani nak beritahu. Too personal lah. But just to cancel all what you probably have in mind, allow me to say, bukan pasal kewangan, bukan pasal kesihatan, bukan pasal kegemukan (aku tak pernah anggap sebagai masalah pun) dan bukan pasal benda-benda sulit (if you know what I mean, hahahaha…). Masalah ini juga bukan pasal percintaan atau masalah keluarga. Ianya lebih kepada gabungan semua perkara diatas. Sound fun and interesting, kan?


Dulu pun ada sekali jadi sebegini, aku ada masalah. Aku kiaskan dengan cerita pasal warna-warni kehidupan. Tapi itu bukan besar sangat, just sedikit masalah kewangan dan pekerjaan. Masalah sebegitu sememangnya akan hilang dimakan waktu. Bulan 4 dulu. So, after 6 month ada problem lain pula. Every 6 month ada problem besar, I think I can consider myself lucky, right? Orang lain kadang kala every month or week ada major problem in life. Cuma kali ini masalahnya aku lagi besar, lagi memeningkan kepala, lagi complicated.


Seperti dulu juga, aku kena beritahu mungkin 2-3 hari tiada posting diblog ini. Jika ada pun mungkin yang simple dan santai. Aku betul-betul tiada idea, mood dan kekuatan untuk menulis panjang lebar. Semua saraf otak aku perlu focuskan kepada masalah besar yang aku hadapi. Let me have all the ‘fun’ to settle the problem.


So, aku chow dulu… next few days aku akan update, update blog ini dan update keadaan diri aku. Maybe aku akan ceritakan the wonderful experience to handle the problem.


Wish me all the best… I desperately need all the luck. All…semua, kesemuanya tuah didunia aku perlukan saat ini. All the luck a man could possibly asked.


Kalau nak komen, please do not guessing problem apa dan kepada real life friends, tak perlulah tanya aku apa masalahnya tatkala terjumpa aku. Confirm aku tak akan cerita. So, just leave the story here. Aku bercerita pun, seperti aku tulis tadi simply because aku nak releasekan sikit tension. Ok.


Babye…


Assalamua’laikum…

Thursday, October 4

Kenapa Aku/Kita Suka Pergi Kedai Mamak?

Notice: Cuba try concentrate pada tulisan aku, bukan gambar-gambar yang indah yang berada dicelah-celah tulisan.


Pic from: http://www.flickr.com/photos/35034364511@N01

Melepak, makan, minum, tengok bola, even tengok AF di kedai mamak sudah menjadi sebahagian dari budaya Malaysia. Tak kira kaum, semua gila nak merasa air tangan mamak. Kadang-kadang lebih banyak rasa air tangan mamak berbanding air tangan isteri or ibu. Apa nak buat... dah budaya kita sebegitu, nak dilawan pun ianya bukan sesuatu yang sangat buruk. Tapi kenapa ramai orang suka lepak di kedai mamak?

1. Service Cepat.
Selalunya setiap order akan sampai kurang dari 10 minit. Kalau lebih 10 minit maksud kedai mamak tu tak cukup glamer. Sila pilih kedai mamak lain.


2. Makanan Murah.

Mungkin ramai tak setuju. Jangan la compare harga makanan di kedai mamak Pelita or Kayu Nasi
Kandar. Kedai mamak sebegini dah naik taraf ke ‘restaurant mewah’. Tapi cuba fikirkan, korang lapar pukul 3 pagi, duit dalam poket ada 2 ringgit, kedai makan mana boleh mengenyangkan perut? 7 Eleven? Nahh… air mineral dah RM1.20. Nak makan apa balance ada 80 sen. Tapi pergi kedai mamak boleh order 2 roti canai dan 1 or 2 air kosong. Kalau dah makan 2 roti kosong, belum kenyang lagi maksudnya kau bukan manusia. Pergi apply masuk zoo negara.


3.
Ada TV Besar.
Sampai tua pun aku tidak mungkin beli TV saiz badan aku. Gila… Tapi di kedai mamak hatta bulu hidung John Terry pun boleh nampak, apatah lagi jerawat Fernando Torres. Some mamak stall bukan sahaja ada TV besar yang ada roda tapi ada screen besar lagi. Khas untuk tanyangan bolasepak. Memang puas hati. Rasa macam duduk dalam panggung wayang yang ada makanan, TGV ada panggung macam tu rasanya…


4.
Ada Ramai Orang
Ramai manusia tidak suka hidup bersendirian. Antara indicator kita lonely adalah makan alone. Kalau pergi kedai makan Melayu or fast food restaurant, walaupun ramai orang kita tak rasa diterima. Masing-masing dengan hal sendiri. But di kedai mamak, agak lebih mesra, lebih ramah. Bertukar-tukar lighter, minta kerusi, pinjam ash tray, sama-sama maki pekerja mamak yang slow atau sama-sama kecewa/gembira jika ada perlawanan bolasepak. Senang kata, di kedai mamak everyone lebih friendly.


5. Kedai Mamak Melangkaui Batas Status.

Maksud aku, semua golongan manusia diterima dikedai mamak. Semua taraf. Tak kira student, orang tua, pemuda, orang kaya, orang miskin, semuanya. Even most local artist pun declare they hang out at mamak stall. Jadi, bila lepak disana kita boleh imagine diri kita up to date, dan mengikuti perkembangan zaman.


6. Sesuai Untuk Apa Jua Occasion

Seriously, aku rasa di kedai mamak kita boleh adakan apa-apa upacara. Maksud aku, samaada business meeting, lepak dengan kawan-kawan, dating dengan girlfriend, even majlis birthday. Ok, birthday party maybe melampau… tapi tak salah rasanya. Tauke kedai mesti support. Senang untuk buat decision, bila ada orang Tanya, “nak lepak mana?”. Jawapan paling mudah… “mamak”. Tak kira lepas class, lepas main futsal, lepas sembahyang terawih atau lepas clubbing. Aku lihat ramai juga budak muda jadikan kedai mamak tempat berbuka puasa, sahur lagilah ramai.


7.Kita Raja.

Ini antara sebab utama ramai budak Melayu suka lepak kedai mamak. Dan ini juga factor mereka
boleh beat kedai makan jenis lain. Disana kita adalah raja dan pekerja-perkerja disana adalah hamba kita. Maaf cakap, memang scenarionya hampir sebegitu. Kita boleh suruh apa sahaja. Minta tissue, minta straw, minta air kosong 10 kali, even minta panadol. Segala-segalanya kita boleh arahkan dia. Memang ada pekerja yang buat gaya tak puas hati, tapi majoritynya akan menurut perintah macam… sekali lagi maaf cakap…. macam hamba. Jangan salah sangka, aku tidak andaikan mereka hamba, aku hormat mereka, selalunya aku akan cakap thanks bila mereka dah jalankan apa-apa suruhan aku. Lagipun, member-member aku tahu la… aku lebih suka ambil sendiri apa-apa yang aku nak. Even kadang-kadang aku bangun dan pergi order air sendiri di pembuat air.


Aku tidak berniat menguji keimanan korang dengan gambar makanan diatas. Ok, aku tipu.. memang niat aku nak menguji. Hahahhaa...Kalau posting ini dibaca pada pukul 2-5 petang confirm korang akan marah aku. Relaks, ujian bulan Ramadhan memang banyak. Nampak sedap je nasi lemak dan ABC tu kan. Hahahaha....


P/S: Posting ini tidak ditaja oleh mana-mana kedai mamak. Samada Darul Ehsan Section 17, Shah Alam.… Atau Restauran Hakim Section 7 a.k.a Shah Alam’s Anfield.


Wednesday, October 3

Handphone Aku Hilang

Dulu aku cakap kadang-kadang aku tak faham dengan perangai manusia. But now I should rephrase it as, aku dah makin selalu tak faham dengan perangai manusia, sifat manusia dan tingkah laku mereka.

Aku nak bercerita pasal handphone aku hilang last Sunday. Yup, masa berbuka puasa di Intekma Resort and Convention Center.

Semasa menunggu rakan-rakan sekolah aku hadir di sana, aku dengan awek aku lepak-lepak di kawasan lobby. Kami keluarkan handphone untuk snap few pics. Saja. Then, miscommunication between aku dengan awek end up kami meninggalkan salah satu handphone aku di atas sofa di lobby Intekma Resort. Sepanjang majlis berbuka aku assume handphone tu ada dalam handbag awek aku and she assume that phone in my pocket. Then bila semuanya dah selesai, lepas drop my girlfriend di rumah dia aku drive balik rumah.

Melengcong sikit....aku ada sifat yang sedikit pelik. Every night aku akan evaluate performance aku pada hari tersebut. Some ustaz says muhasabah diri, something like that. But aku memang suka rate diri aku sendiri untuk satu hari, so that night sebab ada function so, aku rate diri aku on the way balik rumah. Dan performance aku didalam majlis tersebut memonopoli hampir keseluruhan evaluation process. Soalan-soalan lazim aku tanya diri aku sendiri masa evaluation period ini antaranya;

- Ada ke tindakan aku yang menjatuhkan maruah aku?
- Ada ke aku kecilkan hati sesiapa?
- Aku membazir ke?
- Aku langgar mana-mana peraturan dunia atau akhirat.

Dan beberapa soalan-soalan lain. Aku rasa that day aku rate diri aku quite high. Since aku manage to make sure all my friends berbuka puasa dengan selesa dan happy. Then, aku rasa aku pun takde buat apa-apa tindakan bangang malam tu. So, aku happy. As usual, bila our social life berjaya kita akan bandingkan dengan perihal kerja pula. Ok, maybe not usual for all of us, but aku memang macam ini. Then, aku cari my other phone (office phone) to sent sms to my staff pasal sesuatu. Aku start panic bila tak jumpa phone. Then aku call awek aku suruh cari dalam handbag dia, bila dia bagi negative answer definitely aku pasti tertinggal di lobby. Hati dah tak sedap bila aku call that number, since dah kena off, padahal battery banyak lagi. Aku pusing kereta dan pergi semula ke Intekma Resort. Nothing there… receptionist and guard both knew nothing. Dah sah la ada orang ambil.

Disini bermulanya aku rasa pelik dengan perangai manusia. Bayangkan, semua yang hadir berbuka puasa adalah orang Islam. Member sekolah aku cuma beberapa belas, tapi the whole Intekma ada beratus-ratus if not ribu orang datang berbuka. Sama-sama datang untuk meraikan kejayaan umat Islam menunaikan salah satu rukun Islam. Pekerja-pekerja di Intekma Resort juga majoritynya Islam. Jadi dibulan mulia ini tergamak manusia keji tersebut ambil handphone aku, off, dan simpan dalam pocket. Niat dihati esok atau lusa boleh jual dan dapat duit. Manusia yang datang berbuka puasa ini tidak takut Allah ke? Tidak fikir halal, haram ke? Even dalam bulan mulia ni tak terfikir ke dia nak buat sedikit amal? Mesti hati dia dah betul-betul hitam. Hitam macam langkin, or lankin… referring to tar jalan raya yang sedang dimasak. Kemudian, tidak terdetik ke dihati dia tuan punya handphone mungkin akan maki, sumpah seranah tindakan dia. Dan malam nanti sebelum tidor bagaimana dia nak rate performance dia pada hari tersebut? A++ kot?

Handphone tu memang murah, baru pun harganya tak sampai satu ribu ringgit. Tapi information dalam phone tu yang berharga pada aku. Aku sanggup bayar lebih dari harga handphone untuk info dalam phone tu. But, benda dah berlaku.

Aku bayangkan jika aku jumpa handphone dalam lobby hotel… errmm… aku rasa aku akan serahkan pada security or kaunter pertanyaan. Again, kalau semua manusia ada hati dan otak yang sama semuanya akan jadi lebih senang dan tak meriahlah kehidupan kita, kan?


Saturday, August 18

Aku Funny?

From blog complilation site, www.FunnyMalaysia.com:

Click picture for source



TETAPI......

Oi...! aku 3G lah.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ganas, Garang and Gersang... Hahahaha...

---------------------

Thursday, August 16

Bohong Sunat?... Sorry Mak

Notice: Kalau tak berminat dengan kisah hidup aku, jangan baca.

Yesterday aku ‘berbohong’ pada mak aku. Kalau ada orang ingin bercerita pasal bohong sunat sila baca entry ini dahulu. Aku rasa ini betul-betul kisah terbaik untuk menggambarkan apa itu Bohong Sunat a.k.a berbohong untuk dapat pahala, Insyaallah. Tak percaya? Baca…!

This weekend akak aku ada majlis convocation kat USM, Pulau Pinang. Last 2 weeks my mum told me that. I not really care about it seriously, walaupun aku sempat sent sms congrulate her. Mak aku assume my sis going to bring her to witness the ceremony. But sadly semalam mak aku dengan sedihnya call aku and inform instead bawa mak aku kesana, akak aku akan tinggalkan anak-anak dia and her maid with my mum for few days. Aku boleh baca dari perbualan telefon tu yang my mum really sad. I also knew she already buat baju baru just for that moment with her only daughter.

Then aku cakap;
“Takpe lah mak… dah Nyah (panggilan aku kepada akak aku) tak nak bawa nak buat cammana. Weekend ni Fandi balik kita pergi makan sate Wak Teni dengan Alif and Aina (anak-anak akak aku)… ok?”

Mak aku sedikit gembira bila kata aku nak balik. She start buying sotong, ketam, ikan besar-besar (aku tak tahu nama) to prepare makanan kegemaran aku. Sotong masak cili, ikan bakar, sambal tempoyak, sambal belacan… Fuh..! Nobody in the world can cook as good as my mum. Seriously, my girlfriend maybe among the one can challenge her lah. But Perak and Terengganu totally different, so, hard to compare. Hehehe…

After hang up phone with my mum, aku terus call akak aku. Aku tanya kenapa tak bawa mak ke convo? She gave all kind of excuses lah, mak tak sihat, hotel penuh, takut tak sempat.. bla..bla..bla.. Aku cut her off, aku cakap;

“Fandi tak peduli, lantak lah Nyah kena booking 5 star hotel ke, sewa rumah tumpangan Ah Chong ke, contact semua sedara mara kat Penang ke…Fandi nak Nyah bawa mak ke Penang this weekend. Dia dah buat baju baru, tahu tak?!”

Akak aku pun terkejut pasal baju baru tu, and dia pun sedih sebab dia tak sangka mak aku nak ikut. For her, ini hanyalah token kepada kepayahan dia study luar campus for 3-4 tahun. Bodoh punya akak (aku cakap dalam hati)… mana-mana ibu bapa pun nak tengok pencapaian anak dia tak kira lah apa sekalipun termasuklah menang tupperware lari dalam guni. Then, she told me she will discuss with his hubby.

1 hour later…

Mak aku call…

“Nyah kau tetiba telefon, bagitahu nak bawa mak pergi convo dia… kau tak perlu balik la weekend ni… boleh la mak try baju baru…”

Daripada percakapan dia aku tahu dia suka teramat sangat. Aku rasa nak menitik air mata masa tu. Then, aku buat-buat sedih beritahu dia aku nak makan masakan dia. Dia janji next weekend dia akan masakkan. Hahahhaa…

Sambil drive bawa kereta lepas bergaduh dengan engineer dari DBKL tingkat 17, aku boleh lagi tersenyum. Mengenangkan aku baru sahaja berbohong kepada mak aku.

Harap-harap Allah ampunkan dosa aku. Amin…


Total Pageviews

. page counter