Monday, January 14

Mat Rempit Kurang Ajar

Rakyat Malaysia memang pandai bagi nama gelaran. Dulu kaki lumba haram, then bohjan motor dan sekarang Mat Rempit. Aku rasa Mat Rempit adalah nama paling catchy kita pernah bagi kepada mereka.

Sejak malam tahun baru lagi aku dah angin dengan mat-mat motor kurang sel otak ini. Aku juga dulu pernah pakai motor, tapi aku golongan yang baik-baik. Facts that aku memang penakut membuatkan aku tak berani join mana-mana geng motor. Family aku juga didik aku secukupnya, so officially aku tidak layak jadi Mat Rempit. Sememangnya criteria utama untuk jadi Mat Rempit adalah menonjolkan ciri-ciri kekurangan ajaran.

Malam tahun baru mereka buat free show berdekatan dengan konsert amal kononnya anjuran TV3 di Stadium Shah Alam, lepas habis pertunjukan bunga api mereka pula kelam kabut nak balik. Keadaan yang sepatutnya tenang dan teratur menjadi havoc dan jammed. Bodoh betul. Semua berpusu-pusu nak tinggalkan kawasan stadium. Aku confuse, kenapa mereka tergesa-gesa? Aku balik awal even sebelum letupan bungan api terakhir sebab aku ingin elak kesesakan lalulintas, tapi mereka semua naik motor. Apa risau pasal jammed. Akhirnya beratus-ratus motor berbaris atas jalan raya dan menjadi penyebab lalulintas terhenti. Even police bertugas pun pening kepala nak bagi arahan kepada mereka.

Satu lagi sifat kaki motor bodoh adalah mereka mahu pemandu lain yang menjaga keselamatan mereka. Mereka masuk simpang sesuka hati, pintas kenderaan lain macam tengah race di litar, mencelah umpama motor mereka flexible macam getah dan macam-macam lagi. Mereka tidak sayang nyawa, kita pula disuruh berhati-hati. Sakit betul hati aku. Jika mereka berjaya mencelah atau melakukan aksi-aksi bodoh berhampiran kita, mereka akan rasa bangga. Konon-kononnya mereka handal. Pada hakikatnya keperihatinan pemandu lain yang selalunya membuatkan mereka berjaya melakukan aksi bangang tersebut. Mereka terasa seperti Wayne Rainey, Eddie Lawson atau Michael Doohan. Sorry, aku tidak kenal pelumba zaman sekarang. Siapa nak tengok Motor GP lagi lepas ada F1 di Malaysia, kan?

Sudah lah mereka mahu kita jaga keselamatan mereka, ada pula sesetengah kaki motor yang marah jika ditegur. I know, who care about them to stop and give them advise. Tegur disini maksud aku jika kita hon mereka. Semalam aku dengan abang aku pergi hantar akak ipar ke KLIA. On the way, di traffic light, ada beberapa buah motosikal yang menghalang jalan. Abang aku hon, normal hon… bukan hon marah atau hon beberapa kali. Sebuah motorsikal tidak puas hati dan ikut kereta kami sambil membunyikan hon motosikal dia yang telah dimodify seperti hon lori. Abang aku seorang tentera berpangkat mejar. So, you can guess what happen next. If that mat rempit dare to stop, aku rasa confirm pecah muka dia. Maybe sebab dia tengok ada budak gemuk duduk sebelah driver membuatkan dia takut. Hahaha… But mat rempit itu still kurang ajar kerana berani lawan cakap dengan abang aku sebelum abang aku berhenti dan suruh dia berhenti. Seperti biasa, mat rempit ni sifat mereka macam ekzos motor yang tiada fiber glass. Bunyi je bising, tapi hampeh. Penakut.

Aku nak ambil kesempatan ini untuk pesan kepada kaki lumba haram, bohjan-bohjan dan semua mat rempit. Tolong sedar satu fakta penting ini. Baca ayat berikut sambil bayangkan aku menjerit kat depan muka korang semua.

Kau cuma layak jalan atas line kuning/putih dibahu jalan, kerana….

KAU CUMA BAYAR ROADTAX 2 RINGGIT SETAHUN… mangkuk!

Aku minta maaf jika ada penunggang motor yang terasa. Aku rasa you guys pun tak puas hati dengan pencemar masyarakat ini. Mereka memberikan reputasi buruk kepada penungang motor yang lain. Aku sendiri rasanya tidak akan berhenti untuk menolong jika ada penunggang motor yang terlanggar tiang semasa memecut. Aku akan cakap “padan muka”, padahal mungkin dia bukan kaki rempit, cuma penunggang motor biasa yang tidak bernasib baik.

Aku sendiri tengah berkira-kira untuk membeli motor. Tak larat nak berulang Shah Alam – PJ, petrol dan tol tidak akan turun harga.

13 comments:

Mek Rose said...

Tak Bahek ckp polis tu bodo..dia pon malam tu serba salah gak kan..:-D

Pasni..if dah beli motor tu..paham2 jela ye..Incey Aku Betul cuma layak jalan atas line kuning/putih dibahu jalan, kerana…bayar Roadtax rm2 je setahun..ngeh ngeh ngeh..jgn mareeee...

Anonymous said...

I won't say sorry for telling this, everytime I encounter such idiot (Mat Rempit), my doa is just, they would end up lying dead on the road.
Since, they are much rubbish while alive, so they might as well end up DEAD!

AMIN...

Anonymous said...

Setiap kali aku drive kalo mat motor @ mat rempit nk celok2 aku sure bg diorg p dulu....mcm mnengerikan...nk lagik Kt Jln Bangsar tu ke...Jln Sultan Ismail yg kat depan opis aku ni ke ...mak aihh...n aku setuju je kalo diorg xcident...aku tgk je....bg byk sket pengajaran pada mat-mat lain....

Anonymous said...

sgt setuju part nie > "Satu lagi sifat kaki motor bodoh adalah mereka mahu pemandu lain yang menjaga keselamatan mereka"

masuk simpang suke ati, mencelah, tau tau je dah ade kat tepi, kat depan, kat belakang, bile terlanggar or nearly nk terlanggar, blh blame kite plak ckp kite takde mata sbb tak nmpk diaorang.. mcm mane nk nmpk if tetibe muncul ntah dari mane? geramnye!

mat rempit mmg takleh pkai, ntah ape yg diaorg banggakan? "skill" yg diaorang ade tu tak bwk diaorang ke mana mana pun.. buang masa!

*emo plak ;p

zen non said...
This comment has been removed by the author.
zen non said...

indah sekali menilai hak atas jalan pada wang yang korang bayar.. lebih indah lagi mendoakan kemusnahan orang lain lantas yang lain-lain mengaminkan sekali. mat rempit, bohsia, dadah, korupsi, seks bebas.. semua ini adalah satu penyakit negara. Apabila negara sakit berilah ubat, doakan kebaikan.. bukan racun yang patut kalian berikan.

pengalaman menunggang di kotaraya amat menakutkan..kerana tidak ada hak..maka tidak ada jalan untuk penunggang motor. terpaksalah menyempit di celah-celah, tak seperti di lebuhraya, sekurang-kurangnya boleh menggunakan bahu jalan. Yang silap mmg patut dipersalahkan, tapi bukanlah semua yang wajar dimangsakan.

ikhlas,
-a decade rider-

Fid said...

mat rempit ni mmg le..tak pakai akal..
btw zen non...
saya percaya mr aku betul tujukan khas utk mat2 rempit..bknnya kpd penunggang motor keseluruhan..

mat rempit di sini merujuk kepada para pelumba haram...pelumba haram di sini merujuk kepada mereka yang menggunakan jalan raya yang dibina utk kemudahan org ramai utk berlumba tanpa memikirkan keselamatan mereka...dan org lain....

Bunga said...

Betul tu fid,

Mr. Right hanya tujukan kepada mat2 rempit..pelumba2 haram yg kdg2 mendatangkan kemudaratan kepada org lain..for eg: depa duk berluma..then tibe2 terbabas sbb dah takleh kontrol motor..terlanggar la plak insan lain yg naik motor or kete or ape2 jela kan..siannn depa..

aku pon pernah ada pengamalan tunggang motor di tengah2 jalan besor..jln bz time nak g keje..tapi yg jadi sakit atinye..ngan mat2 rempit ni..time2 nak g keje ponnnn ade...lahaii..takut aku..ciluk sana..ciluk sini...mak aiiii..tak pikir pasal keselamatan org langsung..yg duk langgar lampu isyarat jgn cakapla..main redah je..time2 redah adela umat lain yg ngah bawak kete kene break..kene benti semata2 nak bagi jalan kat depa..tak ker tu menyusahkan org???

ntohler...idok pahamler teman...tapi yg pasti teman ni pemandu berhemah...weeheheheh..

Anonymous said...

Apa kata kau forward kan posting ni ke Presiden/ Penasihat Putera UMNO. Tengok apa reaksi dia.....

Mr. Right said...

rose,
Nak beli motor besar lah. Sebab motor besar roadtax mahal, so bleh la jalan tgh2 jalan. Hahaha..

ipoh lads,
Totally agreed with you. Bior mampos mereka semua.

cik henr,
Lain kali langgar je. Bior tergolek.

ano,
Dorg nak puaskan hati sendiri je. Bodo.

zen non,
Betul jugak apa kau cakap tu. Cuma... errmm... malas lak rasanya nak memikir. Sebab tu takde posting baru hari ni.

fid,
Betul. Akal dorg letak kat kepala lutut.

bunga,
Bila nak hantar article lagi?

ac,
Ko tolong la forwardkan. Aku tak terlibat dgn politic.

Anonymous said...

aku leh fwd kat harakah...:)

Chalok

Anonymous said...

mat rempit.

mat rempit = pelumba haram

pelumba haram = tk masuk kelas driving

tk masuk kelas driving = sure tkde lesen

sure tkde lesen = sure x bayar road tax

..tu yg suka ati buat jalan raya mcm tar tu diorang yg bayar :P kuikuikui. jagan ingat mat rempit ni je nk mengharap keselamatan diorang ni dijaga oleh pemandu kete, yg pejalan kaki pun sama gak. dh nampak kete tengah speeding, lintas jalan mcm kura2 siap berlenggang. dengan harapan aku pijak brake. cis. ada jejantas tk nk guna. ptui!. yg rempit ni, speeding mencelah, kalau aku tk tekan brake, sure dh jadi roti canai bawah tayar kete aku huahuahuahua.

sure dlm hati penunggang motor + pejalan kaki tu mcm ni:

"eleh, takkan kereta tu nk langgar aku, nnt diorang kene saman, aku pun join saman gak"

..kita (pemandu kete) yg salah speeding (normal highway 70-80km/h) atau diorang yang salah sebab dengan sengaja gamble kete tu akan brake. kalau brake kete rosak amacam? kalau respon pemandu kete slow(lambat tekan brake)amacam? inalillah laa jawabnyer..

tapi kadang2 tu memang salah pemandu kete gak, terlalu gah ngan kete dengan harapan mat2 motor takkan bagi calar kete pemandu.

"eleh, diorang tu dh la tk mampu beli kete, sure nk bayar part kete pun tk mampu. sure takkan langgar kete aku ni"

(maaf kalau tersilap kata atau tersilap taip)

tungkai said...

Aku bawak motor tapi aku ikut peraturan & jaga keselamatan.Aku dicop mat rempit. Asal bawak motor mesti dikata mat rempit. Hina sangat ke orang yang bawak motor ni?.Korang marah & doakan aku dan mat motor yang lain accident gak jugak ke..??

Bagaimana pula kereta yang merempit? Lori rempit?Trailer rempit?Bas Intrakota rempit? Adakah mereka terkecuali?Jangan kata tidak ada. Bawak2 lah berjalan & perhatikan.

Sila ubah persepsi terhadap penunggang motor kerana tidak adil jika meletakkan kesalahan pada satu pihak sahaja.

Total Pageviews

. page counter