Sorry, aku sedar ramai tidak suka aku membebel pasal politic. Pilhanraya umum tidak tau bila, semalam Pak Lah bagi hint general election maybe before OIC meeting. OIC meeting middle Mac, so kepada yang berkenaan boleh la berkira-kira. Nak bagi sponsor, nak kaut keuntungan, nak berbakti kepada parti dan seterusnya mengikut watak yang dimainkan.
Tapi aku bukan nak cerita politic sepenuhnya. Ini berkaitan dengan kesilapan database daftar pemilih. Sebelum ini ada berlaku beberapa kali, dan selalu SPR kena hentam. Sebarang kesilapan mesti akan dikaitkan dengan pengundi hantu, penipuan SPR untuk membantu Barisan Nasional, atau kakitangan SPR dibeli oleh pihak tertentu.
Yang terbaru, seperti diwar-warkan dalam beberapa blog separa popular dan diselitkan dalam rangkaian ‘forwarded email’ disamping gambar bogel Mawar dari drama
Sebelum 17 January 2008, jika check di sini: http://daftarj.spr.gov.my/, menggunakan no ic ini: 820201115212, paparan seperti dibawah akan kelihatan.
Aku hantarkan email kepada:
Info (at) spr.gov.my
Noor (at) spr.gov.my
Setiausah (at) spr.gov.my
Puu (at) spr.gov.my
Noordin (at) spr.gov.my
Abrahim (at) spr.gov.my
Dull (at) spr.gov.my
Ibrahim (at) spr.gov.my
joharihashim (at) spr.gov.my
abdulrahman (at) spr.gov.my
kamar (at) spr.gov.my
rafizam (at) spr.gov.my
Kandungan email aku sedikit pedas:
" Sila semak no I.C ini: 820201115212
Tidak mungkin nama pengundi adalah KG MENGABANG
TENGAH. Kesilapan sebegini yang membuatkan rakyat
curiga. Wake up. Jangan tidor semasa memasukkan
data pemilih.
Harap diperbetulkan segera, agar tidak menyusahkan
si pengundi dan pihak-pihak lain.
Sekian.
Dood "
Selepas sehari, aku dapat email dari mereka;
Alhamdullillah. Betul lah, salah pekerja data entry. So lepas ini janganlah simply tuduh SPR atau kerajaan secara melulu, mereka juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.
Aku check visitor Akubetul.com semalam, dan aku lihat ada I.P daripada office SPR singgah sini, sebab tu la aku bodek mereka dalam posting ini. Hahahha… Nak berikan mereka semangat sedikit. So, kepada semua pekerja SPR, tahniah dan jangan buat lagi. Pastikan pilihanraya kita akan bersih dan adil.
Selamat berhujung minggu kepada semua.
9 comments:
Gud Job yang..semoga terus menjadi rakyat yg prihatin..ngehngeh..:-)
p/s:
makan bihun sup je ke? bihun tomyam takde ye? penatt org tu masak..huhuhu..
soalan: database spr tak intergrated ngan database Jabatan pendaftaran ke?
kalau terer, sila tambah function
//IdNum = no.kad pengenalan
//IdName = pemegang sah id
checkPendaftar()
if IdNum != IdName
bagi cout "invalid pengundi atau invalid warganegara malaysia yg layak mendaftar"
gerun tengok nombor kad pengenalan wujud, tapi nama lain pula.. hish..silap hari nama aku tertukar jadi TIANG LAMPU.
p/s:rosak syntax programming aku. bahaya gak human error ni. (html error :P)
salam terasa nak cerita..
dulu ada satu fwded email ttg kononnya budak bawah umur dah daftar spr....kecoh je..(dr msg2 kat fwded email tu la)...aku pun chk juga la kat spr punya semakan tu..dan mmg wujud org tu...kalau tak salah aku dia punya no ic start 04XXXX-XX-XXXX...
Rupanya tukang buat kepoh tak tgk number IC lama pendaftar..
ada column ic baru ic lama....
Umum tau,mac tak mungkin...
bagus ko. tak mcm ada ssetengah org, bila nampak je kesilapan mcm tu mula la kutuk bukan2 kat KERAjaan ckp pengundi hantu la apa la. gege..
aku dua2 pun tak suka, baik KERAjaan mahupun pemBANGKANG. Mana yg betul kita sokong, mana yg salah kita kutuk dlm blog. keke...
tabik sama kau Mr.Right.
kau mmg prihatin.
rose,
Prihatin dan baik.:)
tiang lampu,
Ko menakutkan aku dengan programing ko. Hahaha...
fid,
Hahaha.. satu lagi kes "kepoh tak bertempat" la tu.
alongovtx,
aku tak faham.
adar,
Betul. Aku tak sokong mana2 terlalu extream. Sapa salah tetap salah dan perlu ditegur/dikutuk/dinasihati, tak kira belah mana dia duduk.
poyotitos,
Tabik spring boleh? (teriangat masa zaman sekolah asrama). Hahaha.. Thanks btw.
Salam...
Dud...hang dah jadik masyarakat prihatin nie...:) ada harapan dapat projek baru ka?
Chalok...
wah..bagus2
org keje pejabat pos kadang2 mmg mcm tido pon..dah tgk org smpai penuh dalam pejabat pos..still terkedek2 buat keje....muka tak bersalah je tgk org duk tunggu lama..heran tol aku!
Post a Comment