Aku nak terangkan salah satu element penting dalam career seorang pekerja makan gaji. How to suck your boss up… bagaimana nak jadi kaki bodek terbaik didunia. Kind of sambungan kepada posting ini: To employee, to employer.
First, let me categorize kaki bodek into two main categories. Yang pertama adalah jenis yang memijak kepala rakan sekerja untuk naik ke atas. Maksudnya dia akan memburuk-burukkan rakan sekerja yang dia anggap sebagai rival. By doing so, he/she will make diri dia kelihatan hebat dan kemungkinan besar bakal mendapat balasan yang dia rasakan setimpal. Second, jenis yang buat hal sendiri. Still membodek, tapi dia menggunakan daya kreativi sendiri untuk memperlihatkan kehebatan diri dia, kononnya. Dia tidak akan simply kutuk co-workers, maybe dia akan make use of them occasionally, but deep in his/her heart dia hanya mahukan gaji lebih atau naik pangkat without interfere with anybody business.
Without biasing to any category, aku akan
1. Happy News.
Only reveal news yang boss suka dengar. Problem or any unhappy information suruh pekerja or subordinate yang beritahu dia or wait the right moment untuk memberitahu dia. Dengan cara ini dia akan sentiasa relate our face with cheerful thing.
2. Pekerja Rajin, konon.
Ini adalah taktik biasa yang ramai pekerja amalkan. Melakukan apa-apa perkara dengan niat menunjukkan kita sebagai pekerja harapan. Antara tactic popular adalah; keluar lunch lambat, balik rumah hanya selepas boss balik, datang seawal mungkin bila tahu boss ada meeting awal pagi, email boss pada waktu yang pelik-pelik (tengah malan, hari cuti…etc.). Sedikit demi sedikit boss akan sedar kita adalah pekerja yang sentiasa fikir pasal kerja all the time.
3. Claims Wisely.
I’m talking about allowance claim, mileage claim, O.T claim and stuff like that. Do not claims anything yang dirasakan tidak perlu. All boss hate calculative worker. Kerja lebih masa beberapa jam untuk siapkan anything big and urgent. Simply ignore it. Outstation with boss, maybe claims less one or two days. Trust me, boss will notice this. But be careful, we don’t want to give wrong impression to our boss. Kita tidak mahu dia anggap kita boleh diperbodoh-bodohkan. So, fikir masak-masak sebelum submit claim form.
4. Volunteer.
Always make yourself available for any extra works. Jika ada sebarang kerja-kerja pelik yang tiada dalam jobscope sesiapa di office kita, jangan segan silu untuk menawarkan diri. Buat beberapa kali, boss akan cop kita sebagai pekerja yang rajin, tidak berkira dan boleh diharap. Again, kena berhati-hati jangan sampai diri kita diperalatkan. Dan, jangan tawarkan diri untuk sebarang kerja yang boss tidak ambil tahu. Gotong royong, kutipan derma, kemas bilik… semua itu membuang masa…Hahaha… stick with job yang boss hargai.
5. Kawan dengan Semua Orang.
Ini quite tricky sikit. Sukar untuk bodek boss dan dalam masa yang sama mahukan diri kita kekal popular dikalangan rakan sekerja. Ini sebenarnya tidak kurang penting, jika ramai orang suka kita. Easy for us to gain all useful information. Information ini berguna sebagai alat untuk membodek. Example;
“… boss, I heard we purchased that equipment
for few thousands ringgit, I think I can get almost
same quality but only half price…”
Only when we make friend with purchaser then we knew about that info, right?
Rapat dengan co-workers juga penting untuk memberitahu boss yang kita pandai handle orang. Semua tahu, handle orang jauh lebih susah dari handle machine atau product.
6. Puji Boss.
Ini straight forward method la. Simply puji dia either face to face or use third party medium. Face to face, senang, contoh;
“… Boss, I don’t know how you can handle that
guy lah… for me he the most troublesome client
ever…bla..bla..bla… you memang dasyat…”
Satu cara lagi adalah melalui pihak ketiga. Puji boss to our client, consultant, business partner…etc. We never know, maybe one day that person will tell our boss about that compliment. Or…. If you happen to have a blog, simply puji your boss in your blog. Maybe you boss read your blog or other co-worker will let him know. With that note, ehem…
“Boss… you memang baik. Thanks for the new laptop,
although I never ask for it, but I appreciate
it a lot. Thanks again…”
Hahahaa..hahahhaa…
Stop here. So, you guys boleh start practice mana-mana cara yang sesuai. Kepada boss-boss pula, boleh la gunakan posting ini untuk kenal yang mana permata dan yang mana kaca dalam organisasi kau.
Please share your bodek experience by comment to this posting. Come on, jangan malu-malu.
P/S: Aku tak dapat laptop dari boss pun. Sebagai contoh je ayat diatas tu.