Showing posts with label laptop hilang. Show all posts
Showing posts with label laptop hilang. Show all posts

Wednesday, January 21

Kepentingan Laptop

Sedikit layanan kepada komen, email dan sms yang aku terima:
Kepada kawan-kawan yang beronok-ronok pasal Man. United @ Mangkuk topping BPL. Aku nasihatkan teruskan bergembira kerana it will never last long. Come on, semua Mangkuk result this season tak impressive except against Chelshit. 1-0.. score last minute… penalty, benda-benda macam tu lah yang selalunya berlaku.

Back to posting title. Dah lama aku tak buat posting sebegini. Posting yang takde kena mengena dengan current event, posting tak lucu dan tak serius. Posting aku berlagak pandai dan creative. Posting iklan… Err…iklan?


Jom tengok apa kepentingan laptop dari kaca mata aku…

1. Buat Kerja Office
Of cause la, main reason ada laptop adalah untuk buat kerja office. Sebab aku takde computer desktop kat office so, memang laptop cukup penting pada aku untuk buat kerja-kerja office. Walaupun semua kerja disimpan di server office tapi still kalau takde laptop cukup payah nak buat kerja. Tools dan data-data takde. Kalau ada laptop juga senang nak ‘bawa kerja’ kita kemana-mana, rumah, kampong even pusat peranginan. Hook online dan kita dah macam di pejabat.


2. Activity Internet Lain

Tulis blog, baca dan jawap email, activities cari duit online, semuanya cukup mudah kalau ada laptop. Sebab kadang-kadang kita dapat idea offline, kat kedai makan, kat dalam kereta atau kat mana-mana sahaja. So, instead of tulis di sekeping kertas yang selalunya akan tertinggal dalam poket seluar seterusnya akan hancur di spin oleh washing machine kita boleh terus buka laptop dan tulis apa yang kita terfikir. So, takde la idea kita terus tinggal idea sahaja.


5. Berlagak Bagus

Maybe berlagak bagus is not the best way to phrase it la. But memang ramai yang bawa laptop pergi discussion, pergi buat presentation (walaupun orang lain yang present), even pergi site survey. Konon-konan mahu dipandang sedikit mantap dan bersungguh. Maybe it is true, bawa laptop sebegitu akan nampak syarikat yang kita wakili serious, komited dan yang penting syarikat kita akan nampak ‘ada duit’ kerana mampu provide laptop to their staff. Memang manusia tidak boleh lari dari judging books by its cover. So, laptop tidak kurang pentingnya untuk menaikkan imej kita terutamanya kalau kita involve dalam business.


4. Notepad

Everytime aku pergi meeting yang melibatkan ramai orang, let say more than 10 people, aku selalunya akan bawa laptop. Senanglah nak ambil nota. Again, tak perlu buat hardcopy. Jadi environmental friendly sikit lah, jimatkan kertas… save our forest! Buka laptop, open Words or Notepad dan tulis butir-butir daripada meeting. Dan kalau ahli meeting sediakan softcopy lagi bagus, terus boleh save masuk laptop.


5. Probe Lakonan

Selain dari bawa laptop ke meeting untuk catit nota, aku juga selalu gunakan laptop untuk hilangkan boring time meeting ramai-ramai. Kalau meeting tu bergerak terlalu perlahan dan menjurus kearah kebosanan tahap melampau, kita can easily switch on wireless dan log to Internet. Selalunya office memang ada pasang wireless router. Dengan sedikit lakonan angguk-angguk dan mainan mata orang lain akan ingat kita interested dengan topic yang dibincangkan, padahal kita sedang main game online, chat dengan member or tengok Youtube. Honestly aku berani tapi sedihnya admit aku pernah update blog masa dalam meeting. Kalau di office pun, ‘bermain’ dengan laptop membuatkan boss and co-workers ingat kita busy. Padahal kita tengah upload gambar dari camera, copy lagu masuk thumbdrive atau test mini refrigerator yang dicucuk ke usb port.

Ok… itu sahaja points yang aku terfikir. Ada dua reason aku tulis pasal kepentingan laptop.

1. Aku insaf….
Hahaha, ini ceritanya…Aku memang bawa laptop kemana-mana. So, sebelum balik ke Kuala Terengganu ada seorang kawan nak pinjam laptop for one whole day. Dia nak pinjam malam, then pulang esok malam. Aku dengan penuh berlagaknya tak bagi. Aku cakap aku nak guna lah, ada banyak kerja lah, etc. Then aku bawa balik laptop ke Kuala Terengganu. Kuasa Allah, aku boleh tertinggal laptop aku di rumah mak mertua. Masa on the way balik Shah Alam from Kuala Terengganu, dah lepas Dungun baru aku teringat. No way aku nak patah balik 2-3 jam. So, aku pun try contact semua kawan-kawan yang involve dalam by-election untuk ambilkan laptop aku. Tapi setelah fikir dalam-dalam aku ambil keputusan minta je mak mertua aku bawakan. Sebab dia nak datang Shah Alam a week later. Aku tak mahu susahkan kawan-kawan dan aku takut kalau aku suruh budak UMNO bawakan balik nanti mereka campak laptop aku ke laut lepas mereka kalah. Kalau suruh budak PAS pula nanti mereka terlalu gembira dan terlupa pasal laptop aku. So, baru semalam aku dapat semula laptop aku. Lesson learned, next time tak boleh kedekut dengan kawan-kawan. Hahahha…



2. Tolong member.

Reason kedua aku tulis pasal laptop adalah sebab aku nak tolong promote business kawan aku. Kawan merangkap sifu yang ajar aku cara berblog 2 tahun lepas. No, this not Advertorial Posting aku masih berjanji posting semua Ads Free. Kalau ada yang perasan, aku dah letak link ke shop blog beliau dibawah ‘Bisnez Rakan-rakan’ belah kanan tu. Aku nak war-warkan disini pula. Kalau sesiapa berminat nak beli laptop murah boleh la lawati Bitsnbytesshop.blogspot.com. Bukan sahaja laptop, tapi nampak ada macam-macam gadget lagi yang dijual dengan harga distributor. Aku memang takde share dalam business dia, dia pun tak suruh aku tolong promote. Aku je suka-suka tolong. He not even knew I gonna dedicate this posting to his business. So, to Nasa… kalau dah untung nanti boleh lah belanja aku makan nasi ayam! To friends here, please pay him a visit: Laptop Murah


Pasal polisi aku taknak letak iklan dalam posting tu, aku rasa aku akan terpaksa break that rulse beberapa kali nanti. Tapi aku tak akan beritahu which posting. So, anggap sahaja lah takde ok. Kalau sesiapa yang terperasan… diam-diam dah la. Hahaha….

Wednesday, March 19

Laptop Baru Aku

Akhirnya aku beli laptop baru… hooreey…!

Ini rupa laptop baru aku.


Ini pula rupa laptop lama aku yang hilang dulu.

Hahahhaa…. Sama.

Aku pening memilih, ada macam-macam brand. Spoiled with choices. Malas nak peningkan kepala dan membuang masa, aku just pilih sama brand, same model, slightly lower price with few added features. Not bad la kan.

Memang ada macam-macam brand laptop dipasaran sekarang. Selain dari brand yang sudah famous macam HP, Compaq, Acer, Dell dan Fujitsu ada macam-macam brand yang pelik-pelik lagi. Aku ingat Toshiba dan Panasonics cuma buat mesin basuh dan peti sejuk je, rupanya laptop mereka pun popular juga. Tak kira lagi brand-brand cap ayam (aku rasa) macam BenQ, Ftec, Gateway dan macam-macam lagi. Aku yang buta I.T ni memang pening lah. Aku cuma nak Intel Core 2 Duo yang aku tak berapa faham pun apa maksudnya, then 2 Gig RAM sebab nak laju. Itu sahaja…pasal specification lain memang aku tak ambil peduli sangat sebab aku tak tahu.

So, hasilnya aku ambil semula Dell Vostro yang aku rasa kemas, tak berapa berat, simple dan yang penting tak mahal. Kalau diperhatikan betul-betul, laptop lama dan baru aku ada satu perbezaan yang jelas.


Yes, ada camera… so, lepas ni aku boleh berchatting dengan gadis-gadis cun sambil bangga menunjukkan wajah aku. Hahahaha… Ataupun bolehlah aku buat rakaman video peribadi depan laptop… Menarik…menarik. Seriously aku tidak sangat peduli pasal camera, tapi memandangkan officemate aku sedang membangunkan satu laman web yang cukup menarik, aku cari juga laptop with built-in camera. Website tu umpama youtube + blogspot. I can’t reveal more, but ianya bakal menjadi sesuatu yang gempak nanti. Guarantee…The fact that it is a local content site, pastinya ia akan menjadi pilihan rakyat Malaysia sebab ia akan menawarkan perkhidmatan macam YouTube dan blogspot tapi super duper fast. Sound interesting kan?

Terima kasih kepada tunang aku yang benarkan aku guna laptop dia sepanjang aku mencari laptop baru. Terima kasih juga kepada rakan sekerja yang memberi kerjasama semasa aku mengganggu computer mereka jika keadaan memerlukan.

Sekali sekala posting santai sebegini ok juga kan. Tak salah rasanya aku membebel pasal hal peribadi sikit. Walaupun aku ada idea nak komen pasal cabinet baru Malaysia, tapi aku takde mood nak berceloteh benda serious hari ni. At least Pak Lah 'mendengar' keluhan rakyat dengan membuang menteri-menteri yang penuh dengan kontroversi. Rata-rata ramai percaya ianya kabinet yang clean, except for Menteri Pertahanan dan beberapa portfolio lain, mungkin.

Monday, January 28

AKu Kena Beli Laptop Baru Lagi...

Rasanya macam baru je aku cerita aku beli laptop sebab laptop aku rosak, kan? Malas nak cari tapi rasanya baru few months back. Aduhai...

Memang sakit hati gila. Sepatutnya aku balik kampong Friday night. Tapi sebab ada urgent meeting Saturday noon, so aku postponed dan plan nak balik ke kampong selepas habis meeting. Jadi, pada Jumaat malam, aku pergi ke Petronas di federal highway untuk makan KFC.

Petronas tu ada CCTV bercambah disetiap sudut, kereta memang tidak pernah putus. So, aku fikir tidak mengapa untuk meninggalkan laptop yang diletakan dalam beg galas (beg budak sekolah) di seat belakang. Andaian bangang dari aku. Hasilnya, tidak sampai 1 jam berikutnya cermin kereta aku kena pecah dan beg tersebut lesap. Pekerja Petronas cakap;

…Tak perasan lah bang…

Jawapan simple yang menusuk kalbu dan mereka memerlukan arahan polis untuk lihat rakaman CCTV, so aku dah buat report. Macam biasa lah, confirm polis akan tunggu berabad untuk mereka siasat kes bodoh aku tu. Betul juga, lebih baik dia cari budak hilang daripada cari laptop aku.

Esok atau lusa terpaksa lah aku mulakan activity survey untuk beli laptop baru. Sayang betul, laptop tu aku baru beli je. Dell Vostro, menggantikan laptop HP aku yang rosak. Sedih…sedih…sedih.

Cantik kan? Hahaha.. sial betul.

Aku betul-betul tidak faham dengan perompak-perompak picisan ni. Mereka ini adalah kategori manusia paling bodoh dalam dunia. Curi laptop, jual mungkin dapat maximum RM1,000.00. Bahagia dua atau tiga orang. Dapatlah seorang beberapa ratus. Bodoh…! Risiko yang tinggi, tapi pulangan tidak seberapa. Pergi la rompak bank ke, rompak van security ke, rompak taukeh judi ke. Confirm dapat berjuta dengan sekali usaha.

Bila ditimpa bala sebegini aku selalu teringat cerita My Name is Earl. Something to do with karma lah. Pastinya sesuatu yang baik akan berlaku kepada aku in the near future. Sebagai orang Islam pula kita cakap setiap perkara ada hikmah kenapa ia berlaku. Kawan-kawan juga cakap, aku kena sabar ujian Allah. Tunang aku pula cakap;

….Takpe la hilang laptop, boleh beli baru.

Bayangkan yang hilang anak… "

Macam-macam cara kita boleh guna untuk tenangkan fikiran. Damn true. Tapi itu laptop baru aku… 2 ribu lebih aku beli tu. Not to mention all the things inside the hard disc. Arrrggghh…. Kerja office, bahan-bahan untuk blog, software, ebook yang aku curi atau terbeli, movie yang aku download, gambar-gambar dan macam-macam lagi.

Celaka punya perompak. Aku sumpah korang semua takkan hidup senang sampai ke tua. Pergi la kerja, apa kejadahnya mencuri. Berlambak profession lain yang lebih berisiko rendah dan pulangan tidak kurang hebatnya. Kalau muka tak malu, berani dan tangkas pergi lah join mana-mana Multi Level Marketing.


On happier note, 1st time my thought quoted by harakahdaily. Read this article: Faizal Tahir: Buka baju vs tayang buah dada

Thanks to Kapo and few others who email memberitahu. At least ada juga benda untuk membuatkan aku tersenyum.

So, put problem aside. Any idea laptop dalam range 2-3 ribu yang worth for money? Bestnya, dapat laptop baru lagi. Hahahaha...

Total Pageviews

. page counter