Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Friday, January 2

Money Blogging Obsession

Notice: Topik separa serious. Kalau ada blogger yang terasa dengan posting ini, aku minta maaf awal-awal. Aku tahu ramai blogger yang emotional. Trust me, aku berfikir banyak kali samada untuk post atau tidak article ini. Hopefully takde yang sakit hati. :)


Revolusi Blogging

Ramai dah tahu rasanya, blog berasal dari perkataan Web Log. Direct translation, catitan di laman web. Dan belog bukanlah perkataan Bahasa Melayu for blog, aku rasa Dewan Bahasa dan Pustaka belum gazetkan lagi any BM word for blog. Most probably they will stick with same spelling, BLOG. Traditionally, blog digunakan untuk mencatit aktiviti harian as personal diary. Juga tempat share something interesting with friends.

Tapi kini blog dah jadi platform to generate money. Hype pasal blogger jadi kaya, jadi jutawan, duduk goyang kaki dan dapat pendapatan ribu-ribu sebulan dah semakin berleluasa. Ramai penggila duit (kita semua) berlumba-lumba buat blog dengan harapan dapat emulate the same method as professional blogger yang generate steady income daripada blog mereka.

Asas money blogging simple. Create blog - promote blog - letak iklan (adsense, nuffnang, affiliate code, pyramid scheme, etc) - dapat duit dari iklan. Tapi hakikatnya, nak promote blog, nak bagi search engine friendly, teknik menulis untuk grab reader, ads placement, dan macam-macam skill lagi perlu dipelajari. Dan ini semua bukannya mudah seperti yang disangka.

Kesukaran dan keberkesanan untuk cari duit dari laman blog juga boleh dilihat dengan memerhatikan blog-blog yang popular internationally. Memang sekarang top blog site bukan lagi dijaga oleh individu. Bukan lagi untuk mencatit aktiviti harian. Kalau tengok Technorati Top Blog List, hampir semuanya bukan dijaga oleh individu lagi. Walaupun pemiliknya seorang, pada mulanya dia develop seorang, tapi kini dia ada team yang jaga blog tersebut. Malah ada syarikat, ada office dan pekerja-pekerja untuk jaga, update dan modify blog bila perlu. Blog sudah jadi seperti medium pengiklanan! Saling tak tumpah seperti tv, radio dan newspaper.

Even blog baru Dr. Mahathir pun sudah dikomersialkan. Sudah ada ruangan iklan. Dr. M yang kaya pun sedar dia boleh jadi lebih kaya dengan monetizekan blog beliau.


Product Berkaitan Blogging


Mereka yang pandai dan tahu senario ini pula ambil kesempatan dengan buat pelbagai produk untuk membantu blogger-blogger baru untuk jana wang daripada blog.

Info product milik orang putih yang berlambak dipasaran

Panduan Membina Blog

Tips Menulis Blog

Autoblogging

Panduan Adsense

Asas Wordpress

Sekadar menamakan beberapa info product yang berlambak di pasaran online Malaysia pula. Aku refuse to captured any picture or provide aku link untuk mengelakkan promosi percuma or dituduh endorse mana-mana product. Nanti ada pula yang tak suka.

Setiap pencipta product tersebut akan promosikan product mereka gila-gila. Segala jenis medium digunakan. Since mereka ada buat affiliate program, jadi makin ramai yang tolong promote. Cuba buka mana-mana website popular mesti boleh nampak iklan menjual alat bantuan untuk cari duit dengan tulis blog.

Pada aku product-product ini kebanyakkannya bagus. Sememangnya membantu. Sebenarnya majority daripada info yang dijual boleh dipelajari sendiri. Try and error. Tapi kalau nak cepat dan senang pandai, pilihlah product yang dirasakan ok dan beli. Tips paling mudah untuk pilih adalah dengan melawati blog si penjual, kalau blog dia meriah dan lengkap, confident la sikit nak beli.


Ambil Kesempatan


Last Saturday aku join member pergi sebuah hotel di Shah Alam. Ada seminar usahawan kononnya. Rupanya syarikat ini offer almost similar product. Kita bayar beberapa ribu, then mereka berikan system untuk bina blog. Seterusnya mereka ajar cara-cara update blog dan cara nak generate duit. Cuma twist yang menarik disini adalah, jika kita berjaya jual system ini kepada orang lain kita akan diberi komisen yang tinggi, RM1,000.00 to be exact. Aku jadi sedih tengok berpuluh-puluh budak bersungguh nak tahu lebih pasal system tu. Padahal kalau nak set up blog even menggunakan domain dan hosting sendiri pun hanya RM500 maximum. Tapi syarikat tu jual hampir RM4,000.00. Syarikat tu target nak jual system tersebut kepada orang-orang Melayu yang dah fed up dengan MLM. Mereka bertopengkan istilah ‘Usahawan I.T’ untuk membuatkan bakal pelanggan teruja dan terpengaruh.

Kegilaan mencari duit dari blog juga membuatkan ramai yang lupa etika, lupa halal haram, dan lupa member!


My Own Obsession


Aku mengaku, aku pun terkena kegilaan ini. Tengok kat keliling blog aku. Ada beberapa iklan. Selain dari blog ini aku ada beberapa ‘blog sampah’ yang aku bina semata-mata untuk letak code iklan. Memang seronok tengok duit di virtual akaun kita bertambah. Seposen, dua puluh sen, satu dollar…. Sehingga cukup dan boleh cash out. Semakin semangat nak tulis blog dan promote blog kat kawan-kawan.

Tapi aku akan cuba sebaik mungkin pastikan usaha aku tidak menampakkan kegilaan yang melampau.

Contohnya, dah beberapa kali aku tolak product review yang diberikan kepada aku. Kononnya aku ada prinsip, aku takkan letak apa-apa iklan dalam posting. Aku tidak pasti prinsip aku tu sebab aku ego or sebab aku bodoh. Tapi aku yakin, prinsip tu tak lari dari tujuan asal menulis blog. Hari tu aku nyaris menerima tawaran event review bernilai RM500. Nasib baik last minit Maxis tak pilih blog ini, kalau tak pening kepala juga aku nak buat keputusan samada stick with my prinsip or follow kegilaan duit dan terima tawaran mereka.

Aku juga berhati-hati bila mempromosikan blog aku. Aku akan cuba sebaik mungkin lari dari taktik-taktik yang aku rasa kurang etika walaupun hakikatnya sangat berkesan. Aku sedar, semuanya tidak jelas. There no concrete line between ethical or non-ethical promotion, tapi kita boleh gunakan common sense, pandai-pandai lah nilai sendiri.

Aku harap kawan-kawan blogger kat sini pun relax sikit. Jangan terlalu obsess mencari wang dari aktiviti blog. Banyak lagi tujuan berblog selain dari cari duit. Tambah kawan, kembangkan pengetahuan, improve English (hopefully for me), dan macam-macam alasan lagi. Jangan hanya berkiblatkan wang ringgit.


Seperti ‘notice’ aku kat atas tu, aku tahu aku akan membuatkan diri aku tak popular dikalangan blogger dengan posting sebegini. Sorry sekali lagi kalau ada yang terasa. 1st posting tahun 2009, kena la article yang best sikit, kan?

Happy blogging!

Friday, July 25

I Will Never Become Famous Blogger

Notice: Seperti yang aku ulang beberapa kali sepanjang minggu ini, aku sememangnya busy tahap Gaban. So, this article sebenarnya aku tulis beberapa bulan lepas, to be exact during general election season. Aku malas nak post sebab busy dengan politic comments and aku rasa macam tak best je article ni. But, since aku memang tak sempat nak buat apa-apa posting sekarang, so aku post je lah…

Masa lepak dengan kawan-kawan lama, ada yang cakap aku dah popular sekarang. Ramai yang kata mereka baca blog aku setiap hari. Ada yang tolong rekemen kepada kawan masing-masing. Lawak juga kerana ada pula yang cakap mereka direkemenkan oleh orang lain untuk baca blog aku. Mungkin betul apa mereka cakap, since aku lihat pun setiap hari ada beberapa puluh keyword akubetul.com di search di google atau yahoo. Tapi aku sememangnya pasti tidak mungkin aku akan jadi blogger terkenal. Terkenal dalam erti kata aku boleh berhenti kerja dan gunakan blog sebagai sumber pendapatan utama.

Yes, I strongly believe I will never grow to be those bloggers that become major talking point in the office, during lunch hour atau ketika half time football match.

This is because…

1. Malas.
Aku sememangnya seorang yang pemalas. Aku malas nak join mana-mana persatuan, blogger gathering or even display any kind of blogger alliance logo. Maybe some believe aku suka bergerak sendiri. Berceloteh sesuka hati aku, alone. No, that not true. Aku teringin sangat join forum, berbincang ramai-ramai dan sebagainya. Cuma masalahnya aku malas nak peruntukan masa aku kearah aktiviti sebegitu. Weekend aku lebih suka balik kampong, keluar jalan-jalan dengan tunang, tengok bola dengan kawan-kawan atau terperap depan tv. Aku juga malas nak study, buat experiment dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari traffic, impress reader dan mengpopularkan diri.


2. Lack of Technical Skill.

Of cause this very much related to my laziness lah. Aku tidak tahu bagaimana nak edit gambar guna photoshop. Aku tidak tahu bagaimana nak host blog aku dan guna mana-mana content management system (CMS). Aku tidak pandai gunakan segala teknik dan taktik untuk jadikan blog ini more search engine friendly, those meta tags, pinging, cloaking… Damn, apa kejadahnya tu. Even aku nak tukar theme blog ini pun aku risau takut-takut semuanya hilang. Jadi sekarang ini aku hostkan semua content diblogger.com. Jika esok atau lusa aku tidak boleh log in dalam akaun gmail aku, semuanya akan hilang…So, technically aku memang tidak boleh jadi blogger terkenal.


3. English Aku Hampeh

Cuba kira berapa kerat blogger terkenal atau istilah popular sekarang pro-blogger yang tulis blog dalam Bahasa Melayu atau bahasa rojak? Hampir tiada. Jeff Ooi, Kenny Sia, Liew CF, Gobalakrisnan, semuanya tulis dalam English. Yang tulis dalam BM dan survive pun hanyalah mereka yang ada bisness lain. Mereka sekadar gunakan blog sebagai medium komunikasi dengan ahli-ahli berdaftar atau pelanggan mereka sahaja. Samaada mereka adalah penulis novel atau mereka jual product lain seperti e-book, software, perkhidmatan, etc. Atau mereka sememangnya tidak mahu menggunakan blog untuk cari rezeki, seperti ramai blogger politik dan artis yang gunakan blog untuk raih popularity sahaja. Berblog dalam English simply widen the potential reader, instead of orang Malaysia, mat salleh yang ada banyak buying power akan turut membaca.


4. Aku Tak Nak Jadi Pro-Blogger

Honestly, mungkin aku terigin juga. Cuma aku tidak boleh membayangkan aku jadi blogger sepenuh masa. Aku tidak yakin ianya satu pekerjaan yang menjamin masa depan, takde EPF, takde SOCSO dan semuanya seperti tidak jelas. Lagi 10 tahun adakah blogging masih lagi releven sebagai sumber pendapatan? Kehidupan pro-blogger pula aku bayangkan sedikit bosan. Terperap depan PC berjam-jam, tiada rakan sekerja, tiada masalah dengan account department, tidak bergaduh dengan customer dan tidak berpeluang tipu boss. Seriously sound damn boring, right? Then imagine nak terangkan kepada parent atau bakal mak mertua apa pekerjaan kita.

“Saya kerja tulis dalam internet, orang ramai baca tulisan, saya dapat duit dari situ”

Jawapan dari bakal mak mertua…

“Kau tak takut kena tangkap polis macam si Petra tu ke?”

Kalau mak mertua tu fanatic UMNO, lagi lah best…

“ Kau lah yang Khairy cakap beruk tu ye…”


So, what ever happen pun, aku still believe blogging adalah hobby yang menyeronokkan untuk aku, itu sahaja.

Chow… Selamat berhujung minggu. Hujung minggu aku akan dipenuhi dengan bekerja menyiapkan tugasan yang sepatutnya aku hantar hari ini….

Komen-komen juga aku tak sempat nak reply, maybe next week, dah settle semua then aku luangkan masa.

Wednesday, December 5

Khas Untuk Blogger Remaja

Notice: Short one, hari ni busy sikit.

Aku lihat ramai blogger remaja yang berani komen perihal politic negara. Padahal dia belum boleh pun daftar mengundi. Bising sana sini pasal harga barang naik, tol naik, petrol naik… padahal dia pergi class pun naik LRT dan mak yang bagi duit tambang. Adik, pergi khatamkan buku teks dulu, then baru sibuk pasal politic atau ekonomi negara.

Bukan aku menidakkan kemampuan mereka berfikir apatah lagi hak mereka untuk bersuara. Cuma aku rasa geli hati melihat tulisan mereka yang bersungguh-sungguh dan berlagak seperti perihal kestabilan politik negara akan effect kehidupan mereka secara total.

Mungkin ada yang kata golongan muda sebegini perlu didedahkan dengan cerita politik agar mereka sedar kepincangan pemimpin kerajaan atau kekejian pemimpin pembangkang. Benar, aku setuju. Tapi ada had dan limitnya. Mungkin kanak-kanak, ya… aku labelkan mereka kanak-kanak. Kanak-kanak sekolah yang berumur belasan tahun lebih baik kita dedahkan dengan perkara yang lebih berfaedah. Nilai-nilai moral, akhlak, agama daripada jerumuskan mereka kedalam kancah pemikiran ahli politik. Ok, bayangkan mereka tahu kepincangan kerajaan Barisan Nasioanal, then…? Apa mereka boleh buat? Mereka tidak boleh mengundi, mereka tidak boleh berkempen, mereka tidak pun boleh bertanding. So, apa gunanya mereka tahu semua ini? Ya, aku tidak berfikiran jauh… maksud aku jauuuuuuhhhhhhh….

Budak university pun samalah, lebih baik pergi score exam daripada sibuk berpolitik sana sini. Mungkin ada juga kebaikkannya, untuk lahirkan bakal pemimpin, untuk ini dan itu. But, kalau betul-betul nak berpolitic ambil course Sains Politik, bukan Sain Kuantitatif atau Sains Bahan.

Jadi kepada para remaja… adik-adik disekolah, di university, jangan dok gatal nak berpolitik. Ambil tahu, baca dan simpan. Cukup. Tidak perlu join kempen, ambil bahagian tunjuk perasaan atau tulis blog pasal isu ini. Pergi tulis pasal kekasih baru Justin Timberlake atau trend rambut terkini. Kalau nak sangat blogging benda ilmiah, bantu kerajaan menangani isu keruntuhan akhlak member-member korang semua atau cari solution kepada kecarian ais di kutub.

Biar orang-orang dewasa yang cerdik pandai sahaja uruskan masalah politik negara.

Faham?


Wednesday, September 12

Friend's Blog

Malam ni disamping bermula terawih menandakan bermulanya Ramadhan yang mulia, turut akan berlansung pesta SMS. Semua akan pakat-pakat hantar sms ucapan menjelang Ramadhan. Ada pantun lucu, ada pantun nasihat, ada hadis dan potongan ayat Al - Quran. Ok, ini intro sahaja, aku bukan nak cakap pasal SMS, aku nak cerita pasal blog rakan-rakan aku. Aku dah tulis benda ni lama, few weeks. Don't know why, but today rasa macam nak postkan. Mungkin kerana sempena Ramadhan aku teringat kenangan bersama mereka.

Pada aku blog umpama email, makin lama makin ramai orang mempunyai blog. Among my real life friends aku antara paling awal. Thanks to Nasa yang ajar aku cara berblog. But then, few of my friends tiru aku dan bina blog sendiri. Nothing wrong with that, maksud aku, aku tak rasa riak atau bangga pun. Since, aku sendiri tiru orang lain dengan memilih untuk mempunyai blog. Rasa malu sedikit ada, sebab before this aku kutuk orang yang blogging. Few years back aku anggap blogger ni loser, takde life dan tersangat boring. Hahhaha…


Izinkan aku promosikan, komen, kutuk, review atau apa sahaja istilah yang dirasakan sesuai semua blog milik kawan-kawan aku. If you guys notice, aku choose not to have any link exchange with any other blogger or simply letak link to any blog dalam blog aku. ‘Friend’s Blog’ sebelah kanan tu sememangnya milik kawan-kawan aku yang aku kenal. Kenal maksudnya disini samaada aku pernah share sepuntung rokok, tidor sebantal, makan dari periuk nasi yang sama atau ketiga-tiganya sekali.


So, here my review.


Nasasuke
For him, blog just for his own close friend viewing. So, dia buat blog hanya untuk tatapan kawan-kawan. Update pun berbulan-bulan sekali. Dia start blogging masa zaman university. Thanks to him, kalau tak memang tak wujud la blog aku ini. Almost everyday for one whole week aku kacau dia, tanya itu dan ini pasal blogger.com. Maklumlah, buta I.T macam aku gatal nak ada blog sendiri. Hahaha... Nasa, aku tak boleh lupa berbuka rumah family kau last year, aku sampai 1 minute before time berbuka and that sup... marvelous. This year boleh singgah lagi?


Badrul-True Story

He start blogging away ahead of me. Budak I.T lah katakan. But he choose to open new blog after saw my blog. Since dia ni budak baik, so blog dia pun pasal benda baik-baik sahaja. Tulis pun jarang-jarang. To Bad, jangan lupa call aku untuk berbuka puasa.



Bila Kapo Menulis

Rasanya dia pun kenal blog awal dari aku. Dia pun tolong aku pada mula-mula aku nak kenal blog. Dia ada dua blog. Satu pasal kehidupan, satu lagi pasal bola. Dia pun terkena penyakit yang biasa blogger lain kena. Copy and paste. Copy news and article then comment few sentence. Pemalas. Kapo, taknak jemput aku berbuka rumah kau ke?


Lobo Penggempur

Ahli PAS yang malas menulis. Terlalu busy with business and parti katanya. Aku rasa dia busy nak menambat hati sang puteri… fuh. Update setahun sekali kot. Super pemalas.


Malaymind

Milik housemate aku. Dia ni fanatic Barisan Nasional. Kalau letak pisau dileher suruh sokong parti pembangkang pun dia still akan sokong BN. Dalam blog politic serious dia ni, dia try to be fair, berdiri di tengah-tengah dan not bias to any parties, konon. Sorry, 1st rule of blogging kena jujur rasanya. So, Shuk better kau all out kutuk pembangkang and puji BN daripada berkias-kias and berbunga-bunga dengan pelbagai dalil. Tapi dia bijak, macam aku juga. Buktinya, aku benci BN, dia fanatic BN, kami boleh tinggal serumah. Shuk, malam ni terawih masjid negeri ke surau bawah?


Blog ku

Pengomen tetap blog aku, Sukun akhirnya buat blog. Setelah bosan komen dia kena delete di beberapa blog. Cuma Sukun terlalu meniru tulisan idola dia Mike from blog Semusim Di Neraka. Mungkin bahasa Mike lebih berbunga-bunga, Sukun plain and simple. Tapi obvious sangat Sukun try to write like him. Be yourself, jangan try to be somebody else.


http://mysweetstory.wordpress.com/

Milik Fid. Sorry aku lupa nak letak link di tepi tu. Nanti aku letak. Dia pun kenal blog awal dari aku. Dia ada 2 blog, 1 pasal kisah dia jaga anak dia. Dan satu lagi (atas tu) pasal buah dada, pasal payudara, pasal tetek. Hahaha.. aku assume orang dewasa semua disini, jadi aku dibenarkan buat lawak berbaur lucah. Actually that blog pasal breastfeeding. Fid ni passionate pasal menyusukan anak dia. Usaha murni yang perlu dicontohi. Fid, jangan lupa jemput aku berbuka rumah hang. Then, kita try arrange majlis berbuka ramai-ramai.

That’s it. To my friends yang ada blog, aku tak tahu please let me know. Then, after this aku akan include pasal blogger yang aku 'kenal' online pula.

To my friends, sorry kalau terasa dengan teguran aku. Aku memang jujur orangnya. Hahahhaa… kalau tak puas hati nanti aku belanja makan. Anggap lah ini kutukan terakhir sebelum puasa. Lepas ni seperti dijanjikan aku kena tulis 'lembut' sedikit. So, aku dedicate kutukan ini kepada rakan-rakan. Baiknya aku....Nanti kita berbuka sama-sama. Or, kalau korang anggap promosi, ini boleh consider sebagai amal jariah aku before Ramadhan.

Itulah senarai blog rakan-rakan aku setakat hari ni. Kalau boring… diulang, tatkala boring lawatilah blog mereka. Time boring sahaja. Tapi Aku Betul…! Korang perlu lawat everyday. Hahahahha….


Sekali lagi...

Selamat Menyambut Ramadhan....


Wednesday, July 25

Blog - Amaran Dari / Kepada Kerajaan

Notice:
1. Strictly for Muslim reader. I not playing any racist issue here, just this is a latest problem related to us. For non Muslim, you will find this posting relatively boring. So, lebih baik jangan baca…but again, your pc, your internet line, your hand… your own choice…suka hati kau lah.
2. Kena berfikir, kalau rasa malas… tak perlu baca.


Tahniah kepada kerajaan yang mengambil 1st step untuk mengurangkan Freedom of Speech yang membabi buta. Aku dah tulis article ni lama, aku rasa sekarang time paling cantik untuk post.

Many believe blogging never as popular as now. Not just blogging as blogspot or wordpress, but personal page like Myspace, Friendsters, Multiply and many more. Blogger.com now is the most popular visited site beside search engine.

With the popularity of blog, muncul lah another term Celebrity Blogger. Simply means, blog owner yang blog dia popular dan ada pengikut sendiri. That person become famous simply because of his/her blog. Jeffooi, Kenny Sia, Liew CF, just to name a few. They are professional blogger, maksudnya memang kerja mereka full time blogging. Mereka dapat duit daripada laman blog mereka, how? I know in theory but simply have no idea how to achieve that.

Names yang aku beri sebagai contoh adalah blogger non Muslim dan mereka pun tidak menjadikan agama sebagai bahan utama untuk menulis. There are a fews blogger glamour yang beragama Islam.

What the hell this scenario related to Islam?

When they become celebrity and have they own follower, means there are someone that treat them as their idol. Pembaca mereka sanjung apa sahaja yang mereka lakukan. Sama seperti artis, pemimpin dan tokoh-tokoh masyarakat yang lain. But for artist and other celebrities, media yang glamorkan mereka. So, sort like everybody know what they doing and even ulama will comment and advise if they did anything against Islam rule. But for blogger, nobody monitor their writing and most importantly nobody powerful enough to advise or tegur mereka.

Some, they not just blog about current issue, politic or their interest but also their life style. Their daily life, and they try to make as cool as possible. Mabuk sana, minum arak sini, main perempuan, tipu orang… all sort of negative thing la. Then, if they comment current issue pun, without hesitate they will kutuk all parties sesuka hati including ulama or ustaz. Freedom of speech, so mereka will freely express their voice. And of cause their follower will agree and admire their idea. Sedikit sebanyak these blogger menyumbang kepada pemikiran masyarakat kita. Most of these blogger are very knowledgeable and some I bravely said genius. Their view and comments sememangnya menarik, logic but ‘bahaya’.

Maybe this problem not in critical stage yet since just few thousands reader read blog everyday. But experts believe the number will only increase due to rapid development in blogging world. Government in particularly Jabatan Agama Islam must start looking at this scenario sekarang and prepare something to handle it in the future.

For those who think it is not very much a problem yet, and I just being paranoid, please read these blog entries:

Rape Me Because I Wear Shorts Skirt – The Boinq

I’m an apostate or a Muslim – The Boinq

Gay and Lesbian Crash Harussani House – Malay Male

They are a lot more blogs yang ‘menarik’ tapi sedikit ‘bahaya’. But these 2 blog owner aku rasa cool enough to smile with this posting. They will not take it personally. For Sharina and Amir, please understand… I have nothing against you guys. You guys are very cool in your own unique way. Aku pun suka baca blog kau untuk tersenyum, ketawa sambil berfikir. I not hoping government will arrest you or what. It just as a Muslim, or as you said orthodox, conservative Muslim; I think it is my responsibility to highlight this scenario.

Happy blogging…!


P/S: Seperti dilaporkan dalam Metro selalu, terdapat banyak juga blog yang menggalakkan ajaran sesat di Internet.

Monday, May 28

Aku Betul...! II


Semalam aku gatal tangan check Technorati. Just want to check blog/site that link to Aku Betul…!. Then come to my surprise I found this weird blog title: Aku Saja Yang Betul. Host in Wordpress.

http://seypet.wordpress.com/

This funny human being starts blogging in December 2006. Not just his blog title similar to mine but this retarded minded person copy and paste few of my articles and republish it there. Pelik…pelik… pelik… Dia bersungguh copy exactly few of my posting and paste the whole article back at Wordpress. Hahahahhahaha….!

Sepet is the title of Yasmin movie, but the blogger nickname is Kodokers (Afdlin follower?), since Afdlin Shauki call himself at his blog as Chief of Kodok. So, maybe this is half functional brain movie buff…. Nevermind.

To this hilarious creature, picture below is for you to analyze.


Maybe he (cannot be a girl) is one of my friends, and tries to explore Wordpress. All the best buddy…!

For all his hardwork, I credit his effort with this posting. Not a bad reward… Right? Hahahahaha….

P/s: I wonder he will copy this posting or not. Ermmm...

Tuesday, April 10

Blogger Registration, so What?

Bloggers using locally hosted websites may be asked to register with the authorities, Deputy Energy, Water and Communications Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said. – The Star

Aku memandang isu ini dari tiga sudut sahaja, nak kaji dari sudut-sudut lain nanti aku sendiri yang pening.


Sudut Yang Pertama
Sometimes I really confuse by the level of stupidity of our ministers. Adakah mereka beradu kebodohan sesama mereka? Seriously, did they really understand the meaning of blogger? Since few issues currently brought up by blogger and become national polemic they all freak out and demand for blog registration. What really they want from the registration? To monitor thousands (if not millions) web log? To create fear in blog world so, blogger will not expose all their wrong doing? Majority famous blogs in Malaysia are operates by blogger yang tidak berselindung dibawah nama pelik-pelik. They brave enough to show their face even ada yang post no i.c dan no telephone. If authority found their article broke any law or ethical value, legal action boleh dikenakan keatas mereka dengan mudah. Even if they did not display their names, I don’t think it is a rocket science project to track siapa mereka.


Sudut Yang Kedua
Tapi personally aku tidak nampak kesusahkan jika dipaksa mendaftar blog. Harap jangan lah sampai kena beratur di pejabat kerajaan atau isi borang berpuluh-puluh helai. Maybe online registration cukup la. If not, later there will be online marketer yang akan tulis e-book ‘Complete Guide to Register Your Blog’. Macam keluarkan duit dari Paypal, rasanya semua bijak pandai berebut nak jual e-book berkenaan itu. (sorry lari tajuk sikit). Then, aku terfikir if they start blog registration, how about medium berita dan perbincangan yang lain? Online forum, yahoogroup,
atau website peribadi macam friendster, myplace. Kalau nak diikutkan, semua tu perlu didaftarkan juga lah. Hahahaha.. jangan sampai, each and every email account pun kena register sudahlah. Kepada yang ada 10 email accounts, letih la nak isi borang. Aku rasa, kalau kerajaan benar-benar takut dengan kuasa blogger di Malaysia, and they ready to be bahan ketawa again internationally, they should study the system betul-betul dahulu. They must wisely differentiate the blog category. Semua kita tahu menteri sebenarnya risau dengan blog politic sahaja. So, aku boleh kira selamat la agaknya.

Dan yang menariknya, blog yang host di Malaysia sahaja yang diarahkan berdaftar. Berapa kerat lah agaknya blog yang ber domain sendiri dan hosting di Malaysia atau menggunakan platform percuma blog tempatan. Bangang betul lah menteri kita.


Sudut Yang Ketiga

Berikut adalah komen dari blogger-blogger terkenal Malaysia:

"This violates the Government's no-censorship policy with regards to the Internet," Ahirudin Attan of Rocky's Bru said.

“Government really should ‘get real’… The move is just going to make Malaysia look ridiculous in the eyes of the world." - Marina Mahathir

Blogger Jeff Ooi wondered why the Government was pursuing this course of action.

Aku juga confuse kenapa blogger-blogger tu risau sangat if kerajaan asked them to register? Apa yang mereka cuba perjuangkan? Register je lah…dah terang-terang everybody knew which blog own by them.

Dari day one lagi aku tak suka blogger misteri; read Blogger Pengecut

Aku terfikir juga, better if government tidak wajibkan semua blog didaftar. Cuma blog yang terpilih sahaja, regardless hosting location atau domain blog tersebut. Meaning blogger itu akan dihubungi personally if authorities believe his/her blog reached level yang perlu didaftarkan. Maybe base on traffic or articles yang blogger tu post. Cuma tentu ramai yang gila glamer akan menipu dengan mengaku kerajaan dah minta blog dia didaftarkan. Hahahaha…

Saturday, February 24

Blogger Power: Safeguard the Web for Children

When I was a litte boy kalau malas nak main guli, baling tin atau galah panjang, I used to ride my bicycle 5 km just to play video game at games arcade di Complex Aik Aik, Teluk Intan. Maybe zaman tu dah ada Nintendo, Gameboy or PlayStation but simply belum sampai kampong aku lagi.

But now, with computer and internet it just a finger tip away. Site likes
miniclip.com, games.com dah banyak lagi membenarkan kita main game percuma di site mereka atau kita boleh download dan main offline. What else teenagers love beside games?... tak perlu jadi rocket scientist pun kita boleh agak, SEX…! To be honest, dulu pun aku ‘cari’ bahan macam ni jugak. Tentunya difficult, since option yang ada quite limited. Printed material (buku or majalah) and video. Tapi sekarang, sama juga macam pc games, pornography material cukup mudah untuk diperolehi oleh sesiapa sahaja.

Beside commercial site yang need us to pay some amount of money to download or view their
‘priceless’ contents, there are also few individual or small company yang berikan percuma. Of cause their intention are just to gain traffic to their site and hope to generate money through advertisement (AdSense, Adbrite, etc.) Everybody knows the easiest way to attract attention adalah melalui bahan-bahan lucah sebegini, as popularly known ‘Sex Sell’. Although Pay-Per-Click (PPC) company try to do their part by prohibit any of their advert displayed on pornography site, but beauty of human mind always find a way to bend the rules on their favor. One famous tactic are using this sex related site untuk link kepada their ‘clean and income generator site’. Got it? Let say I build ‘AkuLucah.blogspot.com’ then dalam site tu aku isikan dengan gambar lucah, clip video, cerita dan macam-macam lagi. Believe me, buta I.T macam aku pun boleh buat site macam tu within 1 hour. Few promotion campaigns, I bet my new site will get around few hundreds or even thousands of visitors per day. So, somewhere inside that site I put a link, www.akubetul.blogspot.com or lagi cantik kalau aku buat new site yang lebih menjurus kepada kehendak remaja, such as GamesAku.blogspot.com or GamesCheat.wordpress.com. Dalam dua site ni aku letak ‘clean’ content pasal video games and display few PPC advert. Maintain these 3 websites and build a few more clusters, I have in my hand a good income generator sites and can call myself a ‘Internet Entrepreneur’…Hahahaha, hakikatnya aku cuma menambah jumlah manusia keji atas muka bumi.

As a responsible adult, I hope kita semua boleh tolong monitor perangai adik-adik or anak-anak kita. Just check out apa mereka ‘cari’ dan ‘jumpa’ online. Dan pastinya we ourselves should try avoids visit unhealthy site since every single of my visit we increasing the traffic and sort like supporting them virtually.


As a blogger aku percaya we cannot stop pornography. The industry just too powerful for us, it is one of the most rich industry in the world. Tapi aku percaya, we can show civic consciousness and try our best to slow down their progress.

Here one way to do it: Blogger Power (http://bloggerpower.wordpress.com/)

Blogger Power initiate by Jon Harmon and Mihaela Lica to make Internet a safer place for young kids. The idea was to have no free adult materials anywhere, they hope all pornography site will required password-protected login before allowing even free access to explicit adult content. They want blogger all over the world to participate by post the logo and write about this issue, then submit the URL to them. So, they will compile everything and show to offline media that blogger against this so called ‘free pornography’ for kids. I hope all my friends here will give them a support. Optimistically this will create awareness among politicians around the world how serious our children being effected by this disease.


Friday, February 23

Freedom of Expression - Abdel Kareem Nabil

Notice: Quite a Long Entry…(aku tengah geram)

Everywhere (at least in so called blogging world) we hear phrase ‘Freedom of Speech’. Since Rocky Bru and Jeff Ooi kena saman dengan NST, blogger around Malaysia semakin semangat menuntut kebebasan bersuara. Even Prime Minister, Pak Lah gave he comments regarding this issue. Interesting….

I want to ask all blogger (expecially Muslim blogger) and my friend here to read about this young man story…. Abdel Kareem Nabil

“An Egyptian blogger was convicted Thursday and sentenced to four years in prison for insulting Islam and Egypt's president…” - WashingtonPost

“Nabil, a 22-year-old former student at Egypt's Al-Azhar University, has often denounced Islamic authorities and criticised Mubarak on his Arabic-language blog.”- Al Jazeera

“An Egyptian blogger was convicted Thursday and sentenced to four years in prison for insulting Islam, the Prophet Muhammad and Egypt's president…..” - AP

As usual, I don’t think anybody going to click the link. So, here the synopsis:

Nabil owned Arab language blog that the main content are about Al-Azhar University and Islam as whole. He often lashed out at Al-Azhar calling it "the University of Terrorism" and accusing it of encouraging extremism. In other words, dia adalah US minded Arab young man. Berselindung dibawah perkataan ‘freedom of expression’ dia kutuk Islam dan University Al-Azhar. He used to study in law at Al-Azhar University and university management kicked him out last March after realize how vocal he is with his blog. After expelled from Al-Azhar dia jadi semakin ganas, sehingga mengutuk Islam, Nabi Muhammad and tentunya Al-Azhar. So he leave Egypt government no choice other than take him to justice. So, as normal as it sound, western media love this story. Its triggers a shock wave all around blogging world. His face all over the places, even ada website dedicated to him ‘www.freekareem.org’. Amnesty International also interested to help the movement to release him.

Egypt memang ada menahan beberapa blogger tahun lepas, most of them for connections to Egypt's pro-democracy reform movement. Majority blogger tu mengutuk kepimpinan Hosni Mubarak, totally different case compare dengan Nabil.

(Please consider to read the articles yourself, since I believe I’m not the best translator ever)

For me, everything has a limit. There is no total freedom. Yes, we can express our feeling, it is our right to give any kind of opinion. I don’t know how to explain this to non muslin, but for me anybody who kutuk Islam or insult Nabi Muhammad, I personally consider to kill him myself.

Something that struck me deep in my heart:

Despite the trial, Kareem has been selected as a nominee for one of the 7th Annual Index on Censorship Freedom of Expression Awards.

Can’t believe it, he got an award for insulting Islam and Nabi Mohammad? I can’t found any parties that condemn what Nabil did, everybody sound agree with his unethical behavior. Where the hell all Islam activist? What Islam organization going to do about it?

But also reach to my knowledge, Nabil not 100% insult Islam and Nabi Muhammad, some of his article are about gender discrimination, Mubarak’s ‘dictatorship’ ruling and some other ‘good’ thing. But, mungkin kerana terlalu asyik, sometimes dia terbawa-bawa sehingga mengutuk Islam dan junjungan besar nabi kita.

Antara petikan dari Blog Nabil:

“…Muslims revealed their true ugly face and appeared to all the world that they are full of brutality, barbarism and inhumanity…" - His comments regarding riot all around the world resulting from comical picture of Prophet Muhammad.

“In a later essay not cited by the court, Nabil clarified his comments, saying Muhammad was "great" but that his teachings on warfare and other issues should be viewed as a product of their times..” - WashingtonPost

“He called Al-Azhar the ‘other face of the coin of al-Qaida’ and called for the university to be dissolved or turned into a secular institution….” - WashingtonPost

Dia kutuk umat Islam, Nabi Muhammad and University Al-Azhar….. And people turn him into ‘Freedom of Speech’ hero….and nothing we can do about it..

Dia bodoh..? mereka bodoh..? or kita yang bodoh..?!


Update: Thanks to Bro Roslan SMS, sebab memanjangkan isu ini kat blog beliau.

Wednesday, January 24

News Update (Utusan Malaysia)

Ramai dah kenal 2 Malaysian blogger yang kena sued by NST. Even Pak Lah comment pasal issue ini dari London

"I don't agree with freedom without responsibility. Freedom without responsibility is anarchy. Actually, it is being irresponsible," – Pak Lah (Bernama)

Jeff and Ahirudin, both always attack English language news paper, they both dulu pernah gaduh where Ahirudin still dalam Malay Mail. Another famous blogger Saudara Roslan (n32.blogspot) pula sering mempersoalkan kewibawaan Utusan Malaysia. Aku tidak pasti kenapa, tapi ramai blogger yang terkenal suka kutuk, question, and suspicious terhadap news yang disampaikan oleh media arus perdana. Maybe they use to be in the loop and they know how bad the system is. Atau mereka sebagai warga Malaysia yang prihatin ingin menuntut kebebasan bersuara. Semua orang sedar sukar (almost impossible) untuk mendapat freedom di Malaysia sebab kerajaan ‘hold the balls’ of all the key people dalam media.

Pada aku pula, I just love to comment any issue yang dipaparkan oleh media. Kalau aku rasa menarik and betul, aku puji. Kalau sebaliknya, aku simply kutuk la. Lagipun nobody really care what I write, maybe just a few friends yang rajin baca blog aku.

So, two main stories aku jumpa dalam Utusan Malaysia today yang aku nak comment.


1.
Pecah Amanah Tabung Haji

Useless kalau aku letak link pun, nobody going to click. So here the synopsis:

Datuk Mohd. Amin Sidek, 56, bekas Pengurus Besar Kanan (Kewangan) dan Datuk Mohamad Shafie, 57, bekas Pengurus Besar Kanan (Pelaburan) dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun kerana menipu dua menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam urusan pelaburan bernilai RM200 juta. They purposely blind the Board of Director and Minister eye’s to make an investment at Metrowangsa Aset Management Sdn. Bhd. yang tidak berlesen.

Comment aku:

  1. Dua datuk itu pandai tapi jahat. Sampai hati mereka melaburkan duit pakcik-makcik yang mengimpikan lambaian Kaabah kedalam urusan yang tidak diakui ke’bersihan’nya. Totally unacceptable. Syaitan bertopengkan manusia. They are no different between them and perompak yang merompak duit derma di masjid.
  2. How come minister and board of director menjadi sebegitu bodoh mempercayai maklumat dari dua manusia durjana ini? Pelik dan ajaib, should be minister will ask his officer at Jabatan Perdana Menteri to check information yang diberikan. Adakah menteri kita sebegitu bodoh? Or they just too smart? (you know what I mean, right?)

2. Ceramah PAS Bukti Mainan Pembangkang

“Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kehadiran beberapa pemimpin Pas berceramah di Batu Talam malam tadi mengesahkan tindakan parti itu memulau pilihan raya kecil kawasan tersebut sebagai permainan politik pembangkang semata-mata.” – Copy and paste from Utusan.

My Comment:

Datuk Seri kita ni bodoh or pura-pura bodoh? Difficult for me to understand pemikiran ahli politik. It’s an indicator impossible for me to become a politician one day, sometimes they made themselves look sooo stupid. PAS ‘berkempen’ di Batu Talam to tell their supporters why they boycott the election. They want to make sure everybody knows, they not afraid to face BN. Furthermore, by law PAS do not permitted to ‘berkempen’, so BN can simply log a police report or official complain to ‘lembu mereka’ (SPR). I believe PAS not that stupid to jeopardize their future, they know what they did at Batu Talam last few days can not be consider as ‘kempen pilihanraya’, just a normal gathering to clarify their decision to their grassroots.

Kenapa lah pemimpin BN, bersungguh di Batu Talam, budak hingusan 21 years old je pun. Cool la sikit, tak perlulah sampai bawa Datin/Datuk Siti and suami kesana. Bagi chance mereka buat anak dulu, the whole nation want to see ‘kepoweran’ datuk misai kita.

Monday, January 22

Tsunami..di Sabah and to Malaysian Blogger

Luckily there are no tsunami kat Sabah semalam, itulah kuasa Allah namanya, 5 gempa susulan pun still no tsunami, Alhamdullilah.

Last few days, dua blogger terkenal Malaysia kena tsunami juga. Mereka disaman oleh NSTP kerana…(aku tak sure sebabnya, so bacalah sendiri). There are a lot of people supports these two blogger, even ada gerakan to raise fund to help them fight against NSTP and fight for freedom of speech in general. For me, they know the risk, they ready to take the gamble so, what a big deal. Kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah ditepi pantai (tangan macam Karam Singh).They also gain a lot of money through sponsor and advertisement on their site, I believe they will not end up bankrupt even mahkamah dapati mereka bersalah. But still, aku rasa macam nak join juga Walk With Us tu, layak ke aku? Hahahahaha…..malas lah..!

- News from Jeff Ooi: here

- News from Rocky’s bru: here

- Thank you note from Jeff: here

- Comment from Marina: here

Aku pernah bersembang dengan orang MCMC Datuk something lah, he said for blogger yang gunakan free site like blogger.com, blogdrive or freewebs, government will not monitor their article, since government still consider they write just for fun. But different case for blogger use paid domain, meaning dia serious and most probably gain a lot of traffic. MCMC will then, read and sent few warning to them if they broke any regulation or ethical values. But for Ahirudin’s case, dia gunakan blogspot, still kena. Errrmmm… this proves orang kerajaan memang tidak boleh percaya. They just said what ever they want. Stupid..!

Last year aku dengar Perez Hilton kena sued by one publishing company for using their picture illegally. Most blogger kena saman dengan media company, so to be safe just avoid yourself dari sentuh media giant ini. Hahaha.. tidak salah jadi pengecut kalau kita tidak cukup kuat.

Sports Sikit:

For those who live in Klang Valley and free tomorrow night, if they refuse to sacrifice Ringgit Malaysia Sepuluh untuk menyokong Malaysia lawan Singapore, aku rasa mereka sepatutnya senyap dan jangan gatal mulut nak komen pasal bolasepak Malaysia lagi. They neglect to show 100% to support our contry, so, jangan mengada-ngada nak marah player if they failed to gove 100% effort atas padang. Player Malaysia promise to give everything to beat our arch-rival. Kalau aku berkesempatan, aku sanggup merayu pada player kita supaya kalahkan Singapore and make Goh Tat Chuan eat his own nasty, smelly, shitty, tahi kambing words.

Liverpool 2 - 0 Chelsea, Hahaha..hahahhaha...Confirm there are serious crisis inside the London club.

Arsenal 2 - 1 Mangkuk, Kah..kah..kah..kah...for the record, Arsenal memang perform lawan team power.

Friday, December 29

Earthquake at Taiwan & Jeff Ooi Choc.


7 submarine fibers cable damaged during 7.3 rector earthquake at Taiwan on Tuesday morning effecting 7 Giga of data mostly from Southeast Asia. Too many 7? So, most of you guys from Malaysia can’t log in to international server. They estimate it will be rectify within 3 weeks. Just wonder how they going to repair that fiber cable. I heard they will bring the cable to surface, on the ship and repair it there. Still can’t understand how they want to splice the fiber in the middle on the open sea and the fiber will be buried back under the sea. Cool Right..! Not referring to the disasters, but the repair works yang cool...

News:

Quake Shakes Up the Net – TheStar

Asia Communication in Chaos – International Herald Tribune

Asian Quake Disrupts Data Traffic – New York Times

Latest:

Asia's Internet, phone services to be largely restored today - TheStar

But proudly said, my office had no problem at all from that day to this very moment. Metrophone Broadband Rulez..! More info here.

Why so many disasters happen in the month of December each year? Menakutkan. So, next year during Christmas holiday everybody sits tied at the home. Move to nowhere. Sapa tahu, next year it will be Malaysia to be hit by December’s Disaster.

Remember this (Email from Jeff Ooi) entry….? I received an email from Jeff Ooi. So, yesterday I met him. I’am the lucky loser of his Pantun Contest for Hari Raya and Deepavali. So, the lucky 1st prize winner got the LG Chocolate phone and 2nd prize or lucky loser (Aku) dapat a bouquet of imported chocolate that surely my girlfriend will enjoy. So, here my not so happy face at Jeff Ooi website. (Orang gemuk je ke tahu berpantun?) Pantun aku yang melayakkan aku dapat satu bakul coklat:

Berbilang bangsa hidup muhibbah,
Tolong-menolong sentiasa disisi,
Deeparaya terasa sungguh meriah,
Kunjung-mengunjung amalan tradisi.

Dapat hadiah pun yesterday and today aku bad mood. People who close to me know why.

Clue: MCMC Sucks..!

Total Pageviews

. page counter