Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Monday, December 15

Kenapa Nak Jumpa Member Lama?

Notice: Topik santai... hari Isnin takkan nak memikir pecah kepala. Penat siot.

Semenjak bercadang nak buat reunion sekolah, fikiran aku asyik terfikir pasal tu je. Kepayahan nak uruskan, nak menjemput, nak booking, nak bayar, nak control bajet…. Aduhai. Tapi lepas semua tu nanti mesti akan rasa puas dapat tengok member ramai-ramai melepak, gelak ketawa, kongsi-kongsi cerita, kongsi-kongsi rahsia. Best…best.

Aku terfikir, kenapa kita suka bila jumpa kawan lama? Apa sebenarnya yang syok dapat melepak dengan member-member yang dah tak jumpa beberapa tahun?

Biar aku cuba cari alasan, since aku rasa memang seronok, tapi aku tak berapa pasti apa yang menyeronokkan tu.


1. Share Kejayaan
Jangan nak tipu lah, majority antara kita memang suka bermegah diri. So, antara reason kita suka jumpa member lama adalah untuk beritahu dia atau mereka ‘kejayaan’ yang kita dah kecapi sekarang. Dah kahwin, dapat anak kembar, kerja bergaji besor, pakai kereta berCC besor, rumah besor…. Dan lain-lain. Walaupun nampak macam tak baik, tapi aku rasa takde salahnya. Aku lebih rela bermegah, belagak dengan member-member yang dah ‘kenal’ aku. Mereka yang dah tahu perangai aku, confirm mereka takkan ambil hati or cakap aku sombong. Aku rasa lebih baik aku belagak dengan kawan baik daripada aku sembang besar dengan member yang aku baru kenal. Kan? Aku tahu, kawan-kawan aku semua bagus-bagus, pandai-pandai, bijak-bijak… jadi kalau aku cakap besar, mereka tak ambil hati akan take it positive. Mungkin mereka akan berusah untuk lebih berjaya daripada aku… Hahaha… Best pula rasanya topik ni. Maybe lagi 2-3 hari aku akan postkan cara-cara untuk berlagak dengan member-member.


2. Share Pengalaman
Tanpa niat berlagak, bermegah or menunjuk-nunjuk. Memang ramai yang suka berkongsi pengalaman. Cuma masalah aku adalah pengalaman aku tak cukup banyak, kalau bersembang dengan member-member seharian pun rata-rata aku dah tahu pengalaman mereka. So, kalau jumpa member lama, mesti banyak pengalaman boleh share. Pengalaman mereka belajar kat oversea, kerja kat dasar laut, berkempen semasa pilihanraya umum, pengalaman layan pekerja, layan boss, semua tu tak boleh jumpa kat laman web, kat blog atau dalam buku cerita. So, tak sabar aku nak jumpa member-member lama dan mendengar pengalaman mereka. Mesti ada macam-macam kisah.


3. Nak Tengok Perubahan
Perubahan ni macam-macam kategori. Yang paling lucu tentunya perubahan fizikal. Dulu kurus melidi, sekarang dah macam tong drum. Dulu rambut macam pelakon iklan shampoo, sekarang dah macam Syed Hamid Alba. Memang seronok tengok perubahan mendadak kawan-kawan lama. Untuk pengetahuan member lama aku, tiada banyak perubahan rupa bentuk aku. Ok… ada perubahan, makin besor. Hahaha… Perubahan seterusnya adalah perubahan attitude, percakapan, perangai. Tapi so far, susah nak jumpa. Kalau masa form 5 dia memang kepala gila-gila, sekarang pun akan still gila-gila, tak kiralah anak dah berderet, kerja pegawai kelas atasan, kepala otak still sama bila jumpa kawan lama. Kalau dulu ahli surau, sekarang akan maintain ahli surau atau dah naik taraf jadi ahli masjid….alhamdullillah.


4. Balas Dendam
Sound funny. Tapi aku rasa ada member yang ingin berjumpa member lama untuk balas dendam. Not really nak pukul or bergaduh, tapi nak buktikan something. Maybe dulu masa sekolah orang kutuk dia pendek, gemuk, botak, etc. But sekarang dia dah tinggi, badan macam body builder dan rambut macam Maya Karin, so dia nak balas dendam dan kutuk member-member yang pernah kutuk dia dulu. Yang perempuan pun sama, maybe dulu orang kutuk dia ‘tak laku’, tak pandai bergaya atau tak reti pakai make up, sekarang dia dah jadi model dan ada boyfriend keliling pinggang. Boleh la jumpa member lama dan ‘balas dendam’ kutuk mereka yang dulu heroin sekolah tapi sampai sekarang tak dapat suami lagi. Hahaha….


5. Tambah Networking Bisnes.
Memang nampak macam bagus, eratkan semula hubungan dengan member lama agar boleh menambah ‘lubang’ bisnes. Tapi aku cukup menyampah kalau ada pihak yang jadikan ini sebagai main reason mereka berjumpa dengan kawan-kawan lama. Ada, memang aku ada member sebegini. Memang niat dia pergi reunion high school, reunion university sebab untuk tambah networking. Damn… aku cukup benci. Prinsip berkawan aku bukan untuk cari untung. Aku tak suka mereka yang kemaruk wang ringgit sehingga berkawan pun berlandaskan keuntungan. Member biasa ajak kenduri kahwin, tak nak pergi… tapi member lama, anak datuk jemput, travel satu peninsular pun sanggup. Ada potential nak kembangkan bisnes konon, pergi mampos dengan golongan sebegini!

Contoh perbualan species ini:
“Dood, lama tak jumpa… kerja mana sekarang?.... aku kerja kat Sunway, company construction”
Tangan kelam kabut bawa keluar wallet…
“Ini kad aku, kalau company kau nak renovate office ke, kau nak design rumah ke, contact la aku, I. D pun aku buat”
Aku akan pelan-pelan ambil kad dia, tengok sekejap dan simpan dalam poket baju sambil kepala berfikir…
“I.D tu binatang apa pula….”
Sial!.... belum apa-apa hal lagi dah promote bisnes. Geram betul aku. Selalunya aku save no phone dia, dan aku terus buang bisnes kad tu. Sorry.

Belum lagi masuk cerita promote MLM, insurance, program janaan wang online dan macam-macam skim lagi. Aduhai... boring gila!



6. No Reason at All
Memang tak perlu alasan sebenarnya untuk berseronok dapat jumpa member lama. Dapat mengimbau kenangan-kenangan lama memang seronok. Tak kira pahit atau manis.


Ok... aku dah makin emotional, better aku stop. Aku pun dah nak pergi sampaikan presentation kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya. Wish aku all the best....

Thursday, September 27

To My Friends….

Disini aku nak listkan majlis berbuka puasa aku yang akan datang. So, to my beloved friends, please contact relevant person in charge, if you interested to join.


1. Bekas Pelajar Bainun Ipoh, batch 1992-1996

Location: Bora Ombak Restaurant
Majlis: Buffet, RM39++
Date: 28 September 2007
Contact: Awie - 017-3705259 / Saf - 019-3033004


2. Bekas Pelajar SERATAS, batch 1992-1996
Location: Intekma Resort Convention Center, Shah Alam
Majlis: Buffet, RM35.00 nett
Date: 30 September 2007
Contact: Aku - 0162266654 or my 012 / Cik Pid


3. Bekas Pelajar Akademi Korea, UiTM
Location: Restaurant Seoul, Plaza Pantai.
Majlis: Buffet Seafood, RM33++
Date: 6 October 2007
Contact: Chalok – 0122060069


So, kepada kawan-kawan aku yang terlepas bot masa perbincangan. Sila ambil perhatian dan buat la apa-apa yang dirasakan sesuai.

Aku tak faham ada orang boleh teragak-agak bila dijemput majlis berbuka puasa dengan kawan-kawan. Pelik… betul-betul pelik. Bukan selalu, setahun sekali. And seriously what the worse can possibly happen?

Ada yang consider jumlah kedatangan, siapa yang datang, location jauh, buffet mahal…. Dan macam-macam lagi lah alasan. Betul kata orang tua-tua, rambut sama hitam, hati lain-lain.

Ingat, kita pernah dengar;

Bekas girlfriend

Ex-boss

Bekas kekasih

Bekas suami

Ex-colleague


Tapi definitely we never heard BEKAS KAWAN OR EX-FRIEND.

Wednesday, September 12

Friend's Blog

Malam ni disamping bermula terawih menandakan bermulanya Ramadhan yang mulia, turut akan berlansung pesta SMS. Semua akan pakat-pakat hantar sms ucapan menjelang Ramadhan. Ada pantun lucu, ada pantun nasihat, ada hadis dan potongan ayat Al - Quran. Ok, ini intro sahaja, aku bukan nak cakap pasal SMS, aku nak cerita pasal blog rakan-rakan aku. Aku dah tulis benda ni lama, few weeks. Don't know why, but today rasa macam nak postkan. Mungkin kerana sempena Ramadhan aku teringat kenangan bersama mereka.

Pada aku blog umpama email, makin lama makin ramai orang mempunyai blog. Among my real life friends aku antara paling awal. Thanks to Nasa yang ajar aku cara berblog. But then, few of my friends tiru aku dan bina blog sendiri. Nothing wrong with that, maksud aku, aku tak rasa riak atau bangga pun. Since, aku sendiri tiru orang lain dengan memilih untuk mempunyai blog. Rasa malu sedikit ada, sebab before this aku kutuk orang yang blogging. Few years back aku anggap blogger ni loser, takde life dan tersangat boring. Hahhaha…


Izinkan aku promosikan, komen, kutuk, review atau apa sahaja istilah yang dirasakan sesuai semua blog milik kawan-kawan aku. If you guys notice, aku choose not to have any link exchange with any other blogger or simply letak link to any blog dalam blog aku. ‘Friend’s Blog’ sebelah kanan tu sememangnya milik kawan-kawan aku yang aku kenal. Kenal maksudnya disini samaada aku pernah share sepuntung rokok, tidor sebantal, makan dari periuk nasi yang sama atau ketiga-tiganya sekali.


So, here my review.


Nasasuke
For him, blog just for his own close friend viewing. So, dia buat blog hanya untuk tatapan kawan-kawan. Update pun berbulan-bulan sekali. Dia start blogging masa zaman university. Thanks to him, kalau tak memang tak wujud la blog aku ini. Almost everyday for one whole week aku kacau dia, tanya itu dan ini pasal blogger.com. Maklumlah, buta I.T macam aku gatal nak ada blog sendiri. Hahaha... Nasa, aku tak boleh lupa berbuka rumah family kau last year, aku sampai 1 minute before time berbuka and that sup... marvelous. This year boleh singgah lagi?


Badrul-True Story

He start blogging away ahead of me. Budak I.T lah katakan. But he choose to open new blog after saw my blog. Since dia ni budak baik, so blog dia pun pasal benda baik-baik sahaja. Tulis pun jarang-jarang. To Bad, jangan lupa call aku untuk berbuka puasa.



Bila Kapo Menulis

Rasanya dia pun kenal blog awal dari aku. Dia pun tolong aku pada mula-mula aku nak kenal blog. Dia ada dua blog. Satu pasal kehidupan, satu lagi pasal bola. Dia pun terkena penyakit yang biasa blogger lain kena. Copy and paste. Copy news and article then comment few sentence. Pemalas. Kapo, taknak jemput aku berbuka rumah kau ke?


Lobo Penggempur

Ahli PAS yang malas menulis. Terlalu busy with business and parti katanya. Aku rasa dia busy nak menambat hati sang puteri… fuh. Update setahun sekali kot. Super pemalas.


Malaymind

Milik housemate aku. Dia ni fanatic Barisan Nasional. Kalau letak pisau dileher suruh sokong parti pembangkang pun dia still akan sokong BN. Dalam blog politic serious dia ni, dia try to be fair, berdiri di tengah-tengah dan not bias to any parties, konon. Sorry, 1st rule of blogging kena jujur rasanya. So, Shuk better kau all out kutuk pembangkang and puji BN daripada berkias-kias and berbunga-bunga dengan pelbagai dalil. Tapi dia bijak, macam aku juga. Buktinya, aku benci BN, dia fanatic BN, kami boleh tinggal serumah. Shuk, malam ni terawih masjid negeri ke surau bawah?


Blog ku

Pengomen tetap blog aku, Sukun akhirnya buat blog. Setelah bosan komen dia kena delete di beberapa blog. Cuma Sukun terlalu meniru tulisan idola dia Mike from blog Semusim Di Neraka. Mungkin bahasa Mike lebih berbunga-bunga, Sukun plain and simple. Tapi obvious sangat Sukun try to write like him. Be yourself, jangan try to be somebody else.


http://mysweetstory.wordpress.com/

Milik Fid. Sorry aku lupa nak letak link di tepi tu. Nanti aku letak. Dia pun kenal blog awal dari aku. Dia ada 2 blog, 1 pasal kisah dia jaga anak dia. Dan satu lagi (atas tu) pasal buah dada, pasal payudara, pasal tetek. Hahaha.. aku assume orang dewasa semua disini, jadi aku dibenarkan buat lawak berbaur lucah. Actually that blog pasal breastfeeding. Fid ni passionate pasal menyusukan anak dia. Usaha murni yang perlu dicontohi. Fid, jangan lupa jemput aku berbuka rumah hang. Then, kita try arrange majlis berbuka ramai-ramai.

That’s it. To my friends yang ada blog, aku tak tahu please let me know. Then, after this aku akan include pasal blogger yang aku 'kenal' online pula.

To my friends, sorry kalau terasa dengan teguran aku. Aku memang jujur orangnya. Hahahhaa… kalau tak puas hati nanti aku belanja makan. Anggap lah ini kutukan terakhir sebelum puasa. Lepas ni seperti dijanjikan aku kena tulis 'lembut' sedikit. So, aku dedicate kutukan ini kepada rakan-rakan. Baiknya aku....Nanti kita berbuka sama-sama. Or, kalau korang anggap promosi, ini boleh consider sebagai amal jariah aku before Ramadhan.

Itulah senarai blog rakan-rakan aku setakat hari ni. Kalau boring… diulang, tatkala boring lawatilah blog mereka. Time boring sahaja. Tapi Aku Betul…! Korang perlu lawat everyday. Hahahahha….


Sekali lagi...

Selamat Menyambut Ramadhan....


Wednesday, July 18

Celebrity Friends - My Wish

Notice: Quite a long entry, read during free time.

I think, maybe not all but almost everybody have their own friend wish list. I mean someone that you wish to be your friend, sahabat or simply kenalan. Most names in our list adalah celebrity or someone that we admire. So, now I would like to tell you guys who in my list. Remember, I not talking about whose better in their respective field. Since, I not wish to be friend with the best among them all. Cuma, dari apa yang aku lihat dalam kaca tv, baca di internet or newspaper, aku rasa mereka ini cool and mesti seronok jadi kawan mereka.

  1. Local Athlete

Aku rasa most people admire Nicol Ann David. Aku pun sama, but I don’t think aku suit to be her friend. One of Nicol’s best friends used to be my colleague, so aku pernah jugak hang out dengan mereka. Here some clues where our favorite place (here). Aku rasa aku tak sesuai jadi kawan dia, with that I think I go for Alex Yoong. With all the critics people thrown at him, dia still cool and keep doing what he know best. This lady (Teek), use to work with him, I heard a lot about Alex through her. So, for me Alex Yoong adalah atlet paling cool yang kita ada.


  1. International Athlete

Aku minat sukan, jadi memang banyak choice yang bermain dikepala. Most Liverpool fans nak jadi kawan Steven Gerrard. But for me that guy nerd, skema, jiwang. So, sadly aku kena take him out from my list. Then, aku selalu admire Taufik Hidayat not just for his skill, technique and his never-say-die attitude but also his patriotism. Aku masih ingat dia menangis macam budak kecil bila kalah di Olimpik dan menolak pelawaan Singapore apabila dia ada krisis dengan persatuan badminton Indon. Dia juga nampak macam ganas and keras kepala masa berkeras mahukan jurulatih peribadi dia kekal dalam national squad. Tennis teen sensation Rafeal Nadal pun nampak macam cool. This millionaire athlete coolly drives Kia Sorento, one of my dream cars instead of BMW or Ferrari. But the coolest international athlete that I wish to be my friend is… Alex Pagulayan. Maybe not a household name for us, it will never be. But this billiardist seriously, extremely interesting and fun to watch. For serious, tactical and mind twisted sport like billiard, dia boleh gelak-gelak dan bersahaja. Semua player pool around the world loves him. Astro juga selalu cover pool tournament, so kalau dia main aku memang tak tukar siaran, walaupun kadang-kadang ada bolasepak kat ESPN or AstroSport. His skill, passion and humorous character memang betul-betul best. Kalau dia main dalam ‘Trick Tournament’ memang tak kering gusi para penonton ketawa dengan gelagat dia. Last month rasanya, di Singapore dia kena penalize 1 game sebab datang lambat lepas rehat, instead of marah-marah or arguing with the officials, dia boleh gelak and pukul dahi sendiri. Hahaha… simply the best entertaining pool player ever.


  1. Local Artist

Without doubt aku harap untuk jadi kawan kepada Jason Lo. Music dia best, his artworks (song, video clips, and concert) look likes macam kerja artist oversea. Dia juga nampak macam berilmu masa mengacara rancangan Lette at 8 dulu. Then bila dia tunjukkan semangat patriotic dan kesukanan dengan menubuhkan MyTeam dengan Khairy Jamaludin, aku rasa memang best kalau jadi kawan dia.


  1. International Artist

Seriously I have no idea. Aku tak follow international entertainment world that close to choose anybody. Maybe media hype about Paris’s cool life membuatkan aku nak pilih dia. But she just too thin lah. So, aku just pick Lindsay Lohan, simply because I think she damn HOT.


  1. Local Millionaire

Macam pernah aku tulis disini, there are no cool millionaire in Malaysia. Our millionaire still tua, nerd, dah sampai usia senja. Maybe, the best I can choose adalah AirAsia’s CEO, Tonny Fernendes. We all knew his achievement with AirAsia, sehinggkan kerajaan tak senang duduk. Aku pun kenal salah seorang anak buah dia, and she told me dia memang cool. Always know what he wants and how he want it. And sometimes, dia sedikit ganas bila marah pekerja, F words commonly come out bila dia rasakan perlu.


  1. International Millionaire

Sir Richard Branson (Virgin Empire). This man owns a vacation island but he has no idea how to use a computer. Need I say more?


  1. Politician

Nik Aziz Nik Mat. Truly the best ulama’ plus politician that we can ever find. Forget what media report about Tok Guru ini tak kira dari BN’s media, Harakah or even international media yang aku dengar banyak juga cover cerita dia. Aku pernah pergi rumah dia like 10 years ago, his house smaller than masjid or surau disebelah. Then, there is a group of people waiting for him dalam surau. Bila dia sampai saja, one makcik berikan bubur lambok dalam plastic pada dia. Maksud aku dalam plastic bag without tupperware atau apa-apa bekas, just bubur dalam plastic macam bubur dari masjid dibulan puasa. Dia dengan senang hati terima pemberian makcik tu, sambil bersalam dan bergambar dengan orang lain, plastic tu still ada ditangan dia. Imagine that, someone berikan makanan dalam beg plastic kepada Menteri Besar. Kalau itu bukan cool aku tak tahu apa nak cakap. Maybe aku boleh jadi ‘kawan’ dia and hopefully dia boleh didik aku… Hahahaha…


I’m very much satisfied with my current friend. This list just for fun and please do not take it seriously. Hope to hear yours.

Monday, June 25

Sahabat, Teman, Kawan, Rakan, Kenalan…

Ramai blogger sekarang suka tulis panjang-panjang for their posting, especially after weekend. They will write every single event of their life. So, aku pun rasa nak tiru style yang sama. Although, I will not going to jog down all the stuff happen to me during last weekend. I just nak follow the long entry trend. Jadi, untuk posting ini it will become the longest article dalam Aku Betul...!

With that in mind, aku nak ingatkan please read this article only during your free time. Jangan baca masa lunch hour then marah aku sebab anda terlepas makan lunch. Seriously, if anybody here dares to read the whole article, aku salute dia.

Key to write long article adalah memilih topic yang sesuai dan pandai memesongkan jalan cerita kepada beberapa sub topic dan kadang-kadang masukan elemen-elemen trivia. Ramai blogger ambil jalan mudah dengan cerita apa dia buat dari pagi sampai malam, tentunya boleh cover the whole lunch hour la. But I not going to use that lame tactic, allow me to choose one interesting topic to discuss.

And the lucky word is… Friend. Yup, aku nak bercerita pasal kawan, buddy, sahabat, peng yu, member, rakan… or what ever you want to call it.

See, this will be long entry, even the intro already consist of 1, 246 characters.

Ok, now let talk about KAWAN.

Bukan filem lakonan Hans and Ella, Hanya Kawan. But ini adalah kisah kawan dalam erti kata sebenar. Tapi dalam filem tu pun ada try kupas pasal istilah kawan, sahabat, kekasih. But that from Harith Iskandar’s point of view. And he have to commercialize the whole idea, kalau tidak tak boleh jual. That’s the scenario of our film industry, honest script writer and director memang tak boleh cari makan. Maybe we all Malaysian trust too much of phrase ‘Customer Always Right’, so in these case penonton mahukan filem kurang bermutu. Then, filmmaker kena ikut lah.

(Nampak tak how I include trivia there, filem Hanya Kawan and industry filem kita).

The main reason aku choose to write about friend is this might be the only topic that will attract reader of this blog. Since most of you guys are my friends, samaada real life or kita kenal kat internet. So, most probably you guys interested to know what I going to write about you. Bijak kan aku. Another reason is, I believe everybody have at least one friend. Paling teruk pun macam filem Beautiful Mind, where the Nobel Prize winner tu create imaginary friend to accompany his life. So, since everybody ada kawan, you guys surely akan connected dengan tulisan ini and akan ada idea sendiri untuk setuju atau tak dengan idea aku. Another topic that I consider is Sex. Since everybody telling me Sex Sell. But, aku masih bujang, apa lah aku tahu pasal sex. So, better I write pasal kawan.

Ok, first let define friend. Susah ni, difficult to exactly create a way to justify somebody as our friend or not. Maybe base on information, if we knew something about that person and vice versa, then boleh consider sebagai kawan. Of cause, information tu maksudnya nama, asal mana, kerja, etc. But, we can’t apply the same method for celebrities, since they knew cerita masing-masing sedangkan mereka bukan kawan. Nevermind, since aku bukan celebrity, and no way celebrity singgah kat blog ini. So, let just stick to above definition.

Ramai percaya kawan berbeza dengan sahabat. Sahabat adalah teman sehidup semati. Sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam kehidupan. Walaupun kadang-kadang onak dan duri yang betul-betul pun kita tak pernah jumpa, since sekarang hutan semua dah jadi bangunan atau padang permainan. Seriously, what exactly ‘onak’? Some sort of pokok or lumpur?

Tapi pada aku, insan yang sanggup bersusah payah dengan aku bukan lah teman sejati atau sahabat. Sanggup membantu aku tatkala susah bukan lah indicator yang dia adalah sahabat aku. Siapa yang bergembira ketika aku berjaya adalah sahabat sejati. Pelik? Betul… allow me to explain. Rakan-rakan sekerja semuanya sanggup membantu aku jika aku menghadapi masalah. Tapi adakah mereka akan turut gembira jika aku naik pangkat atau dapat increment? Maybe majority yang baik dengan aku akan tumpang gembira, but some surely akan rasa tak puas hati. Nampak tak arah tujuan tulisan ini? Lagipun, everybody knows, true friend will help others in trouble. Bukan rahsia lagi, jadi ramai kawan-kawan yang sanggup jadi pelakon amatur semasa membantu kita. So bantuan semasa susah bukan lagi kayu pengukur yang terbaik untuk zaman sekarang.

Our society, especially Malays terkenal dengan sifat hasad dan dengki. Aku sanggup potong jari jika jangkaan aku salah tapi aku pasti jika aku berjaya, there must be some of my friends tak suka. Or at least iri hati dengan kejayaan aku. Aku percaya aku pandai menilai orang, and rasanya there are a lot people also believe they good at this skill. Ramai yang confident mereka pandai menilai manusia lain. Funny right, kalau semua orang pandai menilai diri orang lain, there will be no war, fighting, cerai berai and all other negative stuff. But seriously, aku memang pandai menilai orang. So, aku boleh namakan seorang demi seorang rakan aku yang cukup baik dengan aku, pernah tidor sebantal, makan sepinggan, berkongsi duit dan macam-macam lagi tapi dia akan tidak puas hati jika aku lebih berjaya dari dia. Jadi, mereka adalah kawan tapi bukan sahabat sejati aku. To all those jokers, aku rasa kau sendiri pun boleh agak siapa kau. Yes, you…! The one who always want to know how much money I make per month, how high my position now and what kind of car I drive. Stupid…! For the record, you guys are all more successful than me. Puas hati?

Jangan kecil hati, you guys still my friends, kerana pada aku bila once dia jadi kawan, seumur hidup dia adalah kawan aku. Tak kira kalau dia perompak ke, perogol ke atau pernah aniaya aku. Aku kena terima if I’m that unlucky to get that kind of friends. Aku tulis jangan kecil hati since aku tahu ramai reader of this blog are my current and old friends. Aku selitkan this blog url as my signature at my outgoing email. And that email address boleh dikatakan active dalam yahoo group sekolah-sekolah lama aku di Ipoh dan Taiping dan juga yahoo group classmate di university. Jadi kadang-kadang tentunya mereka baca blog ini sekadar suka-suka atau nak tahu perkembangan hidup aku. My current friends pun ramai yang baca blog ini, secara senyap atau terang-terangan. So, again, jangan kecil hati.

Tak adil jika aku judge kawan aku samaada mereka sahabat aku atau tidak, sedangkan aku sendiri tak pasti samaada aku layak jadi sahabat kepada diantara mereka. To be honest, aku rasa aku cuma layak jadi sahabat kepada not more than 5 of my friends. The rest, sorry to say, I not really sure. Using the same method, for this less than 5 person, if anything good happen to them, aku akan gembira yang teramat sangat. Seriously, aku tidak rasa sedikit dengki atau tak sedap hati. Regardless they deserve or not that success, aku tetap gembira. Samaada mereka buat jahat untuk mencapai kejayaan itu, atau mereka menipu atau apa sahaja cara. Selagi mereka gembira aku gembira. Full stop. Kenapa yang lain aku tak berani anggap aku sahabat mereka? Since aku pun dah terkena penyakit dengki dan busuk hati, maybe tak kritikal sampai kena masuk ICU, but once a while aku kena pergi bersihkan hati.

Ada juga orang cakap, iri hati dan dengki sesama rakan ada bagusnya. Especially for student, that jealousy will motivate them to work harder and compete among themselves. Bullshit…! There are no such things as positive jealous atau dengki yang membawa kebaikan. If you brilliant enough, anda sendiri sedar anda perlu buat yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Tak kira masa study atau masa kerja. Just give your best and berdoa for God blessing. This jealousy and hasad dengki seriously nonsense. Human is a weak creature, hasad dengki ini jika diamalkan dari muda, sampai ke mati akan kekal dalam diri. Mungkin masa belajar sekolah dan university semaikan hasad dengki untuk motivate diri and beat classmate dalam exam. Then, bila dah kerja akan bersaing dengan rakan sekerja atau business rivals, sekali lagi sifat hasad dan dengki itu dipupuk agar bekerja lebih keras, kononnya. Mungkin ia dapat membantu, tapi kalau dah sebati dalam diri, sifat tu dah jadi darah daging, it will influence every move and steps you make, tak kira masa kerja atau dimana-mana. You will not satisfy with what ever already in your plate, dan akan tak sedap hati bila orang lain berjaya, tak kira lawan atau kawan baik sendiri. Trust me, dalam masyarakat kita ada ramai, ramai sangat manusia jenis ini. Among my friends pun aku sekali lagi boleh tulis nama mereka yang aku pasti terjerumus dalam makhluk-makhluk keji ini.

Ok, if you are my real life friends, try imagining next year aku berjaya buka syarikat sendiri dan pakai kereta mewah. But sad to say my line of business memang jauh gila dengan bidang kau. Duduk termenung membaca apa lagi? Imagine la aku jadi manusia berjaya. Maybe not businessman, just choose any kind of success that you can’t share. Dalam erti kata lain, mustahil aku boleh tolong atau bantu kau dalam kerjaya. So, kalau aku berjaya sebegitu, kau akan Gembira? Dengki? Marah? Tak sedap hati? Sedikit tak puas hati?

From there you will be able to evaluate yourself, kau sahabat, teman, kawan, member, kenalan atau musuh aku? (aku tak rasa aku ada musuh, since aku ni manusia baik, no joke, aku memang dalam golongan orang yang baik-baik).

Mesti ramai yang tak puas hati, since theoretically they believe they must be more successful than me. They graduate with better CGPA than me, they currently work with multi national company, they already start their own business away early than me, they work damn harder than me, they lick their boss ass every day, atau apa sahaja alasan yang mengukuhkan pandangan ‘mereka sepatutnya lebih berjaya dari aku’ atau ‘aku tak layak untuk berjaya’. To this friend, believe me, if you categorized yourself as my Kawan, aku rasa it goes the other way round juga. Aku pun bukan sahabat kau. Second thought, this one aku tak sure, maybe they jealous with me, but still aku rasa aku sahabat dia and akan gembira dengan segala kejayaan yang telah dan akan dia capai. Hanya tuhan yang tahu.

Back to the traditional assumption, friends yang sanggup tolong kita adalah sahabat sejati. Hahahahha…. karut. Macam semua orang, aku pun pernah hadapi masalah, then ada kawan-kawan datang nak tolong. Believe me, yang datang sebenarnya bukan semua nak tolong. Samaada nak ambil kesempatan, nak bergembira dengan kepayahan aku, nak menyedapkan hati sendiri since they realized they did a right thing and tak end up in that kind of trouble or they approach me simply to show their cleverness by saying, I told you so…! Don’t get me wrong, they will help me. But, deep in their heart mereka suka aku berada dibawah sana dan mereka diatas, sambil hulurkan tali, kayu atau apa-apa yang dirasakan perlu. Cara kawan-kawan hulurkan pertolongan pun berbeza. Ada yang jenis tak kedekut wang ringgit, tapi cukup berkira bila kita perlukan tenaga dia. These kinds of friend think their level just too high untuk bermandi peluh. Nak pinjam duit, no problem but when comes to tolong buka tayar kereta, sorry. Or kalau nak tolong rekemen kerja atau peluang bisness, no… that’s not my style. Tapi majority orang Melayu kita tak kedekut tenaga. Cuma tak boleh sentuh wang ringgit. Aku lebih suka kawan begini, sebab walaupun mereka kedekut duit tapi rata-rata golongan ini adalah yang down to earth, tak suka cakap besar dan sedikit low profile berbanding jenis yang pertama tadi. Alhamdullillah, most of my friends adalah mereka yang tak kedekut tenaga. Walaupun ada seekor dua yang masih rasa diri mereka bagus sangat untuk dikerahkan keringat membantu aku.

Another question I always ask myself, can we treat our colleague as friend? Aku tahu ada sesetengah manusia memang rakan sekerjalah kawan yang mereka ada. Main badminton dengan mereka, pergi tengok wayang dengan mereka, picnic di PD sama-sama, share all kind of problem. In short, their life hanyalah berpusing dalam bulatan yang sama sahaja. Adakah ini benda yang ok? Aku seorang sahaja ke yang nampak scenario ini sebagai pelik? Aku tak nak kecilkan hati officemate aku, so let me say I found this thing as weird but nothing wrong with that. So, next trip kemana-mana jangan pula ignorekan aku. Maybe this one of the reasons some blogger hide their identity. So, while expressing themselves, tak perlu jaga hati sesiapa. Errrmm… no, I still believe those blogger sebagai pengecut.

Seinfeld pernah buat joke pasal kawan masa buat stand up comedy. He ask his audience, beside their colleague how many friends the really have? Aku tak ingat exactly what the joke about, but I would like to ask same question here. Jangan kira rakan sekerja, berapa kawan kita ada? If you said more than ten, maksudnya kau still remaja. Since the older we become, our friends keep moving away from us. I don’t know, that what Seinfeld said… Tapi kalau fikirkan logic juga. Many believe life is like a circle. Damn true, masa dalam perut ibu kita alone. Then, lahir je ke dunia mother become our first partner, so dah dapat ‘kawan’ seorang. Lepas tu, kita berkawan dengan adik beradik kita. Jiran-jiran sebelah rumah. This point, number of our friend dah jadi more than 10. Masuk je sekolah rendah it become infinity. Anybody within our age group adalah kawan kita. Baru kenal 2 minit dah boleh share ice cream. Memang rasanya, the whole world adalah kawan kita. Bila masuk sekolah menengah, jumlah kawan makin menurun sikit. Maybe few hundred je, I means still the whole school adalah kawan kita kan. Including pak guard dan cleaner. But kita dah mula pandai memilih kawan. Then masuk university makin decrease, we start to be extra selective. Kaki muzik akan lepak dengan kaki muzik sahaja, fanatic bola akan pergi kedai mamak malam-malam hanya dengan member-member sekepala. So, jumlah kawan dah jadi beberapa puluh sahaja. Masuk alam pekerjaan become worst. Dengan office politic, kes tikam-tikam, kesibukan itu dan ini, macam cakap Seinfeld, kawan kita tak mungkin lebih dari sepuluh. Just few of our schoolmate, uni classmate yang belom hilang nombor contact dan member-member kawasan perumahan. In my case, adalah beberapa member kampong yang masih ingat aku walaupun selalunya jumpa masa sembahyang raya sahaja. Nobody we can blame for this scenario, masing-masing sibuk membina career, membina rumah tangga, membina kehidupan. Dan yang paling penting masing-masing sibuk cari duit…! Masa untuk rakan-rakan dan makin kurang. So, semua kawan dah jadi kawan lama, sebab walaupun duduk sebelah taman perumahan tapi tak pernah jumpa atau bertanya khabar. Then bila dah kahwin, kawan kita kembali menjadi satu. Sama seperti masa kita dilahirkan kedunia. Our mum will carry us everywhere, just like our spouse la. Kan. Finally, dalam kubur kita dah memang takde kawan, macam dalam perut ibu. So, damn true, life is a journey to complete one cycle, even if we look at it from friendship perspective.

Tangan aku dah penat taip. So, aku stop here.

Since I wrote this article just like karangan masa sekolah, then aku masih ingat lagi cikgu aku cakap setiap karangan mesti ada kesimpulan. Kesimpulan tak boleh terlalu panjang, but then cannot be too short. Tapi kenapa dinamakan ‘kesimpulan’? Kalau simpul maksudnya belum terlerai, still undone, sedangkan tujuan menulis adalah untuk menerangkan sesuatu perkara dan make it clear. Nevermind, cara mudah, aku namakan paragraph ini sebagai conclusion, bukan kesimpulan. So, aku nak conclude please appreciate our friendship with anybody around us regardless how low we rank them and how high we think our status. Jangan sekali-sekali masukan sifat dengki dalam hubungan dengan kawan-kawan. Kalau terpaksa, tolong letakan sifat dengki tu dalam drawer kat office atau dalam beg pergi class sahaja. Another thing, kalau dah lama tak contact kawan-kawan apalah salahnya sent sms or email sekadar bertanya khabar.

I know by writing this long entry some morons will gatal tangan to give stupid comment such as;

Get a life dude…
Kau takde kerja berfaedah lain ke nak buat?

My advances answer to that, kau boleh berambus dan pergi cari kawan kau. Jumpa kawan-kawan kau, salam, cium tangan mereka sambil minta maaf. All these years I bet they regret to have friend as dump and annoying as you.

Again, aku bijak dengan cover diri sendiri sebelum kena kutuk. Dah la baik, bijak pula tu. Errmmm… anybody want to trade brain with me? Hahahhahaha… Please jangan take serious keangkuhan aku, my true friends will understand aku memang suka bergurau.

Ok. That’s it. Longest entry of Aku Betul…! so far.


P/S: Aku tak baca balik tulisan ini sebelum post, so kalau aku refer reader here as anda, kau, you guys…tak consistent, minta maaf la. Aku dah pening, panjang sangat. And, any typo just ignore.


Serious notice: Those who know me in real life, please do not discus this article with me kalau kita berjumpa. Rasa tak best la pulak.

Total Pageviews

. page counter