Showing posts with label famous malaysian blogger. Show all posts
Showing posts with label famous malaysian blogger. Show all posts

Tuesday, November 4

Most Powerful Geng in Malaysia Blogging Scene

Many experts believe blogging now at it highest popularity level ever. I personally confident blog will become ‘new email’. Dulu, not every internet user ada email account, but now not anymore. Same will goes to blogging, satu hari nanti pasti semua pengguna internet ada blog sendiri dan tidak pelik jika url blog dipaparkan di dalam resuma dan diatas business card.

One of the most important criteria to become famous and profitable money-making blogger adalah mempunyai networking yang kuat. Talian persahabatan with other bloggers. Networking sebegini sangat penting kerana mereka boleh berkongsi idea, kaedah dan yang penting berkongsi trafik. Di Malaysia terdapat beberapa group atau geng yang popular, glamer dan POWER.

So, aku akan cuba memberi ranking kepada geng-geng ini. Powerful yang aku maksudkan adalah kumpulan yang aku percaya mempunyai follower yang ramai, income yang tinggi (atau berpotensi mendapat income yang tinggi jika mereka commercialkan blogs mereka) dan mempunyai nilai glamorous yang sukar nak dijelaskan.

Ini juga umpama iklan free untuk blog mereka, lagipun aku sedar aku dah makin kurang masa untuk update blog so better aku salurkan trafik dari sini ke blog lain yang aku rasa worth visiting. Pilihla mana-mana geng yang korang minat.

So, here we go…

1. Political bloggers.
No doubt most powerful geng adalah political bloggers. Mereka ada persatuan ada perjumpaan hampir setiap minggu dan kita telah witness kekuasaan mereka didalam mencorakkan arena politik negara. Blog-blog seperti roslan sms, Rocky’s Bru, Kickdefella just to name a few menerima pelawat ribuan sehari. Since most of them not blogging for money, so kita tidak nampak blog mereka dimeriahkan dengan pelbagai iklan. But, when Jeff Ooi dan Raja Petra buat kutipan derma diblog mereka kita boleh saksikan rakyat Malaysia tidak segan silu menghulurkan ratusan ribu ringgit sebagai tanda sokongan. Mereka dapat ribuan jika tidak jutaan pembaca sehari, mereka juga boleh menjana puluhan ribu ringgit dalam beberapa jam melalui blog mereka, jadi aku percaya bloggers politic adalah geng paling power di Malaysia. Ditambah pula dengan kebanjiran politcian yang gatal tangan buat blog sendiri. So, mereka sememangnya sudah ada pengaruh, makin powerlah political blogger di Malaysia.


2. Geng Wangcyber.com

Wangcyber adalah laman forum terkenal dikalangan usahawan Internet Malaysia. Member of that forum rata-rata mempunyai laman perniagaan atau blog mereka sendiri. Ini adalah golongan bloggers bijak pandai yang menjadikan blogging sebagai medium for them to communicate with their readers that mostly also their customer. They also exchanging product untuk di pasarkan. Saling endorse product masing-masing. Saling puji-memuji product mereka sesama sendiri. Jika masih ada pihak yang tidak tahu apa product mereka, mostly ianya adalah e-book, software, membership, tutorial session, bengkel, information or anything that related to ‘generate money from internet’. Jalingan persahabatan mereka cukup unik kerana pada hakikatnya mereka adalah rival dalam business yang sama, but they brilliantly blend together dan sama-sama meraih keuntungan. Ada diantara mereka yang masuk dalam list individu terkaya didunia purely from internet income. Pergi tengok thread di forum tersebut, mana-mana ahli yang active bercakap, bagi banyak ilmu dan tips, rajin mempromosikan pelbagai produk, merekalah adalah geng paling power dalam kalangan blogger usahawan Malaysia. Atau lebih mudah just check list ini: http://www.wangcyber.com/forum/blogs/.


3. Team Nuffnang dan Adverlets.


Kalau ada yang belum jelas, Nuffang and Adverlets adalah sort like advertising firm for bloggers. Merekalah yang menyalurkan iklan ke blog-blog yang menjadi ahli mereka. Aku selalu membaca blog milik ahli nuffnang yang lain. Aku perhatikan mereka sudah membina geng mereka sendiri. Selalu buat gathering, saling visit dan komen blog masing-masing. Fact that Nuffnang also always arrange pelbagai aktiviti untuk satukan ahli mereka juga membuatkan bloggers Nuffnang menjadi rapat. But, I don’t think geng Nuffnang ini mendapat visitor yang ramai ke blog mereka melalui persahatan mereka. Tapi geng ini selalu mendapat invitation ke majlis-majlis glamour dan bergaul dengan golongan yang terkenal. Sebab itulah aku still anggap mereka power. Aku juga ada akaun Adverlets dan aku paparkan iklan Adverlets di beberapa blog aku yang lain. Sekali sekala aku jengok juga akaun Adverlets aku dan aku perhatikan mereka juga ada geng mereka sendiri. But mostly their bloggers adalah Chinese yang menulis dalam bahasa ibunda mereka. Bagaimanapun aku percaya bloggers yang bergiat aktif dalam Nuffnang dan Adverlets tidak kurang powerful dengan geng-geng bloggers yang lain. Badan corporate tidak keberatan menaburkan wang diblogs mereka kerana pengiklan sedar blogs mereka mempunyai commercial value. Nak jumpa geng blogger Nuffnang, pergi ke http://innit.nuffnang.com/ dan lihat posting yang dapat banyak vote (nangs).


4. Bloggers Dunia Hiburan
.
Bloggers seperti Mr.Manager, Sultan Muzaffar, klubkid, budiey, etc. They involve dalam dunia hiburan secara lansung, normally as wartawan hiburan. Since cerita yang mereka cover adalah dunia hiburan, sememangnya their blogs received thousands of visitors per day. Rakyat Malaysia yang sememangnya tidak pernah puas dengan info pasal artis kesayangan mereka akan berpusu-pusu pergi ke blogs hiburan milik geng ini untuk mendapat berita terbaru. Cuma beberapa bloggers sahaja yang fully commercialize their blog dan sudah ada yang tidak lagi work with any magazine since mereka boleh bergerak sendiri dan generate income from their blogs. Nak jumpa blog mereka, simply search nama-nama artis popular di google, confirm result yang atas-atas adalah milik mereka.


5. Bloggers Sasterawan
.
Geng ini adalah bloggers yang sememangnya penulis secara offline. Mereka adalah penulis novel, columnist, wartawan, penulis sajak, penulis skrip, senang cerita mereka adalah orang seni sejati. Since orang yang tidak pandai menulis seperti aku pun dah ada blog, jadi penulis sejati ini terpanggil untuk membina blog mereka sendiri. Mereka gunakan blog untuk berinteraksi dengan pembaca dan peminat mereka. Bloggers ini juga akan war-warkan karya terbaru mereka melalui blog. Pergi lah search nama-nama besar dalam dunia penulisan Malaysia. Akan terjumpalah blog-blog 'sasterawan' ini.


Geng-geng bloggers yang aku mention kat atas sememangny kenal antara satu sama lain. Mereka saling bantu membantu dan saling enjoy the life as bloggers. Aku sedar ada beberapa geng lagi yang tidak kurang power tapi aku tidak berapa tahu pasal blog mereka. Pastinya ada blogger technical (ex: liewcf.com) yang tulis pasal computer, gadget, open source yang aku tidak tahu sebab aku tak minat topic tu. Juga bloggers kaum-kaum ibu seperti redmummy.com atau viruspadu.blogspot.com yang aku baru sedar kepopularan mereka. Tapi again, aku tak minat baca blog mereka (kalau aku minat hubby mereka pelik pulak nanti, kan?) so aku tidak pasti betapa powerfullnya ‘geng’ kaum ibu tersebut.


Jadi lepas ni kalau check blog aku, dan tengok takde update, lepas survey mana-mana blog member-member aku kat sebelah kanan tu, boleh la jengok blog-blog milik geng-geng yang korang interested.

Kalau ada geng-geng lain yang korang rasa aku minat, tapi aku tak tahu kewujudan mereka, bolehlah bagi promotion free kat ruangan komen.

By the way, if ada yang interested to know, this is my 400th posting.

Chow…

Friday, July 25

I Will Never Become Famous Blogger

Notice: Seperti yang aku ulang beberapa kali sepanjang minggu ini, aku sememangnya busy tahap Gaban. So, this article sebenarnya aku tulis beberapa bulan lepas, to be exact during general election season. Aku malas nak post sebab busy dengan politic comments and aku rasa macam tak best je article ni. But, since aku memang tak sempat nak buat apa-apa posting sekarang, so aku post je lah…

Masa lepak dengan kawan-kawan lama, ada yang cakap aku dah popular sekarang. Ramai yang kata mereka baca blog aku setiap hari. Ada yang tolong rekemen kepada kawan masing-masing. Lawak juga kerana ada pula yang cakap mereka direkemenkan oleh orang lain untuk baca blog aku. Mungkin betul apa mereka cakap, since aku lihat pun setiap hari ada beberapa puluh keyword akubetul.com di search di google atau yahoo. Tapi aku sememangnya pasti tidak mungkin aku akan jadi blogger terkenal. Terkenal dalam erti kata aku boleh berhenti kerja dan gunakan blog sebagai sumber pendapatan utama.

Yes, I strongly believe I will never grow to be those bloggers that become major talking point in the office, during lunch hour atau ketika half time football match.

This is because…

1. Malas.
Aku sememangnya seorang yang pemalas. Aku malas nak join mana-mana persatuan, blogger gathering or even display any kind of blogger alliance logo. Maybe some believe aku suka bergerak sendiri. Berceloteh sesuka hati aku, alone. No, that not true. Aku teringin sangat join forum, berbincang ramai-ramai dan sebagainya. Cuma masalahnya aku malas nak peruntukan masa aku kearah aktiviti sebegitu. Weekend aku lebih suka balik kampong, keluar jalan-jalan dengan tunang, tengok bola dengan kawan-kawan atau terperap depan tv. Aku juga malas nak study, buat experiment dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari traffic, impress reader dan mengpopularkan diri.


2. Lack of Technical Skill.

Of cause this very much related to my laziness lah. Aku tidak tahu bagaimana nak edit gambar guna photoshop. Aku tidak tahu bagaimana nak host blog aku dan guna mana-mana content management system (CMS). Aku tidak pandai gunakan segala teknik dan taktik untuk jadikan blog ini more search engine friendly, those meta tags, pinging, cloaking… Damn, apa kejadahnya tu. Even aku nak tukar theme blog ini pun aku risau takut-takut semuanya hilang. Jadi sekarang ini aku hostkan semua content diblogger.com. Jika esok atau lusa aku tidak boleh log in dalam akaun gmail aku, semuanya akan hilang…So, technically aku memang tidak boleh jadi blogger terkenal.


3. English Aku Hampeh

Cuba kira berapa kerat blogger terkenal atau istilah popular sekarang pro-blogger yang tulis blog dalam Bahasa Melayu atau bahasa rojak? Hampir tiada. Jeff Ooi, Kenny Sia, Liew CF, Gobalakrisnan, semuanya tulis dalam English. Yang tulis dalam BM dan survive pun hanyalah mereka yang ada bisness lain. Mereka sekadar gunakan blog sebagai medium komunikasi dengan ahli-ahli berdaftar atau pelanggan mereka sahaja. Samaada mereka adalah penulis novel atau mereka jual product lain seperti e-book, software, perkhidmatan, etc. Atau mereka sememangnya tidak mahu menggunakan blog untuk cari rezeki, seperti ramai blogger politik dan artis yang gunakan blog untuk raih popularity sahaja. Berblog dalam English simply widen the potential reader, instead of orang Malaysia, mat salleh yang ada banyak buying power akan turut membaca.


4. Aku Tak Nak Jadi Pro-Blogger

Honestly, mungkin aku terigin juga. Cuma aku tidak boleh membayangkan aku jadi blogger sepenuh masa. Aku tidak yakin ianya satu pekerjaan yang menjamin masa depan, takde EPF, takde SOCSO dan semuanya seperti tidak jelas. Lagi 10 tahun adakah blogging masih lagi releven sebagai sumber pendapatan? Kehidupan pro-blogger pula aku bayangkan sedikit bosan. Terperap depan PC berjam-jam, tiada rakan sekerja, tiada masalah dengan account department, tidak bergaduh dengan customer dan tidak berpeluang tipu boss. Seriously sound damn boring, right? Then imagine nak terangkan kepada parent atau bakal mak mertua apa pekerjaan kita.

“Saya kerja tulis dalam internet, orang ramai baca tulisan, saya dapat duit dari situ”

Jawapan dari bakal mak mertua…

“Kau tak takut kena tangkap polis macam si Petra tu ke?”

Kalau mak mertua tu fanatic UMNO, lagi lah best…

Kau lah yang Khairy cakap beruk tu ye…


So, what ever happen pun, aku still believe blogging adalah hobby yang menyeronokkan untuk aku, itu sahaja.

Chow… Selamat berhujung minggu. Hujung minggu aku akan dipenuhi dengan bekerja menyiapkan tugasan yang sepatutnya aku hantar hari ini….

Komen-komen juga aku tak sempat nak reply, maybe next week, dah settle semua then aku luangkan masa.

Wednesday, May 14

Malaysian Childhood Hero

I not going to compare comic character and said how lame for us to have superhero like KluangMan, CicakMan compare to others like Ultraman, Superman, Ironman and so on. Instead, aku nak cerita pasal hero in the sense of idol, role model, someone we want to become when we grow up, thing like that.

For other countries, such as England, almost every single boy in the country dream to become professional footballer. Semua orang nak jadi Beckham, Gerrard or Cristiano Ronaldo. Same goes for any other football-mad countries like Brazilian or Argentina. Maybe for Chinese boy, they want to be like Yao Ming, Jackie Chan or Jay Chou. For American pula, again obviously sportsmen and artist such as LeBron James, Puff Daddy is their idol. For nerd and geek American kids pula aku rasa ramai nak jadi macam Bill Gates atau co-founder of Google, Sergey Brin and Larry Page.

My question now, how about Malaysian? I don’t think any kids in Malaysia dream to become footballer like Khalid Jamlus or Akmal Rizal. Aku juga tak pasti ramai remaja yang berangan-angan nak jadi artist macam Rosyam Nor, Awie atau Amy Search. Mungkin ada anak-anak kecil yang bercita-cita nak jadi Mawi but hakikatnya kanak-kanak dan remaja kita sebenarnya tidak mempunyai cukup celebrity yang boleh dipilih untuk menjadi idola dan sumber inspirasi mereka.

Biar aku tolong bagi suggestion….

1. Angkasawan.

Obvious first choice la. Tak kira budak laki atau budak perempuan memang ramai yang bercita-cita nak jadi seperti Dr. Sheikh Muszaphar. Memang cool boleh pakai baju paling mahal didunia. Yes, officially astronaut suit is the most expensive dress in the world. Since our angkasawan juga selalu pergi ke sekolah-sekolah untuk bagi motivasi pastinya ramai budak sekolah kita yang menjadikan dia sebagai idol.


2. Nicol David.

Number one squash player for 3 consecutive years, straight A’s student, won almost everything in squash scene, pocketed a lot of money. Kalau adik or anak aku nak jadikan dia idola pun aku tak risau. She simply a very, very good role model.

That’s it…. There are no other option Malaysian kids can ook for. Let’s see some other not-so-good choices they have.

1. Mat Rempit.

Make headlines for almost every week. Setiap minggu pastinya ada berita pasal mat rempit dalam suratkhabar. Their acts mendapat perhatian sehingga ke peringkat menteri dan pernah dibincangkan didalam parlimen. Setiap kali mereka beraksi akan mendapat perhatian beratus penyokong, dirakam oleh lensa camera dari pelbagai sudut, juga beratus polis setiap weekend ditugaskan 'menjaga' mereka. Selain dari bahan-bahan lucah, perkataan 'Mat Rempit' juga antara yang paling popular di search di internet. Cool, right?


2. Politician.

Ada ramai tokoh ahli politik yang boleh dipilih oleh remaja untuk dijadikan role model. Ada yang ganas, ada yang mulia, ada yang sopan santun, ada yang kurang ajar dan ramai yang bodoh atau pura-pura bodoh. Antara perkara yang pernah dilakukan oleh our politician, bina istana besar, scandal dengan artist yang cun, kahwin dengan artist, buat rakaman video lucah, nyanyi rap live di international TV station, bertomoi dalam dewan undangan negeri. Fuh… and the list memang tidak akan putus. Memang cool jadi ahli politik Malaysia. Mesti ramai adik-adik yang bercita-cita nak jadi ahli politik.


3. Mat Ganja.
Selain dari Mat Rempit ini adalah idola paling diminati remaja kita. Especially Melayu. Memang glamer kalau jadi mat ganja ni. Di kampong atau kawasan perumahan, asal ada kecurian hatta kehilangan selipar dimasjid pun orang akan sebut nama mat ganja kawasan itu. Nama mereka juga dah disimpan dibalai polis berdekatan. Mat ganja juga ada ramai kawan yang kongsi same interest. Mereka ada tempat lepak sendiri, ada port-port sendiri yang mereka jadikan sebagai tempat mereka melarikan diri dari hiruk pikuk kegilaan manusia. Mereka hidup dalam dunia mereka sendiri yang penuh misteri. Cool, kan?


4. Football Player.
Mungkin tidak ramai, tapi ada juga budak-budak yang semangat nak jadi footballer. Tengok sahajalah rancangan Soccer Kids di TV3, beratus budak-budak datang trials. Syok juga jadi player bolasepak Malaysia, dapat couple dan kahwin dengan pelakon/penyanyi, dapat gaji besar padahal main lebih kurang je, dapat jadi cover belakang majalah Hai. Dan kalau gaji tak cukup atau lambat dibayar mereka ada option untuk terima rasuah.


Dulu masa aku kanak-kanak, aku nak jadi player badminton. Aku suka dengan Razif dan Jailani Sidek. Bila abang aku belikan racket brand yang mereka pakai, Fuh… aku suka sampai jadikan bantal peluk untuk tidor. Hahahhaa…. So, kepada adik-adik pandai-pandai lah pilih idola yang sesuai. Kalau payah sangat pergi baca kisah-kisah nabi dan jadikan mereka sebagai role model.

Thursday, January 10

How to become Famous Malaysian Blogger?

These rules only apply for Malaysian blogger who want to penetrate Malaysia internet market.


Tactics to become Malaysian famous blogger:


1. Critics
Malaysia Government
This is the 1st rule to become famous blogger in Malaysia. We must condemn our leaders. There are plenty of topic and issues we can touch. There are NO famous Malaysian blogger that support Barisan Nasional leadership. Maybe ada blogger popular tak kutuk pemimpin. Niche mereka mungkin pasal hiburan, kewangan, technical stuff, but nahh… aku rasa mereka pun tak suka kerajaan BN.


2. Ads
Walaupun blog kita ada beberapa visitor, but still kena letak Ads. Tak kira lah dari mana-mana syarikat. Reason… as a gesture to our visitor that we knew about this thing and we are pro-blogger wannabe. Hahaha… Of couse we should not overdo this by placing all kind of ads. Visitor will easily annoy by these ads. (Just like you guys menyampah dengan Ads di akubetul.com)


3. Re-post.
Since Malaysia a small country with relatively small number of internet user, so the issue that attract Malaysia web surfer not as many as in USA or India. So, visit blog yang famous pagi-pagi then re-post the same topic at our blog. Throw our idea and comment related to that topic. Visitor akan kagum and believe kita ini blogger yang up to date, much better if we can give improved view compare to the famous blogger.


4. Cautious with Malaysian Artist.
Internet users in Malaysia either they love or do not care at all about local art scene. So, DO NOT ever takes a risk by criticize any local artist. You can make fun of it, write news, comment or anything, but do no take a chance by condemning Malaysia artist. Remember, our market not that big. Did you ever read Kenny Sia condemn Mawi? Or Liew CF kutuk Siti Nurhaliza?


5. Friendly.
Always try to satisfy all your readers. No, it is not impossible. Just listen to them and try to follow their advice as much as possible. Malaysian love to become leader, dictator or at least a ruler of their ‘internet surfing kingdom’. Memang adat orang Malaysia nak jadi tuan, so cuba dengar arahan mereka.


6. Lie.
Most Malaysian blog visitors are not I.T savvy. There has no idea how to check visitor details. Jadi, install apa-apa plug-in untuk monitor visitor at our blog lepas itu display the counter. Then, revisit your own blog thousands of time per day. Most I.T blind visitor will amaze with the number. Hahaha…


7. Community.

Join all kind of Malaysia community-base site, actively involve in all blogger forums and attend as many Malaysian blogger gathering as possible. Exchanging loyal visitor and traffic with them. Bodek all famous blogger to become their friend, beg for backlinks. Bribe them to mention your name in their blog. Treat them as king!


Please do not take this posting too serious, I’m not an expert. If you guys sincerely want to be famous blogger you should not came and read my blog. Membuang masa je, kan…? Instead, go and get tips from people in this list: Sabahan.com Famous List

Happy blogging…!


Not related to this posting...
Salam Maal Hijrah..!

Total Pageviews

. page counter