Wednesday, October 3

Handphone Aku Hilang

Dulu aku cakap kadang-kadang aku tak faham dengan perangai manusia. But now I should rephrase it as, aku dah makin selalu tak faham dengan perangai manusia, sifat manusia dan tingkah laku mereka.

Aku nak bercerita pasal handphone aku hilang last Sunday. Yup, masa berbuka puasa di Intekma Resort and Convention Center.

Semasa menunggu rakan-rakan sekolah aku hadir di sana, aku dengan awek aku lepak-lepak di kawasan lobby. Kami keluarkan handphone untuk snap few pics. Saja. Then, miscommunication between aku dengan awek end up kami meninggalkan salah satu handphone aku di atas sofa di lobby Intekma Resort. Sepanjang majlis berbuka aku assume handphone tu ada dalam handbag awek aku and she assume that phone in my pocket. Then bila semuanya dah selesai, lepas drop my girlfriend di rumah dia aku drive balik rumah.

Melengcong sikit....aku ada sifat yang sedikit pelik. Every night aku akan evaluate performance aku pada hari tersebut. Some ustaz says muhasabah diri, something like that. But aku memang suka rate diri aku sendiri untuk satu hari, so that night sebab ada function so, aku rate diri aku on the way balik rumah. Dan performance aku didalam majlis tersebut memonopoli hampir keseluruhan evaluation process. Soalan-soalan lazim aku tanya diri aku sendiri masa evaluation period ini antaranya;

- Ada ke tindakan aku yang menjatuhkan maruah aku?
- Ada ke aku kecilkan hati sesiapa?
- Aku membazir ke?
- Aku langgar mana-mana peraturan dunia atau akhirat.

Dan beberapa soalan-soalan lain. Aku rasa that day aku rate diri aku quite high. Since aku manage to make sure all my friends berbuka puasa dengan selesa dan happy. Then, aku rasa aku pun takde buat apa-apa tindakan bangang malam tu. So, aku happy. As usual, bila our social life berjaya kita akan bandingkan dengan perihal kerja pula. Ok, maybe not usual for all of us, but aku memang macam ini. Then, aku cari my other phone (office phone) to sent sms to my staff pasal sesuatu. Aku start panic bila tak jumpa phone. Then aku call awek aku suruh cari dalam handbag dia, bila dia bagi negative answer definitely aku pasti tertinggal di lobby. Hati dah tak sedap bila aku call that number, since dah kena off, padahal battery banyak lagi. Aku pusing kereta dan pergi semula ke Intekma Resort. Nothing there… receptionist and guard both knew nothing. Dah sah la ada orang ambil.

Disini bermulanya aku rasa pelik dengan perangai manusia. Bayangkan, semua yang hadir berbuka puasa adalah orang Islam. Member sekolah aku cuma beberapa belas, tapi the whole Intekma ada beratus-ratus if not ribu orang datang berbuka. Sama-sama datang untuk meraikan kejayaan umat Islam menunaikan salah satu rukun Islam. Pekerja-pekerja di Intekma Resort juga majoritynya Islam. Jadi dibulan mulia ini tergamak manusia keji tersebut ambil handphone aku, off, dan simpan dalam pocket. Niat dihati esok atau lusa boleh jual dan dapat duit. Manusia yang datang berbuka puasa ini tidak takut Allah ke? Tidak fikir halal, haram ke? Even dalam bulan mulia ni tak terfikir ke dia nak buat sedikit amal? Mesti hati dia dah betul-betul hitam. Hitam macam langkin, or lankin… referring to tar jalan raya yang sedang dimasak. Kemudian, tidak terdetik ke dihati dia tuan punya handphone mungkin akan maki, sumpah seranah tindakan dia. Dan malam nanti sebelum tidor bagaimana dia nak rate performance dia pada hari tersebut? A++ kot?

Handphone tu memang murah, baru pun harganya tak sampai satu ribu ringgit. Tapi information dalam phone tu yang berharga pada aku. Aku sanggup bayar lebih dari harga handphone untuk info dalam phone tu. But, benda dah berlaku.

Aku bayangkan jika aku jumpa handphone dalam lobby hotel… errmm… aku rasa aku akan serahkan pada security or kaunter pertanyaan. Again, kalau semua manusia ada hati dan otak yang sama semuanya akan jadi lebih senang dan tak meriahlah kehidupan kita, kan?


11 comments:

Anonymous said...

...Itulah bezanya tahap keimanan kita...kalau baru diuji dengan phone free depan mata kita dah gelap mata belum lagi ujian yg lebih dasyt cam keluarga Enchey Jazimin....kita sentiasa tewas dengan nafsu dan syaitan...takut lah dengan segala2 dosamu...

Fid said...

dood
mana satu yg hilang?
aku ada call ko lebih kurang pkl 650pm hari tu...ko ada jwp

Anonymous said...

jangan salahkan org jer ... muhasabah diri tu jugak ... kelalaian boleh membuatkan kita hilang apa yg kita ada selama ni ...

dok salahkan org jerr ... kata lu muhasabah diri sendiri!

Anonymous said...

Cian..nak wat camne..benda dah nak jadi..uhuhu...mane tahu lepas ni dapat hp lagi canggih..tapi maklumat2 n nombor2 penting dalam hp tu lagi bernilai ek..huhuhu..

p/s: aku takkan tolong pegang hp incey aku betul dah..takut ilang lagi..uwaaaa...rasa bersalah tak ilang lagi nih!

Anonymous said...

Reader's Digest pernah buat survey this year dan dah di publish dalam Ikon (sisipan akhbar BH)mengatakan rakyat Malaysia memang tak akan pulang balik hand phone yang dia jumpa. Survey result memang amat mengejutkan.

Cara survey ialah dengan letakkan HP kat tempat awam dan siapa yang jumpa akan ambil that phone utk buat reta sendiri.

Anggaplah ini sebagai ujian ALLAH. Kalau kita ada buat salah (aku tak kata Mr Right ni buat salah) ia sebagai kafarah dari ALLAH. Kalau kita tak buat salah macam Mr Right ni anggaplah ALLAH nak naikkan darjat kita.

p/s 'awek' dalam posting kalau kali ini merujuk pada si 'Rose' ni ke...???

Anonymous said...

Sabar dan anggaplah ada hikmah disebalik Ramadhan nie ye..

Buat rose, jgn salahkan diri sendiri..cool!

Anonymous said...

Salam Mr Right, semoga awak lebih banyak bersabar..

Mr. Right said...

ramonez,
Betul, manusia sebegitu jika diuji dengan benda yg lebih besar confirm iman cair.

fid,
Phone office. 016. Kau takde no. tu.

mr.,
Tolong pulangkan handphone aku! Aku pasti kaulah pencurinya... Hahaha..

Rose,
Rasa bersalah? Kena denda ni... ermmm...

AC,
Wah, ada survey pasal benda ni rupanya. A'ah, rose la awek tu.

ano,
Thanks.

deqma,
Salam. Sabar la ni, kalau tak dah ku bakar Intekma Resort tu. Hahahaha....

lankapo said...

ilang klu orang curi oklah jugak, buleh maki2 ornag yg curi tuh..

tapi kalau masuk dlam lubang jamban hahaha lagi skait hati hahah

Anonymous said...

anggaplah aper yg terjadi tu ketentuan tuhan..
ader hikmah disebalik yer..
sekurang yer memberi kita kesedaran dimasa hadapan..
so more carefull next time..

p/s: nasib baik baru tepon yg ilang..tak cik rose yg ilang...
hehehehe gurau jer..

Anonymous said...

If you are open to having a guest blog poster please reply and let me know. I will provide you with unique content for your blog, thanks.

Total Pageviews

. page counter