Wednesday, September 24

Jemput ke Kenduri Aku

Fuh! 1st time dalam 2 bulan aku buat 2 posting dalam masa 2 hari. Ermm... so, sesiapa yang terlepas posting semalam pandai-pandai lah cari.

Aku rasa aku dah habis jemput semua rakan-rakan ke majlis kenduri aku lepas raya nanti. Majlis buka puasa tonight will be the last event.

So, sekarang aku nak jemput rakan-rakan disini pula. Seriously, aku bukan jemput sekadar melepaskan batuk ditangga. Aku memang seriously harap ada member-member online yang dengan penuh selamba datang ke kenduri aku nanti. Ini kad jemputan yang aku tujukan khas untuk korang semua.

Itu majlis di Terengganu. Pada 04 October 2008. Ini address penuh:

1510-H, Kg. Bukit Depu,
Jalan Pasir Panjang,
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Kalau ada orang Kuala Terengganu or mereka yang beraya di Kuala Terengganu, boleh la datang. Kalau sesiapa yang tak de niat nak pergi Terengganu pun apa salahnya pergi, buat trip holiday ke Terengganu. Macam pernah aku war-warkan dulu, 2008 adalah Tahun Melawat Terengganu. Ada banyak aktiviti menarik. Pantai cantik, shopping batik, makan kepok lekor asli, ada macam-macam aktiviti kebudayaan, sukan air, sejarah.... tengok map kat bawah ni. Memang happening gila.



Bawah ni pula kat Teluk Intan.

Pada 11 October 2008. Majlis akan diadakan di hotel paling grand di Teluk Intan. Hotel yang tidak terkira bintangnya... Naik pening kepala aku kalau nak kira jumlah bintang hotel tu. Ini full address:

Hotel Angsoka,
No. 24, Jalan Changkat Jong,
36000, Teluk Intan, Perak

Ok, sebelum member-member buat apa-apa asumption, biar aku bagitahu dulu. Hotel tu bukanlah seperti hotel-hotel mewah kat KL ni. Hotel tu sekadar ada ruang makan dan tempat nak buat majlis sahaja. Click la nama hotel tu untuk pergi tengok website mereka. Wasatiah je rupa websitenya pun. Kenapa aku tak buat kat rumah? Tak buat kat dewan?. Seriously, kalau aku ada jawapan dah lama aku tulis. Semuanya aku serah kat family, ntah kenapa lah mereka pilih buat kat hotel tu. Aku sendiri tak faham. Member-member aku tengok nanti mesti pelik. sebab jarang-jrang rasanya aku buat decision pelik macam itu. Takpelah... kat mana pun majlisnya still makan, sanding, salam-salam.... ambil-ambil gambar.... balik. Sama je...Takpelah, banyak complaint pun nanti orang cakap aku tak reti bersyukur pula.

Kalau diTerengganu ada tahun melawat Tereangganu dan kerajaan negeri dan pihak swasta arrange macam-macam acara menarik. Di Teluk Intan yang hanya 2-3 jam drive dari Klang Valley ada salah satu keajaiban dunia. Macam Menara Pisa. Orang luar panggil Menara Condong, tapi kami orang Teluk Intan gelarkan menara tu as Jam Tinggi. Musim cuti ni boleh la bawa family korang witness keajaiban dunia ini sambil-sambil datang kenduri aku.

Menara Pisa and Menara Condong, Teluk Intan. No different, right?

Ok, joke aside. Mana-mana member aku yang aku terlupa jemput, terlepas pandang. Sila lah datang juga. Since jemputan kat blog ini merangkumi semua pihak. Tak kira member aku, member lama, member baru, stranger, online friends... semua sekali lah...Kalau tak cukup nasi nanti, aku belikan korang ayam KFC or aku jamu je kueh raya dengan air sirap.

Kalau sesiapa tak dapat datang, just doakan majlis aku berjalan lancar.

Terima kasih....Chow....

16 comments:

@tune® said...

hix..aku penah napak otel ni kalo blk kg...aku tau ghopenye gimana..apesal xwat kt Dewan dekat ngan Masjid??o ye..ko suh family uruskan...neway..Selamat Pengantin Baru...Selamat Hari raye..wa double celebration yeah

Anonymous said...

dooodd...
adakah aku neh dijempot skali ke kenduri ko??
hehehehhe...
takder sediakan bas ker untuk kiteorang neh...
thehehhehe.....

Anonymous said...

Pemurahnye jemput suma dlm blog sendiri...nanti x cukup makanan cmner?? alamak..aku plak risau..hii..neway..selamat pengantin baru yaa...tak bisa pergi sebab jauh... Moga majlis berjalan lancar yahh!!!!!

Anonymous said...

Rasa bangga plk pembaca blog pn djemput..klo dekat pasti aku dh g...bkn sbb nk mkn tp nk meraikan hari bhga korg...Congrats..SELAMAT PENGANTIN BARU AFFANDI N ROSE....BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT..SELAMAT HARI RAYA JGK...

Anonymous said...

1 ari aku nk letak gak nick aku kat comments ni...since aku x tau mcmne nk ltak,ada sape2 blh ajar...(JAHIL IT R)...Heeee

Anonymous said...

Wei Dood nanti aku datang kenduri ko kat Teluk Intan..aku pun orang Perak gak.Nanti aku pakai nametag besor-besor.

Selamat Hari Raya dan Selamat Pengantin Baru.

Joe Scapula.

Zyraz Technology Group said...

Selamat Pengantin Baru bro..tapi awal sangat tuh....puasa 6 pon tak sempat aku siapkan ....

anyway... Selamat HAri Raya too

azrin @ www.azrin.net

Anonymous said...

hohoho.. En Betul dh nk kahwin.. semoga bahagia sehingga nafas terakhir dan Slmt Hari Raya

marrang nung! said...

SALAM...
slamat pengantin baru...
semoga berbahagia ke akhir hayat...
aku tak dpt pegi la kawan...
majlis kawen aku pon 4 hrbln 10 ni...
kalo tak aku gi je majlis ko kat pasir panjang tu...
tak jauh sgt dari rumah aku...
apapon...
semoga majlis ko ngan aku berjalan lancar... amin...

Anonymous said...

salam dood, slmt pengantin baru.

maaf, raya ke-4 ni pun abg sepupu aku kawen gn org kelantan. Jadi raya thn ni aku akan ke kelantan. aku mesti pergi teman abg sepupu aku tu sbb tu sepupu rapat aku. membesar bersama2.

kenduri kat teluk intan plak tak pasti sbb kena tgk org rumah larat ke tak.

walaupun tak dpt pergi, aku doakan agar perkahwinan ko kekal, bahagia smpi ke liang lahad. tak mo setakat smpi tua je.

buat anak banyak2 k. anak tu rezeki dr ALLAH.

aku pun nak anak banyak tp doktor tak kasi. keadaan isteri tidak membenarkan.

Unknown said...

selamat pengantin baru n selamat hari raya bro .. may allah bless you

Anonymous said...

hahhaa...jauhnya nk dtg...
neway slmt pengantin baru...

Mr. Right said...

atune,
Double celebration? Ermm.. kahwin tak kira celebration kot. Ujian tu... takut ni.

lalala.inc,
Yup. Kau pun dijemput. Tak leh sediakan bas lah. Sebab office aku kerja hari 11 October tu. Takkan kosong office, semua pergi kenduri aku. Aku ni kerja swasta, bukan kerajaan.

youjie,
Ala, mcm aku tulis tu lah. Kalau tak cukup makanan untuk 2-3 org, aku belikan KFC. Kalau tak cukup berpuluh-puluh orang aku jamu kueh raya dan air sirap dah le.

ano1,
Terima kasih. Kalau jauh pun apa salahnya bercuti-cuti Malaysia ke Terengganu or Teluk Intan.

ano2,
Dibawah kotak komen ni ada pilihan. Ko pilih la Name/URL. Then isikan lah nama ko. Ataupun ko tulis je nama lepas tulis komen dalam kotak komen ni, mcm Joe Scapula (komen bawah komen ko) tu buat.

Joe,
Hahaha... jemput datang. Tak payah la pakai nametag. Ko jumpa dan salam la ngn aku, kenalkan diri ko. Jumpa nanti ya.

azrin,
Nanti puasa 6 la ngn isteri. Baru romantik sikit... :).

hatifi,
Sehingga nafas terakhir... Fuh!. Tima kasih bebanyak.

marrang nung,
Amin. Selamat pengantin baru kat ko jugak. Ko pun macam aku ke? Orang luar kawin ngn orang Ganu. Kena belajar faham cakap Ganu ni. Payah... Kelate lagi senang.

akukaya,
Terima kasih bebanyak. Kalau ada kesempatan datang lah, kalau tak doakan je majlis aku berjalan lancar dan rumah tangga yang aku nak bina akan teguh sampai aku mati.

nasa,
Tima kasih. Ko jangan tak datang pula.

syasya,
Apa salahnya datang. Ajak member2 berjalan makan angin kat Ganu or Teluk Intan.

All,
Hope akan ada member-member kat sini datang kahwin aku. Jumpa aku dan kenalkan diri. Mesti best....

Sy's Den said...

salam
bro, slmt pengantin baru..menu kat ganu nasi dagang ek? :)

Anonymous said...

hye,nak tanye lar.kalau nak buat majlis kahwin dekat hotel angsoka tuh,berape bajet die ye?harge dewan dah taw.cume nak taw,kalau byr utk meje kerusi sume.agak2 berape ye berhabis kt situ?

Mr. Right said...

Aku tak pasti. Boleh la call hotel tu untuk dapat info. Aku dulu semunya abang aku sponsor. Hehe...

Total Pageviews

. page counter