Friday, December 28

Jemputan Perkahwinan

Cuti sekolah hampir selesai, maka berakhirlah juga marathon majlis perkahwinan di seluruh Malaysia.
Picture from : http://thekadkahwin.fotopages.com/

Name it what ever you want; berkira, tak friendly, belagak bagus, kolot, kekampungan atau apa sahaja. Tetapi aku memang jenis yang berkira bila berkaitan dengan jemputan kahwin. With all the new communication technology nowadays people seem like to treat wedding invitation lightly. Ini reaksi aku terhadap jenis-jenis jemputan kahwin.


1. Hantar Email ke Yahoo Group.
Ramai bakal pengantin hantar jemputan melalui Yahoo or Google Group.

“Saya menjemput semua rakan-rakan ke majlis

perkahwinan saya dialamat bla…bla..bla.. attached map”

Confirm aku tidak akan pergi ke majlis dia, jika mood aku bagus aku akan reply email dia seperti ini:

“Congrats dude!”


2. Hantar Email.
Tidak jauh beza dengan hantar ke Group. Cuma mereka hantar individually.

“Dood, jemput datang kenduri aku..bla..bla..bla”

Jawapan aku pun tidak jauh berbeza,

“Jika tiada aral aku akan hadir…”

Kemungkinan besar aku tidak akan pergi, paling baik pun aku akan kirim hadiah kepada sesiapa yang pergi.


3. Short Message Service 1.
Sama seperti email, cuma lebih ringkas dan padat.

“Jmput ke knduri aku pada tarikh bla..bla..bla”

Most probably aku tidak akan reply sms dia, kalau ada masa aku call balik untuk ucap tahniah. Again, aku jarang pergi jemputan seperti ini, kiriman hadiah the best he/she will get from me.


4. Shot Message Service 2.
Ini antara cara terbaik.

“Aku bakal jadi raja sehari early nex year, pls

reply wif ur mail addy for me to mail u the card”

Dengan pantas aku akan reply.


5. Kirim Kad Sahaja.
Post or pass kepada pihak ketiga. Aku highly consider untuk pergi ke majlis dia but most probably with no hadiah.


6. Phone Call.
With or without kad, aku appreciate phone call untuk jemputan kahwin. Bertanya khabar beberapa minit then beritahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga. Kemudian menjemput aku. Lepas habis call dia akan sms alamat rumah dan tarikh. Jemputan sebegini, confirm aku akan pergi walaupun dihujung dunia provided dengan izin Allah lah.


7. Face to Face.
Datang cari rakan-rakan lama dan baru. Join tengok bola di mamak, pergi futsal, ajak lepak-lepak then surprise us all with invitation card. Without doubt aku akan pergi. Aku akan penuh semangat cuba ajak semua rakan-rakan pergi secara konvoi. Hadiah besar badan aku akan aku usahakan. Hahaha…

Aku sedar bakal pengantin busy untuk entertain semua rakan-rakan. Ada bermacam-macam perkara mereka perlu uruskan. Walaupun aku tiada pengalaman, tapi dari cerita rakan-rakan sememangnya ianya memang sukar untuk menjemput semua rakan-rakan dengan penuh ‘hormat’ seperti yang aku inginkan. But, for me kalau bakal pengantin tidak show any effort to invite aku, aku juga tidak akan bersungguh untuk pergi ke majlis dia.

Ingat, jika kita pergi ke majlis perkahwinan without proper and valid invitation from tuan rumah makanan kita makan itu consider haram.

Selamat berhujung minggu dan menghadiri majlis perkahwinan terakhir tahun ini (jika you guys dapat jemputan la)...


P/S: This entry nothing to do with my engagement, cuma banyak majlis jemputan kahwin aku terima membuatkan aku terfikir benda ini. :)

19 comments:

Penulis Biasa said...

wahh!!skang semua cite pasal nak kawen je ni..hehe!!ko tulis tu semua esok kalo ko lupe kat aku, ko mmg la..walaupun kite ni rival, tp takkan la kawen ko tak nak jemput kot...haha!!

Anonymous said...

betol2 tu dood...aku pun time kawin ari tu ade gak kekwn yg aku terlepas lupa n termiss nama dia nak jemput pegi kenduri...

thanks kat ko datang ke kenduri aku ari tu(tahun lepas le tu)..meaning aku jemput ko ngan cara yang proper le kan..:D.hahahhaha

Anonymous said...

wahey! congrats dood & rose!

i'm out of touch la with the office's comp anta repair and comp at home pun kong.

*dood, comp get infected by virus tak by merely browsing internet? etc..blogs, news portal..

Anonymous said...

dood,
aku setuju dengan ko,tp kalau aku plak kalau best freind dgn aku mmg aku pi walau kat mana sekalipun,tak kira la cara mana dia invite aku,kalau yg tak berapa nk rapat tu kalau dia invite aku pakai kad byhand atau melalui wakil mungkin aku pi mungkin tak.kena tgk lokasi la jgk kan..aku plak kalau pi pukoi 3 ptg br aku pi sbb time ja pengantin free.bleh la sembang2 skit.walaupun time tu awek2 yg mai makan kenduri dh balik..hahaha..

-wadi-kulim

Unknown said...

Kalau Gerard hantaq email panggil hang pi kenduri dia di KL macam mana?

Anonymous said...

Ataupun Fernando Tores hantar e-mail kat hang siap bagi return air-ticket utk pi kahwin dia kat Spain, hang pi tak...???

Anonymous said...

hahahaha...pikiaq betui2 dood...kalo betul2 dapat jemputan dr torres n gerard tu...ish ish...

Anonymous said...

aku setuju betui ngan hang nie....kena jumpa face to face...so..plz make sure you have enough saving to eat kebab with me at syria....:)

Mr. Right said...

Bad,
Insyallah, tak lupa. Cam mana leh kalah ngn West Ham.

piye,
Aku pun tak ingat camana kau jemput. Hahaha...

teek,
Asal connect to Net or other portable device boleh kena virus. Protection kena power sikit.

Bila kau nak kawen?

wadi,
Betul jugak. Rapat and lokasi juga main peranan.

KTK,
AC,
cik henr,

Aku tak nak pergi kenduri kawen Gerrard or Torres. Tapi kalau bachelor party dorg maybe aku berminat. Mesti ramai minah salleh. Hahaha...

ano,
No problemo.

Anonymous said...

Dood,

Lu cakap mmg senang ... cakap ... cakap ... kuar air liur tak kuar duit ...

Lu dah nak kawen nanti lu tau rasanya ...

Mind Set kita org melayu tak berubah ... nak org hormat kita, buat semua yg terbaik utk kita ... semuanya pasal diri sendiri ...

Cuba ubah mind set supaya kita pkkan pasal orang lain? Apa yg boleh kita buat supaya org lain boleh senang?

tak tgk iklan perodua ker? think less about us and more about others?

Bukan semua org ader keje best dan gaji cam ko .. even gaji cam ko pun belum tentu boleh melayan semua kehendak kawan2 ko bila ko dah nak kawen nanti ...

aku dulu masa nak kawen, gaji seciputet ... beli kad murah ... tak cukup plak tu ... aku wat web site, peh tu antar email kat kengkawan IT aku ...

nasib baiklah kawan aku tak cam ko ... semua datang ...

Anonymous said...

lagi satu pk cam ni jer la dood ...

ari ni kita tak datang kenduri kawen org, jangan menyesal kenduri kawen kita tak der org nk datang ...

ko nyanyilah karaoke sengsorang kat pentas tu nanti!

Mek Rose said...

Mr,
Ko sure ke kawan2 ko semua datang? Dah kira betul2 ke on dat day? kueng3x..
maknanya..tak ramai la kawan2 ko yg datang tu..sbb tu ko leh kira semua yg datang..huhuhu

Mr. Right said...

mr.,
Money always an issue. Cuba fikirkan, kalau kau ada kawan 500 org (ramai tu). Call mereka dan jemput personally each one of them, average 2-3 minutes per call. Berapa ringgit habis? 1-2 ratus, max. Not to mention kalau pakai phone free. Bukan duit, tapi effort tu yg penting.

Cuba baca 2nd sentence posting ini.

Anonymous said...

AKU SETUJU NGAN MR.
BETUL TU.. KO DAH NAK KAWIN NNTI BARU KO TAU.. BUKAN SETAKAT JEMPUTAN JE KO KENE PIKIR.. KALAU NAK PIKIR PERASAAN ORANG JE PAYAH LA BRO..INILAH YANG AKU RASE.. AKU AKAN JEMPUT ORANG YANG BETUL2 AKU RASE AKAN DATANG.. YANG AKU RASE MACAM TAK DATANG TU LA AKU POS KAN KAD JE..KALAU ORANG TU DUK SABAH KO NK G JUMPE FACE TO FACE KE.. NAK TIPON KE.. 2-3 MINIT TU CUKUP KER? ITU PUN DA KIRE BERTUAH.. KALAU NAK POS SUME ORANG NAK JUMPER SORANG2 PAYAH. ADE MASE KE KO NAK BUAT SUME TU.. AKU MINTAK ALAMAT KATKAWAN AKU PUN KAN MAIN PAYAH NAK BAGI NI PLAK NAK JUMPE NAK BAGI KAD...KALAU SUME ORANG PIKIR CAM KO NI.. AKU PON TAKNAK KAWAN...PENTINGKAN DIRI.. APE SALAH NYER KO PIKIR NAK MENYAMBUT NAK MERAIKAN SATU2 NYER HARI PALING ISTIMEWA KAWAN KO.AKU PON TAK KESAH ORANG NAK INVITE AKU DENGAN CARA PON... YANG PENTING KALAU KEADAAN MENGIZINKAN AKU AKN [EGI..

Anonymous said...

UR THINKING IS SO KOLOT!

sya-shan said...

bukanke wajib untuk hadiri jemputan perkahwinan?

http://grou.ps/scripters/talks/2240317

-ilmu untuk dikongsi.betulkan saya jika salah. :)

Unknown said...

tak boleh mcm nih..
tak sumeorg ada masa nak buat semua nih awak..
kadang2, kite kena fikir psl org lain.. mungkin die BETUL2 takde kesempatan nak tulis kad or call or dia dah kira sume bajet dats y dia just bg emel or bgathu melalui yahoo.. :)

Some people may have GOOD reason why..
kita hormat aje apepon yang dia buat.

perkahwinan suatu benda yang baik, jgn kita complicatedkan ia. :)

just my 2 cents of view ye awak

Anonymous said...

aku baru nak buat jemputan, dengan cara menghantar email yg short, simple and straightforward tapi ikhlas. kemudian aku attach kan kad jemputan, aku akan tulis siapa yang nak kad jemputan sebab nak better view of the map, sila tinggalkan alamat.

kalau orang buat macam tu kat aku, aku akan dengan segeranya tinggalkan alamat aku, untuk kemudahan member tu hantar kad. sebab aku tahu, dah dapat jemputan apa cara sekalipun, maksudya, dia dah letak kita dalam ingatan dia untuk menjemput kita.

kesimpulan, kau ni gedik sangat nak orang layan macam anak raja. citpodah.

kesimpulan 2, ko tau tak skrg ada gps, bagi je kordinat dekat 'virtual invitation' tu, derang dah boleh navigate, malah tak mintak kad pun, alasan? save the environment.

kesimpulan 3, orang nak datang ke, tanak datang ke, itu masing2 la. ko ingat pengantin ada masa nk kesah kalo ko tak datang? siapa kauuuuuu???? songeh mengalahkan perempuan.

Mr. Right said...

Ano,

Tolong sampaikan salam dan rasa kesian aku kepada kawan2 kau sebab dapat member mcm kau. Juga ucapan selamat berjaya kepada isteri kau sebab bakal dapat suami seperti kau.

Peace!

Total Pageviews

. page counter