Semenjak dua menjak ini aku jumpa banyak kes manusia yang desperate for money. Aku tak sure ada kaitan dengan kegawatan ekonomi atau tidak, tapi memang ada beberapa situasi yang aku alami menampakkan manusia disekeliling aku gila duit.
1. Berniaga Online.
Sejak aku paparkan i.d yahoo messenger aku diblog ini, ramai juga reader or visitor blog yang tegur aku every time aku online. Macam biasalah, kalau aku free aku layan la berborak, saja suka-suka, menambah kenalan, tambah pengalaman dan share ilmu. Tapi ada beberapa peniaga online yang sibuk nak jual barang pada aku. Mulanya mereka akan bodek, cakap blog aku glamer lah, best la, ini lah, itu lah. Then, akan mula tanya aku pasal generate money online. Konon-konon nak tanya pendapat aku. Aku memang dah lama tak ambil port pasal dunia jana wang online ni. Newsletter dari pakar-pakar pun aku ignore je. Jadi aku just share apa yang aku tahu dengan mereka, walaupun ilmu aku memang tak banyak mana. Lepas beberapa minit, mereka akan start promote product yang mereka develop sendiri or affiliate program yang mereka sertai. Bila aku bagi negative feedback, mereka akan start tak puas hati dan ada yang marah-marah. Aku jadi confuse, desperate sangat ke nak dapat komisen RM15 dari satu ebook yang dia nak jual tu?
2. Cari Emas
Ini cerita menarik sikit. Aku ada seorang kawan yang pandai zahirkan emas milik makhluk Allah yang lain ke alam nyata. Aku pun tak sure exactly how and what it’s all about. Kononnya emas itu milik orang bunian, jin dan sebagainya. Kalau kena teknik dan caranya emas tersebut boleh dizahirkan dan dipindah milik jadi milik kita. Aku tahu member aku ini memang pernah buat aktiviti sebegini dengan kawan-kawan dia. Jadi bila ada member kawasan perumahan aku bercerita pasal dia tahu ada emas ’tersembunyi’, aku pun cadangkan nama kawan aku yang pandai tu. Since aku tak nak (tak berani) nak involve, aku just beritahu yang aku akan kenalkan mereka berdua. So, mereka boleh discuss sesama sendiri. Aku tak minta share daripada hasil pemburuan emas mereka. Bila aku dah pass nombor telefon mereka berdua, kawan aku yang pandai zahirkan emas tu agak sedikit sibuk dengan urusan lain (ubat orang, lawan sihir, thing like that), member seorang lagi boleh bising pula dengan aku. Dia kacau aku almost everyday minta aku cepatkan urusan mereka. Then, bila mereka dah bincang dan kawan aku cakap emas itu dia tak boleh zahirkan, satu pihak lagi marah-marah pula kat aku. Dah tak cukup ke emas kat alam nyata sampai dia desperate gila nak ambil emas orang bunian?
3. Car Wash
Again kisah aku nak kenalkan kawan kepada kawan yang lain. Ada 2 orang member aku yang kena VSS dan ingin buka business car wash. Kebetulan aku kenal seorang owner Esso di Shah Alam, jadi aku gatal mulut tawarkan diri untuk start negotiate sewa space di Esso jadikan car wash. Tapi aku baru tahu yang mamat owner Esso tu tukar nombor phone. So, aku take few days nak singgah Esso dia dan minta no phone baru dari staff Esso tu. Member aku yang nak buka business car wash tu bising kat aku. Konon-konon aku taknak tolong dan sebagainya. Aku sabar dan teruskan niat nak tolong mereka, jadi aku dapatkan no phone baru owner Esso tu dan call dia. Sadly dia cakap aku orang ke 8 ribu yang tanya soalan yang sama. Esso tak benarkan dia buka car wash di sana. Kalau boleh buka, dia sendiri yang akan buka. Then, bila aku sampaikan berita sedih tu kat member aku, mereka sedih dan seolah-olah marah aku pula. Seriously, aku tak janji apa-apa pun, seingat aku, aku just cakap akan cuba tanya. Maybe duit VSS mereka dah nak habis dan mereka memang desparate nak cari duit.
4. Tak Sabar
Company aku nak start bisnes kat sebuah negeri lain, bukan Selangor. Tapi sekarang still dalam peringkat perbincangan, dengan local partners dan government agency. Beberapa hari lepas local partner (Melayu) ajak aku jumpa. Aku alone, mereka taknak jumpa boss aku. Lepas fikir beberapa jam, boss aku suruh je aku pergi seorang diri. Dia cakap pandai-pandai lah aku layan mereka. Then, bila dah habis bincang, kebimbangan aku dan boss aku menjadi reality. Mereka nak ajak aku kautim, tanya aku directly how they can make money upfront. Even belum dapat approval, belum start apa-apa job mereka dah fikir macam mana nak cari untung secara senang walaupun kurang beretika. Ramai officemate aku di KL dan di Penang baca blog aku, so better aku tak elaborate more on what in our partner’s mind. Aku terus shut them down dan suruh mereka bersabar. Aku terangkan satu-satu kepada mereka yang mana kalau mereka sabar dan buat business secara jujur pun hasilnya tak kurang lumayan. Business broadband memang tak boleh kaya cepat, lebih kurang sama dengan business hotel atau business yang menawarkan perkhidmatan yang lain. Ini bukan business kedai makan or business trading yang memang boleh dapat untung even before deal closed.
Maybe ada yang cakap aku boleh berasa pelik dengan kegilaan kawan-kawan aku cari duit sebab aku belum ada family yang besar, aku still ada pendapatan tetap, kerja aku ok atau apa-apa alasan lagi. Tapi aku rasa semua orang tahu, tak kira banyak mana pendapatan kita, duit memang tidak mungkin akan cukup. Orang tua-tua cakap ‘lagi besar periuk, lagi besarlah keraknya’. Memang betul, kalau gaji bulanan kita besar mana sekalipun, perbelanjaan akan juga besar. Tak mungkin income RM 5 ribu sebulan nak stay di kawasan perumahan yang majority penduduknya income RM 2 ribu, sekadar bagi contoh rumah, belum cerita pasal kereta dan benda-benda lain. Memang sifat ego, belagak dan nafsu nak memuaskan diri sendiri akan membuatkan duit tidak pernah cukup.
Jadi janganlah kita terlalu gila mencari duit!
Chow, aku nak sambung kerja, nanti kena buang kerja lagi parah…