Showing posts with label pokok bongok. Show all posts
Showing posts with label pokok bongok. Show all posts

Sunday, February 15

Jom Belajar Nama-nama Pokok

Posting bodek boss tak boleh dibiarkan lama-lama dia muka depan. Nanti ramai orang menyampah. So, terpaksalah aku cepat-cepat buat posting baru.

Seronok pula jadi photoblogger. Lepas try sekali hari tu, masa aku cuba berenang merentasi Selat Melaka. Rasa macam best pula. Memang senang rupanya jadi photoblogger ni, snap gambar banyak-banyak dan post kat blog. Cuma mungkin sebab aku tak cukup jiwang dan seni untuk menilai hasil kerja mereka, sebab tu aku rasa senang.

Sessi photoblogger kali ini aku nak ajar nama-nama pokok kat Malaysia. Since, aku tahu most people not aware rupa pokok, cuma tahu makan buah sahaja. Atau lebih tepat, mengenal batang-batang pokok. Sebab ini bukan gambar keseluruhan pokok, cuma gambar batang dan label untuk membukti pokok apa. Bukan aku main belasah je.

Tanggungjawap aku sebagai photoblogger baru untuk ajar anak bangsa aku mengenal pokok-pokok yang akan menjadi warisan kita kelak.. cewah!

Semua gambar aku letak watermark 'www.akubetul.com'. Yela, manalah tahu kot-kot ada orang curi. Tapi kalau betul-betul nak gambar pokok tu untuk projeck subject Alam dan Manusia kat sekolah atau kajian pokok kat university, email lah aku. Aku leh bagi. Atau korang curi kat sini dan suruh budak-budak terror photoshop delete watermark tu.

So, here we goes....
Kita mulakan dengan pokok paling senang dulu. POKOK PISANG. Kalau tak kenal pokok pisang dah kira kronik. Kat mana-mana boleh kita jumpa.



Seterusnya, pokok yang menghasilkan raja buah. POKOK DURIAN. Tengok pada batang pokok tu, ini still anak pokok durian. Kalau pokok durian asli (bukan pokok durian kahwin), ambil masa berbelas tahun nak jadi matang dan hasilkan buah.



Next, pokok yang banyak kat Ipoh... kot. Sebab sana banyak jual buah limau bali. POKOK LIMAU BALI. Mungkin asalnya pokok ni dari Bali.



Kalau tadi asal dari Bali mungkin ini dari Kepulauan Jawa. Seterusnya, pokok yang buahnya menjadi bahan utaman masakkan rakyat Malaysia. POKOK ASAM JAWA. Pokok ni besar, kalau kat kampong-kampong budak-budak takut, sebab berjuntai-juntai. Nampak macam pokok berpuaka je.



Pokok ini aku rasa mungkin tak ramai tahu rupanya. POKOK GAJUS. Buahnya or bijinya yang dijual dapat packet tu memang sedap. Kalau yang salut dengan honey tu... fuh!.



POKOK CEMPAKA. Mesti lagi ramai orang tak tahu rupa pokok ini kan?. Menurut ceritanya, kulit pokok ini boleh buat ubat macam-macam penyakit.



Pokok yang semakin popular sekarang kerana akarnya. Berlambak-lambak syarikat keluarkan air minuman campur akar pokok ini. POKOK TONGKAT ALI. Aku ada baca somewhere, khasiat utama tangkat ali bukan untuk 'kuat' tapi untuk sakit demam.



Seterusnya, ini gambaran atas sebatang pokok. Mungkin juga pokok ni belum matang stil peringkat remaja. Nak tahu pokok apa? Kot-kot ada pakar pokok boleh recognise nama pokok ni just dengan tengok daun-daun dan dahan-dahan. Tahu?

-
-
-
-
-
-
-
-

POKOK BONGOK?!!. Ok... seriously this first time aku jumpa pokok ini. Siapa lah bagi nama pokok ni? Sampai hati dia bagi nama Pokok Bongok.


Kalau ada yang nak tahu, semua gambar pokok aku ambil dari Kota Mahsuri, Langkawi. Pokok Bongok tu mungkin memang bongok sebab masa nak balik, wife aku ambil gambar pokok tu sekali lagi, wife aku nyaris terjatuh. Sebab tu la kot orang namakan pokok tu pokok bongok.

Total Pageviews

. page counter