Aku follow latest news dari sini:
1. TheStar
2. Perak Express
3. Malaysiakini
Di ruangan komen, email dan sms aku terima, minta aku komen pasal pergolakan politik di Perak. Mentang-mentang la aku orang Perak. Aku percaya member-member dari BN nak gelakkan aku sebab masa Pakatan Rakyat menang Perak, aku seolah-olah seronok. Member-member yang sokong Pakatan Rakyat pula nak kongsi kesedihan dengan aku kot. But majority kawan-kawan disini mungkin nak tunggu komen aku sekadar nak tersenyum, sebab kadang-kadang komen aku mencuit hati. Betul tak?
1. TheStar
2. Perak Express
3. Malaysiakini
Di ruangan komen, email dan sms aku terima, minta aku komen pasal pergolakan politik di Perak. Mentang-mentang la aku orang Perak. Aku percaya member-member dari BN nak gelakkan aku sebab masa Pakatan Rakyat menang Perak, aku seolah-olah seronok. Member-member yang sokong Pakatan Rakyat pula nak kongsi kesedihan dengan aku kot. But majority kawan-kawan disini mungkin nak tunggu komen aku sekadar nak tersenyum, sebab kadang-kadang komen aku mencuit hati. Betul tak?
For the record aku ada komen isu ini 2 kali diblog ‘kecil’ aku. Beberapa hari lepas dan semalam.
Disini: Perak Bergolak
Disini: Najib Won
Aku sedikit busy, so tak sempat nak berceloteh panjang sebelum ni.
Jadi... ini komen aku berkenaan isu politik di Perak yang dah macam budak-budak remaja main snooker lucky ball. Penuh taktik, lakonan, penyamaran tetapi teknik permainan tidak boleh dilupakan. Member-member aku mesti gelak sebab mereka tahu aku tak pandai main snooker.
Apa pun, aku sebenarnya rasa macam-macam daripada isu ini.
1. Aku Terhibur
Ok, maybe terhibur not the exact word la. Tapi aku seperti kebanyakkan orang lain yang follow perkembangan di Perak sedikit terhibur dengan drama yang berlaku disana. Sememangnya aku tahu ianya bukan barang mainan, kuasa memerintah sebuah negeri bukan bahan gurauan. Aku tidak patut terhibur, but I don’t know why aku memang terhibur dengan gelagat mereka. Baca rumors di blog, berita sahih di media arus perdana dan malaysiakini, baca sms, call kawan-kawan. Aku memang seronok dengan the whole scenario. Daripada rumors yang dibaca menampakkan strategy permainan politik pemimpin kita cukup licik. Anwar dengan agenda dia, cara dia, pusing sana, pusing sini. Najib dan team dia pula balas dengan cara ini, cara itu, putar sana, putar sini. Fuh… kalau jadikan filem, dah macam filem Hindustan... aku rasa memang akan box office. Kalaulah pemimpin kita gunakan creativity mereka kearah membangunkan negara, mesti kita lagi maju dari Singapore. Hakikatnya, tiada siapa tahu the real story. Banyak sangat persoalan yang dijawap dengan andaian. Siapa beli siapa? Siapa ugut siapa? Kenapa buat u-turn? Kenapa tak join just sekadar sokong? Dan macam-macam persoalan lagi. Kalau nak cari jawapan memang penat, tapi rumors dan andaian ‘pakar-pakar’ politik dialam maya memang cukup menghiburkan kalau kita rajin baca satu persatu.
2. Aku Sedih
Definitely aku sedih dengan apa yang berlaku. Pemimpin yang majoritynya beragama Islam mempermain-mainkan amanah orang ramai. Amanah yang diberikan oleh ribuan pengundi diperkutak-katikkan ikut selera mereka. Mereka tidak ambil kira isu halal haram. Mungkin inilah sebabnya tiada kes wakil rakyat PAS yang lompat parti (dulu di Kelantan Semangat 46, bukan PAS). Aku sedih kerana negeri aku ada kerajaan yang tak stabil, agenda kerajaan semestinya akan tergendalala. Seperti mana-mana pekerja, kalau boss tak tentu hala, tak firm, mana mungkin pekerja bawahan nak perform. So, kalau BN berjaya “curi“ Perak mesti ada beberapa perubahan yang akan dibawa. Then, kalau lepas beberapa bulan Anwar berjaya ’beli’ semula beberapa wakil rakyat, akan berubah kerajaan semula dan sekali lagi perubahan dalam corak pemerintahan berlaku. Mahu pening kakitangan kerajaan di Perak nak terima semua kemungkinan ini.
3. Aku Takut
Aku takut penculikan negeri sebegini akan jadi trend. Di Kedah BN hanya memerlukan 4 DUN untuk jadi katak then mereka boleh ambil alih negeri. Di Selangor mungkin sedikit sukar kerana mereka memerlukan 9 DUN. Itu belum kira kemungkinan Pakatan Rakyat menculik negeri BN. Di Negeri Sembilan, di Perlis... so, sampai bila ini akan berlaku? Ketidakstabilan pemerintahan ini akan membantutkan segala urusan. Pemimpin negara patutnya tumputan perhatian kepada masalah ekonomi, masalah harga barang, masalah mutu bolasepak Malaysia. Kalau dok sibuk bertahan, dan menyerang sesama sendiri, bila masa mereka nak majukan negara?
4. Aku Marah
Aku jadi marah bila mengenangkan berapa banyak wang rakyat akan dipergunakan oleh ahli politik untuk beli, lobi, pujuk, ugut wakil rakyat. Duit cukai yang dipotong dari gaji aku setiap bulan digunakan untuk mempermain-mainkan kuasa negeri aku sendiri. Sial betul. Apa kejadahnya mereka sesuka hati tukar-tukar parti? Aku dah cakap dulu sebelum pilihanraya umum (Disini: Pilih Calon Bukan Parti), pengundi sepatutnya memilih berdasarkan peribadi calon, ketokohan calon, kewibawaan calon. Bukan parti yang diwakili. Aku dah cakap, lupakan terus parti politik yang dia wakili. Just try to find out more about the candidate. Inilah akibatnya bila kita berikan kuasa kepada penjenayah yang bodoh. Sesuka hati undi kita ditongsampahkan. Aku juga jadi marah bila dengan dua DUN yang sedang dibicara kes rasuah di’terima’ oleh UMNO. Mereka assume dengan sokong UMNO kes mereka boleh close. Macibai… undang-undang Malaysia didalam tangan Najib ke? Aku juga jadi marah bila pemimpin daripada BN berlagak bodoh dengan mengatakan kerajaan yang mereka akan bentuk akan lebih stabil, lebih kukuh dan mendapat sokongan padu rakyat Perak. Kepala hangguk ko! Kalau dah lebih 1-2 kerusi, apa yang lebih stabilnya? Kalau wakil rakyat jadi katak, apa kejadahnya mendapat sokongan majority rakyat? Mereka sedar benda-benda ini, tapi still berlagak bangang dan buat statement sebegitu. Dengan harapan beberapa kerat rakyat yang bangang akan percaya statement mereka. Mereka ingat ramai ke lagi rakyat yang sebegitu bodoh?
Pada aku, kalau BN betul-betul gentlement. Betul-betul ingin mengamal demokrasi. Najib sepatutnya jumpa Sultan Perak pagi tadi, dan inform nak bentuk kerajaan. Seterusnya terus submit proposal untuk bubarkan DUN. Then, senang untuk Sultan nak decide. Both parties agreed to give rakyat the power again. Then, rakyat boleh keluar mengundi sekali lagi seterusnya pilih CALON yang dirasakan sesuai. Aku pun boleh balik kampong…main anak buah. Maybe belanja pilihanraya beberapa juta, but compare dengan bajet untuk beli wakil rakyat, still untung. Tak payah la cakap wakil rakyat tu pindah sebab perjuangan, sebab ugutan, sebab nak bantu rakyat… semuanya sebab duit. Budak tadikan pun tahu.
Aku berharap Sultan Azlan dengan dibantu oleh Nazrin akan membuat keputusan yang cukup bijak. Harapan gila daripada aku mengharapkan Sultan Azlan terima proposal MB Nizar dan bubarkan sahaja DUN Perak. Kemudian, Raja Nazrin bertanding satu kerusi bebas. Then, tak kira parti apa menang, kena lantik Raja Nazrin jadi Menteri Besar. Biar padan semua ahli politik yang gila kuasa… gila duit… dan gila popularity. Biar semua berputih mata. Bagikan sahaja kuasa mutlak kepada istana. Aku respect istana Perak sebab seperti yang semua tahu, Sultan Perak berpendidikan tinggi dan paling bijak antara semua sultan di Malaysia.

Update (6:30 pm):
Sultan Perak accepted BN proposal. BN's delegate head by Pak Lah baru meninggalkan istana untuk finalize the power transfer. Dipercayai mereka akan angkat sumpah esok. I hope Sultan Azlan and his team know what they are doing. If next week Anwar managed to 'captured' few of BN ADUNs then I can't imagine what gonna happen. Aku juga harap Nizar dan lain-lain terima 'kekalahan', jangan nak jadi Jebat era moden.
Update (6 Feb):
Sultan Perak accepted BN proposal. BN's delegate head by Pak Lah baru meninggalkan istana untuk finalize the power transfer. Dipercayai mereka akan angkat sumpah esok. I hope Sultan Azlan and his team know what they are doing. If next week Anwar managed to 'captured' few of BN ADUNs then I can't imagine what gonna happen. Aku juga harap Nizar dan lain-lain terima 'kekalahan', jangan nak jadi Jebat era moden.
Update (6 Feb):
Aku harap tiada rakyat Perak yang menderhaka kepada Sultan. Walaupun aku turut kecewa dengan tindakan Sultan Azlan yang tidak memberikan rakyat sekali lagi peluang untuk menyelesaikan krisis politik di Perak. Namun aku boleh buat beberapa assumption kenapa baginda membuat keputusan sedemikian. Kita harus ingat baginda telah interview semua yang terlibat, mendengar semua pandangan daripada ahli politik, pakar undang-undang dan yang penting pandangan mufti (semalam dalam berita nampak mufti masuk istana) dan ulama-ulama di Perak. Kita yang mungkin dengar daripada beberapa pihak sahaja tidak boleh cuba mempersoalkan tindakan baginda. Pakatan Rakyat patut terima dan jadikan 'rompakan' Najib ini sebagai peluru sesama menghadapi mereka dikemudian hari.