Thursday, February 26

Manusia dan Kegilaan Wang Ringgit Mereka

Wah... tajuk posting macam tajuk karangan Bahasa Melayu sekolah menengah. Hahaha... saja nak bagi dramatik sikit. Jom bercerita benda serious, pasal kegilaan kita semua dengan wang ringgit. Aku dah banyak kali rasanya membebel topik ini, aku memang suka.

Semenjak dua menjak ini aku jumpa banyak kes manusia yang desperate for money. Aku tak sure ada kaitan dengan kegawatan ekonomi atau tidak, tapi memang ada beberapa situasi yang aku alami menampakkan manusia disekeliling aku gila duit.


1. Berniaga Online.
Sejak aku paparkan i.d yahoo messenger aku diblog ini, ramai juga reader or visitor blog yang tegur aku every time aku online. Macam biasalah, kalau aku free aku layan la berborak, saja suka-suka, menambah kenalan, tambah pengalaman dan share ilmu. Tapi ada beberapa peniaga online yang sibuk nak jual barang pada aku. Mulanya mereka akan bodek, cakap blog aku glamer lah, best la, ini lah, itu lah. Then, akan mula tanya aku pasal generate money online. Konon-konon nak tanya pendapat aku. Aku memang dah lama tak ambil port pasal dunia jana wang online ni. Newsletter dari pakar-pakar pun aku ignore je. Jadi aku just share apa yang aku tahu dengan mereka, walaupun ilmu aku memang tak banyak mana. Lepas beberapa minit, mereka akan start promote product yang mereka develop sendiri or affiliate program yang mereka sertai. Bila aku bagi negative feedback, mereka akan start tak puas hati dan ada yang marah-marah. Aku jadi confuse, desperate sangat ke nak dapat komisen RM15 dari satu ebook yang dia nak jual tu?


2. Cari Emas
Ini cerita menarik sikit. Aku ada seorang kawan yang pandai zahirkan emas milik makhluk Allah yang lain ke alam nyata. Aku pun tak sure exactly how and what it’s all about. Kononnya emas itu milik orang bunian, jin dan sebagainya. Kalau kena teknik dan caranya emas tersebut boleh dizahirkan dan dipindah milik jadi milik kita. Aku tahu member aku ini memang pernah buat aktiviti sebegini dengan kawan-kawan dia. Jadi bila ada member kawasan perumahan aku bercerita pasal dia tahu ada emas ’tersembunyi’, aku pun cadangkan nama kawan aku yang pandai tu. Since aku tak nak (tak berani) nak involve, aku just beritahu yang aku akan kenalkan mereka berdua. So, mereka boleh discuss sesama sendiri. Aku tak minta share daripada hasil pemburuan emas mereka. Bila aku dah pass nombor telefon mereka berdua, kawan aku yang pandai zahirkan emas tu agak sedikit sibuk dengan urusan lain (ubat orang, lawan sihir, thing like that), member seorang lagi boleh bising pula dengan aku. Dia kacau aku almost everyday minta aku cepatkan urusan mereka. Then, bila mereka dah bincang dan kawan aku cakap emas itu dia tak boleh zahirkan, satu pihak lagi marah-marah pula kat aku. Dah tak cukup ke emas kat alam nyata sampai dia desperate gila nak ambil emas orang bunian?


3. Car Wash
Again kisah aku nak kenalkan kawan kepada kawan yang lain. Ada 2 orang member aku yang kena VSS dan ingin buka business car wash. Kebetulan aku kenal seorang owner Esso di Shah Alam, jadi aku gatal mulut tawarkan diri untuk start negotiate sewa space di Esso jadikan car wash. Tapi aku baru tahu yang mamat owner Esso tu tukar nombor phone. So, aku take few days nak singgah Esso dia dan minta no phone baru dari staff Esso tu. Member aku yang nak buka business car wash tu bising kat aku. Konon-konon aku taknak tolong dan sebagainya. Aku sabar dan teruskan niat nak tolong mereka, jadi aku dapatkan no phone baru owner Esso tu dan call dia. Sadly dia cakap aku orang ke 8 ribu yang tanya soalan yang sama. Esso tak benarkan dia buka car wash di sana. Kalau boleh buka, dia sendiri yang akan buka. Then, bila aku sampaikan berita sedih tu kat member aku, mereka sedih dan seolah-olah marah aku pula. Seriously, aku tak janji apa-apa pun, seingat aku, aku just cakap akan cuba tanya. Maybe duit VSS mereka dah nak habis dan mereka memang desparate nak cari duit.


4. Tak Sabar
Company aku nak start bisnes kat sebuah negeri lain, bukan Selangor. Tapi sekarang still dalam peringkat perbincangan, dengan local partners dan government agency. Beberapa hari lepas local partner (Melayu) ajak aku jumpa. Aku alone, mereka taknak jumpa boss aku. Lepas fikir beberapa jam, boss aku suruh je aku pergi seorang diri. Dia cakap pandai-pandai lah aku layan mereka. Then, bila dah habis bincang, kebimbangan aku dan boss aku menjadi reality. Mereka nak ajak aku kautim, tanya aku directly how they can make money upfront. Even belum dapat approval, belum start apa-apa job mereka dah fikir macam mana nak cari untung secara senang walaupun kurang beretika. Ramai officemate aku di KL dan di Penang baca blog aku, so better aku tak elaborate more on what in our partner’s mind. Aku terus shut them down dan suruh mereka bersabar. Aku terangkan satu-satu kepada mereka yang mana kalau mereka sabar dan buat business secara jujur pun hasilnya tak kurang lumayan. Business broadband memang tak boleh kaya cepat, lebih kurang sama dengan business hotel atau business yang menawarkan perkhidmatan yang lain. Ini bukan business kedai makan or business trading yang memang boleh dapat untung even before deal closed.


Maybe ada yang cakap aku boleh berasa pelik dengan kegilaan kawan-kawan aku cari duit sebab aku belum ada family yang besar, aku still ada pendapatan tetap, kerja aku ok atau apa-apa alasan lagi. Tapi aku rasa semua orang tahu, tak kira banyak mana pendapatan kita, duit memang tidak mungkin akan cukup. Orang tua-tua cakap ‘lagi besar periuk, lagi besarlah keraknya’. Memang betul, kalau gaji bulanan kita besar mana sekalipun, perbelanjaan akan juga besar. Tak mungkin income RM 5 ribu sebulan nak stay di kawasan perumahan yang majority penduduknya income RM 2 ribu, sekadar bagi contoh rumah, belum cerita pasal kereta dan benda-benda lain. Memang sifat ego, belagak dan nafsu nak memuaskan diri sendiri akan membuatkan duit tidak pernah cukup.

Jadi janganlah kita terlalu gila mencari duit!


Chow, aku nak sambung kerja, nanti kena buang kerja lagi parah…

16 comments:

Anonymous said...

Duniawi bro..Na'uzubillah..

Anonymous said...

Kalau gila duit dan kerja bermati-matian takpe kan bro. Mcm aku. Hehehe.

marrang nung! said...

mari semua kita berdoa...
ya Allah ya Tuhanku... Engkau selamat dan perkukuh agamaku... dan sihatkan tubuh badanku... dan tambahkan ilmu ku... dan BERKATILAH REZKIKU... dan taubatkanku sebelum matiku... dan rahmatkanku ketika matiku... dan lindungilah aku selepas matiku... dan permudahkan aku menghadapi sakaratul maut... sesungguhnya jauhkan aku dari siksa dan api neraka mu...
amin...

Anonymous said...

Bagi aku nak cari duit tu boleh tapi make sure dari sumber yang halal lah...

sukun said...

duit???
mana kisah dari Santiago Bernabeu?

Anonymous said...

Salam,

"Bekerjalah dengan sekuat dan sepenuh dayamu, seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi.Dan beribadahlah dengan penuh tawwa'duk, seolah-olah kamu akan mati esok hari."

gitu lah lebih kurang bunyinya ceramah agama yang aku dengar satu ketika dulu.tajuk ceramah "Mencari rezeki yang diredhai Allah" tapi aku lupa sape penceramahnya...
ok, bye...

Anonymous said...

Salam...
Semua orang memang tak pernah cukup duit.
jumpa lagi.

shorty soul said...

duit bole buat manusia gembira...

duit bole buat manusia sedih...

duit bole buat manusia senang..

duit bole buat manusia sesak...

duit bole buat manusia gila...

dan duit juga bole buat manusia bongkak....

TAPI...hakikatnya.. manusia sgt memerlukan DUIT......

MalayMind said...

Yang ni mmg kau betul.

Kita memang takkan pernah cukup duit. Nafsu manusia takkan pernah puas.

Tipsnya, tengok saja mat Bangla or Nepal yang kerja kat sini - Macamana dengan gaji sesikit tu, dengan nak sara family kat negara asal lagi, pun boleh survive.

Cuba buat kajian diri sendiri, apa yang tak kena?

Anonymous said...

duit mmg di cipta utk dibelanjakan...huhu

Anonymous said...

citer pasal duit ni,hari2 kat tmpt keje ni kwn2 aku mengeluh pasal duit tapi aku tengok belum ada lagi yang mati..pada aku selagi kita pandai uruskan perbelanjaan skit atau banyak kita dapat,tak akan jadi masalah..Insyallah

Anonymous said...

ni first time aku commnet kat ko nyer blog....

anyway, ape yang ko tulis dlm blog betulll.... kekadang buat aku insaf....

Ab Razak Hj Ahmad said...

Kisah dari Barnabeu..??? Dah tak syok lagi dah.. Apa kata ulas kisah dari Riverside or Wembley.

Today Newspaper:-

Banitez quote - Tempat kedua juga satu kejayaan.

Wenger quote - Tempat keempat means layak ke UCL juga pencapaian membanggakan.

Can someone refresh what the above managers quoted at the end of 2008.

Sorry... off topic again...

Anonymous said...

mcm sesuai je tulisan dr hamka ni http://akukaya.com/blog/hakikat-kekayaan/ dengan blog ko dood.

mcm dr hamka ckp, kekayaan tu bermaksud kurang keperluan. kalo gaji sebulan Rm1 juta sekali pun tp nafsu belanja dan keperluan lebih RM 1 juta, dia bukan kaya tp kaya. hehe...

Mr. Right said...

Awi,
Fuh... mcm ustaz siot lu. Hehehe..


IM,
Ko sendiri la yg tentukan, ok ke tak.

marrang nung!,
Amin...

sukun,
Hahaha... jadi champion baru leh berlagak.

miekabo,
Amin.

lunaticg,
Salam. Kita tak bleh terima je kenytaan tu, kita kena usaha utk ubah.

shorty soul,
Betul...betul..betul.

malaymind,
Aku mmg selalu betul lah.

kujie,
Bukan utk disimpan, kan?

neewa76,
Yg penting kena plan betul2.

-hafiez-,
Sampai insaf? Alhamdullilah.

abikhsan,
Mcm biasa lah, nesxt season usaha lagi. HAhahahaha...

akukaya.com,
Ko org kaya, tk kisah sgt pasal duit kot. Kan? Hehehhe...

Cengkih78 said...

salam,

apabila dunia itu beraja di hati maka itulah jadinya.

Total Pageviews

. page counter