Showing posts with label kontroversi pertandingan namakan proton MPV. Show all posts
Showing posts with label kontroversi pertandingan namakan proton MPV. Show all posts

Wednesday, February 18

Kontroversi Pertandingan Namakan Proton Exora

Ini adalah posting ringkas seorang pendengki seperti aku yang tidak puas hati dengan keputusan pertandingan menamakan Proton MPV. Hahahah... mengaku awal-awal.

Semalam offcially Proton announced nama pemenang pertandingan tersebut.

Gambar dari Utusan

Exora nama yang sangat sedap, tagline yang disertakan pun best…. Keriangan Keluarga.

Cuma masalahnya disini adalah, Exora atau Ixora atau dalam Bahasa Melayunya adalah Bunga Siantan atau Bunga Jarum.

Info gambar dari Kosmo!

Even dalam news report publish by TheStar, NST dan Utusan, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pemilihan Exora dibuat berdasarkan nama saintifik Bunga Siantan iaitu Ixora Fistula yang mana bunganya mengembang secara dalam kumpulan.

Jadi ianya adalah sejenis bunga. No big deal, right? Sebelum ini pun banyak nama kereta pakai nama binatang, tumbuhan, bunga, buah dan sebagainya. No…!


Masa aku nak sertai pertandingan ini dulu jenuh aku fikir nama yang menarik tapi bukan nama haiwan dan tumbuhan, kerana syarat yang dinyatakan melarang nama MPV baru Proton diambil sempena nama haiwan atau tumbuhan.



Itu syarat-syarat yang dipaparkan di offical website. Tapi cam mana lak penyertaan guru pelatih Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Norsholihan Abd. Eanich, 29, dari Changlun Kedah boleh diterima?


Aku akan saman proton…. Aku akan saman Norsholihan… aku akan saman kerajaan Malaysia…

Aku akan hanya berdiam diri selepas Proton bagi aku sebiji kereta, kalau tak dapat MPV Exora, Proton BLM pun jadi lah.

Hahahhaa.... Confirm mereka akan tak layan saman aku, sebab mesti ada dalam syarat pertandingan Proton boleh buat sesuka hati.

Joke aside, aku still confuse macam mana penyertaan itu boleh diterima. Maybe aku akan email pihak Proton untuk kepastian. Kalau ada maklum balas, aku akan publish kat sini.

Total Pageviews

. page counter