Friday, November 21

Kisah Lucu Aku Naik Bas

Notice: Kelam kabut aku buat posting baru, tak nak posting Cakra Alam Penipu hiasi front page blog. Takut pula aku. Dah beribu visitor datang dari search engine yang cari berita pasal penipuan Cakra Alam. Hajat nak buat posting simple je, terbawa-bawa. Panjang lah pulak jadi. Layan je lah... Topik santai je pun.

Kepada yang biasa follow blog aku ni mesti tahu yang aku pergi kerja gilir-gilir, kadang-kadang naik kereta, kadang-kadang naik bas. Lepas kahwin aku selalunya naik kereta sebab selalu tak sempat nak kejar bas awal-awal pagi (faham-faham sudah la…). But last few days aku kembali naik bas, walaupun petrol price dah turun 5 kali, aku still rasa rugi naik kereta. Naik kereta, daily petrol expanses RM15.00 dan kalau aku naik bas hanya spend RM3 – RM5, at least aku boleh save RM10 sehari. Macam-macam benda boleh dapat dengan RM10. Put money aside, aku pun malas nak redah jem everyday. Every morning and evening disepanjang federal highway. So, dengan adanya ‘driver’ aku just lepak, kadang kala tidor.


Beberapa posting related to my bus riding experience.

1. Cerita Aku Naik Bas
2. Beromen Dalam Bas
3. Aku Ubah Gaya Hidup

Sekarang aku nak cerita pula beberapa perkara lucu yang aku alami sendiri, aku lihat atau diceritakan kepada aku oleh teman yang pernah naik bas.



1. Takut Polis
Macam aku cakap, kadang kala aku tidor dalam bas, especially waktu pagi. Since mata aku dah bijak nak estimate time, so aku berani tidor nyenyak. Bila sampai area LRT Asia Jaya aku pasti akan terjaga. Pernah sekali, aku sedang sedap layan mata. Tiba-tiba bas brek. Seperti biasa aku akan terjaga sekejap. Aku duduk seat depan, so bila aku buka mata aku ternampak police traffic sedang jaga lalulintas di tepi highway. Automatic aku buka mata, gelabah dan tangan aku capai bahu. Aku nak cari seat belt macam dalam kereta. Bila aku buka mata betul-betul, aku realize aku dalam bas. Penumpang lain pelik je tengok aku meraba-raba dinding bas, aku cover malu dengan urut-urut bahu dan tengkok, seterusnya aku pusing-pusingkan kepala (buat bunyi). After 5 seconds, aku continue tidor.


2. Bagi Seat Kat Perempuan Mengandung

Waktu pagi aku naik first bas dari Shah Alam. Around 7:30 – 8:00 pagi ada seorang saja perempuan pregnant akan naik bas. Memang dia seorang saja, minggu ini aku tak nampak dia, maybe dah bersalin kot. So, masa bulan puasa dulu, aku naik awal jadi dapat lah seat. Seperti biasa aku duduk seat depan, sebab itu single seat. Tetiba naik seorang perempuan pregnant. Bukan perempuan biasa tu. Aku pun pelik, tapi sebab seat lain dah kena ambil, aku pun offer seat aku kat dia. But she insist suruh aku duduk. Aku pelik lah, perut dah memboyot, tapi still nak berdiri.

“Akak nak turun kat depan tu je ke?” Aku tanya, untuk kepastian.
“Tak…Takpe, duduk lah…” Dia response.
Penumpang lain dah start tengok aksi kami. Aku dah confuse. Tak tahu nak buat apa.
“Akak tak pregnant lah dik…!” Dia cakap dengan sedikit tinggikan suara.
“Ohh.. sorry, so tak nak seat ni?” Aku jawap sambil letak beg ditepi seat tu.
Dia geleng. Aku tergamam, terus duduk dan pejamkan mata.

Seriously akak tu nampak macam pregnant. Dia tak gemuk, maybe perut dia sahaja yang buncit.


3. Aku Pregnant Kot?

Baru berlaku kelmarin. Aku naik bas dari PJ, bas penuh. So, aku berdiri. Lepas 5 minit seorang lelaki Indon berikan seat kepada aku. Aku confuse, tapi lepas dia cakap dia nak turun kat depan tu (area Sungai Way), aku terima je seat dia. Then, lepas ‘Jambatan Pulau Pinang’ pun dia still ada dalam bas. Aku tepuk kaki dia tanya kenapa dia tak turun lagi.
“Saya memang mahu turun di Batu 3 Shah Alam, tadi saya kesian sama kamu. Berdiri, pegang beg berat. Lagipun kamu nampak letih bangat…” Panjang lebar dia explain.
Aku diam dan cakap terima kasih sambil usap-usap perut. Dalam hati aku berkata,
“Mamat ni ingat aku pregnant kot”


4. Orang Gila

Ni officemate aku cerita semalam, lepas dia tahu aku naik bas pergi dan balik kerja. Dia ni amoi/nyonya. Dalam category cun juga lah, walaupun dah anak satu. Benda ni berlaku masa dia belum kawin. Aku ingat mesti cerita 18SX, sebab tengokkan keseksian dia mesti ramai manusia-manusia gatal dalam bas akan cuba ambil kesempatan.
“I memang tak suka naik bas… a lot bad experience lah” Dia cakap…

“Kena raba and all that I tak kisah lagi”
Aku terdiam sekejap… then terus dengar apa dia nak cerita.
“One time, I bend to reach my shoe…”
Aku pasti ini cerita lucah…
“Then suddenly I notice somebody from behind…. cut my hair!”…Dia sambung...

“What?... but why?” Aku sampuk…
“Orang gila lah… he simply keluarkan scissor and cut my long, beautiful hair” Amoi tu jawap.
Gila… lepas dia potong rambut member aku, mamat tu tekan loceng dan turun. Amoi tu still dalam shock, tak tahu nak buat apa. Rambut dia yang panjang dah jadi kontot sebelah.


5. CEO Aku Marah

Lawak…lawak. Lepas maghrib. Aku tunggu bas depan office. Then aku terfikir ada benda nak kena tanya boss. Aku call dia, dia cakap dia tengah driving, nanti dia call balik. After like 10 minutes, dia call dan terus tanya:
“What the hell you doing at the bus stop?” Tetiba dia tanya...
Aku perhatikan kiri kanan. Aku tak nampak kereta dia. Then dia beritahu yang dia lalu depan office tadi, nampak aku. Sekarang dia dah nak sampai rumah.
“CRV rosak?… or somebody use it for outstation works?... I already told you do not allow them to use it for outstation…right? Dia terus membebel.
“No… CRV di office” Aku jawap.

“Then…? Dia tak puas hati.

“No lah… bla..bla..bla…” Aku explain kenapa aku prefer naik bas.
“Ok… but I will not accept any excuse related to bus if you failed to turn up” Dia warning aku, dan terus hang up.
Aku call dia balik dan tanyakan urusan kerja, reason aku call dia at the first place. Aku sempat pesan jangan pula dia tarik balik CRV tu dan pass kepada orang lain. Dia gelak je… Esok paginya, dia still tak puas hati dan jenuh aku terangkan kenapa aku naik bas. Dia pun takkan la tak faham-faham lagi. Bagi je lah RM500 petrol allowance, mesti aku naik kereta tiap hari. Hahahha…

Aku memang dah lama dapat sebijik CRV lama (bukan model baru), untuk aku guna. Kalau ada meeting malam or kerja early morning aku memang tak kan balik rumah naik bas. Weekend pun aku akan belasah CRV tu untuk berjalan-jalan. Selesa sikit compare to my Kembara yang sekarang dah jadi ‘milik’ wife aku. Jangan ingat aku power sangat pula sampai dapat kereta, memang company aku banyak kereta, ramai yang dapat.


6. Gaduh Dengan Driver Bas

Satu hari aku tunggu bas depan office. Dari pukul 7:15 sampai pukul lapan. Pukul 8:05 baru bas sampai. Aku terus la tanya kat driver bas tu,
“Bas rosak ke bang? Lama saya tunggu… dah sejam lebih dah” Aku tanya sambil tersenyum.
Tiba-tiba driver tu melenting…
“Aku pasal masa memang berkira. Tak mungkin kau tunggu lebih satu jam. Aku lalu sini tadi pukul 7:15, ada 3 orang naik… bla..bla..bla… aku sampai station pukul 7:30, sembahyang… bla..bla…bla jadi tak mungkin ko tunggu lebih dari satu jam” Details dia cerita siap tunjukkan kertas jadual dia.
Terkedu aku. Semua penumpang tengok aku.
“Ok bang… maybe jam saya rosak kot…” Aku duduk malu sambil ketuk-ketuk jam.
Lepas tu sebelum turun aku minta maaf, dia senyum je.


Itulah… 6 cerita-cerita lucu kisah aku naik bas. Seronok naik bas ni. Sekali je aku merasa bas rosak… Itu pun seronok layan driver bas sembang sambil tunggu bas ganti.


Chow… lama aku tak wish… Selamat berhujung minggu.

P/S: Banyak dialog posting ni. Dah macam cerpen atau petikan novel lah pulak. Dah la takde apa-apa gambar. Malas nak search lah. Tulis cepat-cepat... post je.

11 comments:

Anonymous said...

bob, bos ko memang syg kat ko ar.. ader ke die bg kete beso kat aku. org lain tak dapat pun...:)

Anonymous said...

dood..ko tgk tuu..bos ko siap care kat ko...dia bg CRV suruh ko gune, bukan buat perhiasan..siap spray baru utk ko tu...betuah la badan..org lain semua naik moto sendiri je..ko patut bersyukur...

aku gerenti la lepas ni mesti ko dpt elaun minyak yg ko nak tu..ko mintak RM 500 mesti dia bg RM 1000 kat ko..hahah!!dia sayang gile doh kat ko..riso tgk ko naik bas malam tu..haha!!

approve tau..kalo tak aku tak nak baca dah blog ko..haha!!

Anonymous said...

Since company bagi ko kereta, ko kena declare kat income tax yang ko ada dapat benefit-in-kind (BIK)..ehehehe

Anonymous said...

referring to point no.3

-berdasarkan pengalamn kat indon, org indon,walaupon rami duk kata diorng ni mcm2 perangai,tp yg aku bleh kate kat diorng ni,diorng SOPAN.(jgn le ko kate aku puji plak perompak2 dari indonesia tu)..
yg lelaki plak..gentleman...even muka nampk brutal,tp bile cakap,fuhs...cair beb..(tp aku tak nak g lombok)
kat atas jln pon,even diorng sket2 nak hon, tp bile org len nak potong ke,nak corner ke,nak melintas ke, diorng akan bagi laluan.......kt mesia,kalau x makan sumpah seranah,mesti ko dapt F sign tu


referring to point no. 6
-soklan ko tu mcm bunyi sarcastic jer...sbb tu ko kena marah...heheh...so tak leh salahkan driver tu...hehhe

Mek Rose said...

eheheh..
pegnent dah brapa bulan yang oiii...:-)

Bunga said...

kagumnya ade org lelaki camtu
siap bagi laluan utk org lelaki
biasanye..lelaki gentleman akn beri tempat duduk utk org pompuan..
ini tak, tempat tu diberi kat org lelaki lak..
ahahaha..lawak..

Lexy Rollo said...

Ha,
aku pun bakal berulang dari seremban ke klcc menaiki bas untuk berkerja.

excited juga nak experience pengalaman naik bas.heheheh.

Anonymous said...

Aku hari2 naik bas gi kerja kat Teluk Kumbar,Penang. Kat sini ada 2 jenis bas je yg lalu, RapidPg ngan bas MILAN. Kalo bas RapidPg Gertak Sanggul ok la coz driver suma bags! Tapi kalo naik RapidPg Balik Pulau, huh! Dia punya driver baguih punya rempit! Tension jalan pi Balik pulau macam ular kena palu kot!

Anonymous said...

Aku pun nak jugaklah ada pengalaman naik bas. Kalau nk diceritakan byk tp yg best sekali lu mesti ingat bro..nak kena pau dgn mamat kampar tu..hahahahaha..ingat tak??? lu ingat tak bro??? hahahaha

Mr. Right said...

azli,
Dia bagi keta besor sebab badan aku besor.

ex-staff,
Hahaha... semua komen memang approve. Takde masa aku nak block2 komen orang. Wei... dia spray baru bukan untuk aku, spray utk org lain. Aku menumpang tuah je.

ano,
Ye ke? Aduhai... rugi la cam ni. Tak nak declare leh tak?

dizzy,
Aku jarang lah pula jumpa Indon sopan. Tu baru 1st time.

rose,
Dah dekat 25 tahun, tak lahir2 lagi anak.

bunga,
Tu namanya super gentlemen.

anakRamalan,
Memang best. Try lah.

aritaifa,
LAju lah best. Cepat sampai. Bas besor, keta lain takut. Susah nak accident. Bas tempatan jarang accident.

Awi,
Hahahhaa... tak ingat...tak ingat. Benong tul.

Anonymous said...

lama aku tak baca blog ko..darurat ckit kat tempat kje ni..aku dah lama xnaik bas..no bas kat umah aku dah bertukar pun baru semalam aku tahu..hehe..tempat aku ni tmie table perjalanan dorang x menentu..penat tngu..last2 kne naik teksi jugak..

Total Pageviews

. page counter