Tuesday, November 11

Mobile Number Portability

Kepada kawan-kawan aku yang biasa datang blog ni, sedikit update from previous posting. Aku berjaya dapatkan ticket untuk tengok Quantum of Solace. Cuma aku sedih sebab edisi James Bond kali ini antara yang paling lemah, paling tak best, paling boring. Aku hampir tertidor, infect wife aku memang dah tertidor sekejap.

Pada aku Quantum of Solace tak best sebab:

1. Heroin tak secantik yang dulu-dulu.
2. Heroin tak memainkan peranan yang cukup besar macam filem sebelum-sebelumnya.
3. Storyline yang hampeh. After watching Madagascar 2, aku rasa sedih melihat isu yang hampir sama digunakan oleh filem sequel terhebat (James Bond) dengan sebuah filem animasi lucu. Iaitu isu bekalan air.
4. Takde gadget baru yang diperkenalkan, infect this time James tak guna apa-apa gadget pun. Tahu la Q dah takde, but James Bond takde alat-alat, memang tak best.
5. Jalan cerita yang terlalu berkait dengan previous James Bond movie. Sial, aku dah lupa. Jenuh nak ingat balik.

Confirm lepas ni aku tak dapat tiket free lagi dah. Dapat tengok free lagi nak kutuk… Hahaha… lantak lah, so, kepada peminat filem aksi tak perlulah pergi tengok. Quantum of Solace hanya untuk peminat fanatic filem James Bond sahaja.

Ok, enough about last posting.

Sekarang, ramai orang bercakap pasal MNP. 1st , ramai pengguna bercakap pasal benda ni sebab nak tahu how its works?, what the advantages?, which mobile operator offer better choice?, etc. Then, 2nd pihak bercerita pasal ini untuk dapat duit, dapatkan keuntungan. I’m talking about bloggers yang bercerita pasal MNP in order to get money through Adsense since few mobile operators already advertise menggunakan Adword dan membeli keywords “Mobile Number Portability”, “switch mobile operators”, “MNP” dan beberapa keywords lagi.

Jadi berebut-rebut lah blogger berceloteh pasal MNP untuk increase Adsense income and fighting for ranking dalam search engine result page (SERP). Aku tidak termasuk dalam bloggers sebegini since if you guys notice kat blog aku ni takde iklan dari Google, aku tidak berminat meletakkan Adsense diblog ini.

Aku ada 2 nombor phone. Satu line provided by company under entah apa corporate package entah. Within the group, ada free airtime like 20 hours kot. Sepanjang aku guna Digi, aku perhatikan ratenya memang murah. Imagine, aku gunakan that number untuk urusan kerja. So, daily aku buat berpuluh phone calls. But monthly charges jarang-jarang exceed hundred ringgit. Aku tidak berminat nak ambil tahu what their rate. Yang pasti aku rasa, Digi memang paling murah dan coverage juga tidak mengecewakan.

Satu lagi adalah nombor peribadi, 012-3XXX000. See, my Maxis number cantik tu. Hahaha…The main reason aku pakai Maxis adalah aku suka combinasi 012 follows by 3, instead of nombor yang tak tersusun macam 013, 018, 014…etc. That number aku pakai dah lama. So, no way I am going to change the number. Kalau aku mati pun maybe aku akan minta kerajaan Malaysia simpan nombor tu buat kenang-kenangan. Jadi aku memang berkira-kira nak tukar ke Digi but keeping my 012 number. But before aku jump to that decision, lets preview pro and cons this MNP implementations in Malaysia.

Pros.
1. Obviously, kita boleh tukar mobile operator without losing current number combination. (nombor cantik, dah pakai berpuluh tahun, member hilang nombor kita, etc)
2. Increase competitiveness among mobile phone operators.
3. Hopefully will also increase quality of service.
4. Memperlihatkan kepada dunia luar yang Malaysia tidak ketinggalan zaman.
5. Iklan yang lebih menarik dan creative dari syarikat telco. Harith pakai baju hujan kuning follow orang sedang bergayut phone. Mimicking Digi ‘Yellow Man’, damn funny.

Cons.
1. Sukar nak tahu our friends and family use which operator. For me, since I have Digi and Maxis number, so everytime aku call akak aku, aku akan pakai Maxis sebab akak aku pakai Maxis juga. Then, abang aku pun ada nombor Digi dan Maxis so, aku akan call nombor Digi dia dengan line 016 aku. Aku assume, same mobile operator will cost cheaper. Again, aku tidak equip myself with details charging rate. Sekarang sukar nak tahu yang kita call tu line apa. Just try our luck je lah.
2. Akan ada orang ‘terkena’ atau ‘tertipu’ dengan iklan dari syarikat telco. Then at the end, akan habis duit dengan asyik tukar mobile operator. They charge us RM25 ringgit fee setiap kali tukar. Apsal la kerajaan allow them to charge us? Banyak negara yang benarkan tukar secara percuma.
3. There will be too many option and packages offer by all operator. Aku jenis yang tidak suka menyiasat, tidak suka ambil tahu secara details dan tidak suka dengan pilihan yang terlalu banyak. So, for me it is a negative point.


Solution kepada ‘Cons’ kat atas tu.
1. Some sort of notification message being plays every time we call any number. Maybe before ringtone akan ada suara beritahu yang kita call tu number milik which operator. Tak perlulah formal and long message “Anda telah disambungkan ke telefon mudah alih yang menggunakan talian ___”. Maybe just a simple sound or music to indicate which network kita call. Rasanya memang dah ada kot system sebegini, tapi bukan semua telcos buat.
2. Aware and update ourselves with our friend and family telco choice.
3. Semua telco apply flat rate. Or simple and straight forward package. Example, call within same operator 15 sen/minute and 2 sen/ sms and increase the rate sedikit untuk panggilan berlainan line.

For me, selagi bill telefon Maxis aku tidak melambung aku malas nak spent masa memikir dan menukar line telefon aku. For next 6 months or so maybe they will concentrate attracting consumer to switch to their network. Then, most probably they will make a move to improve customer loyalty. There will be all kind of tactic yang telcos akan guna untuk ‘lock’ pelanggan mereka. I just going to wait and hopefully enjoy the benefit later.

Footnote:
Bercakap pasal mobile number. Aku baru received sms from this number: 017-8906795. Sim Card aku dah menang cabutan bertuah Petronas. Then that sms ask me to call this number: 017-8952115. Ada lagi ye scam sebegini ye... Nevermind, instead of give them a call, I will manually spam their phone using this service: http://static.itrack.it/clients/CHMalaysia_Clickworks_103126663/c11841/babysounds.swf.

14 comments:

ara charles said...

salam..frstly i mmg tak stuju dgn iklan mcm gtu..ok..btul ape yg aku bce cntra bla jd bnda ni..ni blaku kat kwan aku sndri yg mana ade kwn dia tkar plan tu..so at the sme tme ade kwn aku ni kol la..ade hal..tak smpai brape mnit la aku wse krdit hbs..upanya dah tkar line..hangin la kan..gotcha!! amboi..klu dwatnya ade urgent thng..kol pnya kol cakap spath dua dah kdit hbis..tak ke naya namanya tu..so..aku wse tplang la kan..ade owg ska ade yg tak..tpuk dada tnya slera..adios..

Anonymous said...

as per your question, an sms from 012 to 012 but of different service provider, 1 cent charged or slightly expensive?

expensive kalu, mampos la aku takkan reply sms ko dood. cya.

Anonymous said...

aku pun X SETUJU dgn plan nak tukar2 ni..buat pening je..nyusahkan pun ada..014 pun dh nyusahkan..mana nak ingat dari mxs ke clcm...

Anonymous said...

huhuh dah lama aku tak menyibuk kt blog ni

salam Mr right

hari tu aku gi karaoke ngan kawan2. then orang kt counter ckp "10% discount for 016(a.k.a digi la kononnyer)"

orang tu minta kami tunjuk 'my number' ..nk tengok 016-xxxxxxx

..kawan aku 016, tapi not digi, still dapat 10% discount ahahhaa

Anonymous said...

sry Mr right.. tumpang lalu lagik..

selamat pengantin baru~ dan sentiasa lah jadi pengantin baru~

tahniah :)

..aku lg blom ni...

lankapo said...

haha takkan call member pun berkira, nak tahu line apa line apa..cal pun 30 saat paling lama.

lain la call awek berjam jam kan.

MNP ni salah satu cara utk kita/user untuk dpt rate lebih murah dari semua telco.

kita berhak untuk dpt rate lebih murah.


p/s
aku menyampah gila tgk iklan celcom. itu je ke yg diaorg mampu pikirkan haha

Ab Razak Hj Ahmad said...

Sorry Off Topic...

Bahasa apa 'ara charles' guna tu.. tak paham aku..

Anonymous said...

yup are totally right...
iklan celcom tue sgt klaka...
thx 4 d comment...

Mek Rose said...

aku sker semua iklan yg celcom buat tu..
klakar sgt2 sbb si harith tu mmg seorang pelawak yg outstanding bg aku..
dia mampu buat lawak selamber...

ape2 pon..aku tak stuju ngan program camni..menyusahkan org...
ntahapoapontah...uhuk!

Anonymous said...

Nape nak susah2 tukar2..
aku tak stuju sgt ngan bnda2 camni,
nyusahkan aje.

sbb aku seorang yg amat setia ya dgn no. & network yg aku guna skang..dah 3 tahun setia.
taknakla tukar2..
takde maknanya aku nak susah2kan diriku pergi kedai nak tukor tukor bagai..

pn rose, suke harith inskandar ye? kelakar kan...

Mr right kelakar tak? saje nak tahu...He He He

Anonymous said...

salam.

lama tak jenguk blog ko weh.

wah, dah ade peningkatan dalam hidup.

dah kahwen ya.

semoga kekal ke akhir hayat. Amin..

Mek Rose said...

To My Girl...

Mr. Right mmg kelakor orgnya..
if kita tengah marah2 pon dia still buat kita gelak..
then tak jadi marah..
sbb tu kiter syg dier...:-)

Anonymous said...

emmm...
MNP tu one of my team punyer project..
cool kan..
takder la nak bersusah payah tukar number semate2 nak switch operator...
tapi aku bagitau jujur...
celcom paling terbaik..
bkan sebab aku bekerja ngan diorang...
tapi aku sebagai pengguna yang dah try macam2 operator aku dapat rasekan celcom paling terbaik...
thehhehee...

Mr. Right said...

ara charles,
Kalau ada msg sebelum ringging, ok la kot. So, kita boleh bajet.

teek,
Hahaha... berani la ko tak layan sms aku. Aku akan cari Chi dan bagitau dia jgn layan ko (if he found ur positng)...

neewa76,
betul2...

tiang lampu,
Satu lagi, betul. Kan payah kalau nak buat promotion macam tu. Susah nak identify line apa.

Bila ko nak kawin? Cepat2 la kawin. Best gila kawin... hahahah...

lankapo,
HAhaha... kadang2 aku call member pun lama. Yela, tanya kabar, pujuk ajak lepak tgk bola, kutuk team bola dia kalah, bagi direction jalan. Semua tu lama tu. Ngan awek takyah la lama2, sms dah la...

Celcom attached with Harith for Harith stand-up comedy tour. So, maybe lamp sum sekali kot deal tu. Ok la iklan tu, at least kita tak leh lupa. Tu yg penting.

abikhsan,
Short form ala sms. Hehehe...

syasya,
Komen? Ohh.. aku komen at ur blog ye. Sometimes, aku suka visit blog pengomen disini. Just nak kenal siapa korang semua.

rose,
Ok... esok boleh la botakkan kepala mcm Harith. Hehehe..

my girl,
Tunggu dulu apa strategy telcos nak 'lock' customer. Then we decide.

nasir,
Thank you. Kemana ko pergi, lama tak nampak?

lalala.inc,
Oohh.. ko la punya keja ni ye. Hasil kajian aku (beberapa minit) aku nampak cam Digi je paling bagus. But still ko involve directly, aku trus ko. Aku akan put under consideration nanti.

Total Pageviews

. page counter