Thursday, November 22

Terima Kasih Lanun Cetak Rompak

Dulu aku pernah cerita pasal cetak rompak. Aku berikan beberapa idea untuk benteras cetak rompak. Tapi sekarang nada aku lain sikit, aku nak suarakan kesyukuran aku kerana industri cetak rompak di Malaysia semakin bercambah. Seriously, ini bukan reverse physiology, sindiran sinis atau lawak jenaka. Sesungguhnya aku rasa ada kebaikkan daripada industri cetak rompak, tak kira hasil seni atau software.

Tanpa gorengan yang lebih panjang ini dalil aku.

1. Pendidikan.
Software-software yang mahal tidak mungkin boleh dibeli oleh masyarakat kita. Bayangkan Autocad contohnya yang bernilai beribu-ribu ringgit. Kalau sekali dengan training untuk pekerja syarikat dikenakan RM10,000.00. Rasanya student mechanical engineering kita boleh beli? Kalau hanya latihan di makmal university agak lambat untuk mahir. So, dengan beli CD cetak rompak RM5.00 di Lowyat, mereka boleh meningkatkan kemahiran. Autocad Designer dapat gaji purely base on their skill, certificate atau pengalaman kerja tidak sangat dipandang. Aku percaya sesiapa yang pernah belajar di university dan mempunyai computer pasti pernah menggunakan perisian cetak rompak, bukan hanya untuk games dan suka-suka tapi juga untuk pembelajaran.

2. Mematikan Niat Untuk Menghasilkan Movie Lucah.
Hari tu aku cakap aku baru kenal dunia download movie dari ftp file. Disana aku jumpa cukup banyak clip .3gp yang diupload oleh orang Melayu kita. Semua clip tersebut adalah aksi orang Malaysia beromen yang diambil guna handphone. Jadi aku assume sebenarnya orang Malaysia cukup berani dan cukup jahat untuk buat filem lucah sendiri. Cuma mereka sedar sukar untuk mereka mengaut keuntungan kerana kedasyatan industri cetak rompak kita. Kalau filem Hollywood pun mereka boleh keluarkan sebelum tayangan perdana di Hollywood, rasanya kalau filem lucah tempatan confirm beberapa jam lepas habis shooting akan terus berada dipasaran cetak rompak. Kerana ini kita belum dengar lagi filem lucah made in Malaysia. Aku maksudkan filem lucah yang berkualiti dan professional, bukan clip-clip bangang atau movie compilasi clip-clip bangang.

3. Peringatan Kepada Artis Kita.
Bagaimana artis nak pastikan peminat membeli hasil titik peluh mereka? Dengan hanya buat hasil berkualiti, bekerja bersungguh-sungguh, sokong segala jenis kempen, semua itu tak menjamin. Cara terbaik adalah dengan membuatkan peminat semua sayang kepada mereka. Artis kena ambil hati peminat, tidak sombong, tidak besar kepala, kena senyum selalu, layan peminat, hormat peminat dan sebagainya. Kalau artis kurang ajar tapi lagu dia sedap atau lakonan dia mantap, kita tidak perlu beli album dia, tidak perlu ke pawagam untuk tengok filem dia. Kita search di google, download dalam MP3 player kita dan kita pergi jumpa Ah Chong beli filem terbaru dia. Padan muka dia. Bayangkan jika cetak rompak tiada, aduhai… confirm ada artis yang berbakat tapi sedikit sombong, macam artis berkulit hitam US.

4. Senang Nak Tulis Blog
Kepada blogger yang niche mereka pasal industry hiburan atau technology terbaru. Ingat senang ke nak keep up dengan semua filem, lagu, atau segala jenis software dan gadget dalam market. Kalau tiada cetak rompak letih juga nak membeli semuanya. Kan?

5. Bagi Chance Penguatkuasa Pakai Pistol.
Kalau tidak mereka hanya buat serbuan empty handed. Tapi sebab taukeh cetak rompak makin ganas, dan police makin sibuk nak jaga aktiviti penyokong parti pembangkang, hasilnya penguatkuasa merasa pakai pistol.

Ok… Idea aku makin mengarut dan tidak logic. Daripada posting serious nanti jadi lucu pulak.

Better stop.

8 comments:

Anonymous said...

Well...
this is what we call as "look at the brighter side..." or " look at the bigger image..." hehehehe

Anonymous said...

agree betul ngan no.3...kalo nk bagi peminat beli yg ori kena sayang peminat...kalo x senang2 je peminat nk download dari internet@beli pirate punya...tapi tokeiso cetak rompak ni memang kaya nk mampos...keje senang je...untung gile babi...patut pakai kete Merdz...hampeh

Mek Rose said...

sian depa..keje keras..tapi diciplak lak hasil keja..ish2..benganggg jek!..

mcm abg aku..dia buat buku untuk Pendidikan Islam for SPM..tgk2 ade org photostat n jual kat skolah2..ish2..bengang sehh...

oppss..off topic ke? kui kui kui...

Mohd Hazreen Rashid said...

"Seriously, ini bukan reverse physiology, sindiran sinis atau lawak jenaka."


reverse physiology? Reversed psychology kot bang...

Anonymous said...

Hello aku Betul.

ada pun entri aku betul aku hanyalah kebetulan sebab inilah kali pertama aku baca blog kau.

Sekian terima kasih.

Hahaha!

Anonymous said...

lanun cetak rompak? aku ingat dulu aku penah beli dvd tajuk scarface kat petaling street. citer lama tu.

punya la seronok sbb dah lama carik cerita tu. Last2 aku blk umah tgk citer blue dia bubuh dlm tu.

jahanam tul. Alhamdulillah org tua aku takder kat umah. kalo tak payah aku nak jawap.

pe, dia ingat aku kaki blue ka. Sial tul lanun2 ni.

dood, aku dah pindah ke www.akukaya.com.

Mr. Right said...

ipoh lads,
True...true.

ramonez,
Ko kenal dorg ke? Hahah..

rose,
Buku pendidikan Islam pun org nak copy ke? Pelik,pelik.

Hazreen,
HAhaha... Boleh tolong check satu persatu 200+ posting disini. Semuanya aku tulis tidak ikut tatabahasa dewan bahasa pustaka. Memang byk gila salah eja, grammer, dan macam2 lagi. Hahahaha...(gelak tambahan, you know why...rite?)

Nazri,
Hahaha...

adar,
HAhahah... ada simpan lagi ke dvd tu? pindah balik? So kali ni security dah power kot. Aku check kejap akukaya.com baru2 ni, cantik gambar2 kat situ ye. Hahahaha...

Anonymous said...

hahaha.. aku kantoi gn dood. adei.. tu aku saja2 nak test plugin utk auto blog. kira mcm kita tak payah update blog sbb plugin tu akan auto update guna content org lain.

plugin tu akan grab feed yg kita pilih dan post dlm blog kita. ramai internet marketer guna cara ni nak wat duit dr adsense.

Total Pageviews

. page counter