Syukur alhamdulliah, dari semua berita yang aku baca tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Although as usual nobody knows the exact number of participants in today BERSIH rally to Istana Negara, but at least aku rasa impactnya dapat dirasai oleh semua pihak. Yang penting memorandum tersebut berjaya disampaikan ketangan yang dipertuan Agong. Bila pagi-pagi nak pergi kerja aku jumpa 2 roadblocks, tengok helicopter diudara dan dengar cerita roadblock semua tempat, aku confident gelombang kuning tidak akan bergelora di KL. Jangkaan aku meleset, puluhan, jika tidak ratusan ribu manusia berjaya mengharungi segala rintangan untuk menyokong perjuangan BERSIH. Aku kagum... aku kagum sangat-sangat dengan mereka.
Pergi lah visit website-website dan blog-blog popular untuk dapatkan data, tengok gambar atau tengok clip video pasal perhimpunan tersebut. Di Youtube pun ada clip yang diupload oleh orang ramai dan comparison dengan laporan dari media bangsat milik Barisan Nasional. Kalau rajin, judge it yourself.
Jika ada yang berminat nak tahu apa isi memo tersebut, click link ke Harakahdaily ini. Rata-rata kandungan memo tersebut seperti tujuan BERSIH ditubuhkan. Meminta pilihanraya yang bersih dan adil. Didalam memo tersebut diselitkan contoh scenario penyelewengan pilihanraya dan juga beberapa cadangan untuk mem’bersih’
Pandangan aku terhadap cerita perhimpunan 100,000 rakyat ini:
1. Aku sedikit kagum dengan pasukan Polis yang tidak bertindak terlampau ganas. Sekarang kita tahu yang polis kita masih bermaruah. Tahniah.
2. Aku tabik kepada puluhan ribu rakyat yang sanggup redah segala rintangan untuk sampai ke ibukota dan ikut rombongan ke Istana Negara. Nampaknya disekitar
3. Website rasmi BERSIH dan website media alternative commercial, Malaysiakini down kerana congested dengan visitor dari seluruh
4. Rata-rata perhimpunan ini dapat liputan dari luar negara, terutama Al Jazeera yang update hourly pasal kejadian dia KL. Tahniah
5. Aku sakit hati dengan sekatan jalan raya yang melampau oleh pihak polis. Aku dapat lihat sebuah ambulans tersangkut dicelah-celah jem di federal highway sekitar Subang.
Tak tahu la apa nasib pesakit dalam ambulans tu. Semua perjalanan di ibukota menjadi terhenti dan sesetengah tempat kelam kabut. Polis perlu lebih bijak dalam cubaan menghalang perhimpunan tersebut, bukan dengan jadikan 3 lane highway ke 1 lane, itu bodoh namanya.
6. Nampaknya Pak Lah yang memberi ‘arahan’ dengan melaungkan ‘kejantanan’ beliau kononnya pantang dicabar semakin kelam kabut. Siapa pula cabar dia? Dia tahu ke tidak tujuan BERSIH? Pak Lah merasakan diri dia Suruhanjaya Pilihanraya ke? Ke dia dah nyanyuk?
7. Aku tidak rahu reaksi pemimpin BN pasal perhimpunan ini sebab aku tulis posting ini sebelum dengar komen mereka. But, surely they will comment base on news from media milik mereka. So, better we just ignore their irrelevant komen and views.
8. Walaupun puluhan ribu hadir, ratusan ribu tersangkut dan jutaan visitor cari info pasal perhimpunan ini. Hakikatnya puluhan juta lagi rakyat
9. Aku takut, malas, penat, tak confident akan berjaya dan ambil keputusan untuk tidak pergi perhimpunan tersebut. For this particular event aku admit, aku sedikit loser. Juga aku nak maki kawan-kawan yang pergi tapi tak ajak aku. Dah balik baru nak sms. Blah lah…
Pesanan ikhlas kepada kawan-kawan aku dalam UMNO including my own beloved sister. Buka mata… buka minda. Baca memorandum tersebut, peruntukan sedikit masa untuk kaji the whole scenario. Kenapa permit perhimpunan direject? Rayuan juga direject? Pergi search harakahdaily untuk dapatkan copy
Dah la, aku malas nak berceramah macam wakil rakyat. Adios… nak pergi layan game
18 comments:
tat jln raya melampau wehhhh dr pkl 9am sampaipukul 5pm td kat bkt jelutong tu ada road block..3 lane jadi 1..ampeh
aku gi zoo siang td balik tu al kisah salah paham laki bini terambik ldp sangkut gila....tgk2 jammed sampai batu tiga federal highway..dahsyat noooo
Aku memang suka bila kau buat analisis. Tak kira apa-apa agenda, bolasepak, politik, atau apa sahaja. Tepat dan melekat. Semua pihak kau hentam, semua aspek kau kaji. Teruskan bro, gua sokong lu 100%.
"Politics is the art of preventing people from taking part in affairs which properly concern them"
- Paul Valery
bkn saja aljazeera..bbc n cnn pun cover jgk..tp perhimpunan ni agak cool,tersusun,bersatu n bermatlamat..x celaru mcm zaman dsai dulu..berhimpun krn seorang individu..
Dood,
Samer le cam kakak aku ...
"Aper la diorang ni nak demonstrasi2 ni ... menyusahkan org jer ... aku, janji aku ngan anak2 aku hidup senang sudah la ..."
Aku biler dengar kakak aku cakap cam tu, mmg menyirappp jerr... ko hidup senang mmg la ko tak rasa aper2 ...
Aku sajer jer nak test dia ni jenis membaca ke tak ...so aku tanya la dia ..
"Kak Ngah, ko tau pasal tragedi batu borok hari tu?"
"ohh ... yg pasal bakar2 bendera tu eh?"
COnfirm kakak aku ni yg jenis baca Utusan jer!! Yg bakar bendera dia tau ... yg org kene tembak dengan polis pakai peluru hidup haram dia tak tau! Hampeh tol kakak aku ni ...
Aku mmg nak gi, tapi hari tu aku keje ... so aku ikuti perkembangan thru web site jer (sambil2 buat keje, sambil2 surf la weh) ... bersih.org time tu mmg fully loaded!! Terpaksa report latest news kat tragedibatuburok.blogspot.com ...
AKu betul2 bangga!! Walaupun ditakut2kan oleh pemimpin kita melalui media masa, 40,000 org berani datang untuk memberikan sokongan ... tahniah rakyat malaysia!! Sememangnya kita sudah lama menuntut agar Pilihanraya kita dilakukan dengan bersih dan adil!!!
Tuanku Sultan Mizan juga bersedia menerima kunjungan merafak sembah rakyat jelata ... pintu pagar istana dibuka untuk pemimpin2 bersih menyerahkan memorandum ...
Daulat Tuanku!!
Patik dengan rasa rendah diri, merasa bangga mempunyai Sultan berjiwa rakyat seperti tuanku. Patik sebagai rakyat Malaysia akan terus taat setia kepada Tuanku dan juga Raja-Raja MElayu .... Daulat TUanku! Daulat TUanku!! Daulat Tuanku!!!
ala mr right,,, ngaku je la ko tak turun sebab awek tak bagi... lagi tak mengaku.
aku takmo komen psl perhimpunan tu. tapi aku nk komen psl statement yg dibuat oleh PM kesayangan ko dood. Dia kata "royal been trapped into politics".
statement mcm tu dtg dari PM amat memalukan. Purpose perhimpunan tu adalah untuk election transparency and sebagai PM, i'm sure dia tau yg dalam Federal COnstitution ada article yg mengenai kuasa untuk apppoint election commission adalah pada YDPA. So, mmg betul la memo tu diberi pada YDPA. it's not a matter of dragging the king into it.
tapi, itulah dia PM kesayangan ko :P
fid,
1st time aku tengok jem paling jauh federal highway. Dari 'jambatan pulau pinang' sampai letas toll batu 3.
ano,
tq.
hilma,
paul valery tu sapa? Aku tak kenal pujangga Malaysia, apatah lagi pujangga orang putih.
farhan,
Betul. Tersusun dan teratur. Siap ada petugas jaga keselamatan dan jaga kebersihan lagi tu. Profesional gila.
mr.
Kau ke print info2 dari Net dan pass kpd golongan macam akak kau dan akak aku. Mereka percaya bulat2 media dikuasai oleh BN.
nordin,
Memang awek tak bagi, tapi itu bukan sebab utama. Kalau pujuk2 dia akan bagi juga. Sudahlah, kau pun sama. Dah sampai KL baru nak bagitau awek. Blah laaah. Dah la aku call tak dapat. Hampeh..!
teek,
Itu statement dari orang bangang yang terdesak.
All,
Aku malas nak tulis dalam posting. Tapi aku sedikit sedih sebab sedang rakyat sibuk berhimpun dan berjuang, Agong kita pergi main kuda. But again, tournament tu dah diplan awal2 tuanku takde option kot. Daulat tuanku!
YDA ( Yang Dipertuan Agung) tak leh terima memorendum face to face dgn bersih sebAb atas sifat YDA yg tak menyelebihi mana2 pihak. kalau ko perasan masa majlis perasmian race kuda dia pakai baju ape?
Setuju analysis kau cuma point No. 4, pasal kita dah hampir setaraf dgn Myanmar dan Indon aku tak setuju. BERSIH bukan rusuhan atau demonstrasi cuma perarakan besar-besaran nak serah memo kat YDPA. Itu pun dia orang takut ke....
p/s Mr Right, YDPA naik kuda OK lagi coz dia bukan setakat rasmikan tapi as a participant. Yang PM kita di saat Johor banjir gille, dia pi naik kapal layar dgn Jean Todt tunang awek James Bond Ipoh... lagi sadis...
Sian Sultan Mizan..org yg tersepit ditengah2..ditelan mati mak..diluah mati bapak..kui kui
en. nordin,
Mr. Right nak g..tapi call en. nordin tak dapat2..bukan dia takut awek..ish2..aku tak kisah pon dia nak g..tapi risau if jadi apa2 kat dia..
p/s: eh, dgr2, ade org tu dah smpai KL baru cakap kat awek??
takut awek marah g ke?? kui kui kui..tu dah takut awek tahap cipan..kikikikikik
Di saat orang tgh berpusu-pusu berarak dan berhimpun mencari keadilan dgn jam yg teramat sangat dan road block nun di jalan raya di KL...aku sedang bersenang lenang menikmati kedamaian alam di kampung ku...mendengar cicipan burung di celah-celah pohon sambil melihat anak ku dengan gembiranya bermain di halaman rumah ...hehehe
p/s : masa org sibuk berarak kat kl hari tu aku dah chow dulu pi balik kampung...
Dood, aku half2 la.
I understand that these people need to do something to grab the attention of the stupid government. I understand that these people need to take proactive measures.
BUT! At the same time, I simply hate these rallies that interrupts people’s lives and businesses. Few of my friends were late for their appointment that day; and it was a money and time wasting. Just imagine your loved ones in that ambulance, I’m sure you’ll curse all the one in yellows and uniforms to death.
Yes, you can argue that if these people don’t rally now..our lives will be much worse tomorrow. I’m sure there’ll be people out there who would argue “do you want your business to suffer for just one day? Or later on, if the country was badly corrupted where your business will suffer forever?”
My argument being, later is later la..today is today. We might not live till later kan? Yes, my argument doesn’t make sense pun. Don’t get me wrong, I understand what is happening today, I understand how bad it is and i'm grateful and appreciate taht these people decided to put themselves ni danger's path so that I DON'T HAVE TO..but I just hate rallies la or accurately, demonstrations. Maybe it's not my callings yet kot.
This is a reminder to myself as well as I’m not that baik pun – how come ppl are scared of what the country would become in the future but not the instant punishment that God able to do if you didn’t solat/puasa for example? I guess it’s because we can’t see God and we know that God is Maha Pengampun. Insyallah Dia kasi kita peluang rite?
First aku nak kata aku suka hang punya post ni. Next aku nak kata ialah, kalau aku nak cari kawan, aku nak cari orang yang boleh stand up for aku, bukan jenih yang pikiaq diri sendiri. Orang yang yang tak peduli apa yang terjadi asalkan dia tak kena apa-apa hanya buleh jadi kenalan, bukan kawan.
nordin,
Kebetulan ke kot dia pakai baju kuning. Dah kuning warna diraja.
ac,
Memang bukan rusuhan, tapi wartawan Al Jazeera buat seolah-olah macam dramatic gila. Hahaha..
rose,
Aku rasa sekarang Agong serba salah. Harap pegawai2 sekeliling baginda bijak membuat keputusan.
ano,
Bijak juga kau, sebab LARI. Kau tengok cerita Left Adnan tak? Kau yg watak Faizal Husein tu. Hahaha... Ayub kot nama watak tu.
teek,
Jauhnya kau fikir. Pada aku simple je. Ada kemungkaran berlaku depan mata. Then, kita kena cari jalan penyelesaian. Demo jalanan perlu untuk tingkatkan kesedaran dan yg penting kita minta tolong Agong. Tak larat aku nak fikir jauh2 n panjang2.
KTN,
Damn true bro. Betul sesangat hang cakap tu. Congrats again for your 28th anniversary. 28 tahun...
aku suka posting topik nih... jujur, tidak terlalu emosi dan ko memang neutral... 10 untuk blog ko... ohooo
wow!! aku kagum gan korg, mmg sifat inginkan keadilan, sama gak gan aku! kita sejiwa! tapi x sama pemikiran!
aku lebih rela kerajaan ddidokong BN bkn pembangkang! org melayu mmg mudah rasa tercabar! mudah melenting! sensitif! tp hanya pada kaum sendiri! andai kata pembangkang jd kerajaan aku jamin..andai hari ini korg tuntut gaji lebih nti korg akan dpt kurang dr yang korg dapat sekarang! ko caya ke janji2 cina tu! ko belarak bagai pahlawan! cina tuli tu ok bakar2 n lepak kedai kopi pkena ginseng! buruk2 negara kita kita aman! bgtaw kt aku negara ISLAM mana selamat n bagus? semua hancur!!! PAS yang mengagungkan MESIR pn Pro Amerika, Mesir jual minyak ke ISRAEL ape yang nak dibanggakan! kalo sekarang pn PAS jd kambing itam DAP ape lg kalo dorg jd KERAJAAN. Sudahlah mls nak bebel xbek! tp ati panas!! huhu...
Please one more post about that.I wonder how you got so good. This is really a fascinating blog, lots of stuff thcat I can get into. One thing I just want to say is that your Blog is so perfect
Post a Comment