Tuesday, November 13

Tontonilah Animal Planet

Notice: Cerita santai, mencuit hati. Sesuai sangat untuk meredakan fikiran yang bercelaru dan tension.

Marzuki seorang pemuda yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar. Beliau seorang ahli Kelab Kembara disekolahnya. Pada satu hari Kelab Kembara sekolah beliau mengadakan ekspedisi perkhemahan di Bukit Larut, Perak. Dengan penuh semangatnya, seperti biasa Marzuki bersedia dan mengikuti program perkhemahan tersebut.


Lebih 2 jam perjalanan dari sekolah beliau ke kaki Bukit Larut, Marzuki dan kawan-kawannya menjalankan aktiviti rutin mereka, dengan memasang khemah, menghidupkan ungun api, menyediakan makanan, tempat solat dan sebagainya. Selepas semuanya selesai, mereka memulakan aktiviti ‘jungle tracking’, meredah hutan belantara untuk mendapatkan kepuasan. Hampir 1 jam bermandi peluh mereka terserempak dengan seekor anak harimau yang
sedang dihanyutkan air. Anak harimau tersebut kelihatan tidak berupaya untuk menyelamatkan diri. Dalam keadaan genting tersebut Marzuki dengan penuh beraninya terjun ke dalam sungai dan menarik anak harimau ke tebing. Anak harimau tersebut kelihatan penat tapi masih berupaya bangun dan berlalu pergi. Sebelum anak harimau itu melangkah lebih jauh, dia menoleh kearah Marzuki yang masih tercungap-cungap kepenatan. Anak harimau itu seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih kerana jasa Marzuki menyelamatkan nyawanya. Dia merenung tepat ke mata Marzuki. Semua yang ada disitu tergamam. Selepas beberapa saat, anak harimau tersebut pun berlari kedalam belukar tebal. Semua rakan-rakan Marzuki kagum dengan keberanian dan kemulian hati Marzuki yang sanggup mengadai nyawa untuk menyelamatkan seekor binatang liar. Mereka meneruskan perkhemahan mereka seperti biasa.


Semenjak hari tersebut Marzuki tidak dapat melupakan anak harimau itu terutama renungan tajamnya. Marzuki benar-benar berharap dapat berjumpa dengannya sekali lagi, sekadar untuk melihat dan merasakan kepuasan menyelamatkannya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Ingatan Marzuki terhadap anak harimau tersebut semakin pudar ditelan waktu.


Kini Marzuki sudah berjaya dalam hidup, menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Dia sudah
berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata yang sudah meningkat remaja. Satu hari, anak bongsu beliau mengajak Marzuki sekeluarga melawat Zoo Taiping. Mereka pun pergi kesana, nampaknya kegemaran Marzuki terhadap aktiviti lasak bakal diwarisi oleh putera bongsunya, sedangkan puteri sulongnya yang sedang menuntut di universiti tempatan lebih mengikut sifat lemah lembut isteri Marzuki yang manis dan berkerja sebagai seorang guru. Setelah berjalan-jalan didalam zoo selama 1 jam, Marzuki sekeluarga sampai ke kandang harimau. Anak bongsu Marzuki begitu gembira dan berlari untuk melihat haiwan liar itu dari dekat. Marzuki memanggil anaknya agar berhati-hati. Suara Marzuki yang sedikit tinggi mengejutkan seekor harimau tua yang sedang tidur. Harimau tersebut lantas melihat tepat kewajah Marzuki dan terus mara menghampiri pagar sangkar kediamannya. Dia terus berhenti dan menghulurkan tangan seolah-olah ingin menyentuh tubuh Marzuki yang menjauhkan diri kerana bimbang keselamatan dirinya. Setelah beberapa minit, Marzuki terkenang kisah dia lebih 20 tahun dulu. Marzuki dapat merasakan inilah harimau yang telah Marzuki selamatkan dulu. Memberanikan diri, Marzuki bergerak perlahan melepasi pagar keselamatan dan mara kearah sangkar harimau tersebut. Suara anak-anak dan isterinya yang memanggil tidak dihiraukan.

Adakah impian Marzuki lebih 20 tahun dulu akan termakbul?


Tidak, sebaik sahaja Marzuki menghulurkan tangan, harimau tersebut terus mencakar dan menyentap lengan Marzuki. Marzuki meronta cuba menyelamatkan diri, namun gagal. Tangannya putus dan petugas zoo segera menarik tubuh Marzuki dan beliau dibawa ke pusat rawatan.

Marzuki kini kudung, semunya kerana dia tidak menonton Animal Planet, Astro channel 556. Kerana disana ada diberitahu yang jangka hayat seekor harimau hanyalah 10-15 tahun! Tiada harimau yang boleh hidup melebihi 20 tahun.


Sekian.

Confirm, at least aku berjaya membuatkan korang semua tersenyum. Boleh agak bila aku dapat ilham nak tulis cerita ini?


10 comments:

Mek Rose said...

ehehehe..sian org tu..dah kene terkam..=))=))

Anonymous said...

kahkahkah. Lawak sungguh. Aku ingat cerita sedih tadi.

mr right,
banyaknya masa kau nak tulis cerita panjang-panjang.

Anonymous said...

You one talented bastard. Its hillarious dude. May I copy and sent it to my friend? via email.

shafarina said...

*gelak²*

At least aku tau harimau takkan hidup lama sampai jadi tok rimau @ nenek rimau. Bidaah semata.

Anonymous said...

oooo...citer sedih tu....tp aku rasa bkn harimau la marzuki tu terserempak..tp biawak yg besar...kalo nak tau lebih lanjut tgk le animal planet...hehehe...btul tak?????

Anonymous said...

ngatkan rimou tu nak balas budi..wakakakakak....betul la tergelak aku sensorang...wkakakakakka..tq for the funny tales..

btw, betul gak kata wan, kiranya sume dapat ilmu sambil gelak2 tu...

Pumpkin said...

Hahahaha..nasib tak kena makan ngan rimau..

Mr.Right, ape citer hosting ko?

Unknown said...

Mula aku ingat nak jadi cerita mitos la, last last hang pekena. Good, good, tapi jangan la lepaih tengok Animal Planet pi terjun cari ikan pari pulak.

Anonymous said...

wakakaka..ingatkan citer pedoman nak dijadikan teladan..
tp lawak ni ade unsur2 promosi sket,ang keja ASTRO ka?hehe,jz kiddin..apepun sengih sensorang aku kat opis ni..
~wink~

Mr. Right said...

rose,
Bukan kena terkam. Tangan je putus. Kalau kena terkam, mati..

ano,
Bukan lama pun tulis... bukan karangan masa sekolah. AKu tulis laju2, 15 minit je.

susan,
Silakan. If u think I deserve some credit just add link to this blog.

wan,
10-15 tahun tu memang fakta betul. Paling lama harimau boleh hidup 20 tahun, itupun dalam sangkar di zoo. Aku maksudkan Malayan Tiger, bukan tiger jenis lain.

hihihi,
Biawak tu lagi ganas dari harimau. Biawak komodo kot. Hahahaa..

ramonez,
Mmg niat aku nak releasekan tension kawan2. Penat fikir pasal politic. Today dah berfikir pasal politic sikit, see today posting.

pumpkin,
Aku tak ambil hosting mana-mana pun. Aku beli domain dari Godaddy.com dan host di blogger.com. Belum bercadang nak beli hosting sendiri, sebab aku tak reti nak manage. Aku ni buta I.T lah.

KTK,
Aku takkan terjun, sebab aku tak reti berenang. Tapi aku terapung je. (lemak banyak).

cika,
Takde ahh.. not sponsored post. Mana ada orang sanggup bayar aku untuk menulis. Aku tak cukup glamer. Lagipun aku rasa pay-per-post macam kurang etika je.

All,
Happy to hear you guys love the story. I even ask 3 of my friends opinion before post it. :).

Total Pageviews

. page counter