Showing posts with label cetak rompak. Show all posts
Showing posts with label cetak rompak. Show all posts

Thursday, November 22

Terima Kasih Lanun Cetak Rompak

Dulu aku pernah cerita pasal cetak rompak. Aku berikan beberapa idea untuk benteras cetak rompak. Tapi sekarang nada aku lain sikit, aku nak suarakan kesyukuran aku kerana industri cetak rompak di Malaysia semakin bercambah. Seriously, ini bukan reverse physiology, sindiran sinis atau lawak jenaka. Sesungguhnya aku rasa ada kebaikkan daripada industri cetak rompak, tak kira hasil seni atau software.

Tanpa gorengan yang lebih panjang ini dalil aku.

1. Pendidikan.
Software-software yang mahal tidak mungkin boleh dibeli oleh masyarakat kita. Bayangkan Autocad contohnya yang bernilai beribu-ribu ringgit. Kalau sekali dengan training untuk pekerja syarikat dikenakan RM10,000.00. Rasanya student mechanical engineering kita boleh beli? Kalau hanya latihan di makmal university agak lambat untuk mahir. So, dengan beli CD cetak rompak RM5.00 di Lowyat, mereka boleh meningkatkan kemahiran. Autocad Designer dapat gaji purely base on their skill, certificate atau pengalaman kerja tidak sangat dipandang. Aku percaya sesiapa yang pernah belajar di university dan mempunyai computer pasti pernah menggunakan perisian cetak rompak, bukan hanya untuk games dan suka-suka tapi juga untuk pembelajaran.

2. Mematikan Niat Untuk Menghasilkan Movie Lucah.
Hari tu aku cakap aku baru kenal dunia download movie dari ftp file. Disana aku jumpa cukup banyak clip .3gp yang diupload oleh orang Melayu kita. Semua clip tersebut adalah aksi orang Malaysia beromen yang diambil guna handphone. Jadi aku assume sebenarnya orang Malaysia cukup berani dan cukup jahat untuk buat filem lucah sendiri. Cuma mereka sedar sukar untuk mereka mengaut keuntungan kerana kedasyatan industri cetak rompak kita. Kalau filem Hollywood pun mereka boleh keluarkan sebelum tayangan perdana di Hollywood, rasanya kalau filem lucah tempatan confirm beberapa jam lepas habis shooting akan terus berada dipasaran cetak rompak. Kerana ini kita belum dengar lagi filem lucah made in Malaysia. Aku maksudkan filem lucah yang berkualiti dan professional, bukan clip-clip bangang atau movie compilasi clip-clip bangang.

3. Peringatan Kepada Artis Kita.
Bagaimana artis nak pastikan peminat membeli hasil titik peluh mereka? Dengan hanya buat hasil berkualiti, bekerja bersungguh-sungguh, sokong segala jenis kempen, semua itu tak menjamin. Cara terbaik adalah dengan membuatkan peminat semua sayang kepada mereka. Artis kena ambil hati peminat, tidak sombong, tidak besar kepala, kena senyum selalu, layan peminat, hormat peminat dan sebagainya. Kalau artis kurang ajar tapi lagu dia sedap atau lakonan dia mantap, kita tidak perlu beli album dia, tidak perlu ke pawagam untuk tengok filem dia. Kita search di google, download dalam MP3 player kita dan kita pergi jumpa Ah Chong beli filem terbaru dia. Padan muka dia. Bayangkan jika cetak rompak tiada, aduhai… confirm ada artis yang berbakat tapi sedikit sombong, macam artis berkulit hitam US.

4. Senang Nak Tulis Blog
Kepada blogger yang niche mereka pasal industry hiburan atau technology terbaru. Ingat senang ke nak keep up dengan semua filem, lagu, atau segala jenis software dan gadget dalam market. Kalau tiada cetak rompak letih juga nak membeli semuanya. Kan?

5. Bagi Chance Penguatkuasa Pakai Pistol.
Kalau tidak mereka hanya buat serbuan empty handed. Tapi sebab taukeh cetak rompak makin ganas, dan police makin sibuk nak jaga aktiviti penyokong parti pembangkang, hasilnya penguatkuasa merasa pakai pistol.

Ok… Idea aku makin mengarut dan tidak logic. Daripada posting serious nanti jadi lucu pulak.

Better stop.

Total Pageviews

. page counter