Wednesday, November 28

Pemimpin Gedebe

Masa zaman sekolah dulu ada aktiviti perbahasan dalam kelas masa subjek BM. Tajuknya adalah “Kestabilan Politik Penting Untuk Pertumbuhan Ekonomi Sesebuah Negara”. Aku bahagian pembangkang, so aku dengan kawan-kawan kena buktikan tidak perlu pun sesebuah negara tu stabil politiknya untuk maju. Susah tu… Tapi akhirnya kami menang sebab aku berikan contoh Jepun, Korea dan Taiwan. Di tiga negara ini pemimpin selalu bertukar ganti, tapi ekonomi terus berkembang maju. Bagaimana? Ntah, sorry la masa tu aku budak sekolah, bukannya pakar ekonomi atau pemerhati politik.


Dari dulu lagi kita selalu tergelak or at least tersenyum melihat pergaduhan ahli politik dari negara-negara berkenaan. Baling-baling kerusi, sepak terajang, tumbuk-tumbuk… sampai berdarah-darah la. Tapi yang penting negara mereka terus maju.

So, aku rasa seorang ahli politik kita pun nak tiru benda yang sama. Mungkin dia harap negara kita or to be more specific, negeri dia akan maju jika dia gaduh-gaduh ikut style Japan, Korea dan Taiwan. Bijak…bijak….

Kepada orang daerah Paloh, hambo nak rhoyak sikik…

Gapo demo pilih pemimpin gedebe lagu tu? Doh takdok ko pemimpin hok senonoh sikik. Kalo meme doh takdok, demo cori la hok dari parti laing. Kalau semuo calon meme dokleh guno, pilihanrayo nanti demo pakak-pakak buak undi rosak, ok? Errmmm… teh O beng se, tomyam campur se, nasi toksei, kawe diet lo ni.

Housemate aku dua-dua dari Kelantan… Hehehe… jangan pukul aku wei… kawe gurau je ni.

Kepada pro-BN, pergi baca Utusan dan Berita Harian. Ada kisah ini, boleh tambah kebencian korang kepada parti PAS, dan seperti biasa kepada anti-BN, pergi la search blog-blog politic popular dan baca their version pula. Confirm akan meluap darah tengok orang pakai suit nak belasah orang pakai baju melayu. Siapa yang betul? Ntah... tapi pada aku, sesiapa yang nak selesaikan apa-apa dengan kekerasan, memang bodoh la orang tu. Tambahan pula awak tu pemimpin. Kalau rasa diri tu bodoh, tak boleh nak control amarah, jangan jadi ahli politik, pergi cari kerja lain.

7 comments:

Anonymous said...

bayangkan kalau mende ni ADUN PAS yang buat, confirm esok keluar UTusan muka depan!! Terpampang gambar besar adun pas nak pukul org ...

lepas tu, keluar la komen2 pas parti samseng, menggalakkan keganasan, tak layak jadi parti memerintah, bukan budaya kita, bla bla bla ...

tapi sebab adun BN yang buat, beritanya jadi lebih lembut pula ... norzula bertindak demikian akibat provokasi dari adun PAS? wtf? jadi ok lah tindakan tu? sebab ader provokasi? so boleh la nak sepak2 org ...

bodoh betul!! tak tau la pesal la ader lagi yg vote puak2 sana tuh ...

Anonymous said...

Malunya aku..... Contoh pengamal Islam Hadhari.....

Anonymous said...

bengong sungguh demo ni.....

Anonymous said...

apa kes ni? haha... bg aku dua2 pun bangang. politik mcm bdk sekolah. sorang tak reti tahan marah, dan sorang lagi tak reti jaga mulut.

maaf la. aku tak minat mana2 parti.

Anonymous said...

haahha.. klakar dowh..
bahasa klantan campur skit2 dengan pahang..
rojak dengan siam..
kekekke..

Mr. Right said...

mr.,
Dorg vote sebab dorg pun bodoh jugak. Orang bodoh je yg akan setuju ngn org bodoh.

ac,
Muka samseng gila. Jgn kaitkan dia ngn Islam Hadhari, memalukan je.

ano,
Bengong...bengong.

shah,
Mmg dua2 bangang, tapi salah satu mesti lebih bangang dari satu lagi. Kan?

ano 2,
Ikan patin masak tomyam. Sedap kot.

Mat Seri Rama said...

Bila tengok perbahasan parlimen di kaca TV, ambo rasa malu kerana perangai ahli parlimen BN spt Dato' Yusof(Melaka), Raden .... (Sabah) dan lain2 iaitu bila pembangkang nak bercakap disindir 'balik negeri' dan perkataan yg kesat dan sakit telinga penonton mendengarnya ...inikah sikap biadap wakil rakyat UMNO sehingga anak2/budak2 saya bertanya adakah itu lakunan bukan kejadian yg sebenar.Saya beritahu mereka bahawa itu adalah lakunan....Wakil patut malulah sikit kpd anak2 muda perangai wakil rakyat yg digelar YANG BERHORMAT dan telah ditelan usia sepatutnya tunjuk contoh budipekerti yg baik walaupun ada keinginan nak jadi hero.Berilah peluang kpd pembangkang luahkan pendapat dan jangan disekat lepas jawablah ...baru gentlemen.

Total Pageviews

. page counter