Thursday, November 15

Badut Nak Ajar Kita Jadi Kaya

Notice: Panjang la juga, tapi ada ilmu. Rajin-rajinkanlah untuk baca.

Again I want to talk about online business. Aku masih gagal (belum cuba also consider gagal, right?) membina apa-apa laman web perniagaan. Tetapi seperti biasa aku rajin baca blog milik ‘guru’ atau ‘pakar’ dalam online business. Aku register email dalam list mereka, aku menjadi salah seorang daripada beribu orang dalam list yang mereka bangga-banggakan. Yes, most of this internet entrepreneur proud about how many person they have in their list. Kepada yang kurang faham, ‘list’ tu bermaksud orang yang register email dengan peniaga internet dan akan terima pelbagai jenis email promosi. Peniaga internet akan bina list base on their niche atau bidang perniagaan mereka.

Antara niche yang paling glamer dan akan glamer sampai bila-bila adalah ‘cari duit’. Tambah pendapatan, rahsia kejayaan, peluang bisness luar biasa, jadi jutawan dalam masa sebulan…topic ini memang tidak pernah jemu. Tak pelik, sebab semua orang gila duit. Semua orang tidak pernah cukup dengan duit. Jadi berlambaklah bahan-bahan yang dijual yang membolehkan kita tambah duit. Bahan yang paling popular, seperti biasa… buku elektronik.

Cuba tengok dua website ini:

Mereka siap iklan guna Adword lagi tu. Memang betul-betul lawak. Aku rasa nak pecah perut baca laman web jualan mereka. Aku rasa pemilik kedua-dua site tersebut adalah orang yang sama. Satu di tujukan kepada orang Melayu dan satu lagi adalah untuk orang Cina. Mungkin juga aku silap, kebetulan ayat dan cara niaga mereka serupa, sebab aku lihat jika nak membeli kita kena bank-in duit ke akaun yang berbeza.

Kenapa aku rasa nak gelak?

1. Dia declare dia kaya-raya. Duit juta-juta dalam bank.

2. Dia ceritakan yang dia hidup senang lenang sekarang. Siap ada gambar BMW dan rumah mewah.

Memang kebanyakkan penjual buku sebegini memberitahu kita yang dia dah berjaya. Berjaya bermaksud hidup mereka senang financially. Tapi di kedua-dua website tersebut, dia ceritakan yang dia kaya melampau. Kereta mewah, rumah mewah, duduk diam dan enjoy kehidupan to the max. Lawak..lawak. Ntah gambar kereta atau rumah mana yang dia cilok.

3. Dia dengan yakinnya memberitahu dia discover ‘rahsia buat duit dengan mudah’.

4. Teknik itu membolehkan kita buat duit selepas 10 minit baca ebook tersebut. Sebulan boleh dapat puluhan ribu ringgit. Beberaa bulan boleh jadi jutawan, seperti dia.

Kah..kah..kah… come on. No internet gurus promise such thing. Kalau semua orang follow rahsia dia, tiada la orang nak kerja makan gaji lagi didunia ini. Bahaya tu.

5. Dia jual e-book, RM 90.00 or RM40.00

Ok…Cuba recap balik. Dia kaya raya, dia jumpa rahsia buat duit di internet. Dia hidup senang lenang, pendapatan ratusan ribu ringgit sebulan. Apa kejadahnya dia nak berniaga buku yang cuma memberi puluhan ringgit per customer? Dah la buku bahasa melayu, jika 1 ribu orang beli sebulan pun belum capai pendapatan dia sekarang. Ermm.. mungkin rahsia yang dia jumpa itu adalah jual buku. Wait, maksudnya dia jumpa rahsia jadi kaya iaitu jual buku yang menceritakan dia jumpa rahsia jadi kaya, dalam buku itu ada tulis yang rahsianya adalah jual buku jadi kaya. (Ayat panjang, boleh faham kot).. Kah..kah..kah. lawak jenaka scenario betul diaorg tu.


Kenapa aku cerita semua ini?

Aku cuma memberi contoh 2 website diatas, padahal berlambak lagi website sebegini.

Satu lagi contoh: www.perigiduit.com atau www.sekolahjutawan.com

Modus operandi (macam jenayah la pula) mereka adalah suruh kita bayar untuk jadi ahli, dapat benda-benda free (ebook, software, ubat), then cari orang untuk jadi ahli. Sound familiar? Hahaha… MLM, internet base.

Ok… contoh-contoh diatas adalah menggambarkan betapa terdesaknya manusia mencari duit. Peniaga-peniaga sebegini sebenarnya memberi reputasi buruk kepada peniaga internet sebenar.

So, berhati-hati bila nak mencari system janaan pendapatan di internet.

Sebelum aku stop, aku terjumpa satu lagi. Lagi lah lawak..

http://janaduitdapatduit.blogspot.com/


Aku jumpa setelah clik iklan Adword di site google. Dia kata dia kaya, tapi website jualan guna blogspot, not even own domain. Hahahhaa….Sanggup pula iklankan dia Adword, siapa lah ‘guru’ dia agaknya.

In any case, owner of any websites aku mention diatas tu terbaca posting ini. Jangan la marah. Or to owner Onlyinmalaysiamah.com. Lu jangan angly sama gua ok...

Just anggap ini sebagai batu kecil yang menghalang korang dari berjaya. Berapa kerat la sangat orang baca blog aku compare to millions of internet user in Malaysia. Cool… menteri pun aku kutuk apatah lagi peniaga badut seperti korang. Hahahhaaa…..!

Most probably esok tiada update, aku kerja luar office the whole day…

So, selamat berhujung minggu. Setelah hampir setiap minggu ada open house, minggu ini semua pakat-pakat dok rumah dan layan anak, bini/suami la pulak.

13 comments:

aku said...

seperti biasa aku setuju ngn ko!!
aktiviti ni same la mcm mintak no ekor kat bomoh..
klu dia tau ape no tuh baik dia je y beli tul x?

relevan ke x ni ha?
taruk je lah.
hahah

Fid said...

hahhaaaa
aku mmg tak percaya langsung
bior le derang kata derang kaya raya gaji sehari sama gaji sbln aku pun.....

mana ada duit/rezeki bergolek tanpa usaha keras beb!

Anonymous said...

betul tu...nk jd kaya dlm sekelip mata...hmmmmmm...usaha la..niaga kecil2lan lame2 leh gak jadi jutawan...
sume tu dlm bentuk MLM gak...

Mek Rose said...

hmm..nak jadi kaya dalam sekelip mata?? mana mauuuu...huhu..

nak jadi kaya n berduit..kenela berusaha n bekerja keras..

dok gitu Incey Aku Betul sokmo??
wehehehehehe...

tukya said...

aku sokong betul dengan apa yg Mr Aku betul mention..baguih gak kau highlight benda2 camni..

p/s : dah lama dok follow..br ari nak tergerak bagi comment..

Anonymous said...

tipu la...mana blh jd kaya sekelip mata...berpuluh thn gak kalo nak kaya...esp syed mokhtar bukhary(kalo x silap ejaan) nak tubuhkan yayasan al-bukhary dan memiliki PTP pun kena jual beras,keje ngan org berthn2 dulu,baru dpt sumer tu...mana ade org yg terus blh jd kaya,...kalo nak guna MLM pun bkn senang nak kaya...mcm azman ch'ng(jutawan MLM)bertatih gak dia nak kumpul org unt dia dpt ape yg dia nak skrg....tipu le kalo ade jln pintas nak jg kaya..lain ler kalo jd pengedar dadah...tupun susah..setiap hari jadi buruan..hahaha

Anonymous said...

Aku penah gak rasa nak cuba benda-benda mcm nie..bukan ape, CUBA JAYA!! mana laa tau betull...hehehe

Anonymous said...

Ehm. Mungkin ada gak yang betul kot diorang dah kaya. Kalau ikutkan, dah ramai orang dapat banyak duit dari internet. Cuma diorang tak bising je..

Biasanya. program2 cam gitu. Owner memang untung. Tapi kita tak tahula orang yg dah join under diorang kan??

Tapi jalan pintas. Tak seindah rupa seperti yang disangka..

Mohd Hazreen Rashid said...

Hey, your post just inspired one that talks pretty much abt the same thing in mine. Thought of writing about them since even my brother asked me to opine once.
Erhh, profits aside, are all this legitimate according to Syariah law? For all I know the money can be invested for just about anything. Gambling, porn advertisement etc

Mr. Right said...

mamak,
Relevan la tu. Lebih kurang sama la.

fid,
betul.

ramonez,
Yup, MLM moden la konon.

rose,
Gitu-gitu lah.

tukya,
Rajin2 la komen lagi. Seronok dengar macam2 pendapat, setuju atau tak bukan soalnya. Masing2 ikut pilihan sendiri.

hihihi,
Betul, untuk kaya memang kena susah dulu kecuali kita anak orang kaya atau kita kawin dengan orang kaya.

deqma,
Silakan. Cubalah, leh jadi bahan experiment. Nanti bagitau kawan2 betul ke tak.

titan,
True. Tidak seindah mana pun. Sama je dengan kepayahan offline business.

hazreen,
Good question you have there. But please next time read the whole article first then drop a comment here. Which income stream that you refering to? PPC? Online investment? Bro... I not mention anything about those thing in this posting.

loner said...

pengalaman mengajar saya & memberikan petunjuk bahawa hanya mereka yg benar2 dapat mengekang diri dari sikap mementingkan diri sahaja yg akan diberi anugerah oleh tuhan untuk memegang amanah kekayaan yg maha hebat..sekiranya anda masih tidak mampu untuk menghadiahkan kedua orang tua,atau isteri & anak2 atau siapa sahaja yg benar2 ikhlas memerlukan bantuan dgn pemberian yg anda sendiri takkan punyai..dan dapat melihat wajah kesyukuran mereka yg tak pernah anda lihat sehingga menitis air mata..jgn harap anda akan mengecapi anugerah kemewahan yg maha hebat dari tuhan..kekuatan diri untuk memberi adalah kekuatan yg maha hebat untuk menarik rezeki..sebanyak mana yg anda beri untuk tujuan kebaikan dengan ikhlas akan menentukan juga nisbah yg lebih berlipatkali ganda yg anda akan dapat..utamakan akhirat,dunia akan mengikuti bagi yg beragama Islam

Hafifi said...

btul2..memang lawak..xde jalan pintas nak cari duit..kena buat keja..

xperlu keja..hahaha..klu gitu rmai la rakyat kaya kat Malaysia ni..rmai yg xkeja..hmm

goldman999.9@hotmail.com said...

untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com

harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa

Total Pageviews

. page counter