Timbalan Menteri Pelajaran membayangkan hukuman kepada guru yang refuses to accept post at rural area.
Aku bukan nak kupas ketidakpuasan hati dengan cara samseng Noh Omar mengugut pendidik anak bangsa kita. Almost impossible for anybody to teach menteri yang ganas macam dia tu. Aku juga tidak mahu mengulas betapa bangangnya menteri kita yang berniat untuk memaksa guru mendidik pelajar. Aku rasa pendidikan bukan macam kerja lain yang boleh dipaksa-paksa. We discuss that matters some other time.
Aku cuma sedikit sedih membaca laporan sebegitu, kerana ini membayangkan terlalu sedikit jumlah guru yang benar-benar berniat untuk menjadi pendidik dalam erti kata sebenar-benarnya. Adakah semua guru di Malaysia kini cuma mengejar duit dan keselesaan semata-mata? Aku masih lagi dibesarkan dalam masyarakat yang menghormati guru kerana kemuliaan kerjaya tersebut. Arwah abah aku sanggup datang ke Taiping dari Teluk Intan semata-mata untuk mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang menampar aku sebab sedikit nakal di sekolah.
- Sudah tidak adakah lagi guru yang sanggup meredah sungai, berjalan kaki untuk memastikan anak bangsa dia mendapat ilmu?
- Teachers who willing to sacrifice his personal needs to make sure his/her student will not end up as uneducated human being, hanya wujud dalam khayalan aku ke?
- Kisah guru-guru hebat yang kita baca atau tonton dalam drama sudah tidak logic untuk dipraktikan?
- Penyakit ‘mata duitan’ ahli sukan dah berjangkit ke alam perguruan?
Alasan standard kepada masalah sebegini adalah menyalahkan keadaan dan peredaran zaman. Dulu masyarakat kita menyanjungi ilmu dan bukannya wang ringgit. Tapi sekarang, guru-guru lebih rela menghabiskan masa di bilik guru berniaga kain, gelang, multi level marketing, direct selling atau apa sahaja business dari menumpukan perhatian mendidik para pelajar. It is a fact that nowadays, money is everything. And we can’t blame teachers to find extra money to have a better life. Tetapi, kalau semua masalah kita salahkan keadaan dan peredaran zaman, sampai bila pun ianya tidak akan selesai. Samalah dengan menyalahkan takdir setiap kali banjir melanda atau tanah runtuh berlaku.
Most people nowadays believe guru adalah profession paling relax dan mempunyai banyak kelapangan untuk membuat business lain. Sememangnya kerjaya guru tidak seberat sesetangah kerjaya lain, tetapi itu hanyalah untuk guru-guru pemalas atau yang sudah berputus asa untuk mengajar. Cuba fikirkan kelas tambahan, rombongan, aktiviti co-curriculum, or some teacher volunteer becomes a hostel warden. Kalau dapat gaji double dari gaji aku sekarang pun aku belum pasti akan memilih kerjaya guru. Kerana pada aku ianya cukup berat dan aku yakin aku tidak mampu memikul tanggungjawap sebagai seorang pendidik.
Akak aku dan suaminya adalah guru, and they told me first 2 years of their teaching career, sememangnya mereka semangat untuk berusaha melahirkan pelajar cemerlang. But after that, slowly semangat itu hilang dan mereka kini menumpukan perhatian kepada pelbagai perniagaan dan dah mula involve dalam politik. Semangat mereka hilang ekoran dari layanan ibu bapa atau murid itu sendiri yang tidak menghormati usaha mereka. Kena maki dengan ibu bapa, kena conteng kereta, sehingga tahap mak aku pun kena marah sebab akak aku tegas mengajar anak murid dia. Kisah guru kena saman or kena tindakan sebab ‘sentuh’ murid pun dah biasa kita dengar.
So, sekarang dah jadi kisah ayam dengan telur. Masyarakat tidak hormati guru kerana mereka tidak bersungguh mendidik pelajar. Guru pula tidak bersemangat kerana tidak mendapat penghormatan dari masyarakat.
Panjang lebar aku merapu kat atas, aku cuma nak cakap kepada para guru, I just hope next time while they sing “Kami Guru Malaysia” sempena hari guru, lebihkan penghayatan lirik. Bak kata Ogy Ahmad Daud kepada student AF5, penghayatan lirik tu sangat-sangat penting. (lihat title posting ini)
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Sumber: http://www.moe.edu.my/hariguru/lagu_guruM.htm
12 comments:
jenuh la tunggu apa kena mengena tajuk dgn cerita, rupa-rupanya last baru keluar. hehehe.
tp mmg cikgu skrg ramai yg sibuk berniaga bkn mengajar.
mr right..
bila cikgu tampar ko?apsal aku tak tau nih?selalunya aku akan tau hahahhahaa
sapa wehh tampar ko?
cikgu
minta maaflah cikgu2....aku pun berpendapat cikgu2 yang baya2 aku ni kureng semangat berbanding ngan cikgu2 aku dolu2....
cikgu aku dolu2 jadi cikgu sebab NAK jadi cikgu..kebanyakkan cikgu zaman le ni jadi cikgu sebab tiada pilihan/memilih kerja/nak senang dan sebagainya.....
Tak caya cuba tanya derang dulu grad bidang apa..apasal jadi cikgu....
sure panjang jawapannya...
Namun tak dinafikan..kerja cikgu ni pun banyakkkkkkk dugaannya....
Tanpa cikgu2...siapalah aku...
hehehehee
wehhh serius aku nak tau sapa tampar ko..hahahhaaaaa
Ramai fresh grad dari UPSI dan juga lepasan KPLI mengeluh sebab masih lagi tak ditawarkan tempat untuk mengajar. Ramai diantara mereka sanggup ditempatkan di pedalaman asalkan dapat memulakan tugas untuk mengajar.
Yang aku pelik, kenapa plak pihak kementerian sibuk2 nak kaco guru2 yg dah kawen tu? BErlambak lagi fresh grad ni tak kisah kalo diorang dihantar ke pedalaman, kenapa tak dihantar pulak?
Kita kene tengok jugak kesusahan orang yang dah berkawen. Kene tinggalkan anak2 dan suami/isteri.
Aku teringat cerita khalifah Umar bertanya kepada anak perempuan beliau lebih kurang bunyinya, "duhai anakku, berapa lama kamu dapat menahan kerinduan kepada suamimu ketika suamimu pergi berperang?"
Dipendekkan cerita, maka puteri Umar menjawab, "Lebih kurang 4-5 bulan ..."
So, Khalifah Umar pun menetapkan kepada semua lelaki yang sudah berkahwin, mereka hanya diwajibkan pergi berperang selama 6 bulan sahaja dimana sebulan untuk perjalanan pergi berperang, 4 bulan untuk berperang dan sebulan lagi untuk perjalanan balik untuk bertemu isteri mereka.
Kenapa Khalifah Umar tetiba tergerak hati nak tanya anak perempuan beliau adalah kerana beliau ternampak dan terdegar seorang perempuan berkata, "alangkah bagusnya jika ada seorang lelaki ketika ini. Bolehlah aku berlazat2 dengannya ..."
Perempuan tersebut berkata begitu kerana suaminya sudah lama tidak pulang kerana pergi berperang ...
Berdasarkan cerita di atas, boleh tak sesiapa bayangkan apa akan jadi jika suam-isteri dipisahkan dalam jangkawaktu yang lama?? Apa kesannya? Fid dah kawen, so mungkin dia boleh jawab kot ....
mr right...
Sebenarnyer keje sbg cikgu nie tension ngan karenah ank2 murid n ibubapa..
Ibubapa skrg terlampau manjakn ank2 sampai kn nk jentik sket pn x leh..
Time aku dl kene tampor ngan cikgu aku x ckp ngan abg aku
Aku tahu klu aku ckp misti kene g kat umah..huhu
ila,
Saja je
Fid,
Citer lama takyah dikenang lah.
mr.,
Kalau yg dah kawen bawak la anak bini semua sekali, apa salahnya. Aku rasa dah takde tempat yg terlalu daif utk didiami sekeluarga, if betul2 ada baru la hantar yg bujang.
Sha,
Damn true. Sebab tu aku tak sanggup nak jadi cikgu.
Helena byk terhutang budi pada guru2 my kids. Tapi one incident last week yang membuatkan the teaching profession being in my bad books today. Sorry la ye.
mr right,
kalo bini tak keje boleh la bawak semua ... kalo bini keje pun mungkin ok lagi, soh bini berenti keje kalo mampu la ...
masalah timbul bagi guru wanita ... takkan nak soh laki berenti keje ... huhuhuhu ... susah .... susah ...
Helena,
Wat happen? u wrote the story in ur blog? Sorry, I not really have time to visit ur blog, but my gf (rose) always update me with ur story..:) So, i kinda send rep la to read cerita u.
mr.,
Logik jugak apa ko ckp, difficult la for cikgu wanita utk pergi luar bandar. Unless hubby kerja cikgu juga or mmg location kat area yg dekat2. Takan nak suruh guru laki je pergi rural area, tak adil lah pulak. Lantak ahh.. biar ahh org kementerian yg fikirkan..Hahaha (dah tak jumpa solution)
kelakar betul la you ni... hehe. So rose is your gf eh? Say hi to her for me will ya? Yup, you can read about what happened in my blog.
pada aku posting kt mana2 pon sama je kalo mak bapak & murid dh x hormat guru...
satu ketika dulu...kalo kena piat ngan guru dah jadi perkara bese...kesannya mesti murid tu blaja lagi rajin...mak bapak akan ucap byk2 trimas pd guru pasal betulkan anak2 dia...
satu ketika dulu...guru2 byk wat partime-niaga apam balik kat pasar malam...pasal...x cukup $ nak tampung family...tapi masih bagi yg terbaik untuk murid2 di sekolah dia..experience aku ngan beberapa kawan guru la...
satu ketika dulu...sekolah tempat menimba ilmu...byk yg boleh kita belaja kat sekolah selain ilmu pelajaran...cara bergaul,hormat menghormati guru,kawan dan lawan..
sekarang ni in take guru dari kpli bukannye sume minat jd guru...yg course enggineer masuk kpli, bussines, etc yg xde sangkut paut ngn guru...so, no hal la kalo problem ni timbul..derang bukan betul2 nk jadi guru...tapi pasal xde keje...$ punye pasal..
Helena,
Kan kat gambar tu aku nampak garang? bukan kelakar kan... hehehehhe...
Ramonez,
True. So, maybe dlm KPLI (still ada ke KPLI?), or wat ever kursus persedian menjadi guru kena terapkan nilai2 mencintai profession guru.
Tapi mmg betul dulu2 ramai org hormat guru. Arwah bapa aku mmg hormat gila kat cikgu2 aku. Masa aku dah masuk university, if arwah bapa aku jumpa cikgu sekolah rendah aku kat kedai makan, dia still belanja cikgu tu makan. Then, arwah bapa aku still hormat cikgu sekolah rendah dia (yg skrg masih idup dan jadi imam kat kg aku). So, aku mmg diajar utk menghormati guru. Just lepas tgk perihal akak and abg ipar aku, aku jadi confius, sedih and sedikit menyampah.
Once a teacher sampai mati pun kena panggil cikgu. Kalau jiwa dan raga kita sememangnya ingin menjadi seorang guru, walau di dihujung dunia pun ia dihatar bertugas, dia tetap redah...
Post a Comment